Wednesday, July 13, 2011

PASCA BERSIH 2: RASUAH MERATA

Selepas Himpunan Bersih 2,  saya makan-makan dengan beberapa orang rakan dari Pulau Pinang termasuk seorang usahawan, pengilang kain.

Banyak sudah cerita rasuah yang saya dengar. Kali ini ditambahkan satu lagi koleksi cerita rasuah pula. Tauke kain, saudara M  memasuki tender bekalan kain di Jabatan Kerajaan.  Oleh kerana beliau seorang pengilang, maka beliau mampu menawarkan harga terendah sekali iaitu RM 4.00 bagi setiap meter kain. Tetapi yang berjaya ialah  penender yang menawarkan harga RM 8.00  semeter.  Mengapa?

Ya, usahawan kain saudara M tidak menjanjikan apa-apa, maka harganyalah yang paling rendah. Tetapi pembekal lain berjanji wang pelicin, maka harganya walaupun tinggi tetap berjaya mendapat kontrak bekalan kain berkenaan.

Jika 100,000 meter yang dibeli oleh kerajaan, maka kerajaan terpaksa membayar lebih RM 400,000!!!!!  Bagaimana jika 200,000 meter?. Ya, kerajaan akan rugi RM 800,000.00

Cerita yang sama juga berlaku pada projek bekalan   pakaian seragam. Harga tender yang  tinggi sahaja akan berjaya. Kerana apa. Kerana ada orang lain turut sama nak makan.  Siapa? Orang dalam yang bernama pegawai kerajaan yang  mengaku berugama Islam, yang solat,  yang berjiwa Melayu konnnya.  Tetapi bab rasuah macam tak ada ugama dah......


No comments: