Bukan tak ada sejarahnya. Memang ada. Jika Umno rasa tak mampu berkuasa lagi, maka Umno akan mengajak seteru politiknya bersama memerintah negara ini. Selepas Perikatan hampir kehilangan kuasa di Selangor, Perak dan Pulau Pinang pada 1969, maka diajaknya Pas, PPP dan Gerakan untuk bergabung atas nama BN.
Pada beberapa minggu lalu, Najib mempelawa Pas. Hari ini pula Nordin Kardi, seorang nasionalis totok, menggesa BN mengajak DAP pula. Pokoknya Umno akan terus memerintah. Sakit oi jika tak dapat memerintah lagi. Biarlah berkongsi kuasa, walaupun dengan parti seterunya. Apa yang Umno tak kata kepada Pas. Dituduhnya Pas lebih bahaya komunis pun ada. Tetapi apabila merasakan nak kalah, maka dipujuknya Pas bersama atas nama "perpaduan Melayu". Kan syok alasannya itu. Ahh, Pas pun ada dalil untuk bersama Umno. Ha ha. Tambahan pula kini ada hujah "makasid syariah" Kalau tak kena gaya, boleh cair apabila kita mendengar hujah "ulama" Pas untuk bersama-sama dengan Umno. Bak kata mereka, jika dengan DAP yang tak islam pun kita boleh bersama, takkan dengan Umno yang ramai islam dan sebangsa, tak boleh pula. Hai, hampir termakan "racun" ini oi. Nasiblah ada hujah di sisi lain yang perlu kita lihat untuk terus memampuskan Umno. Hujah politik itulah yang Tuan Haji Mohamad Sabu kemukakan apabila hendak membenam Umno. Woooo.
Maka pilihan terbaik hendak selamatkan Pas dari berpeluk dengan Umno, ialah Tuan Hj Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden Pas.
No comments:
Post a Comment