Tuesday, September 23, 2008

PAS AKAN JADI UMNO

Pas bukan tak pandai bergaduh antara satu sama lain. Tetapi mereka gaduh diam-diam. Pemimpin dan ahli mereka tak gunakan media akhbar atau tv menghentam lawan. Duit pun tak ada untuk upah orang lain untuk berkempen menyokongnya. Kini, zaman IT dengan adanya pelbagai blog percuma dan web persendirian, maka perbezaan pendapat dan kempen memburukkan orang lain telah mula rancak. Mustafa Ali orang yang malang, apabila pendapatnya tentang 16 September dilanyak oleh pelbagai pihak dan pimpinan Pas sendiri. Walaupun Mustafa Ali menguasai Harakah, tetapi pelanyak Mustafa Ali ada pelbagai media blog lain untuk berhujah dengannya. Baru Mustafa tahu penangan politik sekarang.

Nasib politik pimpinan Pas kini tidak semudah seperti era sebelum ini. Kalau dulu, tunjukkan anda lebih tarbiyyah, lebih pro presiden parti, setia membuta kepada keputusan parti, mendapat publisiti lebih dari Harakah; maka anda berpeluang mendapat undi terbanyak di muktamar nanti.

Pada 2009 semua ini tidak akan berlaku. Nasib Nasarudin Mohd Isa dan Husham tak dapat dipastikan. Kini pelbagai blog mempertikaikan kredibiliti Nasarudian dan mendedahlan skandal kewangan Husham. Samada betul atau tidak, ahli Pas kenalah buat penyelidikan sendiri. Geng Endorgan dan Pro-Umno dalam Pas akan lebih rancak menggunakan pelbagai blog nanti. Mari kita tengok siapa yang kena nanti.

Dulu Pas tak perintah, maka tidak ada duit untuk kempen. Sekarang dah mula ada duit, maka bolehlah guna sikit-sikit. Bila duit banyak nanti, maka jangan hairan, Pas pun jadi macam Umno juga. Alahai.


No comments: