Tuesday, September 16, 2008

TUNGGU RAYA PERTAMA

Ingat tak lagi Anwar beraya ke rumah Pak Lah ketika telah dibebaskan dahulu. Orang Melayu bab raya ni memang satu peluang yang ditunggu untuk menziarahi sesiapa. Adakah ziarah itu untuk minta maafkah atau tanda terima kasihkah atau tanda penghormatan kepada orang tua atau orang yang berbudi kepadanya. Anwar pun lebih kurang begitulah.

Ketika pilihanraya kecil Ijok lalu, semasa kempen, Anwar hanya membalun Najib sahaja. Pak Lah tidak menjadi sasarannya. Sebelum PRU 12 pun, kempen Anwar hanya membalun kepincangan ketika zaman Dr Mahathir sahaja. Dalam kes liwat terbaru Anwar pun, yang kena tuduh buat konspirasi juga ditujukan kepada Najib. Dan kini Anwar berkata, ia akan ambil alih pemerintahan dengan berunding dengan Pak Lah terlebih dahulu dalam sehari dua ini. Anwar lebih berlembut dengan Pak Lah berbanding dengan Mahathir dan Najib.

Anwar terus menampakkan keyakinannya untuk mengambil alih kerajaan dari BN. Pada raya pertama tahun ini, kita nak tengok siapa ziarah siapa. Siapa PM dan siapa Ketua Pembangkang.

1 comment:

Anonymous said...

Ali,
Ulasan hang nampak lain macam bunyinya. Berubah sakan, apabila kerajaan Pakatan Rakyat yang akan berperdana menterikan Anuar Ibrahim belum menjadi sehingga 16 September 2008.

Sekejap tadi hanya umum ada MP BN nak lompat. Tatapi masih belum melompat. Mungkin seorang Menteri dari BN yang melompat ialah Zaid Ibrahim. Dia mengetahui weh.