Selepas kekalahan Jepun pada Perang Dunia Kedua, arus perjuangan menuntut kemerdekaan bersemarak secara global.
Di peringkal Komanwel satu Persidangan Parti-Parti Komunis telah diadakan di London. Persidangan ini telah mendesak pihak British memberi kemerdekaan kepada negeri jajahannya. Antara wakil PKM di persidangan itu ialah Rashid Maidin. Ketika persidangan ini Tunku Ab Rahman juga berada di London kerana sedang belajar di jurusan undang-undang. Beliau telah mengutus surat kepada Rashid Maidin dan memohon maaf - tidak dapat hadir ke persidangan tersebut sebagai pemerhati kerana sibuk. Tunku mendoakan kejayaan Persidangan Parti-Parti Komunis itu.
Ketika Rashid Maidin sibuk berjuang menentang British secara gerila dan melalui gerakan antara bangsa, Tunku masih lagi belajar di London.
Itulah realitinya sejarah menuntut kemerdekaan negara ini. Umno yang dipimpin oleh Onn Jaafar masih belum berani menuntut kemerdekaan, malah dengan jelas mengatakan belum sampai masanya untuk menuntut kemerdekaan!!!!!
Jangan ada sesiapa terasa pedih apabila membaca catatan sejarah ini!!!!
No comments:
Post a Comment