Mohamad Sabu Naib Presiden Pas tidak setuju menerima MP lompat untuk tubuh kerajaan baru. Katanya jika semasa Pas menang 1 kerusi di Kelantan pada 2004, Pas tak setuju jika ADUNnya dibeli oleh BN, maka kali ini Pas pun tak setuju jika MP BN pula yang dibeli.
Blogger Penarik Beca bertanya mengapa Pas khianati rakyat pada 1973 dengan menyertai BN sedangkan rakyat memilih Pas kerana membenci Umno ketika itu. Hujah demi Melayu dan kestabilan politik merupakan alasan terbaik oleh pimpinan Umno dan Pas. Kalau Hishamudin Rais ada di dalam negara ketika itu, tentu dia porahkan Umno dan Pas. Itulah hujah lazim yang digunakan oleh pemimpin politik Melayu untuk menyejukkan penyokongnya.
Mustafa Ali pun beria-ia mengatakan Anwar tak boleh jadi PM secara teknikalnya menjelang 16 September ini. Eleh, semasa kempen 1999, Pas pun setuju dan war-warkan Anwar jadi PM walaupun Anwar dalam penjara. Mana lebih mudah Anwar jadi PM samada pada tahun 1999 atau sekarang ini. Soal tepatnya tarikh 16 September bukannya persoalan. Mungkin berganjak sedikit tarikhnya. Soal MP kerajaan sukar beralih sokongan ke pembangkang kerana mereka sedia mendapat faedah dari kerajaan, bukanlah hujah kerana MP kerajaan kena sedar bahwa nasib BN akan punah pada PRU 13. Maka lebih baik joint PR sekarang, supaya kedudukan mereka selamat pada PRU 13 nanti.
Jika Pas boleh terima DAP yang yang tidak setuju dasar Islam di negara ini, mengapa Pas tak boleh terima MP kerajaan yang hendak melompat. Antara dasar dan etika mana satu pilihan hati Pas. Dengan DAP kita korbankan prinsip demi lawan BN. Dengan MP lompat, kita tak terima mereka kerana etika? Mana lebih besar kesalahannya; langgar dasar atau langgar etika?
Woo, ulamak Pas banyak dalilnya jika nak terima MP lompat . Masuk BN dulu ada dalilnya. Kawan dengan DAP ada dalilnya. Jadi MB Perak, walaupun Pas minoriti pun ada dalilnya. Betul tak? Mohamad Sabu selalu tanya macam tu kan. Sesekali aku pun nak tanya juga.
Woo, ulamak Pas banyak dalilnya jika nak terima MP lompat . Masuk BN dulu ada dalilnya. Kawan dengan DAP ada dalilnya. Jadi MB Perak, walaupun Pas minoriti pun ada dalilnya. Betul tak? Mohamad Sabu selalu tanya macam tu kan. Sesekali aku pun nak tanya juga.
No comments:
Post a Comment