Tuesday, July 12, 2011

PASCA BERSIH 2: BERTAMADUNLAH SPR!!!!

Bayangkanlah rakyat baru menuntut 8 perkara yang berkaitan  dengan satu sistem pilihan raya yang adil dan bersih,  kerajaan BN sudah menggelabah. BN tak mampu menjadi "moden" dan "semasa"  dalam melihat kerasionalan tuntutan Bersih 2.  Walhal perjalanan perkhidmatan   awam selalu diingatkan sentiasa memperbaharui  sistem pengurusan secara berkualiti dan inovatif  serta  responsif dengan kehendak pelanggannya. 

Apabila SPR  memekakkan telinganya dan membutakan matanya, maka SPR adalah satu agensi perkhidmatan awam yang paling jumud dan tidak bertamadun. Mengapa SPR Malaysia tidak mahu belajar dari  SPR negara luar supaya rakyat  kita  akan berpuas  hati dengan perjalanan pilihan raya   di negara ini. Payah sangat ke nak belajar. Nampak sangat  SPR Malaysia menjadi budak suruhan parti pemerintah, bukannya berkhidmat untuk negara.

Satu badan yang ditubuhkan atas nama Suruhanjaya  adalah satu badan yang otonomi, bebas, adil, dan hanya merujuk kepada "bidang rujukan"  yang  piawai dan dilihat boleh diguna pakai oleh semua negara.

Bilakah SPR hendak   bebas dari mengikut  telunjuk parti sang pemerintah dan tidak lagi menjadi pak angguk???

No comments: