Semalam saya menaiki teksi dari LCCT ke rumah. Sempat bersembang panjang dengan pemandunya yang berbangsa Melayu yang berasal dari Muar, Johor dan pernah bertugas di Jabatan Agama Johor. Kesimpulan yang dapat saya buat ialah orang Melayu mengaku bahwa Umno hanya memperjuangkan nasib sekerat dua orang Melayu sahaja. Tetapi mereka takut beralih mengundi Pas dan PKR kerana takut Melayu hilang kuasa. Bagi mereka Umno itu sahaja yang Melayu. Bagi mereka biarlah Melayu Umno yang memerintah negara ini walaupun lemah dan korup.
Pemandu Melayu ini mengaku bahwa orang China lebih kaya dan maju dalam ekonomi berbanding dengan orang Melayu dan merasa pelik mengapa kaum China tak puas hati dengan BN. Ha ha. Baik sungguh orang Melayu, walaupun lemah dan tak menguasai ekonomi negara tetapi tetap sayangkan BN. Yang syoknya sang pemandu ini mengaku bahwa di kampong asalnya di Johor, masaalah air masih tak beres lagi dan mahal pula harganya berbanding dengan negeri lain. Tetapi Umno juga tetap pilihannya. Hidup Melayu, Woooooo
No comments:
Post a Comment