Wednesday, September 3, 2008

BAJET: MANA YANG UTAMA

Menghapuskan kemiskinan merupakan agenda utama pembangunan negara. Golongan kapitalis, sosialis/komunis dan islamis berusaha memperkenalkan pendekatan masing-masing untuk menghapuskan kemiskinan. Adakah kuasa besar penganut ideologi tersebut seperti Amerika, Russia, Cina dan Britain telah berjaya menghapuskan kemiskinan? Satu kajian ilmiah dan terbuka perlu ada untuk mengetahui isu ini.

Malaysia, setelah 51 tahun merdeka berbangga dengan KLCC, Cyberjaya, Putrajaya, KLIA, LCCT, dan telah pun menghantar angkasawan ke bulan. Tetapi adakah isu asas ekonomi iaitu kemiskinan rakyat telah dihapuskan?

Antara projek mega dan kemiskinan rakyat, mana satu keutamaan negara. Memilih keutamaan atau prioriti dalam bajet negara merupakan cabaran kepada pimpinan negara. Kerajaan mahu dahulukan yang mana. Nak bina bangunan yang tinggi atau nak bagi rakyatnya makan. Nak taja perlumbaan Formula One atau nak bagi tanah kepada rakyat miskin. Nak bagi tanah kepada tokoh politik atau kepada Sekolah Agama Rakyat yang dhaif. Mana satu pilhan kalbu.

Kes Terengganu merupakan kes yang terbaik untuk dilihat. Wangnya banyak tetapi kemana dibelanjakan. Terengganu menghabiskan wang untuk pelbagai projek pelancungan; RM 250 juta untuk Taman Tamaddun Islam yang mengandungi masjid kristal, pembangunan Pulau Duyong sebanyak 200 juta dan menganjur sukan kapal layar Piala Monsun sebanyak RM 300 juta setahun. Dalam masa yang sama Terengganu merupakan negeri kedua termiskin di Malaysia. Aduhai Saleha!

Mana lebih utama; untuk rakyat miskin atau untuk pelancungan? Patutlah Sultan Mizan mengamuk dengan Idris Jusoh. Jika wang ini digunakan untuk program pembasmian kemiskinan rakyat Terengganu secara total, sudah terlalu berlebih. Ya, kera di hutan kita susukan. Malangnya rakyat Terengganu juga syok dengan benda-benda macam tu dan terus memilih BN. Rakyat tidak diajar dan disedarkan konsep belanjawan yang sebenarnya. Syok melihat bulan di awan tetapi lantai rumah dah reput!!!

Keutamaan bajet merupakan cabaran psikologi pimpinan negara. Kita laksanakan projek besar untuk menunjuk kehebatan kepada dunia luar. Sepatutnya kita selesaikan masalah asas rakyat terlebih dahulu, barulah diikuti dengan pelbagai projek mewah. Kalau dilihat laporan Rancangan Malaysia setiap penggal, peruntukkan untuk menghapuskan kemiskinan tak sepadan berbanding dengan peruntukan lain.

Dendam politik juga membuatkan BN menarik peruntukan bajet untuk Sekolah Agama Rakyat yang 100% pelajar ialah islam. Kesahnya baca di sini.


No comments: