Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Thursday, October 16, 2008

INSTITUSI ILMU PUN RASUAH

Sebuah negara yang baru merdeka mengutamakan program pembangunan pendidikan. Malaysia sudah merdeka lebih 50 tahun. Malangnya institusi berkaitan dengan ilmu ini pun juga menghadapi isu rasuah. Utusan hari ini melaporkan kes seorang Dekan di UITM yang telah dihukum penjara 3 tahun oleh mahkamah kerana kes tipu invois.

Ainon Mohamad, Sifu PTS telah mendedahkan penyelewengan berjuta ringgit di Kementerian Pendidikan yang diketuai oleh Hishamudin Husin On, calun Naib Presiden Umno yang terbanyak mendapat pencalunan dari Umno Bahagian. Hari ini sekali lagi Ainon Mohamad mendedahkan sesuatu yang misteri di Perpustakaan Negara Malaysia. Baca di sini kesahnya.

Jika institusi berkaitan dengan buku dan ilmu pun ditimbuni rasuah, inikan pula di bidang Keselamatan. Kalau dulu di zaman Mokhtar Hashim kes mee segera yang berharga RM 12.00 sebungkus. Kini di zaman Najib kes kapal selam dan helicopter yang melibatkan kes rasuah dan harga melambung melebihi beratus juta ringgit pula. Alangkah baiknya jika wang itu dapat diselamatkan dan digunakan untuk menghapuskan golongan miskin tegar.

Benarlah kata Saidina Ali (r.a) bahwa kemiskinan hanya wujud kerana pembaziran dan ketidakadilan. Kes rasuah boleh dimasukkan di dalam kedua-dua kategori itu. Jika penjawat awam dan menteri semuanya orang islam, Islam jenis apakah yang sedang dianut oleh warga muslim kini, sehingga menampakkan yang kaki rasuah ialah orang islam.

Penjawat awam di UK yang bukan Islam lebih bebas rasuahnya berbanding penjawat awam muslim di Malaysia. Pernah satu hari semasa bersembang dengan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu, ia berkata " agaknya Islam yang orang Malaysia anut berlainan dari Islam Nabi Muhammad (saw) kot". Kekadang naik pelik pula bila terfikir golongan bukan Islam lebih komited memerangi rasuah tetapi golongan Islam bertolak ansur dengan rasuah.

Fikir-fikirkanlah.


Wednesday, October 15, 2008

ANWAR DAN BAJET

Malam tadi terbuka RTM 1 dan menonton siaran Laporan Parlimen. Tetamu yang dijemput ialah MP Muar untuk mengulas tentang perbahasan bajet yang dibuat oleh Anwar. Beliau mempersoalkan kenapa Anwar tidak membahaskan isi kandungan bajet tetapi sebaliknya membincangkan isu-isu lain di luar bajet.

Inilah kebangangan MP Umno. Bajet yang dibentangkan oleh PM mestilah yang muluk-muluk. Tak siapa yang mempertikaikan sesuatu peruntukan dalam bajet. Fokus utama perbahasan bajet oleh MP pembangkang ialah ialah mendedahkan aspek ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan bajet itu sendiri. Disinilah akan diketahui banyaknya penyelewengan, rasuah dan ketidakcekapan pengurusan wang yang melibatkan kerugian negara berbilion ringgit. Inilah yang didedahkan oleh Anwar dalam perbahasannya. Dilaporkan hanya 2 orang MP BN sahaja bangun mencelah meminta penjelasan lanjut dari Anwar dan hanya 20 orang sahaja yang sanggup mendengar perbahasan Anwar. Yang lain duduk di luar parlimen. Sepatutnya pada masa ini mereka berhujjah melawan Anwar jika terdapat mana-mana tuduhan Anwar yang tidak betul. Tetapi mereka hanya menjawab di RTM 1. Agaknya depa takut dihentam oleh Anwar sepertimana yang dilakukan oleh allahyarham Ustaz fadzil Nor dulu. Gelak besar kita melihat tersengehnya MP umno dipaku oleh allahyarham Uztaz Fadzil Nor.

Jika ada tuduhan Anwar dalam bajet tidak benar, MP BN sepatutnya mencabar Anwar membuat tuduhan di luar parlimen supaya ia boleh diambil tindakan jika dianggap membuat fitnah. Baru syok jumpa di mahkamah. Janganlah ISAkan orang pula seperti yang dilakukan kepada Raja Petra.

Friday, September 26, 2008

MALANGNYA BAJET 2009

Sepatutnya apabila Bajet 2009 dibentangkan di parlimen, ianya menjadi perhatian utama negara. Oleh kerana bulan puasa, perbahasannya di parlimen ditangguhkan sehingga selepas hari raya ini. Anihnya politik negara tertumpu kepada isu 16 september Anwar dan kes peralihan kuasa Pak lah. Aduhai betapa ruginya masa lebih sebulan ini, rakyat awam tak dapat memberi input kepada MP untuk mereka bahaskan Bajet 2009 nanti. Inilah masa yang terbaik setiap MP menganalisa ekonomi negara dan bersedia membuat perakuan-perakuan terbaik ketika perbahasan Bajet 2009 nanti.

Paling kelakar Menteri Kewangan yang membentang bajet tersebut bertukar ke jawatan lain pula. Ini satu yang paling tidak bertanggung jawab. Dia yang bentang, dialah yang sepatutnya menggulung bajet itu nanti. Ini disuruhnya Rosmah menjawab pulak. Eh Najib le.

Politik Malaysia masih dalam tertanya-tanya dalam tempoh 2 minggu ini. Nak raya pun tak syok tau. Mana nak syok, hati Pak Lah, Anwar dan Najib dok bertanya-tanya " ada peluang ke jadi PM ni". Kepada Ku Li; walaupun ahli Umno dan rakyat tak suka Pak Lah, tetapi anda bukan calun harapan penggantinya. Apa nak buat, masa anda telah berlalu. Walaupun Dr M sokong anda, Mahathir pun orang Umno dah lupakan. Maaf ye. begitulah nasib politik orang pencen.

Kita sedang meniti sejarah masa depan. Janganlah terlalu emosi melaluinya. Setiap rancangan boleh berjaya atau tidak. Jangan kecewa jika tak berjaya. Esok masih ada. Jika tak dapat bukannya berdosa. Yang tukang tengok orang nak jadi PM pun janganlah haru biru. Kalau nak sokong, sokonglah siapa calun PM anda. Kalau berkenan di hati akan calunnya, sokonglah. Jangan dok perlekeh tak bersebab.

Politik serba mungkin. Mahathir yang dipecat dari Umno pada 1969 boleh jadi PM pada 1981. Pak Lah yang pernah terkeluar dari kabinet Mahathir dan kalah sebagai Naib Presiden Umno boleh jadi PM. Dan jangan hairan jika Anwar pun boleh jadi PM. Tarikh akhir Anwar ke jawatan itu ialah pada tahun 2012 atau 2013. Jika gagal juga ketika itu, kita fikir orang lain pula. Jangan Saiful sumpah dah le.