Hari ini 1 Ramadhan bersamaan 1 September. Jika genap puasa 30 hari, bulan Ramadhan dan bulan September bersamaan selama 30 hari. Bukan senang nak dapat tarikh serentak sepanjang bulan dalam tahun Masehi dan Hijrah.
Fadhilat Ramadhan dan amalan yang yang patut dibuat telah dikupas oleh ramai ulama dan para ustaz. Ambillah kesempatan mengulangkaji di majlis ilmu dan tazkirah di masjid atau di pejabat anda.
Aku hanya membangkitkan persoalan ummah berkaitan amalan puasa di bulan Ramadhan ini:
- Ramai berpuasa tetapi tidak solat. Bila berbuka puasa di tempat awam yang tiada kemudahan tempat solat, kebanyakan mereka dilihat tidak solat maghrib. Tak tahulah jika mereka mengamalkan konsep jamak macam penganut mazhab ahlul bait. Jika mereka tahu dalil dan hujahnya, maka selamatlah mereka dari dosa meninggalkan solat maghrib.
- Di masjid lebih utamakan amalan solat sunat terawih dan tadarus al-quran dari kelas tazkirah atau kuliah ringkas. Sebenarnya majlis tazkirah atau kuliah ringkas lebih utama lagi kerana pada masa ini jemaah masjid lebih ramai hadir ke masjid. Inilah peluang terbaik kita memberi tazkirah dan ilmu kepada mereka. Solat sunat dan tadarus boleh diamalkan secara induvidu. Kali ini masjid di Selangor tidak dihalang mengadakan kuliah dan tazkirah seperti di zaman Khir Toyo dahulu.
- Sedekah berbuka dan more terlalu berlebihan di masjid sehingga ada yang dibuang begitu sahaja. Alangkah baik jika ia dirancang sebegitu rupa supaya sebahagian sedekah makanan di tukar kepada wang untuk digunakan untuk manafaat yang lain.
- Masih ada lagi imam masjid yang ekspres bacaannya. Aku rasa ini bukan sunnah yang dibuat oleh Rasulullah sawl
Allah Sahaja Yang Maha Mengetahui.
No comments:
Post a Comment