Wednesday, October 29, 2008

KETUANAN MELAYU

Apabila BN hilang 5 negeri, heboh isu Ketuanan Melayu. Setakat ini Raja atau Sultan yang 5 negeri yang diperintah oleh PR, masih lagi Melayu. MBnya pun masih Melayu kecuali Pulau Pinang. KM Pulau Pinang yang asal pun Cina. SUK Negeri pun masih Melayu. Ketua Jabatan pun masih kekal seperti mana ditetapkan oleh JPA. Tiada apa pun Melayu yang hilang. Yang hilang ialah kuasa yang dimonopoli oleh Umno sahaja. Yang hilang ialah kontrak yang dibolot oleh puak-puak Umno. Ketua kampong terpulang kepada orang kampong. Malah MB Kedah masih mengekalkan orang Umno sebagai ketua kampong lagi hinggakan orang Pas merajuk dengan MB tu.

Sebenarnya Umno yang hilangkan Ketuanan Melayu selepas 50 tahun merdeka. Raja Melayu yang ada sedikit kuasa dulu dah dihakis semasa pindaan perlembagaan. Tanah rezab Melayu diambil untuk pembangunan langsung tidak diganti. Pelaksanaan Bahasa Melayu diperingkat IPT dihancurkan oleh Dr M. Bahasa Melayu dimahkamah yang diwajibkan dulu pun dah tak terlaksana lagi. Kalau Bahasa Melayu hanya untuk perbualan semasa sahaja, itu maknanya bahasa itu belum dimartabatkan. Tiada maknanya jika slogan Ketuanan Melayu jika Melayu yang memerintah pun tak mahu dan tak mampu memartabatkan bahasanya sendiri. Malah dilihat mahu meminggirkannya.

Biasiswa dan dermasiswa untuk pelajar Melayu di IPT pun tinggal saki baki untuk pelajar ke luar negara sahaja. Umno masih gagal meningkatkan golongan profesional Melayu ke tahap 50%. Kalau tak percaya melawatlah HKL dan baca senarai Ketua Jabatan di pintu utama HKL tu. Tak sampai pun 50% orang Melayu jadi Ketua Jabatannya.

Milikan ekuiti Melayu di BSKL berapa peratus Melayu?. Milikan ekuiti Saham Amanah berapa peratus Melayu. Boleh kerat jari (jari ayam le) kalau Melayu ada 30%. Siapa yang berkuasa selama ini. Umno/BN kan. So, mengapa tak salahkan diri sendiri.

Yang dibisingkan Bahasa Melayu di tepi jalan. Yang utama ialah penggunaannya di bidang ilmu, perundangan dan pentadbiran negara. Yang dibisingkan seorang Pengurus Besar di PKNS. Yang utama ialah penguasaan pengurusan Melayu di dalam syarikat berhad di BSKL tu. Kalau setakat Melayu di GLC, Mat Rempit pun boleh buat kalau diberi kuasa.






No comments: