Thursday, September 11, 2008

BN GAGAL JADI PEMBANGKANG

Lebih 6 bulan BN jadi pembangkang di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor. Kecuali isu babi di Selangor dan anugerah tanah di Perak, tak ada tanda-tanda BN memperjuangkan isu rakyat untuk PR laksanakan. Dan tidak ada tokoh BN yang mendedahkan penyelewengan kerajaan PR. Jika ada, janganlah tunggu sehingga habis penggal pemerintahan PR, baru nak dedahlan. Kena dedah segera kerana itu tanggung jawab sebagai pembangkang; mengawasi pemerintah.

Tengok DAP, PAS dan PKR yang sentiasa berceramah siang malam selama ini bekerja keras mengkritik BN. Kita sentiasa alu-alukan Umno/BN sebagai pembangkang yang baik. Takkan nak harapkan penyokong PR dedahkan pimpinan mereka yang menyeleweng. Tentulah mereka, jika tidak kerana takut dipecat, tentu ada perasaan cinta dan kasih kepada pemimpinnya. Nak harap pegawai kerajaan dedahkan, mereka dah lama bersekongkol dengan BN. Bila soru dah mula nak miss, baru sokong PR. Apa pun terima kasih le.

Adakah BN tak bersedia mendedahkan salahguna kerajaan PR kerana sememangnya PR belum lagi menyeleweng atau kerana BN takut penyelewengan mereka dahulu didedahkan? Atau memang mereka tidak boleh buat kerja tersebut kerana tak ada upah. Maklomlah sudah lama terbiasa kerja berupah. Jika mereka tiada kepakaran sebagai pembangkang, aku rasa Mohamad Sabu dan Saifuddin Nasution boleh bagi kursus khas!

No comments: