Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Thursday, October 16, 2008

INSTITUSI ILMU PUN RASUAH

Sebuah negara yang baru merdeka mengutamakan program pembangunan pendidikan. Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun. Malangnya institusi berkaitan dengan ilmu ini pun juga menghadapi isu rasuah. Utusan hari ini melaporkan kes seorang Dekan di UITM yang telah dihukum penjara 3 tahun oleh mahkamah kerana kes tipu invois.

Ainon Mohamad, Sifu PTS telah mendedahkan penyelewengan berjuta ringgit di Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Hishamudin Husin On, calun Naib Presiden Umno yang terbanyak mendapat pencalunan dari Umno Bahagian. Hari ini sekali lagi Ainon Mohamad mendedahkan sesuatu yang misteri di Perpustakaan Negara Malaysia. Baca di sini kesahnya.

Jika institusi berkaitan dengan buku dan ilmu pun ditimbuni rasuah, inikan pula di bidang Keselamatan. Kalau dulu di zaman Mokhtar Hashim kes mee segera yang berharga RM 12.00 sebungkus. Kini di zaman Najib kes kapal selam dan helicopter yang melibatkan kes rasuah dan harga melambung melebihi beratus juta ringgit pula. Alangkah baiknya jika wang itu dapat diselamatkan dan digunakan untuk menghapuskan golongan miskin tegar.

Benarlah kata Saidina Ali (r.a) bahwa kemiskinan hanya wujud kerana pembaziran dan ketidakadilan. Kes rasuah boleh dimasukkan di dalam kedua-dua kategori itu. Jika penjawat awam dan menteri semuanya orang islam, Islam jenis apakah yang sedang dianut oleh warga muslim kini, sehingga menampakkan yang kaki rasuah ialah orang islam.

Penjawat awam di UK yang bukan Islam lebih bebas rasuahnya berbanding penjawat awam muslim di Malaysia. Pernah satu hari semasa bersembang dengan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, ia berkata " agaknya Islam yang orang Malaysia anut berlainan dari Islam Nabi Muhammad (saw) kot". Kekadang naik pelik pula bila terfikir golongan bukan Islam lebih komited memerangi rasuah tetapi golongan Islam bertolak ansur dengan rasuah.

Fikir-fikirkanlah.


Wednesday, October 15, 2008

ANWAR DAN BAJET

Malam tadi terbuka RTM 1 dan menonton siaran Laporan Parlimen. Tetamu yang dijemput ialah MP Muar untuk mengulas tentang perbahasan bajet yang dibuat oleh Anwar. Beliau mempersoalkan kenapa Anwar tidak membahaskan isi kandungan bajet tetapi sebaliknya membincangkan isu-isu lain di luar bajet.

Inilah kebangangan MP Umno. Bajet yang dibentangkan oleh PM mestilah yang muluk-muluk. Tak siapa yang mempertikaikan sesuatu peruntukan dalam bajet. Fokus utama perbahasan bajet oleh MP pembangkang ialah ialah mendedahkan aspek ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan bajet itu sendiri. Disinilah akan diketahui banyaknya penyelewengan, rasuah dan ketidakcekapan pengurusan wang yang melibatkan kerugian negara berbilion ringgit. Inilah yang didedahkan oleh Anwar dalam perbahasannya. Dilaporkan hanya 2 orang MP BN sahaja bangun mencelah meminta penjelasan lanjut dari Anwar dan hanya 20 orang sahaja yang sanggup mendengar perbahasan Anwar. Yang lain duduk di luar parlimen. Sepatutnya pada masa ini mereka berhujjah melawan Anwar jika terdapat mana-mana tuduhan Anwar yang tidak betul. Tetapi mereka hanya menjawab di RTM 1. Agaknya depa takut dihentam oleh Anwar sepertimana yang dilakukan oleh allahyarham Ustaz fadzil Nor dulu. Gelak besar kita melihat tersengehnya MP umno dipaku oleh allahyarham Uztaz Fadzil Nor.

Jika ada tuduhan Anwar dalam bajet tidak benar, MP BN sepatutnya mencabar Anwar membuat tuduhan di luar parlimen supaya ia boleh diambil tindakan jika dianggap membuat fitnah. Baru syok jumpa di mahkamah. Janganlah ISAkan orang pula seperti yang dilakukan kepada Raja Petra.

Tuesday, October 14, 2008

MISTERI PETISYEN KULIM- BANDAR BARU DITARIK

Mengapa BN menarik balik petisyen ke atas calun PKR di kawasan Kulim-Bandar Baru? Alasan yang diberikan oleh calun BN nampak sangat tidak logiknya. BN tak ada duit? Pembohong besar. Rugilah petugas BN di Kedah, tak merasa upah yang lumayan ketika Pilihan Raya Kecil. Bagi petugas PR, tentu mereka terkilan kerana tak dapat beraya sakan pada baki terakhir Syawalini di Kulim-BandarBaru. Tentu syok dapat beraya sebulan sambil berpesta politik. Ha ha. Apa boleh buat, janganlah bersedih.

Mengapa BN menarik balik petisyen, itu yang suspennya. Ada 2 teori besar yang dijangkakan. Pertama, ahli Umno tak bersedia bekerja keras kerana kini sedang menumpukan tenaga ke mesyuarat agng kawasan yang menentukan hidup mati karier politik masing-masing. Najib pun dah keletihan berkempen semasa di Permatang Pauh pada bulan Ogos lalu. Nanti banyak pula yang akan dibongkarkan oleh PR. Kok tak berpeluang pula jadi PM, macam pengantin tak sempat naik pelamin.

Kedua dan ini yang dikhuatiri, YB Zulkefli ada rundingan rahsia dengan Umno/BN. Dalam keadaan dia tak berapa ngam dengan pimpinan PKR akibat kes Majlis Peguam pada bulan Ogos lalu dan dikatakan ia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib, YB Zulkefli akan melompat ke Umno. Semua mungkin terjadi. Jika ini terjadi, sesungguhnya YB Zulkefli menggerhanakan karier politiknya. Hati-hatilah YB Zulkefli dan harapnya teori ini tidak benar. Kepada penyokong PR jangan terperanjat jika kemungkinan ini yang terjadi kerana stail politik YB Zulkefli tidak memustahilkan ini berlaku.

Berdoalah supaya yang terbaik sahaja akan berlaku.

Friday, October 10, 2008

PR BERSATULAH

Selepas kecoh pelbagai kenyataan pimpinan Pas beberapa bulan yang lalu, barulah kali ini secara tegas dinyatakan akan tetap bersama dengan PR dan akan terus berusaha memperkukuhkannya. Jika Pas ada beberapa pendirian khusus, sepatutnya dibincang secara kolektif dengan pimpinan PR yang lain, bukannya diheboh-hebohkan kepada media yang akan menimbulkan pelbagai tafsiran kepada penyokong parti masing-masing.

Tugas utama ialah membersihkan hutan, buang BN yang haprak. BN tu bukan sahaja tak ikut konsep negara Islam, tetapi konsep negara sekular yang baik pun tak ada. Isu-isu asas seperti sekatan hak asasi dan kebebasan rakyat, kehancuran sistem kehakiman yang bebas dan adil dan berleluasanya rasuah, nepotism, kronisme dan kolusi sahaja telah cukup mewajibkan kita semua bersatu menjatuhkan BN. Walau siapa pun PM di bawah BN, ianya tidak akan berubah kerana falsafah dan budaya yang dihayati oleh pimpinan BN ialah merampok wang negara dengan menggunakan mekanisme yang dilihat sebagai halal. Maka kronisme, nepotism dan kolusi akan terus bermaharaja lela jika BN memerintah. Hanya Islam dan sosialis sahaja yang serius melawan jenis kapitalis jahat ini. Islam pun kena Islam Ali Shariati. Jika Islam Muawiyah tak nampak gaya nak tentang BN habis-habisan.

Buat apa majoriti muslim jika perkembangan Islam jumud, aktiviti masjid lemah, bantuan sekolah beroriantasi Islam di tarik balik, umat islam bebas bermaksiat, projek dikongsi segelintir kelompok dan langsung tak berminat dengan perubahan yang berrohkan Islam. Jika anggota lain dalam PR memberi kebebasan kepada Pas membuat dan menerajui perubahan khusus untuk ummat Islam dan ianya berjaya, tidak mustahil penyokong Melayu Umno/BN akan beralih menyokong Pas dalam PRU 13 akan datang. Ketika itu Umno akan berubah dan menjadi lebih Pas dari Pas sepertimana ia cuba menjadi lebih Melayu dari Melayu seperti sekarang sehingga sanggup menghunuskan keris kepada sesiapa sahaja yang mempertikai projek yang disapunya atas nama Melayu. Melayu itu bangsa; tiada ideologi, falsafah, dokrin atau peraturan sebagai asas untuk memerintah. Melayu ada bahasa dan budaya sahaja. Itu pun tanpa Islam , Melayu tiada budaya yang bernilai. Dengan Islam sahaja Melayu bermakna. Kau kena faham tu wahai Umno!

Teringat saya akan hujah Mohamad Sabu, undi Mak Enon sama nilai dengan undi Hj Hadi. Umno menang pilihanraya kerana ramainya pengundi semacam Mak Enon. Maka MP Umno ialah MP Mak Enon. Jika MP muslim inilah yang Hj Hadi hajatkan untuk syarat menyertai kerajaan PR, baik tak payahlah. Mana mungkin MP Mak Enon ini akan beralih menyokong PR. Syarat yang Hj Hadi kenakan semacam sukar untuk dipenuhi . Apa diharap padi seberang.....

Friday, September 26, 2008

MALANGNYA BAJET 2009

Sepatutnya apabila Bajet 2009 dibentangkan di parlimen, ianya menjadi perhatian utama negara. Oleh kerana bulan puasa, perbahasannya di parlimen ditangguhkan sehingga selepas hari raya ini. Anihnya politik negara tertumpu kepada isu 16 september Anwar dan kes peralihan kuasa Pak lah. Aduhai betapa ruginya masa lebih sebulan ini, rakyat awam tak dapat memberi input kepada MP untuk mereka bahaskan Bajet 2009 nanti. Inilah masa yang terbaik setiap MP menganalisa ekonomi negara dan bersedia membuat perakuan-perakuan terbaik ketika perbahasan Bajet 2009 nanti.

Paling kelakar Menteri Kewangan yang membentang bajet tersebut bertukar ke jawatan lain pula. Ini satu yang paling tidak bertanggung jawab. Dia yang bentang, dialah yang sepatutnya menggulung bajet itu nanti. Ini disuruhnya Rosmah menjawab pulak. Eh Najib le.

Politik Malaysia masih dalam tertanya-tanya dalam tempoh 2 minggu ini. Nak raya pun tak syok tau. Mana nak syok, hati Pak Lah, Anwar dan Najib dok bertanya-tanya " ada peluang ke jadi PM ni". Kepada Ku Li; walaupun ahli Umno dan rakyat tak suka Pak Lah, tetapi anda bukan calun harapan penggantinya. Apa nak buat, masa anda telah berlalu. Walaupun Dr M sokong anda, Mahathir pun orang Umno dah lupakan. Maaf ye. begitulah nasib politik orang pencen.

Kita sedang meniti sejarah masa depan. Janganlah terlalu emosi melaluinya. Setiap rancangan boleh berjaya atau tidak. Jangan kecewa jika tak berjaya. Esok masih ada. Jika tak dapat bukannya berdosa. Yang tukang tengok orang nak jadi PM pun janganlah haru biru. Kalau nak sokong, sokonglah siapa calun PM anda. Kalau berkenan di hati akan calunnya, sokonglah. Jangan dok perlekeh tak bersebab.

Politik serba mungkin. Mahathir yang dipecat dari Umno pada 1969 boleh jadi PM pada 1981. Pak Lah yang pernah terkeluar dari kabinet Mahathir dan kalah sebagai Naib Presiden Umno boleh jadi PM. Dan jangan hairan jika Anwar pun boleh jadi PM. Tarikh akhir Anwar ke jawatan itu ialah pada tahun 2012 atau 2013. Jika gagal juga ketika itu, kita fikir orang lain pula. Jangan Saiful sumpah dah le.


Wednesday, September 17, 2008

MENGAPA KECEWA

Semalam 16 September ramai yang kecewa kerana Anwar masih belum jadi PM. Amran Monceh tak sudah-sudah SMS tanya status Anwar. Budak Munshi kat Seremban frust dan tidur awal malam tadi. Semua gara-gara Anwar tak jadi PM. Minta kerja budak pejabat pun payah, inikan PM oi. Nak jadi PM kena ikut pelbagai prosidur lagi walaupun pun telah cukup MP yang menyokong Anwar. Pembodek BN bukan main lagi menghentam Anwar. Dalam hati mereka bukan main kecut perut. Jika tidak, mengapa beria-ia membalun 'angan-angan' Anwar itu.

Aku hanya yakin Anwar boleh jadi PM apabila sudah jelas siapa MP yang menyokongnya. Ini hanya akan diyakini jika semua MP berkenaan membuat kenyataan bersama menyokong Anwar atau menyokong satu usul undi tidak percaya kepada Pak Lah sebagai PM di parlimen. Jika ini berlaku, langkah seterusnya adalah mudah. Jika tidak ada, lupakan sahaja cerita Anwar jadi PM.

Drama selanjutnya akan dapat dilihat apabila sidang parlimen bermula selepas hari raya ini. Buat sementara waktu kita stop cerita Anwar dan mari kita mencari malam lailatul qadr pada 10 hari terakhir Ramadan ini.

Saturday, September 13, 2008

16 SEPTEMBER MAKIN MENJADI

Projek 16 September tetap menjadi. Tetapi bukan projek Anwar jadi PM. Yang jadi ialah projek Operasi Lalang ke 2. Sasarannya ialah bloggers, aktivis DAP dan PKR, khususnya orang kanan Anwar. Semuanya kearah menghancurkan PR dan menggagalkan cita-cita Anwar menarik MP BN menyertai PR.

Ahli Umno kena gantung keahlian sahaja. Geng DAP dan Bloggers kena ISA. Baruah punya kerajaan.

Pimpinan Pas selamat fasal Umno nak bermukabalah dengan Pas kan. Pemimpin Pas tak payahlah nak sembunyi kat mana-mana.

Friday, September 12, 2008

ANWAR ATAU PAS YANG BERANGAN

Anwar bercita-cita jadi PM melalui PR. Pas bercita-cita nak wujudkan negara Islam. Dalam kontek demokrasi, siapa yang berangan. Sila jawab!

Faktanya Pas hanya bertanding 60 kerusi parlimen semasa PRU 12. Jika Pas menang semua kerusi pun, adakah rakan kongsi dalam PR mengizinkan Pas mewujudkan negara islam di negara ini. Jawapan logik TIDAK. Maka apakah penyelesaiannya.

Yang tak syoknya, pimpinan Pas kata Anwar berangan jadi PM dan secara teknikalnya Anwar tak boleh jadi PM dalam tempoh terdekat ini. Tetapi jika Anwar berjaya memujuk parti politik dari Sabah dan Sarawak menyertai PR, ianya tidak mustahil bagi Anwar menjadi PM.

Jika PR memerintah dan Anwar jadi PM, adakah Pas boleh memujuk Anwar dan rakan kongsi dalam PR untuk mewujudkan negara Islam. Logiknya sukar. Maka Pas lebih berangan lagi dari Anwar.

Malahan pada PRU 13 akan datang pun, dengan komposisi kaum dalam kawasan pilihanraya masa kini, sukar bagi Pas dapat kuota bertanding lebih 130 kerusi jika bersama PR. Pas hanya dapat kuota 60 kerusi sahaja. Jika menang semua pun, Pas tak ada pengaruh untuk mewujudkan negara Islam.

Jelasnya dalam dunia demokrasi masa kini, cita-cita Pas untuk mewujudkan negara Islam tidak boleh tercapai. Maka apakah strategi Pas yang sepatutnya. Umno/BN tak mahu negara islam. PR pun tak mau negara Islam. Pilihan Pas masa kini ialah bersama dengan gabungan atau pakatan parti yang mahukan kerajaan yang bersih sahaja.

Jika ada pimpinan Pas yang menjadikan alasan negara islam untuk menyertai sesuatu pakatan politik, ia mengarut sahaja. Itu logiknya. Kuasa Allah kita tak tau.

Apakah Pas sanggup berjuang seorang diri dan terus berdakwah kepada rakyat negara ini sehingga majoriti rakyat menerima dan meyokong dasar Pas melalui undian pilihan raya. Ketika itulah Pas menang secara mutlak dan bolehlah menjadikan negara ini negara islam. Bolehkah Pas berusaha sehingga suasana itu tercapai. Bersediakah rakyat Malaysia berubah menyokong Pas. Jika ini strategi Pas, maka pertandingan 3 penjuru akan berlaku. Siapa yang untung?

Wednesday, September 10, 2008

RAMALAN MASA DEPAN.

1988, Ku Li kalah lawan Mahathir. Ghafar Baba selaku TPM berjaya kalahkan Musa Hitam selaku penyandang Timbalan Presiden Umno. Pak Lah sokong Ku Li ketika itu.

Kemudian Ku Li tubuh Semangat 46, berpakat dengan Pas dan DAP lawan UMNO/BN. Rais Yatim kata DAP parti baik anti rasuah. Dia sokong dasar islam Pas kerana selaras dengan dasar Semangat 46 yang menerima Islam sebagai addin.


Pada Disember 2008 ini , Ku Li menang lawan Pak Lah dengan syarat cukup kuota pencalunan. Najib menang lawan Mahyuddin. Mahathir sokong team Ku Li dan Mahyuddin. Mahathir tak sokong Najib kerana Najib tak sanggup lawan Pak Lah.

Selepas kalah lawan Najib, mungkinkah Mahyuddin merajuk dan tubuh parti Melayu baru dan joint PR pula.

Pada Disember 2008 Ku Li jadi PM ganti Pak Lah sehingga 2012.

PR menang pada PRU 13. Anwar jadi PM pula. Maka Ku Li adalah PM terakhir dari UMNO/BN

Harap-harap Mahathir hidup sehingga Anwar jadi PM. Dapatlah dia melihat bekas seteru politiknya jadi PM iaitu Ku Li dan Anwar. Jika selepas tu dia nak pindah keluar negara atau meninggal dunia pun, kita tak terkilan. Ha ha.

Pas macamana. Melopong aja le.


Monday, September 8, 2008

MINGGU DEBARAN

Sepanjang minggu ni adalah hari debaran menunggu parti atau MP mana yang akan menyertai Pakatan Rakyat. Dikhabarkan pagi ini Anwar sedang bermesyuarat dengan rakan kongsi PR. Malam ini ada ceramah Yong Teck Lee dengan Azmin di Ampang. Tentu ada sesuatu yang panas.

Tunggu aja le.

Tak jadi, bukan nak rugi.

Jika jadi, bonus kepada rakyat Malaysia

Rakyat Malaysia tak gelisah jika tukar kerajaan, malah mereka menanti dengan gembira. Hairan kan?

Friday, September 5, 2008

BERJAYAKAH ANWAR JADI PM

Member lama ketika Sekolah Menengah Munshi Melaka 1978 bertanya kepadaku " bolehkah Anwar jadi PM menjelang 16 September ini". Dia mahu jawapan yes or no. Aku hanya jawab, dunia menanti Anwar jadi PM. Ha ha. Aku bukan nak jawab soalan itu kali ini, tetapi nak lihat kesah disebalik sejarah Umno dan Anwar.

Mengapa Dr M menjemput Anwar menyertai Umno pada 1982 dalam keadaan semua orang tahu bahawa Anwar memang kritikal kepada kerajaan. Apa yang meyakinkan Mahathir memilih Anwar dan apa yang meyakinkan Anwar menyertai Mahathir?

Menurut kesahnya dari mulut ke mulut macam sejarah lisan, antara hujah Mahathir yang meyakinkan Anwar kenapa Mahathir memilih beliau ialah Mahathir tak yakin dengan pelapis yang sedia ada dalam Umno dari segi keperibadian dan intelektualnya. Agaknya Mahathir pun fikir yang dia nak jadi PM selama 10 ke 15 tahun, maka pelapis seusianya seperti Ku Li, Musa Hitam dan Ghaffar Baba tentu tak sesuai apabila menjelang hari pesaraannya. Dengan usia yang muda ketika itu, Anwar sudah ada ramai kontek antarabangsa khususnya di negara Arab, maka Anwarlah calun yang berpotensi menggantikannya nanti.

Tetapi ikut Mohamad Sabu yang pernah dicakap kepadaku 10 tahun lalu, Mahathir memerlukan Anwar kerana generasi muda pada masa itu lebih memilih wadah Islam dan tidak berminat dengan Umno lagi. Hampir semua kampus dikuasai oleh golongan Islam pro Pas. Student luar negara pun menerima kebangkitan Islam dengan hebat sekali. Umno macam tersisih di sana. Inilah faktor utama mengapa mahathir mahu Anwar.

Dengan kemasukan Anwar ke dalam Umno dan kerajaan, golongan ustaz, kakitangan awam, NGO, dan rakyat awam yang berminat dengan Islam meletakkan harapan kepada Umno semula. Harapan rakyat yang menggunung kepada Anwar ialah menanti ketika beliau menjadi PM.

Tidak hairanlah kita melihat ledakan sokongan reformasi 1998 apabila Anwar dipecat dari TPM. Orang kampong di Kuala Pilah pun turut menyokong Anwar sehingga Roslan Kassim pun hampir menang bertanding parlimen di situ. Maka, memang tepat ramalan Mahathir tentang kekuatan Anwar dalam politik Malaysia dan mengajak awal-awal lagi menyertai Umno dan kerajaan.

Selama lebih 16 tahun, Anwar menjadi penyelamat politik Mahathir di dalam dan di luar Umno. Mohamad Sabu menambah lagi itulah dosa Anwar; melambatkan kemenangan Islam dan menyelamatkan Umno yang sudah mulai rosak ketika itu.

Apabila Anwar bebas dari penjara, ia dapat memainkan peranan penyatu dalam politik sehingga keputusan pilihanraya 2008 memberi pukulan kepada BN. Pada PRU lalu, majoriti bukan Melayu menyokong BA. Oleh kerana sudah 1o tahun Anwar di luar politik, maka sokongan kaum Melayu mulai menurun. Memang sifat orang Melayu sentiasa berpihak kepada pemerintah walaupun pemerintah rasuah dan zalim. Jika sokongan orang Melayu macam 1999 dan sokongan bukan Melayu macam Mac 2008, BN pasti telah tumbang pada Mac lalu.

Mahathir bukan hebat memerintah, tetapi dia bertuah mewarisi pemerintahan Tun Razak dan Husin On dan tiba-tiba Malaysia memiliki hasil minyak. Telalu banyak isu ekonomi di zaman Mahathir, tetapi diselamatkan oleh imej islam Anwar.

Sekarang, dengan senario politik semasa yang lebih terbuka dan kepantasan IT, manusia bernama Anwar yang tangkas dan pantas ini, berupaya meyakinkan sesiapa sahaja tentang konsep Malaysia Baru yang diperjuangkannya. Tambahan pula kanser dalam Umno telah membusong dan akan meletup bila-bila masa.

Untuk member lama Munshiku itu, jawapannya ialah sejak 1982 sehingga sekarang, sejarah politik Malaysia ialah sejarah Mahathir dan Anwar. Mahathir dah pun pencen. Pak Lah atau Najib tiada keupayaan mengatasi kehebatan Anwar. Hadi, Mohamad Sabu, Kit Siang dah jadi kawan Anwar. Tiada yang menghalang Anwar menjadi PM kecuali liwatnya sahaja. Jika 16 September ini tidak menjadi, tunggu sahajalah PRU 13, dengan syarat kerajaan negeri PR membuktikan kerajaan yang bersih dan pro rakyat.

Friday, August 1, 2008

JOM KE PERMATANG PAUH

Inilah agenda sebenar selepas PRU 12 yang kita nanti-nantikan. Bukan muzakarah. Bukan dakwaan liwat. Bukan debat minyak. Bukan Pak Lah letak jawatan. Bukan Najib didakwa. Bukan Razak Baginda digantung. Bukan demo Protes. Bukan bukan bukan.

Dalam kempen Azizah dahulu pun, dia berjanji bahawa Anwar akan menggantikan tempatnya ini. Rakyat mengundi PR pada PRU 12, adalah antara lain dengan dengan mengharapkan Anwar menjadi PM. Anwar lebih bijak dan tangkas dari Pak Lah 1000 kali. Lebih dilihat bersih dari Najib sejuta kali. Anwar boleh membawa masuk pelaburan berbilion dari negara Arab. Anwar boleh berdailog dan berhujjah dengan barat. Fasal itulah Mahathir cemburu dengan Anwar. Para sasterawan pun merindui pimpinan negara yang bisa bersajak dan prihatin dengan bahasa serta budaya Melayu. Dunia pun menanti Anwar jadi PM. Pas sejak 1999, ketika Anwar dalam penjara pun bersetuju Anwar menjadi PM. Inilah agenda rakyat reformis sejak 1998.

Jika Anwar menang dan sekaligus berjaya menarik 43 MP BN, kerajaan baru akan terbentuk dalam tempoh 60 hari. Inilah yang saat kita nantikan. Harga minyak turun 50 sen. ISA dan OSA dihapuskan. Tol dikaji semula. IPP dirombak. Geran pembangunan untuk Pulau Pinang, Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor diberi segera tanpa sekatan birokrasi. Dana untuk rakyat miskin akan ditambah dan diperhebatkan.

Jika Anwar gagal buat semua dalam tempoh 6 bulan, rakyat Malaysia tidak akan percaya dengan POLITIK PEMBANGKANG LAGI. Aku pun nak cari gua untuk bertapa.

Bacaan tambahan klik di sini

Friday, July 18, 2008

DEBAT MINYAK ANWAR - SHABERY

Sebaik sahaja debat minyak Anwar dan Shabery tamat, saya pun berangkat ke Kelantan dengan dengan 3 orang rakan lain termasuk seorang darinya dari Singapura. Saya menerima banyak SMS yang memberi rating debat malam itu dan ada juga yang bertanyakan rating yang saya beri pula.

Saya tidak dapat menonton sebarang program TV atau radio yang mengulas isu debat itu. Pada malam itu semua pendengar yang menghubungi saya, bersetuju bahawa Anwar lebih berjaya dalam hujjahnya. Esoknya, seorang rakan saya yang bertugas sebagai guru melaporkan bahawa seorang muridnya berbangsa India di Tahun 6 mengatakan 'cikgu, Anwar naik, minyak turun !'.

Saya bertanya lagi sahabat-sahabat yang bertugas di Jabatan Kerajaan di KL dan Kota Bahru, semuanya ijmak mengatakan ''Shabery hancus" di malam debat. Secara kebetulan Mohamad Sabu menalipon saya dan saya pun terus bertanyakan kepada beliau akan ratingnya pula. Rating Mohamad Sabu penting kepada saya kerana Anwar adalah musuh politik beliau ketika Anwar dalam Umno dahulu. Mohamad Sabu memberi rating 65 kepada Anwar dan 35 kepada Shabery Chik. Aduhai teruknya kau Shabery oi.

Satu hujjah Shabery yang saya rasa tidak betul, cuba mengelirukan penonton dan tidak adil ialah apabila beliau mengatakan Iran tetap tinggi inflasinya walaupun harga minyak rendah dari Malaysia. Ketahuilah Iran dikenakan sekatan ekonomi dan rezabnya berbillion USD dibekukan di US, maka tidak wajar dikatakan begitu. Penuntut Ekonomi yang berniat jahat jika itu yang dikatakan oleh Shabery.

Kalau hari ini pilihan raya, PR akan menang di Malaysia. BN barang naik, bila naik, baru naik, berapa naik, banyak naik, BANKRAP NEGARA.

Monday, July 14, 2008

BELANJAWAN RAKYAT 2009

Kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat telah menyambut 100 hari pemerintahannya baru-baru ini. Ceramah sambutannya begitu hebat sekali. Penyokong PR tentulah setia mendokongnya.

Lawan PR, BN sentiasa mengasak kerajaan negeri PR berkaitan dengan janji-janji manifestonya dalam PRU 12 yang lalu. Apa yang penting sekarang ialah kerajaan PR mestilah membasmi segera sebarang kebocoran wang kerajaan negeri dan mempastikan kerajaan negeri berbelanja secara betul, teratur, telus dan tiada rasuah dan ketidakadilan. Langkah seterusnya ialah merangka BELANJAWAN RAKYAT 2008 (BR).

Melalui BR inilah akan menggambarkan segala perancangan kerajaan PR berkaitan dengan pembangunan negeri seperti mana kehendak manifesto PRU 12. Isu-isu berkaitan pembangunan insan, ekonomi, pendidikan, dasar tanah, kerajaan tempatan dan sosial akan diterjemahkan dalam kertas pembentangan BR nanti

MB dan exco kena duduk bersidang secara serius dengan pegawai perancang ekonomi negerinya supaya BR berbeza dengan belanjawan BN masa lalu. Disinilah bermulanya kelainan fokus PR dalam mentadbir negeri. Kalau boleh dalam merangka BR ini, ianya juga melibatkan pandangan dari aktivis politik dari semua anggota gabungan PR.

Penyokong PR amat ternanti-nanti satu belanjawan yang komprehensif untuk rakyat.

Saturday, July 12, 2008

PAKATAN RAKYAT TANPA KETUA

Wau, semua terkejut membaca wawancara terbaru Harakah dengan Hj Abd Hadi. Hj Abd Hadi mengatakan PR tiada ketua dan sesiapa pun boleh berjumpa dengan sesiapa sahaja.

Memang benar semua orang ada hak berjumpa dan berbincang dengan sesiapa sahaja. Tetapi anggota PR bukan badan NGO atau badan dakwah. PR wadah politik. Perbincangan dan perjumpaan anggota PR akan memberi kesan dan persepsi kepada rakannya yang lain. PKR jumpa Umno, Pas dan DAP khuatir. Pas jumpa Umno, PKR dan DAP khuatir. DAP jumpa Gerakan dan MCA, Pas dan PKR khuatir. Bila mula ragu meragui antara satu sama lain, PR di ambang perpecahan. Mutaah politik PR tidak sampai sehingga 2012. Benarlah tuduhan BN, PR bukan gabungan yang stabil.

Kesatuan PR belum utuh lagi. Masing-masing ada keutamaan politik tersendiri. Yang muktamadnya ialah bersatu menumbangkan BN dalam PRU yang lalu sahaja. Apabila PR menubuhkan kerajaan negeri di Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan Kelantan, kita dapati stail, corak dan keutamaan pentadbirannya berbeza antara satu sama lain.

Terdapat 2 isu utama politik pasca PRU 12 yang tidak dimuktamadkan secara bersama dan jitu oleh PR iaitu:

  • Apakah anggota gabungan PR sekarang bersetuju dengan strategi Anwar menarik MP BN Sabah dan Sarawak menyertai PR sebagai anggota gabungan yang baru.
  • Apakah anggota gabungan PR bersetuju menjatuhkan Pak Lah melalui usul undi tidak percaya di dalam parlimen Isnin ini.
Apakah agenda politik PR yang utama sekarang. Mahu ke Putrajaya melalui jalan pintas dalam tempoh terdekat ini atau mahu memperkukuh pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada terlebih dahulu dan cuba menguasai kerajaan pusat pada 2012 nanti.

Apakah pilihan strategi pintas PKR dan PAS ke Putrajaya sekarang. Strategi PKR ialah menarik MP Sabah, MP Sarawak dan sebahagian MP Umno, MCA dan Gerakan ke PR. Strategi Pas pula ada dua pilihan samada bersama strategi PR tadi atau menyertai Umno dalam BN.

Jika Pas menyertai BN, bersedialah pimpinan Pas dengan perpecahan dalaman terbesar dalam sejarahnya. Malah rakyat Malaysia tidak akan percaya kepada Pas selama 50 tahun kerana mengkhianat rakan kongsi politiknya dalam tempoh yang singkat sahaja.

Apakah ke Putrajaya merupakan agenda utama politik Pas sekarang. Apakah Pas sudah tidak bersedia menjadi penumpang politik selepas 53 tahun di persada politik tanahair. Atau pimpinan Pas ingin mengakhiri hayat hidupnya sebagai menteri sebelum berjumpa dengan Allah subhanahu wataala. Apa isi hati mereka yang sebenarnya.

Monday, July 7, 2008

PAKATAN RAKYAT TANPA ANWAR

Bila-bila masa Anwar akan didakwa dalam kes
liwat. Apakah ianya boleh dijamin?. Jika ada
konspirasi politik, beliau tidak boleh dijamin. Maka
beliau akan terkurung. PR kehilangan beliau sebagai
faktor penyatu atau moderator untuk mengambil alih kerajaan.

Lantas, apakah PR boleh bergerak lancar jika Anwar di dalam
tahanan. Perbicaraan di mahkamah akan mengambil masa
yang lama. Jika Anwar disabitkan kesalahan, apakah PR
bersedia meneruskan agendanya.

Apakah tiga parti utama dalam PR boleh duduk berunding
meneruskan perjuangan dalam politik Malaysia.

Fikir-fikirkanlah!!!!!

Thursday, July 3, 2008

MB MANA YANG TERBAIK

PR membentuk 5 kerajaan negeri iaitu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. 3 MB dari PAS, 1 dari DAP dan 1 dari PKR.

Kelima-lima MB dari pelbagai parti dalam PR berpeluang menunjukkan integriti, kebijaksanaan, keadilan, ketelusan, dan keberkesanan di dalam mengurus kerajaan negeri masing-masing.

Kejayaan MB ini akan meningkatkan nama baik parti masing-masing dan sekaligus kepada PR.

Jika parti gagal mengawasi kepimpinan MB dari parti mereka sendiri, imej parti akan tercalar. Kegagalan ini juga sekaligus meruntuhkan kepercayaan pengundi kepada PR . Maka harapan untuk memerintah peringkat Persekutuan bolehlah dilupakan.

Ujian antara parti dalam PR lebih kritikal lagi kerana perbezaan ideologi. Yang menyatukan mereka ialah keazaman mahu membina negara yang bebas dari rasuah, penyelewengan dan ketidakadilan.

Imej dan keberkesanan kerajaan PR akan mudah dinilai oleh rakyat dalam tempoh 4 ke 5 tahun ini. Bau busuk kerajaan mudah dikesan kerana pengaruh media alternatif kini.

Pendokong PR pun telah berjanji kepada pengundi dalam siri kempen pilihan raya lalu; jika PR menyeleweng, kita sendiri yang akan meruntuhkan kerajaan PR.

Oleh itu ingatlah wahai pemimpin PR!!!!