Monday, September 5, 2011

UTUSAN ALAT PENJAJAH

Niat Utusan membalun Mohamad Sabu memakan diri seindiri.

Fitnah Utusan kononnya Mohamad Sabu menyokong komunis.  Mohamad Sabu sebenarnya ingin membetulkan cerita Bukit Kepong yang mendewa-dewakan perjuangan British.

Kini sudah terbongkar siapa sebenar Mat Indera yang berani menentang British. Jika ada orang Melayu yang bekerja dengan pihak pejajah, apa boleh buat. Nasib le kena tembak. Ha ha.


Utusan bukan sahaja menjadi akhbar  pembohong  dan pemutar belit berita tetapi kini sudah menjadi penyokong penjajah!!!!


Saturday, September 3, 2011

RASHID MAIDIN KE LONDON PADA 1947

Selepas  kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, arus perjuangan menuntut kemerdekaan bersemarak secara global.

Di peringkal Komanwel satu Persidangan Parti-Parti Komunis  telah diadakan di London.  Persidangan ini   telah mendesak pihak British memberi kemerdekaan kepada negeri jajahannya. Antara wakil PKM di persidangan itu  ialah Rashid Maidin. Ketika persidangan ini  Tunku Ab Rahman juga berada di London  kerana sedang belajar di jurusan undang-undang. Beliau telah mengutus surat kepada Rashid Maidin dan memohon maaf  -   tidak dapat hadir ke persidangan tersebut  sebagai pemerhati kerana sibuk. Tunku  mendoakan kejayaan Persidangan Parti-Parti Komunis itu.

Ketika Rashid Maidin sibuk berjuang menentang British secara gerila dan melalui gerakan antara bangsa, Tunku masih lagi belajar di London. 

Itulah realitinya sejarah menuntut kemerdekaan  negara ini.  Umno yang dipimpin oleh Onn Jaafar  masih belum berani menuntut kemerdekaan, malah dengan jelas mengatakan belum sampai masanya untuk menuntut kemerdekaan!!!!!

Jangan ada sesiapa terasa pedih apabila membaca catatan sejarah ini!!!!



Thursday, September 1, 2011

15 TAHUN SEBELUM MERDEKA - 1

Masa lalu  adalah sejarah. Pandangan sejarah berbeza mengikut masa. Perubahan nilai, ilmu dan proriti kepentingan negara, pemerintah dan rakyat akan mengubah pandangan kepada sejarah masa lalu.

15 tahun sebelum kemerdekaan Tanah Melayu  menampilkan pelbagai wajah dan para pelakon yang pelbagai dan rencam mewarnai politik benua bernama Tanah Melayu atau Malaya.

Ada dua arus besar dunia yang sedang melanda Tanah Melayu  ketika itu. Pertama, arus pertentangan ideologi kapitalis vs sosialis/komunis. Ideologi sosialis menggempur dunia kapitalis dengan hebat sehingga banyak negara Eropah berideologi sosilalis dalam sistem pemerintahannya.  Arus ini sampai ke Asia - merubah lanskap politik Korea, Veitnam, Indonesia, Malaya dan Singapura.  Kedua , arus kebangkitan Islam - pengaruh Ikhwanul Muslimin ke atas politik di negara-negara Islam seperti Pakistan, Indonesia dan Malaysia.

Yang jelas golongan Islam dan golongan kiri ( sosialis/Komunis) menghadapi musuh yang sama iaitu British. Apabila Jepun masuk Malaysia dengan janji akan memberi kemerdekaan kepada anak negeri, maka golongan agama dan golongan kiri menyokong Jepun dalam menentang British. Apabila Jepun gagal menepati janji, maka pihak kiri kecewa dengan Jepun. Maka mereka berjaya dipujuk oleh pihak British dan diberi alat senjata untuk melawan Jepun pula. Itulah politik - kita berkawan kerana melawan musuh yang sama yang sedang berkuasa.  Ya British berpakat dengan komunis untuk melawan Jepun.

Agak-agak orang Melayu di mana ketika itu? Ha ha.


Monday, August 29, 2011

SELAMAT AIDIL FITRI

Esok Raya. 

Macam biasalah, bila raya kena minta maaf zahir batin dan halalkan makan minum. 

Ada raya lain yang kita akan tempuhi lagi - pilihan raya. Ha ha. Lagi berdebar kerana tiada anak bulan yang boleh dilihat  dulu.

Sunday, August 28, 2011

TERINGAT CERPEN USMAN AWANG

Saya terbaca koleksi cerpen Usman Awang. Entah di mana saya menyimpan buku tersebut. Ha ha.

Usman Awang atau Tongkat Warant pernah menjadi Polis Hutan di zaman British  Dalam salah satu cerpennya beliau menulis dengan  merakamkan  keresahannya sebagai Polis Hutan. Beliau tak tahu samada beliau benar atau Komunis yang benar. Antara lain tugas Polis Hutan ialah mengawal rumah sang pengurus estet  berbangsa British yang mengaut harta dari bumi Malaysia. Apakah komunis yang berusaha menghalau British dari negara ini benar atau Polis Hutan yang makan gaji dengan pemerIntah British yang benar - begitulah konfliknya jiwa Usman Awang.

Fasal itulah Usman Awang berhenti bekerja sebagai Polis Hutan di bawah regim British!!!!!

Orang Melayu berasa bekerja dengan British dahulu semacam kerja dengan kerajaan Melayu  juga. Ha ha.  Sampai la ni dok perasan macam itu juga.


RAYA MERDEKA !!!!!

Raya Deepavali

Kongsi Raya

Tahun ini - Raya Merdeka !!!!!

Wooooo.







Saturday, August 27, 2011

BERAPA RAMAI TINGGALKAN SOLAT

Kita tak mahu orang Islam menjadi murtad.

Kita juga tak mahu orang Islam meruntuhkan  tiang agamanya  dengan meninggalkan solat.

Mana  yang ramai antara orang yang  murtad dengan orang  sengaja meninggalkan solat  di dalam masyarakat kita

Tak hendak mengata atau buruk sangka, tetapi lihatlah:
  1. Berniaga/Bekerja sehingga tinggalkan solat
  2. Berseminar sehingga tinggalkan solat
  3. Naik kenderaan awam sehingga tinggalkan solat.
Budaya solat belum makmur lagi di bumi Malaysia!!!!!


Thursday, August 25, 2011

NAJIB HEBAT JIKA ....

Jika betul Najib akan hadir ke mahkamah pada kes bicara Anwar, maka saya akan tabik sama beliau. Ha ha. Baru anak jantan. Lebih jantan dari Mahathir. Mahathir cari helah tak mahu hadir.

Jika Anwar yang dituduh sanggup menghadapinya sekian tahun, takkan Najib hanya sebagai saksi, tak sanggup hadir. Depa berdua adalah bekas team yang sama dalam era Pemuda Umno dahulu.

Kita nak dengar cerita sebenar Najib dengan Saiful. Berani kerana benar!!!!!  Barulah anggota Umno bawahan boleh berbangga jika Najib sanggup ke mahkamah. Jangan jadi macam Mahathir, hanya berkokok di luar mahkamah. Itu pun orang Umno berbanga sangat dengan Mahathir. Porahhhh!!!!!!

Wednesday, August 24, 2011

ALAHAI UTUSAN

Naib baik ada media alternatif. Jika tidak lapuran perbicaraan kes Anwar diterima secara berat sebelah. Utusan dan TV 3 memberi pendekatan negatif  tentang apa yang sedang berlaku dalam mahkamah  kini.

Macam Pak Samad Said. saya sudah tak membaca Utusan sejak lebih 10 tahun lalu. Berita TV 3 pun sesekali sahaja saya tengok. Itu pun sebenarnya nak tengok lapuran sukan sahaja. Ha ha.

Utusan pun dok rugi lagi. Orang Umno pun tak beli Utusan juga ke? Wooo. Langsung tak ada semangat Melayukah orang Umno ini?  Kok nanti akhbar rumi Utusan pun bakal tutup macam akhbar jawinya pula. Takkan orang Umno nak minta akhbar  free sahaja. Woooo

Sunday, August 21, 2011

MATEMATIK UMNO YANG SONGSANG

Lazimnya kerusi yang ditandingi oleh Umno akan dilawan oleh PAS atau PKR yang calunnya orang Melayu.

Maka berkempenlah Umno: Jika Umno kalah, DAP yang akan memerintah. Ha ha. Sepatutnya apabila Umno kalah, Pas yang menang dan memerintah tetapi bagi Umno, DAP yang menang dan memerintah. Agaknya di Kelantan kini DAP yang memerintah.

Pada 1999, Umno kalah di Terengganu, adakah DAP yang memerintah.Wooo.  Yang kelakarnya matematik songsang ini dipercayai rakyat yang  tak mampu berfikir secara matang. Maka, walaupun rakyat tahu Umno korup dan lemah, mereka tetap undi Umno. Kerana apa? Kerana takut DAP yang menang. Ha ha.

DAP hanya menang atas kerusi yang ditandingi oleh MCA, Gerakan atau MIC di Semenanjung ini. DAP tak lawan Umno pun. Tetapi Umno terasa dia  kalah dengan DAP jika kalah dengan PAS. Dan orang Melayu yang kurang guna otak pun percaya.  Dan  yang  paling bebal sekali ialah tukang   kempennya. Tukang kempen perkara ini ialah pegawai kerajaan Melayu di BTN. Apa punya bangang pegawai BTN ini? Yang tukang dengar pun percaya  je.... Woooooo

Saturday, August 20, 2011

GERAKAN ITU MELAYU

Menurut kamus politik Umno:

DAP itu China

GERAKAN itu Melayu.

Maka jika Ketua Menteri Pulau Pinang  itu dari GERAKAN, kira Melayulah yang memerintah.

Sekarang Ketua Menteri dari DAP, maka Chinalah yang memerintah.

Fasal itulah setiap ketika Umno Pulau Pinang "panas" sahaja. Woooooooooo


Friday, August 19, 2011

UNDI P0S: KENYATAAN PEMUDA WILAYAH

KENYATAAN MEDIA
DEWAN PEMUDA PAS WILAYAH PERSEKUTUAN
JELASLAH BERLAKU PENYELEWENGAN SELAMA INI DALAM UNDI POS
19 Ogos 2011

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) merasa terkejut dengan pendedahan beberapa orang bekas anggota tentera berhubung penglibatan mereka dalam penyelewengan undi pos semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera Malaysia. Bagi DPPWP, pendedahan mereka membuktikan bahawa memang benar undi pos adalah suatu manipulasi bagi memenangkan UMNO-BN.

Dalam kenyataan balas oleh Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin semalam yang menyalahkan Pemuda PAS kerana mengambil kesempatan terhadap bekas anggota tentera. DPPWP menegaskan, tidak timbul soal Pemuda PAS mengambil kesempatan terhadap mana-mana anggota tentera. Sebaliknya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin perlu melihat kebenaran disebalik pendedahan mereka ini.

Sepatutnya Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin bersyukur kerana masih ada bekas-bekas anggota tentera yang berani menyatakan kebenaran walaupun risikonya tinggi. Tidak ramai yang mampu tampil ke depan membuat pengakuan kerana takut dengan risiko yang bakal menimpa.

Sebaiknya Panglima Angkatan Tentera Malaysia menyiasat dakwaan ini secara serius. Isu penyelewengan dalam undi pos adalah isu besar dan melibatkan integriti Angkatan Tentera Malaysia. Jika benar dakwaan bekas-bekas anggota tentera ini, maka ATM perlu mengambil tindakan drastik bagi mengelakkan kejadian ini berulang. ATM perlu menjadi agensi yang diyakini oleh semua pihak, dan ia perlu mengelak diri dari cenderung kepada mana-mana parti politik.

DPPWP percaya bahawa Pemuda PAS tidak menuduh anggota tentera sebagai pengkhianat kepada negara. Bagi DPPWP, anggota tentera ini adalah golongan yang setia kepada negara. Malangnya kesetiaan mereka disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Dengan pengakuan bekas-bekas anggota tentera ini, membuktikan bahawa undi pos tidak lagi boleh dipercayai kerana ia adalah talian hayat UMNO-BN selama ini. Justeru tidak hairanlah banyak kawasan sama ada Parlimen dan DUN yang mempunyai undi pos, undi yang diperolehi oleh calon BN amat tinggi mendadak.
Dalam keadaan sekarang, negara tidak berada dalam keadaan terdesak untuk diadakan sistem undi pos. Setiap rakyat sepatutnya diberikan kebebasan bagi memilih pemimpin  atau parti politik mereka tanpa ada sekatan, kekangan atau melalui sistem berasingan. Oleh itu, DPPWP mencabar kerajaan sekiranya benar kerajaan BN mahu memenangi pilihanraya dengan sokongan popular rakyat Malaysia, hapuskan segera undi pos dan benarkan anggota tentera dan pihak yang berkaitan mengundi seperti biasa.

Sampai bilakah UMNO-BN mahu berpaut kepada undi pos dan dikenali oleh rakyat sebagai wakil pos? Buktikan kehebatan UMNO-BN dipentas politik dan bertarunglah secara anak jantan di padang yang sama rata. Ketika itu barulah kenal langit itu tinggi atau rendah.

Disediakan oleh;

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Thursday, August 18, 2011

UNDI POS: WIRA BARU MUNCUL

Di mana-mana orang bercerita hal SPR. Jika ada maruah, orang atasan SPR kena letak jawatan. Samada betul atau tidak tuduhan ke atas SPR, pokoknya imej SPR sudah tercalar. Jika di barat, mereka sudah letak jawatan. Baru mudah buat perubaan selepas itu.  Jika dok tertenggek kat situ, tetulah depa nak pertahan apa yang sedang mereka lakukan.

Setiap hari ada sahaja pembongkaran kelemahan  SPR. Askar pencen pun dah mengaku mengundi pos secara auta. Kita dah lama tahu hal itu tetapi mana ada  pegawai tentera yang sedang berkhidmat sanggup mengaku buat kerja kotor itu. Bila dah pencen, ramai wira baru muncul. Woooo

Tuesday, August 16, 2011

ADUHAI SPR

Apa SPR nak kata apabila Najib sendiri pun sudah mula terima untuk membaiki sistem pilihan raya, walau apa pun niatnya.  "Terkejut"  orang SPR apabila Najib membuat pengumuman tersebut. 

Apabila "dunia" sudah tau hal pilihan raya Malaysia yang "kelakar", maka tidak dapat tidak SPR kena berubahlah. Malulah jika di takok tu juga. Wooo.

Kesian juga kepada orang SPR yang hendak membodek BN sehingga sanggup karam bersama BN.  Imej "berkecuali" perkhidmatan awam semacam tiada di negaraku ini. Aduhai Malaysia.

Wednesday, August 10, 2011

PAS PUSAT TAK FAHAM?

Pemuda Pas Pusat menyokong tindakan JAIS selepas mendengar taklimat Hasan Ali.

Pas Pusat nak jumpa JAIS dan pihak gereja selepas mendengar taklimat Hasan Ali.

Agaknya Pas Pusat tak "faham" taklimat Hasan Ali sepertimana Pemuda Pusat sehingga perlu berjumpa sendiri dengan JAIS dan pihak gereja. 

Moga-moga Pemuda Pusat tidak "dikelentong" oleh Hasan Ali sudahlah. Woooo



Sunday, August 7, 2011

WARGA ASING PENENTUNYA PRU 13

Pas menang di Terengganu pada PRU 1999 dan kalah pada PRU 2004. Undi Pas tak berubah pada 2004, sama dengan 1999. Yang bertambah ialah undi BN pada 2004. Pertambahan  undi  BN pada  2004 adalah kerana peningkatan jumlah yang keluar mengundi. Ada yang ke tahap 95%. Kebolehan BN mengenalpasti pengundi yang tak keluar pada 1999 dan menarik mereka  keluar mengundi pada 2004 adalah satu kehebatan dan mungkin luar biasa. Ada pelbagai teori dan sehingga ada yang mengatakan BN "mencipta pengundi hantu" berdasarkan nama yang wujud dalam senarai pengundi yang dikatakan sudah gagal dikesan dan tidak mengundi beberapa kali dalam pilihan raya. Ini memerlukan kerjasama SPR untuk mengetahui siapakah yang tidak keluar mengundi sejak beberapa kali pada  pilihan raya yang lalu.

Kini, selepas  tak yakin rakyat akan mengundi BN, BN dengan bantuan JPN dan SPR akan menjadikan  warga asing sebagai pengundi baru  untuk BN. Perkara ini telah pun dilakukan di Sabah dan Kelantan pada beberapa pilihan raya yang lalu. Orang Siam menjadi pengundi di Kelantan dan orang   Filipinan dan Pakistan menjadi pengundi baru di Sabah. Kini Pulau Pinang dan Selangor akan menerima kehadiran pengundi baru dari warga asing. Jika BN selalu berkokok bahwan Anwar menjadi agen asing, tetapi kini Malaysia ditentukan nasibnya oleh warga asing!!!!


Friday, August 5, 2011

SIAPA MAHU JADI CALUN

Zaman nak pilihan raya ini, ramailah ahli politik mengintai kerusi mana yang kosong untuk bertanding. Apa ke jadahnya kalau jadi  ahli politik tetapi tak bertanding dalam pilihan raya? Ha ha. 

Kalau tempat sendiri tak ada kawasan kosong, bolehlah mengecek kat kawasan lain pula. Pokoknya dapat bertanding.

Dan bila nak bertanding tu, janganlah bawa duit belanja pilihanraya setakat RM 24.00 sahaja. Woooo

Zaman ini ramai yang terasa "layak" bertanding. Bukan mudah nak dapat semangat macam ini.  Kalau ramai sangat nak jadi calun, kita buka untuk tender. Wauuu.

Wednesday, August 3, 2011

CARI MAKAN DAA

Kekadang pegawai kerajaan melaksanakan tugas atas perintah orang atasannya (biasanya orang politik), walaupun bercanggah dengan undang-undang dan peraturan kerja. Alasannya mudah - nak cari makan.

Malang sekali  jika pegawai kerajaan yang telah dilatih untuk berintegriti tetapi gagal mempertahankan prinsip dalam menjalankan tugasnya. Pegawai kerajaan pun kena "berjihad" juga dalam menegakkan kebenaran dalam menjalankan tugasnya.

Jika selalu guna ayat "cari makan" dan sanggup menggadai prinsip serta mengkhianat amanah, maka tunggulah balasan di akhirat nanti. Semua insan akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti. Jangan taubat sebagai alasan untuk melakukan dosa dengan mudah.


Tuesday, August 2, 2011

KORBAN OH KORBAN

Baik sangat jika sesiapa nak berkorban di luar negara. Hanya jangan niat "bisnes" sudahlah. Nama ibadah pun "korban", janganlah ada yang terkorban. Ha ha.

Apabila saya berjumpa dan mendengar laporan dari pihak yang menganjurkan korban di  Kemboja, rasanya maksud korban itu tidak mancapai sasaran dan matlamatnya. Jika semua binatang yang dikorbankan hanya dibahagikan kepada kumpulan sasar yang sama sahaja sehingga tak "termakan" daging korban itu, maka sudah semacam membazir pula.  Tambahan pula yang tukang agih daging korban adalah penjual binatang korban itu  sendiri dan diagihkan di kalangan geng depa sahaja.

Mungkin pada niat asal korban ok. tetapi apabila semua orang menganjurkan program yang sama di tempat yang sama sahaja, maka maksud korban perlu dikaji semula. 

Saturday, July 30, 2011

MAHATHIR VS NAJIB

Cita-cita Dr Mahathir sebelum mati ialah memastikan anaknya Mukhriz dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Langkah segera perlu dibuat. Jika tidak rekod keluarganya akan kalah dengan rekod keluarga Tun Razak, dimana anak Tun Razak, Najib telah pun menjadi PM. Ha ha.

Jalan pintas untuk Mukriz menjadi TPM ialah dengan menjadikan Muhyiddin sebagai PM. Muhyiddin akan menaikkan Mukhriz pula sebagai TPM. Tetapi cabarannya ialah jawatan politik Mukhriz  dalam Umno masih lagi di tahap "junior" sahaja. Maka pada pemilihan Umno akan datang, Mukhriz akan bertanding jawatan Naib Presiden.

Dana  kempen untuk Mukhriz tiada masalah kerna banyak korporat yang "dibangunkan" oleh Mahathir akan membantu anaknya Mukhriz.

Jika Mahathir lewat mengambil tindakan ini, dikhuatir anak Husin On, Hishamuddin pula yang akan naik. Wooo.

Perebutan dalam Umno ialah untuk "kuasa"  bukannnya kerana agama, bangsa dan negara. Ada kuasa, maka ada habuan yang akan dihimpun macam qarun.   Slogan kerana bangsa hanya auta sahaja sebenarnya. Jika benar kerena bangsa, mengapa tanah rizab Melayu semakin terhakis.

Dr Mahathir akan membantu PR menjatuhkan Najib sebagai PM pada PRU akan datang. Wooooooo.


Friday, July 29, 2011

SEMBANG DALAM TEKSI

Semalam saya menaiki teksi dari LCCT  ke rumah. Sempat bersembang panjang dengan pemandunya yang berbangsa Melayu yang berasal dari Muar, Johor  dan pernah bertugas di Jabatan Agama Johor. Kesimpulan  yang dapat saya buat ialah orang Melayu mengaku bahwa Umno hanya   memperjuangkan nasib sekerat dua orang Melayu  sahaja.  Tetapi mereka  takut beralih mengundi Pas dan PKR kerana takut Melayu hilang kuasa. Bagi mereka Umno itu sahaja yang Melayu. Bagi mereka biarlah Melayu Umno yang memerintah negara ini walaupun lemah dan korup. 

Pemandu Melayu ini mengaku bahwa orang China lebih kaya dan maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu dan merasa pelik mengapa  kaum China tak puas hati dengan BN.  Ha ha. Baik sungguh orang Melayu,  walaupun lemah dan tak menguasai ekonomi negara tetapi tetap sayangkan BN. Yang syoknya sang pemandu ini mengaku bahwa di kampong asalnya di Johor, masaalah air masih tak beres  lagi dan mahal pula harganya berbanding dengan negeri lain. Tetapi Umno juga tetap pilihannya. Hidup Melayu, Woooooo


Thursday, July 21, 2011

ANUGERAH BRAHIM

Antara cerita paling malang dalam negaraku hari ini ialah apabila ada ada Anugerah Brahim Ali? 

Lebih malang lagi jika ada universiti mahu menyampaikan Anugerah Ibrahim Ali.  Kalau universiti pun tak tak tau menilai "siapa" Ibrahim Ali, apalah lagi kita nak harapkan rakyat pendalaman.

Yang boleh kita katakan ialah woooooooooooo.

Wednesday, July 20, 2011

BILA BERSIH 3

Ahad lalu jumpa sahabat-sahabat Tampin yang pergi ke Himpunan Bersih pada 7hb Julai 2011 sambil makan sate. Masing-masing bercerita pengalaman mereka. Baru sedap sate yang dimakan. Ha ha.

Semuana seronok dapat merasa bau gas. Ada yang cendawa gas sehingga 3 hari. Ha ha. Yang pertama kali datang demo, terasa menyesal tak join demo-demo sebelum ini. Ha ha.

Walaupun ada peserta yang telah veteran yang berumur hampir 60 tahun, tetapi tetap bersemangat kerana Pak Samad Said yang lebih veteran pun turut turun ke himpunan.

Semua menunggu siren Bersih 3 ditiupkan!!!!!

Thursday, July 14, 2011

PASCA BERSIH 2: WAJAH 1 MALAYSIA

TG Haji Abdul Hadi Awang adalah tokoh utama yang menghurai konsep asobiyyah secara berkesan mulai awal tahun 80an.  Kebangkitan semula Pas selepas jatuhnya  kerajaan Kelantan pada 1978  ialah dengan memomentumkan dan sekaligus  menggempur pemikiran asobiyyah.  Umno kepanasan. Musa Hitam mengatakan Pas menganut fahaman internasionalisma. Ha ha.  Pengaruh Pas mulai meresap ke selatan tanah air, selain tapak asal di utara dan pantai timur khususnya di Kelantan dan Terengganu. Pada fasa ini,  Pas tidak mahu  dilihat terikat dengan fahaman  keMelayuannya. Tetapi kaum bukan Melayu belum melihat Pas  akan membela nasib kaum mereka.

Slogan Islam for All pada PRU 2008 mulai meyakinkan kaum China dan India. Kaum China dan India lebih yakin dengan Pas dari Umno. Tak terfikir Pas bahwa amoi-amoi China dengan bangganya mengibarkan bendera Pas pada hari mengundi dalam PRU Mac 2008 lalu. Inilah satu lonjakan kedua selepas Pas menggempur pemikiran aobiyyah.

Pada 9 hb Julai lalu, Himpunan Bersih 2 dihadiri bersama oleh kaum China. Jika selama ini payah benar nak jumpa demo yang dihadiri  oleh pemuda China, tetapi kali ini mereka sudah boleh membuat satu kumpulan perarakan sendiri dari Pudu Raya. 

Demo atau himpunan kali ini adalah wajah sebenar 1 Malaysia yang menuntut satu sistem terbaik. Tuntutan pertama ialah pilihan raya yang bersih dan adil. Ya, kita akan teruskan dengan tuntutan perubahan. Jika iltizam politik dan jentera  pentadbiran kerajaan tidak mahu berubah ke arah lebih baik, maka kita  akan menuntut melalui jalan raya. Dan kali ini bukan dituntut oleh orang Melayu sahaja tetapi disertai bersama dari kaum China dan India.

Kepincangan pengurusan awam dan rasuah  bukan  sahaja  akan  merugikan satu kaum sahaja tetapi   akan memberi kesan kepada semua rakyat Malaysia. Kita ubah melalui peti undi. Jika proses perubahan melalui peti undi diragui ketelusannya, maka jalan rayalah pilihan kita.


Wednesday, July 13, 2011

PASCA BERSIH 2: RASUAH MERATA

Selepas Himpunan Bersih 2,  saya makan-makan dengan beberapa orang rakan dari Pulau Pinang termasuk seorang usahawan, pengilang kain.

Banyak sudah cerita rasuah yang saya dengar. Kali ini ditambahkan satu lagi koleksi cerita rasuah pula. Tauke kain, saudara M  memasuki tender bekalan kain di Jabatan Kerajaan.  Oleh kerana beliau seorang pengilang, maka beliau mampu menawarkan harga terendah sekali iaitu RM 4.00 bagi setiap meter kain. Tetapi yang berjaya ialah  penender yang menawarkan harga RM 8.00  semeter.  Mengapa?

Ya, usahawan kain saudara M tidak menjanjikan apa-apa, maka harganyalah yang paling rendah. Tetapi pembekal lain berjanji wang pelicin, maka harganya walaupun tinggi tetap berjaya mendapat kontrak bekalan kain berkenaan.

Jika 100,000 meter yang dibeli oleh kerajaan, maka kerajaan terpaksa membayar lebih RM 400,000!!!!!  Bagaimana jika 200,000 meter?. Ya, kerajaan akan rugi RM 800,000.00

Cerita yang sama juga berlaku pada projek bekalan   pakaian seragam. Harga tender yang  tinggi sahaja akan berjaya. Kerana apa. Kerana ada orang lain turut sama nak makan.  Siapa? Orang dalam yang bernama pegawai kerajaan yang  mengaku berugama Islam, yang solat,  yang berjiwa Melayu konnnya.  Tetapi bab rasuah macam tak ada ugama dah......


Tuesday, July 12, 2011

PASCA BERSIH 2: BERTAMADUNLAH SPR!!!!

Bayangkanlah rakyat baru menuntut 8 perkara yang berkaitan  dengan satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih,  kerajaan BN sudah menggelabah. BN tak mampu menjadi "moden" dan "semasa"  dalam melihat kerasionalan tuntutan Bersih 2.  Walhal perjalanan perkhidmatan   awam selalu diingatkan sentiasa memperbaharui  sistem pengurusan secara berkualiti dan inovatif  serta  responsif dengan kehendak pelanggannya. 

Apabila SPR  memekakkan telinganya dan membutakan matanya, maka SPR adalah satu agensi perkhidmatan awam yang paling jumud dan tidak bertamadun. Mengapa SPR Malaysia tidak mahu belajar dari  SPR negara luar supaya rakyat  kita  akan berpuas  hati dengan perjalanan pilihan raya   di negara ini. Payah sangat ke nak belajar. Nampak sangat  SPR Malaysia menjadi budak suruhan parti pemerintah, bukannya berkhidmat untuk negara.

Satu badan yang ditubuhkan atas nama Suruhanjaya  adalah satu badan yang otonomi, bebas, adil, dan hanya merujuk kepada "bidang rujukan"  yang  piawai dan dilihat boleh diguna pakai oleh semua negara.

Bilakah SPR hendak   bebas dari mengikut  telunjuk parti sang pemerintah dan tidak lagi menjadi pak angguk???

Friday, July 8, 2011

ESOK JAM 2 PETANG

Esok, jam 2 petang  jumpa di hadapan Pejabat Pas, Jalan Raja Laut,  Kuala Lumpur


Dari situ kita bergerak ke Stadium Negara. Wooo


Demi Pilihanraya Yang Adil Dan Bersih!!!!!!!!

Wednesday, July 6, 2011

TERUSKAN HIMPUNAN DI IBU KOTA

Sesiapa yang tak bersetuju dan berpuas hati dengan keputusan Jawatakuasa Bersih 2 yang mahu berhimpun di stadium, bolehlah meneruskan himpunan di Sogo, Dataran Merdeka atau  Masjid Kg Baru.

Siapa nak halang jika pecinta demokrasi nak teruskan himpunan di ibu kota. Ianya bukan hak Pas, PKR atau Bersih. Insyaallah Tukar Tiub dan Penarik Beca akan berada di salah satu tempat itu. Woooo

Jika sejuta orang berkumpul di stadium, siapa nak hairan. SPR dan kerajaan hanya  akan respon dengan tuntutan pilihan raya yang adil, jika desakan kita memberi tekanan kepada sang pemerintah. Mana ada reformasi muncul di stadium tertutup. Tuntutan dan reformasi mesti di tempat terbuka. Yahoooo

Monday, July 4, 2011

HIMPUNAN AMAN SABTU INI.

Semakin hari semakin menggelebah kerajaan BN terhadap Himpunan Bersih 2 pada 9hb Julai 2011 jam 2 petang di sekitar ibu kota KL.

Jika polis tidak membuat sekatan jalan raya dan menyembur gas pemedih mata, himpunan ini akan selesai dalam tempoh 2 jam sahaja tanpa kesesakan jalan raya.  Pihak Unit Amal Dewan Pemuda Pas mampu mengendalikan  perjalanan himpunan ini. Kita hanya akan berarak secara aman tanpa mengganggu sesiapa pun. Selepas memo diserah, kita akan bersurai dan mencari gerai dan restoran  untuk minum-minum dan makan-makan di sekitar KL  Insyallah kita akan bayar sendiri, tanpa sesiapa menajanya. Ha ha. Moga gerai dan restoran akan menyediakan stok yang mencukupi.

Bilakah BN mahu belajar melihat himpunan aman. Dunia akan kagum kepada demokrasi Malaysia jika himpunan 2 jam ini tidak diganggu gugat oleh pihak polis Malaysia. Yang kecohnya, apabila polis tak sabar menunggu himpunan kita ini ditamatkan  dengan semburan gas. 

Saturday, July 2, 2011

9 JULAI YANG DINANTIKAN

Hari ini pun KL dah sibuk nampaknya. Semua orang mahu habiskan agenda  awal pada minggu ini untuk beri peluang kepada peserta Himpunan Bersih 2 pada minggu hadapan. Woooo.

Masuklah ke  Kl dengan berjalan kaki, komuter  atau LRT sahaja pada 9hb Julai nanti. Boleh singgah di masjid Pakistan di Chowkit atau Masjid India, berhampiran Masjid Jamek KL.

Semua orang boleh jamak solat pada minggu hadapan, kok tak dan nak solat Asar bila di bawa masuk ke dalam trak FRU  nanti. Wooo. Begitu juga makan pun kena  jamak juga, kok tak diberi makan malam apabila berada dalam lokup. Maklomlah bajet dah habis bagi subsidi kat IPP swasta. Ha ha.

Bayangkanlah jika 100,000 orang masuk lokup pada 9hb Julai.

Wahai SPR, dengarlah permintaan kami. Jika tak sanggup buat pembaharuan, baik letak jawatan.

Wednesday, June 29, 2011

KEMBALI KE ZAMAN BATU

Malaysia kembali ke zaman batu.

Baju Bersih 2 dikatakan haram oleh Menteri Dalam Negeri.

Mengapakah daku mendapat kerajaan ala zaman batu.

Woooooooo.

Tuesday, June 28, 2011

KOMUNIS SUDAH ADA DI SEMPADAN!!!!

Komunis dalam Bersih 2.

Satu lagi lagu  lama yang diperbaharui oleh pembodek BN. Dahulu kala Pas pernah dituduh lebih bahaya dari komunis. Lepas itu kes Sauk, Amin berjaya mengumpulkan senjata dari kem tentera untuk memberontak terhadap Yang DiPertuan Agung.

Apa ke tidaknya, Nalakaruppan pun pernah menyimpan peluru dan senjata api tanpa lesen. Selepas itu belot dan menikam kawan sendiri.

Esok dan sehingga 9hb Julai, tentu ada cerita yang  komunis sudah berkumpul di sempadan Thailand untuk masuk menyerang Malaysia agaknya.  Woooo

Friday, June 24, 2011

TUNTUTAN BERSIH 2: TEMPOH KEMPEN MINIMA 21 HARI

Antara tuntutan Himpunan Bersih 2  ialah tempoh kempen minima selama  21 hari.  Tempoh kempen 10 hari di Malaysia adalah terlalu singkat sebenarnya. Dengan kawasan parlimen yang luas, sehingga ada 3 atau 4 kawasan Dewan Undangan Negeri  di dalamnya, ianya tidak memadai  untuk berkempen secara efektif.

Tempoh masa yang manasabah adalah diperlukan untuk semua parti berjumpa dengan pengundi bagi menyatakan manifestonya. Pengundi pula dapat menganalisa kekuatan calun dan parti yang bertanding. Jika di Turki  tempoh kempen adalah selama 30 hari dan di Indonesia pula melebehi 30 hari. Nampak sangat Malaysia takut dengan info yang tersebar kepada rakyat. Biarlah rakyat puas hati dengan pelbagai maklumat yang diterima untuk dipertimbagkan dan mereka akan membuat keutusan di peti undi. 

Di zaman Tunku Ab Rahman, tempoh kempen pernah selama 30 hari. Apakah yang SPR takutkan dengan tempoh kempen minima 21 hari?   Jika alasan kos, biarlah rakyat yang menanggungnya!!!!

Wednesday, June 22, 2011

TUNTUTAN BERSIH 2: GUNA DAKWAT KEKAL

Antara tuntutan Bersih 2 ialah menggunakan dakwat kekal ketika hari mengundi.

Penggunaan dakwat kekal diamalkan di India untuk mengelakkan seseorag mengundi lebih  dari sekali. Selepas mengundi, jari pengundi akan dicalit  dengan  dakwat yang kekal selama 24 jam.  Maka mereka tidak boleh mengundi di tempat lain. Cara begini boleh mengelakkan  penipuan seperti berikut:

i. Pihak parti yang  berkuasa boleh membuat satu orang dengan memiliki 10 kad pengenalan dengan nama yang berlainan. Mereka akan mengundi pada 10 tempat mengundi yang berasingan tanpa diketahui atau disedari pihak SPR atau pihak parti lawannya. Jika 100  orang sahaja berbuat demikian, maka parti yang dikuasai oleh kerajaan mampu mendapat 1000 undi dengan mudah. Bagi kawasan pilihan raya yang menang majoriti kecil, misalnya bawah 1,000 undi, maka strategi ini akan dibuat. Dengan adanya dakwat kekal, maka strategi penipuan ini boleh dielakkan. Jika rakyat India beratus juta pun boleh meggunakan dakwat kekal, mengapa Malaysia tidak boleh. Malah SPR pernah mengaku, bahwa pada PRU 2008, dakwat kekal telah pun diimpot untuk digunakan tetapi dihalang oleh kerajaan BN.  Biasanya Bahagian Perisikan Tentera atau Polis akan melaksanaka strategi ini untuk memenangi BN.

ii. Seseorang itu juga boleh didaftar mengundi pada beberapa tempat lain. Mungkin mereka mengundi  pada tempat lain yang berhampiran. Namun cara ini tidaklah semudah cara kedua diatas.


Thursday, June 16, 2011

HAK DAN KEBEBASAN MEDIA: TUNTUTAN BERSIH 2

Negara Indonesia yang jauh lebih ramai penduduknya dari Malaysia telah mendapat hak  demokrasi  dalam bidang media. Semua parti mendapat layanan samarata dalam memaparkan aktiviti, menyampai pandangan, dan melapurkan  manifesto  masing-masing di akhbar, radio dan tv.  Terasa rakyat adalah rakyat kelas pertama dalam negeri. Hak kebebasan media bukan milik eksklusif segelintir puak sahaja. Itulah peranan utama Suruhanjaya Komunikasi iaitu mempastikan rakyat mendapat hak dan kebebasan media terlaksana dalam negara.

Di Britain, Suruhanjaya Komunikasi akan memantau mana-mana media yang gagal memberi keadilan kepada semua pihak, Jika ada dakwaan, mesti dibenarkan sang tertuduh memberi jawapan  pula. Cerita Saidina Umar yang memakai jubah barunya dan ditanya oleh sang rakyat hanya berlaku di negara barat sahaja kini, bukannya negara yang diperintah oleh orang Islam. Di Malaysia, balasan jika bertanya hal PMnya, ialah ISA. Wooo

Antara lain tuntutan Himpunan Bersih 2  pada 9hb Julai ini  ialah kebolehan rakyat mendapat akses media dengan adil dan bebas. Intipati demokrasi ialah keadilan kepada rakyat mendapat info dan memberi info. Jika ini pun rakyat tak dapat, buang sahaja perlembagaan Malaysia yang kononnya menjamin hak rakyat bersuara. Kekadang kunonya orang Melayu yang menjadi pemerintah kini ialah tidak memahami maksud kebebasan bersuara seperti yang termetri dalam perlembagaan.

Apakah demokrasi Malaysia masih tertinggal seperti sebelum abad 19?

Wednesday, June 15, 2011

FELDA KALAH - KENA BAYAR RM 1.2 JUTA

Sumber: Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 14 Jun: Seramai 131 peneroka Felda Kemahang 1 dan 2 menerima berita gembira hari ini apabila Mahkamah Tinggi Kota Bharu mengarahkan Felda membayar RM1.2 juta kepada mereka.

Kes tersebut difailkan peneroka yang gagal mendapat semula wang caruman mereka  di bawah tabung wang tanam semula yang diuruskan Felda melalui peguam Wan Rohaimi Wan Daud.   Keputusan tersebut dibuat Hakim Datuk Mohd Azman Husin jam dan mengarahkan wang tabung tersebut ditaksirkan.

Menurut Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman sejumlah RM1.2 juta itu dikira daripada caruman pokok  peneroka termasuk caruman  yang dibuat setiap bulan selama lebih kurang 20 tahun.   Manakala dividennya juga dikira dalam tempoh 20 tahun itu.

Mazlan menyifatkan keputusan tersebut sebagai sangat menggembirakan peneroka dan membuktikan perjuangan mereka menuntut keadilan semakin mendapat perhatian.

"Ini satu keputusan yang menggembirakan yang ditunggu-tunggu selama ini dan mengulang kes yang sama yang dibawa peguam Hanipa Maidin dalam kes saman peneroka Sungai Koyan terhadap Felda sebelum ini dan ini kemenangan buat kesekian kalinya.


"Ini menandakan bahawa perjuangan warga felda mendapat tempat dan kebenaran akhirnya memihak kepada peneroka," katanya ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Ogos tahun lalu, seramai 354 peneroka Felda Kemahang 3, Kelantan, menerima ganti rugi berjumlah RM11 juta dari Felda kerana manipulasi gred buah kelapa sawit.


Mazlan juga berkata, kemenangan kali ini sangat penting untuk menyuntik semangat peneroka agar terus berjuang menuntut hak mereka.

"Ini satu keputusan yang penting kerana melibatkan lebih kurang 10 ribu lagi peneroka yang tidak mendapat wang tanam semula dan ada kesnya yang sedang dibicarakan," katanya.

Mazlan turut memberitahu, lebih kurang 700 peneroka dari sekitar Felda Jengka akan memfailkan saman terhadap Felda di Mahkamah Tinggi Temerloh berhubung  kadar perahan gred (kpg) sawit yang diterima mereka begitu rendah.

"Kes ini akan diketuai peguam Sivarasa Rasiah," katanya.


Sekretariat Task Force Felda

Sementara itu Mazlan turut memaklumkan bahawa satu diskusi mengenai akta penempatan berkelompok (GSA) 1960 berlangsung di Bangunan SUK Selangor hari ini dan dirasmikan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim.

Diskusi tersebut dianjurkan oleh Sekretariat Task Force Felda yang ditubuhkan Kerajaan Negeri Selangor.
"Ahli panel terdiri daripada para peguam yang membentang dan menghurai tentang GSA dari sudut kelemahan,kepincangan dan apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk melakukan penambah baikan terhadap felda ini termasuk keadilan akta ini kepada peneroka," katanya.

Beliau berkata, hasil diskusi tersebut, mereka bersetuju untuk memperincikan semua kelemahan yang  terdapat dalam GSA ini agar dilakukan semakan semula supaya dapat memberi keadilan kepada pemilik tanah.

Mazlan merupakan salah seorang ahli jawatankuasa task force tersebut.

Monday, June 13, 2011

BANYAK KERJA LAIN UNTUK KE SYURGA

Beruntung parti mendapat anggotanya yang ingin memegang jawatan di pelbagai peringkat untuk menggerakkan parti.  Ketika diberi kesempatan samada dipilih atau dilantik, buatlah tugas dengan serius dan bersungguh-sungguh.   Namun selepas cukup tempoh pemegangan jawatan, maka kepimpinan kita akan dinilai semula. Terpulanglah kepada perwakilan atau pihak atasan samada mahu memilih atau melantik kita semula.

Jika tak dipilih  semula, belajarlah menjadi anggota   biasa dan buatlah kerja  apa yang patut. Ha ha. Jangan dok merayau tak tentu hala mengganggu perjalanan parti.  Biarkan team baru mencorak organisasi. Inilah masanya buat kerja lain. Bukan mudah dapat peluang untuk buat kerja lain  selain kerja parti. Wooo.  Bak kata orang, banyak jalan lain untuk ke syurga. Tak semestinya pegang jawatan dalam parti sahaja. Kalau tak tau juga, boleh dapat nasihat dari saya secara percuma sahaja. Wooo.


Sunday, June 12, 2011

8 TUNTUTAN HIMPUNAN BERSIH 2

Himpunan Bersih 2 yang dijangka menghimpun 300,000  orang pada  9 hb Julai 2011  membuat 8 tuntutan iaitu:

1. BERSIHKAN  SENARAI UNDI

2. MENREFORMASI UNDI POS


3. GUNA DAKWAT KEKAL


4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI


5.  AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL


6. KUKOHKAN INSTITUSI AWAM


7. HENTIKAN RASUAH


8. HENTIKAN POLITIK KOTOR

Friday, June 10, 2011

Kenyataan Media Dewan Pemuda PAS Negeri Johor Jumaat 10 Jun 2011

Kenyataan Media
Dewan Pemuda PAS Negeri Johor
Jumaat 10 Jun 2011

Tahniah  Atas Ketegasan Timbalan Presiden PAS  Tuan Haji Mohammad Sabu

Dewan Pemuda PAS Negeri Johor mengucapkan tahniah atas ketegasan Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Muhammad Bin Sabu dalam wawancaranya dengan Malaysiakini. Kerajaan yang dipimpin oleh PAS khususnya Kelantan dan Kedah perlu lebih kehadapan dalam merangka dan melaksanakan agenda pembangunan rohani dan jasmani. Rakyat yang memilih PAS bukan semuanya memilih kerana mereka menyokong PAS tetapi sebahagian besarnya mereka hanya memberi peluang sahaja kepada PAS. Mereka sebenarnya mahu mengukur keupayaan PAS dan Pakatan Rakyat. Jika PAS dan Pakatan Rakyat tidak membuktikan lebih baik daripada UMNO dan Barisan Nasional maka dikuatiri rakyat akan berpatah balik dalam pilihanraya akan datang.

PAS khususnya harus menyedari kekalahan di Terengganu pada tahun 2004 yang menyebabkan petugas PAS sukar bangkit daripada kekalahan tersebut dalam tempoh yang lama. Salah satu punca utama adalah ‘over confident’ terhadap kekuatan PAS di Terengganu. Lalu rakyat menghukum dalam pilihanraya 2004. Kini dengan segala kekuasaan yang ada pada UMNO dan Barisan Nasional di peringkat persekutuan dan lekanya petugas khususnya pemuda PAS di kawasan-kawasan, saya sangat kuatir peritiwa kekalahan PAS di Terengganu akan berulang.

