Sunday, May 29, 2011

PILIHAN KITA UNTUK MENUMBANG BN

Bukan soal ulama atau profesional untuk memilih pimpinan Pas. Yang telah berada dalam barsian pimpinan Pas, pada amnya telah komited dengan matlamat perjuangan Pas. Soal menjaga dasar dan halatuju parti  adalah dalam bidang kuasa Majlis Syura Ulamak. Itulah konsep sebenar Kepimpinan Ulamak ketika diperkenalkan pada peringkat awal dulu.

Kini kita mencari saf kepimpinan yang mampu menggerakkan jentera kerja merempuh Umno/BN. Najib akan menggunakan apa sahaja strategi kotor  dan ganas  dengan sebarang kos untuk menghadapi PR. Maka tak dapat tidak Pas kena membariskan tokoh politik yang semasa dan penuh pengalaman dalam menghadapi cabaran ini.

Maka kita berpendapat barisan yang kita perlu tonjolkan untuk menghadapi cabaran ini ialah:

Presiden:  TG Hj Abd Hadi Awang
Timbalan Presiden: Tuan Hj  Mohamad Sabu
Naib Presiden :  Mahfuz Omar
                           Husham Musa
                           Salehudin Ayub


Mereka telah berjuang sejak awal  lagi  ketika Pas berjuang seorang diri  hinggalah ke era  bersama APU, BA dan PR.  Hubugan mereka ini dengan anggota bawahan tak ada masalah untuk menggerakkan jentera ke jalanan menuntut perubahan demokrasi. Begitu juga hubungan mereka  dengan rakan sePakatan Rakyat. Imej merakyat juga  kelihatan kepada mereka.

Isunya ialah kemampuan, kekuatan dan track record  mereka  telah membuktikannya untuk  menggerakkan dan memimpin parti menumbangkan BN. Mereka bukan tokoh yang baru muncul dan masih remaja pengalaman politik. Kita bukan memilih imam muda, bak kata Dr Dzulkefli. Kita mahu pencetus dan penggerak perubahan politik negara. Kalau pemimpin kita berani, kita pun berani. Kalau pemimpin kita rajin, kita pun rajin. Kalau pemimpin kita sanggup menanggung risiko, kita pun sanggup bersama.

Kekadang kita gagal melihat pengorbanan orang yang telah lama dalam parti dek kagum  dengan imej orang baru yang belum pun teruji. Maka alangkah kecewanya  kita  dengan prestasi Timbalan Presiden sekarang, lantaran dahulu kita terpegun  dengan "ulamaknya". Bukan kita sahaja yang sedar akan kelembaban Ustaz Nasarudin tetapi Dolah  Kok Lanas pun tahu. Hanya Utusan yang syok dengan Ustaz Nasarudin kerana kononya mudah untuk "berunding"

Alahai, moga perwakilan bijak memilih supaya jangan terkena dan terkecewa dengan prestasi Ustaz Nasarudin, hanya dek kerana alasan "ulamak" sahaja tanpa menimbang faktor lain yang lebih penting.

Utusan, Berita Harian dan Perkasa secara jelas takut jika Hj Mohamad Sabu menjadi Timbalan Presiden Pas. Mana yang musoh hentam dan tak suka itulah sepatutnya pilihan kita. Bukankah Hj Hadi menjadi sasaran Utusan ketika sebagai Timbalan Presiden  dahulu. Mereka tahu Mohamad Sabu boleh berbuat sesuatu jika sebagai Timbalan  Presiden  Pas.

Kalau orang macam Dr Dzulkefli Ahmad, seorang penganalisis yang kritikal pun melihat Hj Mohamad Sabu sebagai calun  pilihan Timbalan Presiden  Pas untuk sessi 2011-2013, maka ianya memberi makna dan isyarat yang cukup besar kepada kita semua.

SELAMAT BERMUKTAMAR

No comments: