Bukan mudah anggota perkhidmatan awam aktif dengan Pas. Tambahan pula dari kumpulan ikhtisas atau dulu disebut Kumpulan A. Kena pindah wajib dah. Peluang naik pangkat kabur langsung. Ramai sahabat saya yang sepatutnya sudah layak jadi Pengetua, melepas. Kawan junior pula yang memotongnya jadi Pengetua. Walaupun redha, tapi di sudut hati terkilan juga.
Salah seorang sahabat saya ialah anak Melaka. Seorang guru dedikasi dan cemerlang. Tanyalah murid-muridnya, tentu mereka terlalu berpuas hati dengan prestasi guru ini. Sahabat saya ini aktif dengan Pas. Bukan sahaja aktif tetapi siap dengan blognya. Tetapi masih lagi selamat, belum diber amaran untuk berhenti dari Pas atau dipecat jawatannya. Kena pindah banyak kali, jangan kiralah. Lama-lama Kementerian Pendidikan pun tak ada tempat nak pindahkan.
Kalau kerja sendiri aktif Pas, kita tak hairan. Tetapi jika kerja kerajaan dan aktif Pas, memang orang tu berani.
Saya berbangga dengan sahabat yang berani ini. Saya doakan beliau terus kekal dalam jawatannya sehingga pencen. Saya sendiri pun tak sanggup kalau majikan dok kacau saya untuk aktif Pas. Lebih baik belah terus. Tu fasal saya belah dari jabatan kerajaan pada 1993 selepas berkuli selama 10 tahun. Ha ha.
Hayatilah blog sahabat saya ini. Ada posting tazkirah yang best. Klik di sini.
Hayatilah blog sahabat saya ini. Ada posting tazkirah yang best. Klik di sini.
1 comment:
Assalammu'alaikum tuan,
cikgu macam nilah sebenar-benar cikgu. merekalah antara golongan yang menubuhkan ranting2 PAS di seluruh negara sejak dedulu lagi.
marilah kita memuliakan mereka dengan memberikan penghormatan yang sewajarnya.
Anak Bulan
Bulan Penuh 2012
Post a Comment