PAS juga belum memperlihatkan dengan jelas kepada rakyat agenda yang boleh menarik sokongan orang Melayu. Sedangkan PAS bertanding dikebanyakkan kerusi orang-orang Melayu.Pilihanraya pula sudah terlalu hampir. Bagaimana PAS mahu menganti UMNO sedangkan tiada agenda khusus untuk menarik sokongan masyarakat Melayu.

Pemuda PAS juga dirasakan terlepas pandang dalam meletakkan dirinya sebagai ‘pressure group’ kepada parti. Selepas kemenangan tahun 2008 Pemuda PAS dilihat terlalu berhati-hati dengan langkahnya sehingga tugas pemuda menegur kepimpinan PAS jarang kedengaran. Oleh itu masa masih ada lagi untuk berubah. Pemuda PAS harus berani, kreatif dan inovatif terhadap amanah yang diberi. Pimpinan PAS di semua peringkat harus melipatkali gandakan usaha untuk bekerja di lapangan masing-masing bagi mempastikan PAS dan Pakatan Rakyat dapat kemenangan dalam pilihanraya ke-13.



Suhaizan Bin Kayat
Ketua Pemuda PAS
Negeri Johor
019-7285174

Wednesday, June 8, 2011

Peneroka Palong 9 berjaya halang injuksi kontraktor Felda

Keadilan Daily 8 Jun 2011, JEMPOL: Seramai 36 peneroka dari Felda Palong 9 dekat sini berjaya menghalang permohonan injunksi kontraktor lantikan Felda untuk kerja penebangan dan membeli pokok getah di tanah mereka.

Peneroka tersebut memfailkan afidavit balas di Mahkamah Tinggi Seremban Januari lalu untuk mencabar permohonan injunksi berkenaan.

Menurut Setiausaha Biro Masyarakat Felda dan Orang Asal KEADILAN, Rebin Berham, keputusan oleh Hakim Datuk Zulkifli Bakar itu semalam sangat bermakna dan bersejarah bagi semua peneroka di seluruh negara yang berjuang menuntut keadilan dan hak mereka yang ditindas selama ini.

“Felda yang bersikap angkuh dan sombong telah menafikan hak peneroka sebagai tuan tanah dan pemilik kayu getah untuk mengurus dan menjual kayu getah secara sendiri atau berkelompok (tidak melalui felda).

“Sikap felda yang tidak membenarkan peneroka berurusniaga atau menjual kayu sendiri menunjukkan tindakan yang tidak profesional dan menafikan hak asasi  peneroka. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang GSA (Akta Penempatan Berkelompok) 1960,” katanya dalam satu kenyataan.

Rebin yang juga Penyelaras Warga Felda Prihatin berkata, sebelum ini Felda menjual kayu getah peneroka Felda Palong 9 hanya pada kadar RM33,000 sedangkan peneroka boleh menjual dengan harga RM46,000 setiap sepuluh ekar.

“Kerugian RM13,000 setiap peneroka adalah perbezaan yang amat besar dan oleh itu mereka berhak untuk menentukan kepada siapa kayu hendak dijual.

“Semoga kemenangan ini menjadi inspirasi di dalam perjuangan dan medan pertempuran menuntut hak peneroka di dalam PRU (pilihan raya umum) ke 13 nanti,” kata Exco Angkatan Muda KEADILAN itu lagi.


NEGARA KEBAJIKAN

Apa dia Negara kebajikan?

Adakah semua rakyat dapat perkhidmatan percuma?

Adakah orang tertentu sahaja dapat peluang istimewa?

Adakah  golongan korporat sahaja dilayan?

Teras  kebajikan ialah keadilan.  Keadilan kena diterjemahkan  dalam dasar dan pelaksanaan pengurusan negara. Pas kena jelaskan secara jelas.

Monday, June 6, 2011

TAKZIAH KEPADA YANG DIPILIH

Yang dipilih bukan kerana induvidu itu ulama atau profesional. Yang dipilih adalah kerana mereka adalah aktivis parti. Yang bekerja menggerakkan program parti. Yang berjumpa dengan orang ramai.  Yang membangkitkan isu. Yang menyedarkan rakyat. Yang memprotes dasar kerajaan yang merugikan rakyat. Yang mampu berwacana dengan sang muslim dan bukan muslim. Yang... macam macamlah lagi.

Apalah guna menggunakan  label ulama atau profesional   tetapi malas, penakut dan tiada idea menggerakkan kerja parti. Ada yang sudah menjadi ahli parlimen tetapi masih gagal memainkan peranannya. Ada yang telah menjadi exco tetapi gagal melaksanakan atau mendokong program parti. Ada yang pakar motivasi tetapi sudah tak bermotivasi lagi. Ada yang memegang ketua lujnah tetapi gagal mengadakan program. Dan adalah paling malang sekali jika ada yang kerjanya bukan buat program parti tetapi kerjanya ialah menghalang sang aktivis parti memegang jawatan lebih dari dia. Wooo

Alhamdulillah, sang perwakilan ada mata melihat, ada telinga mendengar  dan ada akal berfikir. Maka terpilihlah sang aktivis sebagai anggota pimpinan PAS  kali ini. Syabas. Takziah kepada yang dipilih kerana jawatan adalah amanah, bukan untuk glamour sahaja.


Thursday, June 2, 2011

TERLALU BANYAK SUMBANGAN MOHAMAD SABU

Geng Ulamak atau geng Terengganu dikatakan bekerja keras untuk memenangi kumpulan ulamak untuk jawatan Timbalan Presiden.  Betulkah kerana mereka mahu golongan ulamak. Jika ya, mengapa mereka tak meyokong Nasarudin  Mat Isa  sahaja. Nasarudin bukan ulamakah? Bukankah Harun Taib pernah melawan Nasarudin. Bukankah Nasarudin pun ulama juga. Mustafa Ali pun pernah melawan Hassan Shukri. Bukankah Hasan Shukri itu ulama juga. Mengapa dilawan. Maka isu ulama bukan sebab utama  untuk menyokong sesuatu calun. Sebenarnya adalah kerana hendak menangkan geng Terengganu  sahaja. Menyokong  geng ulama hanya alasan sahaja.

Kita menyokong calun dalam pertandingan kerana track record  mereka. Jika tak berkesan, tak nampak keaktifannya, tak nampak  kebijakan politiknya, tak nampak hubungannya dengan pelbagai parti politik dan NGO lain, tak berani  dan paling mudah, masih junior dalam politik - bagaimana kita hendak memilih mereka walaupun atas nama ulama. Adakah hanya kerana ulama, tanpa menimbang faktor lain, maka kita akan memilih mereka.

Nampak sangat Pas akan menjadi parti tertutup  kerana tak bersedia menerima orang yang tak bergelar ulama menjadi pimpinan utama parti. Dan paling sedih, cara bekerja kumpulan yang menyokong ulama ini lagi tak beradab. Ha ha.

Apakah kita mahu menafikan sumbangan Mohamad Sabu adalah yang terbanyak  sekali setakat ini dalam Pas berbanding  dengan  dua calun saingannya. Jawablah dengan ikhlas. 

Mengapalah kita mendapat Ketua Pemuda yang bengap yang mengatakan pandai pidato bukanlah kriteria menjadi pimpuinan parti. Kalau kau tak pandai pidato, tak sapa pun yang inginkan kau jadi Ketua Pemuda tu tau!!!!!Punya tak hendak Mohamad Sabu, buat hujah  bangang si Ketua pemuda ni. Ha ha.

Wednesday, June 1, 2011

PERCAYA POLITIK BERSIH UMNO

Kesian saya apabila  melihat ada orang Pas yang masih  percaya Umno akan main politik secara bersih. Ketika Umno kuat pun, depa main kotor dan ganas. Inikan pula ketika zaman nak kalah.

Kekadang nak tunjuk lagak  intelektual dan bersyahsiah. Tetapi sebenarnya menjadi orang lurus bendul yang dijual hidup-hidup dek Umno/BN.

Sepatutnya  apabila berjumpa Umno dalam forum, dedahkan kekotoran Umno satu persatu!!!!

Baca ini

Tuesday, May 31, 2011

KOMBUNASI ULAMA DAN BUKAN ULAMA

Takut benar "penyokong ulama" jika Timbalan Presiden Pas bukannya dari kalangan ulama. Kononya nanti tak ada orang mampu berhujah dengan al quran dan hadis . Realitinya kini Pas berjaya menarik orang awam bukan menggunakan hujah alquran  sahaja. Jika ya, sudah barang tentulah penceramah yang bijak dan pakar al quran dan hadis  seperti Ustaz Harun Taib, Ustaz Taib Azmudin, Ustaz Abu Bakar Chik, Ustaz Nasarudin Tantawi dan Ustaz Nasarudin Isa akan dihadiri ramai  orang. Hujah al quran dan hadis hanya digunakan untuk program "dalaman" Pas sahaja.

Secara ikhlas marilah kita mengaku bahwa golongan bukan ulama dalam Pas lebih berjaya menarik  orang ramai dalam berhujah membongkar kezaliman BN/UMNO. Malah isu Allah yang dieksploitasi oleh Umnio itu pun berjaya di jawab  dan dipatahkan oleh Hj Khalid Samad dan Dr Dzulkefli Ahmad.  Setakat ini hanya TG Nik Aziz dan TG Haji Abdul Hadi Awang  dari gologan ulama yang berjaya memikat orang ramai.

Kita merasakkan jika Timbalan Presiden Pas bukan dari kumpulan bukan ulama pun, jika Presidennya meninggal dunia pun, ianya tetap diganti oleh tokoh dari kumpulan ulama  juga. Timbalan Presiden bukan ulama hanya memangku buat sementara sahaja.

Oleh kerana 'syok" dengan tokoh dari ulama, maka posisi Timbalan Presiden Pas sejak Hj Hadi menjadi Presiden, sentiasa sahaja ditandingi. Ini bermakna anggota Pas tidak puas hati dengan prestasi pemegang jawatan Timbalan Presiden dari kumpulan ulama. Ya, jika ada tokoh baik dari kumpulan bukan ulama, mengapa kita tidak mahu menerimanya. Isunya bukan soal ulama  atau tidak tetapi adalah kemampuan menggerakkan parti. Tambahan pula pihak luar parti yang menyokong Pas pun mahukan Tuan Hj Mohamad Sabu  sebagai Timbalan Presiden Pas. Mohamad Sabu for all. 

Alangkah baiknya  jika Pas berjaya menonjolkan pada awam  bahwa hirarki kepimpinan Pas menunjukkan kombinasi ulama dan bukan ulama dalam jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.


Sunday, May 29, 2011

PILIHAN KITA UNTUK MENUMBANG BN

Bukan soal ulama atau profesional untuk memilih pimpinan Pas. Yang telah berada dalam barsian pimpinan Pas, pada amnya telah komited dengan matlamat perjuangan Pas. Soal menjaga dasar dan halatuju parti  adalah dalam bidang kuasa Majlis Syura Ulamak. Itulah konsep sebenar Kepimpinan Ulamak ketika diperkenalkan pada peringkat awal dulu.

Kini kita mencari saf kepimpinan yang mampu menggerakkan jentera kerja merempuh Umno/BN. Najib akan menggunakan apa sahaja strategi kotor  dan ganas  dengan sebarang kos untuk menghadapi PR. Maka tak dapat tidak Pas kena membariskan tokoh politik yang semasa dan penuh pengalaman dalam menghadapi cabaran ini.

Maka kita berpendapat barisan yang kita perlu tonjolkan untuk menghadapi cabaran ini ialah:

Presiden:  TG Hj Abd Hadi Awang
Timbalan Presiden: Tuan Hj  Mohamad Sabu
Naib Presiden :  Mahfuz Omar
                           Husham Musa
                           Salehudin Ayub


Mereka telah berjuang sejak awal  lagi  ketika Pas berjuang seorang diri  hinggalah ke era  bersama APU, BA dan PR.  Hubugan mereka ini dengan anggota bawahan tak ada masalah untuk menggerakkan jentera ke jalanan menuntut perubahan demokrasi. Begitu juga hubungan mereka  dengan rakan sePakatan Rakyat. Imej merakyat juga  kelihatan kepada mereka.

Isunya ialah kemampuan, kekuatan dan track record  mereka  telah membuktikannya untuk  menggerakkan dan memimpin parti menumbangkan BN. Mereka bukan tokoh yang baru muncul dan masih remaja pengalaman politik. Kita bukan memilih imam muda, bak kata Dr Dzulkefli. Kita mahu pencetus dan penggerak perubahan politik negara. Kalau pemimpin kita berani, kita pun berani. Kalau pemimpin kita rajin, kita pun rajin. Kalau pemimpin kita sanggup menanggung risiko, kita pun sanggup bersama.

Kekadang kita gagal melihat pengorbanan orang yang telah lama dalam parti dek kagum  dengan imej orang baru yang belum pun teruji. Maka alangkah kecewanya  kita  dengan prestasi Timbalan Presiden sekarang, lantaran dahulu kita terpegun  dengan "ulamaknya". Bukan kita sahaja yang sedar akan kelembaban Ustaz Nasarudin tetapi Dolah  Kok Lanas pun tahu. Hanya Utusan yang syok dengan Ustaz Nasarudin kerana kononya mudah untuk "berunding"

Alahai, moga perwakilan bijak memilih supaya jangan terkena dan terkecewa dengan prestasi Ustaz Nasarudin, hanya dek kerana alasan "ulamak" sahaja tanpa menimbang faktor lain yang lebih penting.

Utusan, Berita Harian dan Perkasa secara jelas takut jika Hj Mohamad Sabu menjadi Timbalan Presiden Pas. Mana yang musoh hentam dan tak suka itulah sepatutnya pilihan kita. Bukankah Hj Hadi menjadi sasaran Utusan ketika sebagai Timbalan Presiden  dahulu. Mereka tahu Mohamad Sabu boleh berbuat sesuatu jika sebagai Timbalan  Presiden  Pas.

Kalau orang macam Dr Dzulkefli Ahmad, seorang penganalisis yang kritikal pun melihat Hj Mohamad Sabu sebagai calun  pilihan Timbalan Presiden  Pas untuk sessi 2011-2013, maka ianya memberi makna dan isyarat yang cukup besar kepada kita semua.

SELAMAT BERMUKTAMAR

Thursday, May 26, 2011

SIAPA PILIHAN NAIB PRESIDEN

Pilihan Naib Presiden sengit nampaknya. Nama yang bakal bertanding ialah Mahfuz Omar, Salehudin Ayub, Husham Musa, Nik Amar Abdullah, Idris  Ahmad dan Nizar Jamaludin.

Yang paling kreatif dan aktif dalam gerakan politik tentulah Mahfuz Omar.

Yang  cerdik mengurus negeri  adalah Husham Musa

Yang rajin buat kenyataan media hari-hari ialah Idris Ahmad

Yang rajin buat PR dengan kekawan  dan musoh politik ialah Salehudin Ayub

Yang diminati rakyat dan best "omputehnya" ialah Nizar

Yang dilihat tawadhuk ialah Nik Ammar.

Mana satu pilihan hati anda. Sila buat undian disebelah. Undi 3 orang sahaja. Woooo

CALUN TIMBALAN PRESIDEN YANG SARAT DENGAN PENGALAMAN POLITIK

Penglibatan awal Hj. Mohamad dalam gerakan Islam ialah dengan menyertai Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada tahun 1975 selepas dipecat dari Institut Teknologi Mara (ITM) kerana penglibatannya dalam tunjuk perasaan menentang Akta Universiti. Pada tahun 1978, Hj. Mohamad menyertai Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Pada tahun 1981, beliau dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Pusat.

Pada tahun 1982, ketika baru berumur 28 tahun, beliau meletakkan jawatannya di dalam sebuah syarikat swasta untuk bertanding dalam pilihanraya. Beliau menjadi calon PAS di Kepala Batas menentang Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan juga di DUN Penanti. Pada tahun yang sama juga beliau meninggalkan ABIM sebagai memprotes penyertaan presidennya pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ke dalam Umno.

Pada tahun 1983, Hj. Mohamad dilantik sebagai Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat hinggalah tahun 1985. Dalam pilihanraya 1986 pula, Hj. Mohamad bertanding menentang Anwar Ibrahim di Permatang Pauh, yang dianggap oleh banyak pihak sebagai pertandingan “dua seteru politik yang sukar didamaikan” pada ketika itu.

Pada tahun 1989, beliau dipilih sebagai Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat hinggalah beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan itu pada tahun 1997. Beliau mula menjadi Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada tahun 1991. Semasa menjadi Naib Ketua Dewan PAS Pusat, beliau dihantar untuk bertanding di Nilam Puri dalam Pilihanraya Umum 1990 yang penuh bersejarah di mana PAS berjaya menerajui semula kerajaan negeri itu. Dalam pilihanraya itu, beliau mengalahkan Datuk Annuar Musa dengan majoriti hampir 8,000 undi, dan menjadi Ahli Parlimen Nilam Puri pada masa itu.

Dalam Pilihanraya Umum 1995, beliau memenangi kerusi Parlimen Kubang Kerian dengan majoriti lebih 10,000 undi, antara majoriti terbesar di Kelantan pada masa itu.

Dalam Pilihanraya Umum 1999 pula, ketika masih menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kubang Kerian, beliau menerima tawaran PAS Kedah khususnya Presidan PAS, Ustaz Fadzil Noor sendiri, untuk bertanding di Kuala Kedah. Beliau memenangi kerusi Kuala Kedah dengan majoriti 991 undi, dan menjadi Ahli Parlimen Kuala Kedah untuk terus menyumbang baktinya kepada masyarakat di sana pula.

Manakala dalam Pilihanraya Umum ke 11 , pada tahun 2004 setelah beliau menjadi Ahli Parlimen sebanyak 3 penggal, beliau kalah bertanding di kawasan Parlimen Kuala Kedah dengan kekalahan majoriti sebanyak 10,214 undi.

Tahun 2008 pula, di mana gelombang rakyat yang memenangkan Pakatan Rakyat (dalam gabungan PAS, PKR dan DAP) untuk memerintah di lima buah negeri, iaitu melalui Pilihanraya Umum ke 12 pada bulan Mac 2008 , Hj Mohamad telah mengalami kekalahan sekali lagi ketika bertanding di kawasan Parlimen Kuala Terengganu, dengan kekalahan yang tipis sebanyak 628 undi sahaja.

Perjuangan Hj. Mohamad di dalam PAS menghadapi pelbagai cabaran. Antaranya, beliau ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1984 semasa beliau menjadi aktivis Dewan Pemuda PAS Pusat. Selepas ditahan selama 60 hari di Kuala Lumpur, beliau dibuang daerah ke Kuala Pilah pada September 1984 hinggalah September 1986 dengan pergerakan terhad selama dua tahun. Sebelum ditahan di bawah ISA, beliau pernah dikurung di dalam lokap selama dua minggu pada tahun 1975 kerana penglibatannya dalam tunjuk perasaan pelajar ITM menentang Akta Universiti.

Dalam tahun 1987 pula, iaitu dalam Operasi Lalang, Hj. Mohamad sekali lagi ditahan di bawah ISA (penahanan kali kedua). Beliau di kurung di Kamunting sehingga Januari 1990. Beliau ditahan bersama ramai anggota pembangkang dari PAS dan DAP di bawah Operasi Lalang. Semasa dalam tahanan beliau berkenalan dengan YAB Lim Guan Eng kini menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang. Bagi Mohamad Sabu ketegangan itu berpunca dari memarakkan api perkauman di antara MCA yang melibatkan Tan Sri Lee Kim Sai dan Pemuda UMNO yang melibatkan Datuk Seri Najib Razak kini adalah Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhammad Mohd Taib, Menteri Besar Selangor ketika itu berhubung isu tuntutan Timbalan Perdana Menteri yang dimainkan oleh MCA. Walaupun dibebaskan dari Kamunting, beliau terus dikenakan perintah tahanan daerah di Shah Alam hinggalah April 1990. Beliau selalu mengulas penahanannya di bawah Operasi Lalang itu. “Umno berkelahi dengan MCA, aku yang ditangkap,” kata beliau.

Setelah dilantik sebagai Ketua Lujnah Buruh dan Setinggan PAS, Hj. Mohamad mempertingkatkan lagi usahanya untuk membela nasib kaum buruh dan setinggan yang memang menjadi minat beliau. Antara lain, beliau pernah berusaha untuk mendapatkan pam air dan janakuasa elektrik untuk penduduk setinggan Kampung Chubadak di Kuala Lumpur setelah dikenakan tindakan zalim melalui pemotongan bekalan air dan elektrik untuk menghalau mereka. Dalam membela nasib setinggan, beliau sanggup bergaduh dengan pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang mengambil sikap berlepas tangan dan memimpin rombongan setinggan untuk berhadapan dengan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Beliau juga berusaha membela nasib Orang Asli di Tapah Perak sehingga akhirnya bantuan untuk mereka termasuk pakaian sekolah anak-anak mereka diberikan semula. Pada beliau, kejayaan yang paling manis ialah penglibatannya sebagai salah seorang peneraju utama perhimpunan rakyat untuk menentang pembinaan Jerai International Park yang melibatkan kawasan kira-kira 4,000 hektar termasuk sawah para petani. Perhimpunan itu disertai kira-kira 100,000 rakyat dan akhirnya projek tersebut dibatalkan.

Manakala jawatan tertinggi di dalam di dalam Parti Islam SeMalaysia (PAS) , beliau telah menjadi Naib Presiden selama 2 penggal berturut-turut, iaitu Sessi 2005-2007 dan Sessi 2007-2009.

Sekarang ini juga, beliau memegang jawatan sebagai Pengerusi Badan Penggerak Demokrasi & Mobilisasi (Penggerak Demokrasi) , beliau juga adalah antara salah seorang peneraju utama yang memainkan peranan dalam menggerakkan rakyat dalam himpunan BERSIH pada 10 November 2007 itu, di mana melebihi 100,000 orang hadir di sekitar tengah bandaraya Kuala Lumpur.

Diperingkat antarabangsa, Hj. Mohamad pernah menyertai rombongan lapan Ahli Parlimen Islam dari seluruh dunia yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Turki, Necmettin Erbakan, menemui Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ketika itu, Boutros Boutros Ghali. Beliau juga menyertai pelbagai seminar di peringkat antarabangsa termasuk Seminar Buruh di Pakistan, Seminar Mengenai Bosnia Herzegovina di London dan Seminar Gerakan Islam di Afrika Selatan. Beliau juga pernah menjadi tetamu dan bercakap di Radio 786 di Afrika Selatan. Beliau juga aktif memperjuangkan nasib umat Islam Palestin, Acheh, Pattani, Selatan Filipina, Kashmir dan lain-lain.

(Nota: Tuan Ibrahim hanya menyertai Pas pada 1999 sahaja)

Wednesday, May 25, 2011

UMNO TAKUT MOHAMAD SABU

Umno memang tak suka jika Mohamad Sabu menjadi Timbalan Presiden Pas.  Mereka merasakan "golongan agama' lebih mudah dipujuk dan diperdaya untuk syok dengan idea perpaduan Melayu.

Kesah lanjut di sini dan di sini

Tuesday, May 24, 2011

CALUN MELAYU DAP

Umno cabar DAP bertanding kawasan Melayu.

Elok DAP cabar Umno  untuk  bertanding di kawasan Cina pula.


Baru adilkan?

Saturday, May 21, 2011

22 MEI CERAMAH MAHFUZ DI TAMAN MELEWAR

CERAMAH UMUM ISU ISU POLITIK

TARIKH :  22 HB MEI 2011 - AHAD

TEMPAT: MARKAZ  TARBIYAH PAS PUSAT, TAMAN MELEWAR, KUALA LUMPUR

JAM :  9 MALAM

PENCERAMAH:  YB HJ MAHFUZ OMAR - NAIB     PRESIDEN PAS
                             
DR HATTA RAMLI - BENDAHARI PAS 

SEMUA DIJEMPUT HADIR

LANTAK KAULAH ROS

Apa yang nak risaukan jika PKR dibubar oleh Pendaftar Pertubuhan.

Kalau Brahim AL Kataki boleh bertanding atas tiket Pas, mengapa tidak orang PKR.

Woooo

Friday, May 20, 2011

AJAK DAP PULA

Bukan tak  ada  sejarahnya. Memang ada. Jika Umno rasa tak mampu berkuasa lagi,  maka Umno akan mengajak seteru politiknya bersama memerintah negara ini. Selepas Perikatan hampir kehilangan kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang  pada 1969, maka diajaknya Pas, PPP dan Gerakan untuk bergabung atas nama BN.

Pada beberapa minggu lalu,  Najib mempelawa Pas. Hari ini pula Nordin Kardi, seorang nasionalis totok,  menggesa BN mengajak DAP pula. Pokoknya Umno akan terus memerintah. Sakit oi jika tak dapat memerintah lagi. Biarlah berkongsi kuasa, walaupun dengan parti seterunya.  Apa yang Umno tak kata kepada Pas. Dituduhnya Pas lebih bahaya komunis  pun ada.  Tetapi apabila merasakan nak kalah, maka dipujuknya Pas bersama atas nama "perpaduan Melayu". Kan syok alasannya  itu. Ahh, Pas pun ada dalil untuk bersama Umno. Ha ha. Tambahan pula kini ada hujah "makasid syariah" Kalau tak kena gaya, boleh cair apabila kita mendengar hujah  "ulama" Pas untuk bersama-sama dengan Umno. Bak kata mereka, jika dengan DAP yang tak islam pun kita boleh bersama, takkan dengan Umno yang ramai islam dan sebangsa, tak boleh pula. Hai, hampir termakan "racun"  ini  oi. Nasiblah ada hujah di sisi lain yang perlu kita lihat untuk terus memampuskan Umno.  Hujah politik itulah yang Tuan Haji Mohamad Sabu kemukakan apabila  hendak membenam  Umno. Woooo.

Maka pilihan terbaik hendak selamatkan Pas dari berpeluk dengan Umno, ialah Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas.


Thursday, May 19, 2011

MENJELANG MUKTAMAR

Apakah Tuan Ibrahim yang menyertai Pas  pada tahun 1999 akan mengkotakan janjinya, akan bertanding  hanya  jawatan Naib Presiden atau akan merubah keputusannya selepas mendapat pencalunan Timbalan Presiden.

Ustaz Idris Ahmad, bekas Presiden PMUKM telah menerima pencalunan Naib Presiden  untuk sama-sama menawarkan diri dengan Mahfuz Omar dan Salehudin Ayub, bekas bosnya ketika dalam Dewan Pemuda Pas Pusat.

Hanya Abu Bakar Chik bekas Ketua Dewan Pemuda Pas yang masih bertanding di peringkat Jawatan Kuasa Pas Pusat. Apakah Presiden Pas tidak mahu menawarkan jawatan Setia Usaha Agung kepada Abu Bakar Chik.

Apakah percubaan Tuan Hj Mohamad Sabu yang bergiat dengan Pas sejak 1978  sebagai Timbalan Presiden Pas akan diterima oleh para perwakilan.

Antara tokoh-tokoh di atas, hanya Tuan Hj Mohamad Sabu yang pernah di tahan ISA sebanyak dua kali dan dibuang daerah. 

PRU ke 13 memerlukan wajah pemimpin yang  bersedia bertarung di pentas ceramah, di dewan seminar, di parlimen dan jika perlu di atas jalan. Bukankah Najib telah berjanji akan mempertahankan BN walau dengan apa kos pun. Kalau tak pernah memimpin gerakan jalanan, ianya satu cabaran kepada bakal calun-calun yang ingin menawarkan diri sebagai pemimpin atasan Pas. Tak sama medan forum dengan  medan pertarungan untuk mendapat hak demokrasi sebenarnya  di jalanan.

Pilihan pimpinan Pas menjelang  PRU le 13  perlu mengambil kira tokoh yang kebal dengan tribulasi tersebut. HJ MOHAMAD SABU  adalah jawapannya. Wooo.

Wednesday, May 18, 2011

WAWANCARA HJ MOHAMAD SABU DENGAN MERDEKA REVIEW


"Sebagai seorang muslim, saya mesti percaya bahawa ia sebagai undang-undang tertinggi yang perlu dilaksanakan. Tetapi, sebelum pelaksanaan Hukum Hudud ini, banyak lagi perkara yang boleh ditonjolkan, kebaikan Islam itu. Misalnya good governance (urus-tadbir yang baik), akauntibiliti, tidak rasuah, tolak nepotisme. Dan sekarang ini saya nampak, kalau PAS slow (perlahan) dalam bidang ini, for the future, DAP will take over."

Demikianlah kegusaran yang menyelubungi seorang pemimpin politik veteran, Mohamad Sabu (gambar kanan) yang menyertai PAS sejak tahun 1977. 34 tahun daripada pemimpin yang berusia 56 tahun ini dicurahkan untuk perjuangan PAS. Kesetiaannya bersama parti sukar dipertikai, pada masa yang sama beliau juga sahabat akrab kepada pemimpin DAP yang menerajui tampuk pimpinan sekarang.

Lanskap politik tanahair berubah dilanda "tsunami" pada 8 Mac 2008. PAS dan DAP yang sering bertentangan pendirian dalam isu "Hukum Hudud" dipaksa untuk duduk semeja berikutan sentimen rakyat untuk menentang Barisan Nasional. Namun demikian, "Hukum Hudud" kekal sebagai isu kontroversi, khususnya apabila berdepan dengan masyarakat bukan muslim.

Mohamad Sabu mengakui bahawa pelaksanaan hukum hudud bukannya sesuatu yang senang, melibatkan pindaan perlembagaan yang memerlukan majoriti dua pertiga dalam Dewan Rakyat, dan hasrat ini perlu dirunding bersama dan direstui rakan-rakan partinya. Tetapi, beliau lebih mengambil berat bagaimana Islam diterjemahkan kepada "urus-tadbir yang baik", untuk peringkat ini.

"Boleh capai atau tidak (pelaksanaan hukum hudud), itu soal cita-cita," Mat Sabu sekali lagi berjenaka, "Macam kita-lah, nak kahwin seorang puteri. Mungkin kita tidak dapat puteri itu, kita dapat kahwin dengan kerabat diraja pun cukuplah!"

Anak muda Melayu teruja nak sertai DAP

Calon Timbalan Presiden PAS ini berkongsi pengamatan dan pengalamannya dalam senario politik pasca 8 Mac 2008. "Ramai anak muda Melayu berjumpa saya sekarang. Dia kata Pak Mat, bila Pak Mat nak join DAP? Kalau Pak Mat join DAP, kami akan bersama..."

Ketika ditanya mengapa pendirian DAP yang jelas menentang pembentukan Negara Islam itu tidak menghalang anak muda Melayu daripada menyokong parti itu, Mat Sabu menjelaskan bahawa kecenderungan ini disebabkan dasar-dasar yang ditawarkan DAP, misalnya urus-tadbir yang baik, dengan konsep "CAT" (Kecekapan, Akauntabiliti dan Ketelusan) oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, penggubalan Akta Kebebasan Maklumat dan sebagainya.


Secara terus-terang Mat Sabu berkata, pembangkang tidak boleh hanya mendakwa dirinya menentang Akta Rahsia Rasmi (OSA), tetapi pada masa yang sama tidak menawarkan sesuatu apabila menguasai kerajaan negeri. Mat Sabu menganggap ini adalah kehendak orang ramai, dan beliau amat bimbang seandainya PAS tidak merobah konsep ini.

Beliau enggan mengulas secara terperinci, walaupun wartawan MerdekaReview membangkitkan kerajaan negeri Kedah yang dikuasai PAS, yang kelihatan tidak mendahulukan agenda reformasi sebagaimana yang disebut di atas. Cuma, Mat Sabu mengingatkan, bahawa rata-rata wakil rakyat DAP mampu mempersembahkan "kehidupan yang tidak mewah", sebagaimana yang diamalkan Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat.


Meskipun diserang bertubi-tubi dengan media kawalan UMNO, namun Mat Sabu berkata pemerintahan DAP di negeri Pulau Pinang berjaya menonjolkan ciri-ciri atau nilai Islam, jika dilihat dari substance (intipati) dan bukan form-nya (bentuk luaran). Malah beliau memberi peringatan bahawa jangan terperanjat seandainya terdapat anak tokoh PAS peringkat negeri bertanding atas tiket DAP dalam pilihan raya umum yang akan datang!


Mat Sabu ingin berkongsi idea-idea ini dengan PAS, kerana beliau menganggap seandainya PAS berjaya menjelmakan Islam kepada urus-tadbir yang baik, maka mungkin komuniti bukan Islam tidak bermasalah untuk menyokong PAS. "Kalau keadilan ini tak dapat dipamerkan dahulu, macam mana mereka lihat keadilan yang lain?"

"Kalau ditonjolkan Melayu sebagai Islam, orang Cina melihat apa yang ada pada Melayu? Ini yang saya nak fikirkan," kata Mat Sabu dalam satu wawancara bersama MerdekaReview di Hotel Armada Petaling Jaya, semalam.


Enggan telan bulat-bulat pemikiran yang disogokkan

Mat Sabu terkenal sebagai pemidato di peringkat akar umbi. Namun, untuk polis cawangan khas (special branch), keupayaan beliau mengatur demonstrasi jalanan mungkin lebih digeruni. Malah bukan rahsia jikalau dikatakan Mat Sabu lebih cenderung kepada "haluan kiri" dari segi pemikiran politiknya, berbanding dengan pemikiran arus perdana dalam masyarakat Melayu-Islam, malah dalam PAS sendiri.

"Saya dalam memahami politik ini, saya membaca, termasuklah buku-buku Lenin, Mao Ze Dong, dan dalam Islam, Ikhwan Muslimin dan sebagainya," katanya. Mat Sabu mungkin pemimpin PAS yang paling rapat dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM), sehingga ada yang berjenaka bahawa hubungan PAS dengan DAP dan PSM akan bertambah baik seandainya Mat Sabu menang untuk jawatan Timbalan Presiden.


Mat Sabu menolak untuk menelan sesuatu konsep secara bulat-bulat, misalnya Komunis dikaitkan dengan jijik, bunuh orang dan sebagainya - yang ditanamkan oleh penjajah British dan pemerintah selepas merdeka kemudiannya.


"Selepas perjanjian Damai, saya melawat ke Betong di Thailand. Saya juga melawat kem Rejimen 10 Komunis Malaya, (berjumpa dengan pemimpin seperti) Rashid Maidin, dan juga Abdullah CD. Saya dialog, bercakap dengan mereka, sesetengah-setengah mereka ini, yang orang Melayu, yang beragama Islam dalam Rejimen ke-10 itu, mempertahankan amalan Islam jauh lebih baik daripada orang Melayu "so-called" (kononnya), yang ada di luar, dan termasuk yang ada dalam UMNO."

Mat Sabu pernah mengutarakan pandangan-pandangan yang "menggemparkan", untuk masyarakat Melayu-Muslim, misalnya berkata orang Melayu seharusnya berterima kasih kepada Chin Peng, Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM).


"Saya tidak suka disogok begitu, tanpa kita buat sedikit kaji selidik (research). Saya rapat dengan, dari awal dulu, dengan Syed Husin Ali (bekas Presiden Parti Rakyat Malaysia), Dr.Nasir Hashim (Pengerusi PSM)..." secara terus-terang Mat Sabu berkata, pertukaran regim pemerintahan bergantung kepada kuasa rakyat.


Mat Sabu mengakui bahawa dalam isu-isu seperti fahaman komunis, institusi Raja, malah agama, PAS kadang-kala terikut-ikut dengan rentak UMNO, malah termakan dengan retorik itu. Beliau menganggap masalah yang paling besar didepani masyarakat Melayu sekarang adalah "pemikiran".


"Masalah pemikiran yang susah nak sebut... Pergi kepada Islam yang ditafsirkan dalam satu aliran. Tidak terbuka untuk berbincang dengan aliran lain," katanya yang mencadangkan agar setiap aliran dan fahaman dikaji dan bukan ditolak begitu sahaja.


"Saya amat tidak bersetuju, di Malaysia ini, dia letakkan Islam itu seolah-olah agama Melayu. Melayu itu Islam. Melayu berugama Islam saya amat bersyukur. Tapi nilai Islam ini, jauh lebih berada dalam kalangan orang Cina berbanding dengan orang Melayu."


Mat Sabu menjelaskan selanjutnya, bahawa sikap seperti kerja kuat, tidak bergantung kepada pertolongan subisidi, berdikari dan sebagainya dalam kalangan Cina ini adalah penjelmaan nilai Islam, cuma masyarakat bukan Islam ini tidak menerima Allah sebagai Tuhan mereka. Malah, beliau menyifatkan warga Jepun sebagai "umat Islam sejati", kerana tidak merampas makanan, beratur untuk dapatkan bantuan, menghormati hak orang lain dan sebagainya selepas masyarakat itu dilanda tsunami.

Beliau menolak "semangat asabiyah", misalnya kaum Islam dan Melayu tetap dibela walaupun telah melakukan kesilapan. (Bahagian pertama, bersambung)


Tuesday, May 17, 2011

RAMAINYA CALUN

Ramai sekali nama yang dicalunkan untuk pemilihan jawatan Ketua Pemuda  dan  Ketua Muslimat  peringkat pusat.

Biasanya jika banyak sangat nama pilihan, maknanya pemegang jawatan sudah kurang popular dan dilihat tidak berkesan dalam memegang jawatan tersebut.

Eloklah mahasabah diri sendiri dan jika perlu beri peluang kepada orang lain pula. Kita pegang jawatan ketika tiada orang lain yang layak. Ha ha. Jika ramai terasa layak, eloklah kita lepaskan kepada mereka itu. Baru  mereka  tau langit tinggi atau rendah.  Opps, zaman sekarang - "analah yang layak".  Wooo.

Monday, May 16, 2011

Timbalan Presiden penentu PAS dalam Pakatan Rakyat?

Oleh: Siasahdaily
Timbalan Presiden selepas pemilihan kepimpinan PAS pada muktamar awal Jun nanti bakal menjadi faktor penting dalam menentukan hubungan parti itu dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat.

Mohamad Sabu yang mendapat sokongan meluas merentasi kem pada masa ini dilihat akan mengukuhkan kedudukan PAS sebagai ahli gabungan PR.

Mohamad merupakan penyokong kuat PAS terus bersama PR, walaupun berdepan pelbagai kritikan berhubung PAS yang dilihat dikuasai dan tidak menunjukkan kepimpinan dalam gabungan itu.

Bekas naib presiden PAS itu juga berpendirian teguh menolak sebarang urusan dengan Umno, yang dianggap usaha menyelamatkan parti Melayu ketika parti itu sedang tergugat ekoran Pilihan Raya Umum ke-12.

Pengkritik melihat PR terlalu didominasi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan DAP, dan menggesa PAS membebaskan diri daripada pakatan yang didakwa menjadi liabiliti kepadanya itu.

Mohamad mempunyai hubungan sangat baik dengan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang juga ketua menteri Pulau Pinang.

Aktivis popular PAS itu sebelum ini dilihat sebagai pengkritik kuat Anwar dalam PAS, tetapi mula kelihatan berkompromi selepas penubuhan PR.

Pada masa ini, Mohamad menerima sokongan kuat semua golongan dalam PAS terutama kem yang dikenali “Erdogan,” dipercayai disebabkan pendiriannya berhubung PR dan penyandang timbalan presiden, Nasharudin Mat Isa.

Mohamad bersaing dalam pertandingan tiga penjuru merebut jawatan timbalan presiden bersama Datuk Husam Musa yang juga bekas naib presiden dan Nasharudin pada pemilihan yang lalu tahun 2009.

Husam telah menyuarakan hasrat untuk tidak bertanding merebut jawatan timbalan presiden pada tahun ini.

Nasharudin dikritik sebagai tidak menunjukkan prestasi yang baik sepanjang memegang jawatan timbalan presiden, tetapi masih mendapat sokongan kuat banyak pihak.

Beliau turut dikaitkan dengan usaha berbaik dan menjalin hubungan politik dengan Umno, dakwaan yang turut dikaitkan dengan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang oleh pihak tertentu.

Mohamad dalam kempennya untuk merebut jawatan timbalan presiden mengemukakan agenda membantu presiden untuk mengukuhkan PAS.

Pendirian Mohamad walau bagaimanapun tidak sepenuhnya selari dengan sikap Abdul Hadi berhubung haluan PAS dan PR.

Presiden PAS itu mempunyai pandangan tersendiri berhubung peranan PAS dalam PR, dan pernah mencadangkan kerajaan perpaduan nasional melibatkan semua parti politik di negara ini.

Ide beliau itu walau bagaimanapun dikecam sebagai usaha mengadakan pakatan PAS dengan Umno, mewujudkan perdebatan sengit antara dua kumpulan besar dalam parti itu.

Abdul Hadi masih berdepan tekanan dan kritikan ekoran dikaitkan dengan kegagalan rancangan perubahan kerajaan pusat 16 September, 2008 diketuai Anwar.

Tekanan terhadap beliau muncul lagi menjelang muktamar tahun ini apabila isu kelayakan beliau menjadi presiden PAS muncul lagi di media.

Prof Dr Abdul Aziz Bari mengulangi kritikan terhadap Abdul Hadi tidak lama dulu, dan pemikir libertarian Wan Saiful Wan Jan menulis ulasan yang diterbitkan di beberapa media menggesa presiden PAS itu melepaskan jawatan.

Kritikan terhadap Abdul Hadi kali ini walau bagaimanapun ditolak oleh ramai pihak termasuk Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

SELAMAT BEKERJA PAS SEREMBAN

Perang Sg Ujung tak jadi. MK Ibrahim menang tanpa bertanding sebagai YDP Seremban, petang semalam.

Maka tugas kali ini adalah lebih berat lagi. Majukan Pas Kawasan Seremban. Dengan dokongan anggota Pas yang lebih baik  taraf hidupnya, Pas Seremban mampu mengembeling dana merancakkan program.

Ya, gunakan teori Pareto - 20% program untuk anggota Pas dan 80% program disasarkan kepada rakyat umum. Baru boleh tawan Seremban dan kawasan sekitarnya, dengan mengambil maklom Ampangan dan Sikamat telah ditawan oleh PR.  Perubahan bermula dari kota. Maka Pas Seremban cukup penting dalam kontek Pas Negeri Sembilan.

Saya ucapkan Selamat Bekerja untuk semua AJK Pas Seremban. Berbincanglah dengan anggota bawahan sambil makan popia. Wooo. Kok makan popia dengan anggota bawahan pun tarak boleh - apa den nak katokan lai.

Sunday, May 15, 2011

PERANG SG UJUNG DI SEREMBAN

Kalau di Kelantan, pertarungan jawatan  dalam Pas  amat hebat  dan sengit  di Kawasan Pasir Puteh.

Manakala  di Negeri Sembilan pula hebatnya di Seremban. Pertandingan  jawatan YPD adalah  antara bekas PJ dengan PJ Pas Negeri Sembilan  sekarang. Wooo.

Moga-moga tak ada baling kerusi. Dan paling penting, jika kalah jangan sampai Pas Seremban digantung lagi macam dulu. Ha ha. Apa punya tur dah, ada yang sanggup partinya digantung kerana tak dapat jawatan  dalam parti.

Petang ini kita akan dapat keputusannya. Kalau calang-calang Setia Usaha Agung, bukan mudah nak kendali kes Pas Seremban. Dalam hal ini kita kena  tabik  dengan SUA sekarang - Cikgu  Mustafa Ali.

Saturday, May 14, 2011

TERENGGANU - BARISAN MUDA YANG DINAMIK

Terengganu adalah antara negeri yang berpotensi untuk dimenangi oleh Pas.

Pas wajar menampilkan bakal barisan kepimpinan  negeri yang dilihat profesional, muda, dengan didokong oleh golongan ugama.

Memadailah TG Haji Hadi sahaja mewakili golngan veteran. Yang lain bolehlah  memainkan peranan yang lain selepas menang nanti.

Umumnya rakyat mahu melihat parti yang dinamik dari sudut sumber manusianya. Kalau orang tu juga yang bertanding sejak 1978  hingga kini,  maka Pas semacam era Umno di zaman Wan Mokhtar yang tewas pada tahun  1999.

Ini abad 21, berilah peluang kepada anak muda  yang aktif sejak 1982 dan kini mereka  sebenarnya pun sudah tua juga.  Ha ha. Kalau orang  60an  dan 70an tak sanggup berundur juga pada PRU 13, maka aktivis berumur 40an dan 50an pun tidak berpeluang bertanding pada PRU 13 ini...

Wednesday, May 11, 2011

SAYANG KAT HADI TETAPI ...

Sudah lama saya  ingin  menulis hal ini tetapi khuatir disalah anggap  oleh  sahabat-sahabat pimpinan yang rapat dengan saya. Ha ha.

Bacalah catatan ustaz kita ini. Klik di sini.

Kita sayang kat TG Haji Hadi tetapi bab IT pun kita tak mampu mengikutinya...

Sedih jika pimpinan bawahan masih tak reti bab-bab kecil IT seperti ada emel, mengulas dalam blog dan ada face book. Bagaimana nak berinteraksi dengan anggota. Akhirnya yang jauh tetap jauh, malah yang dekat pun terasa jauh juga. Woooo.