Tuesday, November 11, 2008

PKNS BERGELUMANG RASUAH?

Bila MB Selangor begitu sukar melantik Pengurus Besar PKNS di kalangan pegawai kanan berbangsa Melayu, ianya menimbulkan tanda tanya. Tiba-tiba beliau mendedahkan bahawa Khir Toyo pernah mendapat bonus khas RM 100,000 kerana sumbangannya memajukan PKNS. Langsung media pro BN tak berani membangkitkan isu perlantikan Pengurus Besar PKNS lagi.

Dilaporkan PKNS merupakan lubuk wang. Sebagai sebuah institusi negeri yang berkaitan dengan tanah, sudah tentulah projek yang dilaksanakan bernilai berratus juta ringgit dan mungkin berbilion. Jika benar apa yang saya dengar, ianya amat sedih sedih sekali. Hampir semua tenaga pengurusan atasan PKNS terlibat dengan amalan rasuah sehingga MB Selangor sukar mencari calun Pengurus Besar PKNS. Dikatakan BPR sedang menggelidah PKNS. Kalau orang politik kaki rasuah , kita boleh percaya tetapi jika pegawai kerajaan juga kaki rasuah secara melampau, ianya satu tragedi dalam perkhidmatan awam. Sia-sialah slogan bersih, cekap, amanah yang dicetuskan oleh Dr M. Tetapi bukankah ikan busuk dari kepala. PR mesti serius mendedahan rasuah era BN disamping mencetus perubahan dibawah pentadbirannya.


2 comments:

Junior Ranau said...

jangan asyik nak tuduh umno dn bn saje.pakatan rakyat pun makan rasuah juga.pas dan pemimpinnya pun makan rasuah juga.jangan pandai nak tuduh orang lain je.pakatan rakyat ni syaitan bertopengkan manusia!cakap nak hapuskan kemungkaran,tapi mereka sendiri melaksanakan kemungkaran!!semoga pakatan rakyat hancur binasa untuk kebaikan rakyat dan negara malaysia!jatuhkan pakatan rakyat!!

ALI MAIDIN said...

semangat tu. bongkar jangan tak bongkar. buat ceramah umum bongkarkan semua rasuah pr. aku sokong jika dibongkar semua kes rasuah. takbir