Showing posts with label PKR. Show all posts
Showing posts with label PKR. Show all posts

Wednesday, October 15, 2008

ANWAR DAN BAJET

Malam tadi terbuka RTM 1 dan menonton siaran Laporan Parlimen. Tetamu yang dijemput ialah MP Muar untuk mengulas tentang perbahasan bajet yang dibuat oleh Anwar. Beliau mempersoalkan kenapa Anwar tidak membahaskan isi kandungan bajet tetapi sebaliknya membincangkan isu-isu lain di luar bajet.

Inilah kebangangan MP Umno. Bajet yang dibentangkan oleh PM mestilah yang muluk-muluk. Tak siapa yang mempertikaikan sesuatu peruntukan dalam bajet. Fokus utama perbahasan bajet oleh MP pembangkang ialah ialah mendedahkan aspek ketelusan dan kecekapan dalam pengurusan bajet itu sendiri. Disinilah akan diketahui banyaknya penyelewengan, rasuah dan ketidakcekapan pengurusan wang yang melibatkan kerugian negara berbilion ringgit. Inilah yang didedahkan oleh Anwar dalam perbahasannya. Dilaporkan hanya 2 orang MP BN sahaja bangun mencelah meminta penjelasan lanjut dari Anwar dan hanya 20 orang sahaja yang sanggup mendengar perbahasan Anwar. Yang lain duduk di luar parlimen. Sepatutnya pada masa ini mereka berhujjah melawan Anwar jika terdapat mana-mana tuduhan Anwar yang tidak betul. Tetapi mereka hanya menjawab di RTM 1. Agaknya depa takut dihentam oleh Anwar sepertimana yang dilakukan oleh allahyarham Ustaz fadzil Nor dulu. Gelak besar kita melihat tersengehnya MP umno dipaku oleh allahyarham Uztaz Fadzil Nor.

Jika ada tuduhan Anwar dalam bajet tidak benar, MP BN sepatutnya mencabar Anwar membuat tuduhan di luar parlimen supaya ia boleh diambil tindakan jika dianggap membuat fitnah. Baru syok jumpa di mahkamah. Janganlah ISAkan orang pula seperti yang dilakukan kepada Raja Petra.

Sunday, September 14, 2008

PAS MENOLONG GOLONGAN MALANG

Bila Mahathir dipecat dari Umno pada 1969, dia gunakan pentas Pas menghentam Tunku Ab Rahman. Akhrnya Mahathir kembali ke Umno. Pas tolong Mahathir yang malang.

1988, bila Tengku Razaleigh tuboh Semangat 46, ia bekerjasama dengan Pas lawan Umno/BN. Pas tolong Ku Li dan Semangat 46 yang malang.

Bila Anwar dipecat dari Umno pada 1998, Keadilan berpakat dengan Pas pula lawan Umno/BN. Pas tolong Anwar yang malang.

2008, sekali lagi Pas berpakat dengan keadilan lawan Umno/BN. Umno/BN hilang 5 negeri dan hilang majoriti dua pertiga di parlimen. Pas tolong Anwar yang malang lagi.

Dan.... jeng jeng.. bila Umno/BN akan kalah pada 2012 nanti, Pas akan berpakat dengan Umno pula membentuk kerajaan "demi Islam dan Melayu".

Pas akan sentiasa menolong orang malang. Kalau ada umur dapatlah kita lihat sejarah ini berlaku. Sekarang telah ada usaha-usaha berterusan pimpinan 'berhubung' dan 'membuat persefahaman' untuk pilihanraya akan datang. Jika pemimpin Pas turun ke bawah menerangkan kepentingan bersama dengan Umno/BN, ahli bawahan Pas akan cair mendengar hujah tersebut. Golongan ustazlah lebih cenderung untuk bekerjasama dengan Umno/BN!!!

Friday, September 12, 2008

ANWAR ATAU PAS YANG BERANGAN

Anwar bercita-cita jadi PM melalui PR. Pas bercita-cita nak wujudkan negara Islam. Dalam kontek demokrasi, siapa yang berangan. Sila jawab!

Faktanya Pas hanya bertanding 60 kerusi parlimen semasa PRU 12. Jika Pas menang semua kerusi pun, adakah rakan kongsi dalam PR mengizinkan Pas mewujudkan negara islam di negara ini. Jawapan logik TIDAK. Maka apakah penyelesaiannya.

Yang tak syoknya, pimpinan Pas kata Anwar berangan jadi PM dan secara teknikalnya Anwar tak boleh jadi PM dalam tempoh terdekat ini. Tetapi jika Anwar berjaya memujuk parti politik dari Sabah dan Sarawak menyertai PR, ianya tidak mustahil bagi Anwar menjadi PM.

Jika PR memerintah dan Anwar jadi PM, adakah Pas boleh memujuk Anwar dan rakan kongsi dalam PR untuk mewujudkan negara Islam. Logiknya sukar. Maka Pas lebih berangan lagi dari Anwar.

Malahan pada PRU 13 akan datang pun, dengan komposisi kaum dalam kawasan pilihanraya masa kini, sukar bagi Pas dapat kuota bertanding lebih 130 kerusi jika bersama PR. Pas hanya dapat kuota 60 kerusi sahaja. Jika menang semua pun, Pas tak ada pengaruh untuk mewujudkan negara Islam.

Jelasnya dalam dunia demokrasi masa kini, cita-cita Pas untuk mewujudkan negara Islam tidak boleh tercapai. Maka apakah strategi Pas yang sepatutnya. Umno/BN tak mahu negara islam. PR pun tak mau negara Islam. Pilihan Pas masa kini ialah bersama dengan gabungan atau pakatan parti yang mahukan kerajaan yang bersih sahaja.

Jika ada pimpinan Pas yang menjadikan alasan negara islam untuk menyertai sesuatu pakatan politik, ia mengarut sahaja. Itu logiknya. Kuasa Allah kita tak tau.

Apakah Pas sanggup berjuang seorang diri dan terus berdakwah kepada rakyat negara ini sehingga majoriti rakyat menerima dan meyokong dasar Pas melalui undian pilihan raya. Ketika itulah Pas menang secara mutlak dan bolehlah menjadikan negara ini negara islam. Bolehkah Pas berusaha sehingga suasana itu tercapai. Bersediakah rakyat Malaysia berubah menyokong Pas. Jika ini strategi Pas, maka pertandingan 3 penjuru akan berlaku. Siapa yang untung?

Friday, September 5, 2008

BERJAYAKAH ANWAR JADI PM

Member lama ketika Sekolah Menengah Munshi Melaka 1978 bertanya kepadaku " bolehkah Anwar jadi PM menjelang 16 September ini". Dia mahu jawapan yes or no. Aku hanya jawab, dunia menanti Anwar jadi PM. Ha ha. Aku bukan nak jawab soalan itu kali ini, tetapi nak lihat kesah disebalik sejarah Umno dan Anwar.

Mengapa Dr M menjemput Anwar menyertai Umno pada 1982 dalam keadaan semua orang tahu bahawa Anwar memang kritikal kepada kerajaan. Apa yang meyakinkan Mahathir memilih Anwar dan apa yang meyakinkan Anwar menyertai Mahathir?

Menurut kesahnya dari mulut ke mulut macam sejarah lisan, antara hujah Mahathir yang meyakinkan Anwar kenapa Mahathir memilih beliau ialah Mahathir tak yakin dengan pelapis yang sedia ada dalam Umno dari segi keperibadian dan intelektualnya. Agaknya Mahathir pun fikir yang dia nak jadi PM selama 10 ke 15 tahun, maka pelapis seusianya seperti Ku Li, Musa Hitam dan Ghaffar Baba tentu tak sesuai apabila menjelang hari pesaraannya. Dengan usia yang muda ketika itu, Anwar sudah ada ramai kontek antarabangsa khususnya di negara Arab, maka Anwarlah calun yang berpotensi menggantikannya nanti.

Tetapi ikut Mohamad Sabu yang pernah dicakap kepadaku 10 tahun lalu, Mahathir memerlukan Anwar kerana generasi muda pada masa itu lebih memilih wadah Islam dan tidak berminat dengan Umno lagi. Hampir semua kampus dikuasai oleh golongan Islam pro Pas. Student luar negara pun menerima kebangkitan Islam dengan hebat sekali. Umno macam tersisih di sana. Inilah faktor utama mengapa mahathir mahu Anwar.

Dengan kemasukan Anwar ke dalam Umno dan kerajaan, golongan ustaz, kakitangan awam, NGO, dan rakyat awam yang berminat dengan Islam meletakkan harapan kepada Umno semula. Harapan rakyat yang menggunung kepada Anwar ialah menanti ketika beliau menjadi PM.

Tidak hairanlah kita melihat ledakan sokongan reformasi 1998 apabila Anwar dipecat dari TPM. Orang kampong di Kuala Pilah pun turut menyokong Anwar sehingga Roslan Kassim pun hampir menang bertanding parlimen di situ. Maka, memang tepat ramalan Mahathir tentang kekuatan Anwar dalam politik Malaysia dan mengajak awal-awal lagi menyertai Umno dan kerajaan.

Selama lebih 16 tahun, Anwar menjadi penyelamat politik Mahathir di dalam dan di luar Umno. Mohamad Sabu menambah lagi itulah dosa Anwar; melambatkan kemenangan Islam dan menyelamatkan Umno yang sudah mulai rosak ketika itu.

Apabila Anwar bebas dari penjara, ia dapat memainkan peranan penyatu dalam politik sehingga keputusan pilihanraya 2008 memberi pukulan kepada BN. Pada PRU lalu, majoriti bukan Melayu menyokong BA. Oleh kerana sudah 1o tahun Anwar di luar politik, maka sokongan kaum Melayu mulai menurun. Memang sifat orang Melayu sentiasa berpihak kepada pemerintah walaupun pemerintah rasuah dan zalim. Jika sokongan orang Melayu macam 1999 dan sokongan bukan Melayu macam Mac 2008, BN pasti telah tumbang pada Mac lalu.

Mahathir bukan hebat memerintah, tetapi dia bertuah mewarisi pemerintahan Tun Razak dan Husin On dan tiba-tiba Malaysia memiliki hasil minyak. Telalu banyak isu ekonomi di zaman Mahathir, tetapi diselamatkan oleh imej islam Anwar.

Sekarang, dengan senario politik semasa yang lebih terbuka dan kepantasan IT, manusia bernama Anwar yang tangkas dan pantas ini, berupaya meyakinkan sesiapa sahaja tentang konsep Malaysia Baru yang diperjuangkannya. Tambahan pula kanser dalam Umno telah membusong dan akan meletup bila-bila masa.

Untuk member lama Munshiku itu, jawapannya ialah sejak 1982 sehingga sekarang, sejarah politik Malaysia ialah sejarah Mahathir dan Anwar. Mahathir dah pun pencen. Pak Lah atau Najib tiada keupayaan mengatasi kehebatan Anwar. Hadi, Mohamad Sabu, Kit Siang dah jadi kawan Anwar. Tiada yang menghalang Anwar menjadi PM kecuali liwatnya sahaja. Jika 16 September ini tidak menjadi, tunggu sahajalah PRU 13, dengan syarat kerajaan negeri PR membuktikan kerajaan yang bersih dan pro rakyat.

Wednesday, July 9, 2008

ANWAR DI DUA MAHKAMAH?

Hari ini Anwar membuat lapuran kes dakwaan liwatnya di mahkamah syariah. Apakah ianya boleh dibacarakan dibawah kes qazaf.

Dalam masa yang sama Anwar sedang disiasat oleh Polis. Jika pejabat Peguam Negara berpuas hati ada kes, Anwar akan didakwa.

Maka Anwar mencipta sejarah. Satu kes dibicara di dua mahkamah. Apa komen pengamal undang-undang di negara kita.