Antara tuntutan Bersih 2 ialah menggunakan dakwat kekal ketika hari mengundi.
Penggunaan dakwat kekal diamalkan di India untuk mengelakkan seseorag mengundi lebih dari sekali. Selepas mengundi, jari pengundi akan dicalit dengan dakwat yang kekal selama 24 jam. Maka mereka tidak boleh mengundi di tempat lain. Cara begini boleh mengelakkan penipuan seperti berikut:
i. Pihak parti yang berkuasa boleh membuat satu orang dengan memiliki 10 kad pengenalan dengan nama yang berlainan. Mereka akan mengundi pada 10 tempat mengundi yang berasingan tanpa diketahui atau disedari pihak SPR atau pihak parti lawannya. Jika 100 orang sahaja berbuat demikian, maka parti yang dikuasai oleh kerajaan mampu mendapat 1000 undi dengan mudah. Bagi kawasan pilihan raya yang menang majoriti kecil, misalnya bawah 1,000 undi, maka strategi ini akan dibuat. Dengan adanya dakwat kekal, maka strategi penipuan ini boleh dielakkan. Jika rakyat India beratus juta pun boleh meggunakan dakwat kekal, mengapa Malaysia tidak boleh. Malah SPR pernah mengaku, bahwa pada PRU 2008, dakwat kekal telah pun diimpot untuk digunakan tetapi dihalang oleh kerajaan BN. Biasanya Bahagian Perisikan Tentera atau Polis akan melaksanaka strategi ini untuk memenangi BN.
ii. Seseorang itu juga boleh didaftar mengundi pada beberapa tempat lain. Mungkin mereka mengundi pada tempat lain yang berhampiran. Namun cara ini tidaklah semudah cara kedua diatas.
No comments:
Post a Comment