Friday, October 29, 2010

BANGKITLAH ORANG ASLI

Kini Orang Asli bijak berpolitik. Tak taulah samada mereka boleh di"beli" oleh BN atau PR. Pokoknya mereka boleh "jual mahal" undinya.

Samada betul atau tidak hujah Orang Asli terhadap dasar tanah oleh kerajaan PAS Kelantan di Gua Musang, ianya tetap memerlukan hujah dan jawapan yang jelas oleh Kerajaan Negeri Kelantan.

Yang malangnya,  pada PRK Galas ini, barulah  Ku Li menjadi juru cakap Orang Asli, walhal sudah menjadi Ahli Parlimen sekian lama. Woooo.

Thursday, October 21, 2010

BAJET 2011: NAJIBNOMICSM


Pendahuluan

Apa yang unik (bukan UNIK) sangat dengan Belanjawan 2011?  Kita tak perlukan kaca mata 3-D, kaca mata 2-D sudah memadai untuk mengupas kulit Belanjawan sehinggalah saraf-sarafnya - sebelah kiri warna Mahathirisme, sebelah kanan warna Najibnomics.  Legasi Mahathirisme tergolong kepada yang positif dan yang negatif.  Tetapi yang diwarisi Najibnomics setakat ini hanyalah legasi negatif malahan dibesar-besarkan skalanya sehingga menjangkaui pencapaian legasi negatif Mahathirisme.
Meskipun begitu, pemimpin Kerajaan BESAR NAFSU masih tersenyum dengan pencapaian sebegitu negatif sedemikian besar dan penuh dengan khayalan sehingga hendaklah dibina Warisan Merdeka yang berangan-angan hendak menyentuh bulan yang membawa kegelapan.
Dasar Mahathirisme masih bersarang kuat dalam kotak pemikiran Najib Razak.  Segala-galanya besar; perbelanjaan besar, Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang terlalu berkuasa dan pelancaran projek-projek mewahnya jelas berniat untuk menanamkan legasi pemerintahannya seperti Mahathir.  Berbilion-bilion ringgit wang rakyat dipergunakan sewenang-wenangnya demi memuaskan nafsu tamak, haloba, serta cita-cita peribadinya.
Sebilangan kecil elit dalam rangkaian politik perniagaan disandarkan harapan untuk memacu pertumbuhan ekonomi yang terbukti telah merosakkan struktur ekonomi sejak era pemerintahan Mahathir.  Hasrat Najib dalam mentransformasikan ekonomi politik negara sehingga digelar sekumpulan pengkaji Universiti Harvard sebagai Najibnomics<1> rupa-rupanya lanjutan kepada episod besarnya Mahathirisme.

Belanja Besar itu sifat Najibnomics

Belanjawan 2011 bukan sahaja memberi keutamaan kepada projek mega, malahan pemimpin Kerajaan BESAR NAFSU mempunyai kecenderungan untuk mengagumi projek pembinaan infrastruktur besar-besaran sebagai warisan kepimpinannya.  Menara Berkembar Petronas umpamanya disifatkan sebagai simbol kemegahan negara dan monumen kepada semangat Malaysia Boleh.  Tidak sampai dua tahun berkuasa, Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion diperkenalkan oleh Najib kepada rakyat jelata sebagai satu lagi kononnya mercu kebanggaan negara dan mendatangkan kesan limpahan ekonomi yang besar.

Daripada Mahathirisme kepada Najibnomics, saiz menjadi ukiran pencapaian agenda transformasi ekonomi negara.  Alasan Najib untuk mempertahankan pembinaan Warisan Merdeka juga tiada bezanya dengan alasan penyokong Mahathirisme iaitu semakin besar sesuatu projek tersebut, semakin besarlah keuntungan yang diperolehi.  Realitinya, semakin besar sesuatu projek tersebut, semakin besarlah tanggungan kerugian yang bakal dipikul oleh kerajaan.  Apa yang dikesali, Najib didapati obses kepada teori ekonomi firaun Mahathir.

Era JPM BESAR Bermula 

Ungkapan era kerajaan mengetahui segalanya sudahpun berakhir menimbulkan tanda tanya dalam benak fikiran rakyat.  Sekiranya benar dakwaan Najib bahawa era kerajaan mengetahui segalanya sudahpun berakhir, nampaknya era JPM BESAR dan tahu segalanya sedang bermula dengan hebatnya!

Mengapakah dikatakan demikian?  Hal ini kerana apabila perbelanjaan Kerajaan Persekutuan berkembang sebanyak 33% sejak tahun 2007, perbelanjaan JPM melonjak sebanyak 130% dalam tempoh yang sama.  Akibat pemusatan kuasa JPM, sekarang lebih 50 buah agensi terletak di bawah kendaliannya dan masih ditokok tambah tanpa segan dan sekatan.  UNIK bukanlah agensi terakhir.  UNIK bukanlah sesuatu yang unik.

Agensi-agensi penting yang sewajarnya bertanggungjawab kepada Parlimen seperti Petronas dianaktirikan kepada JPM atau lebih tepat Perdana Menteri.  Lebih menghairankan, apakah rasionalnya meletakkan Biro Tatanegara (BTN) dan Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) di bawah JPM?  Malahan, Perdana Menteri sendiri turut menyelia 1MDB dan Ekuinas seolah-olah beliau sahajalah yang mengetahui segala-galanya.

Langkah tersebut mirip penekanan seorang filasuf Perancis, Alexis de Tocqueville yang pernah menulis "A central power, however enlightened and wise imagines it to be, can never be alone foresee all the details of the life of a great nation. Such a task exceeds human strength"<2>

Kroni Besar Acuan Najibnomics

Amalan kronisme dengan kroni-kroni besar memang jelas dalam kedua-dua pentadbiran baik Mahathir ataupun Najib.  Sistem ekonomi yang dikawal secara langsung dengan tahap penglibatan kerajaan yang keterlaluan merupakan faktor mengapa kronisme dan rasuah berleluasa di Malaysia.  Rakyat telah menyaksikan bagaimana banyak syarikat besar negara telah diselamatkan oleh kerajaan atas alasan menyelamatkan pekerjaan.  Atas mitos JPM BESAR dan tahu segalanya, keuntungan diswastakan manakala kerugian dinasionalisasikan.
Contohnya, kajian yang dilakukan oleh Simon Johnson dan Todd Minton menyimpulkan bahawa kronisme meningkat selaras dengan kawalan modal dan membuktikan bahawa hanya firma atau syarikat yang berkaitan dengan Mahathir mengalami kenaikan harga saham sejurus krisis Kewangan Asia pada tahun 1997.

Jika diimbas kembali era Mahathirisme berpandukan buku Barry Wain (gambar kiri), senarai yang disyaki mengandungi elemen skandal atau elemen kontroversi lain cukup besar saiznya secara total dan secara anggaran.  Contohnya, Mahathir pernah menyelamatkan syarikat Perwaja Steel daripada kerugian RM10 bilion.  Masih ingat isu penyelamatan UEM?  Masih ingat isu penyelamatan Renong menggunakan dana EPF?
Sementara Kerajaan BESAR NAFSU berhujah kuat mengenai pendapatan tinggi, amalan kroni besar membawa implikasi sebaliknya di mana yang berusaha dan bekerja dengan gigih terhukum kerana tidak mempunyai pertalian politik kepada kerajaan dan parti politik.  Justeru, yang kaya bertambah kaya, yang miskin papa kedana.  Sistem kapitalis dipersalahkan manakala demokrasi terpimpin ala Mahathir disanjung tinggi oleh Najib berikutan penjelmaan legasi negatif Mahathirisme dalam acuan terkini yang bernama Najibnomics.

Dimensi Politik Najibnomics
Jika diteliti belanjawan 2011, keunikan Najibnomics menonjol sekali dengan belanja besar, projek besar dan peruntukan besar JPM.  Sesungguhnya, dimensi politik ala Mahathir juga mencorakkan pemerintahan Najib.  Najibnomics terserlah dengan legasi politik Mahathirisme yang negatif.
Politik populis yang mendominasi pembentangan Belanjawan 2011 tidak lain tidak bukan tujuannya untuk meraih sokongan jutaan pengundi tanpa rasa bersalah terhadap kerosakan sistem ekonomi kemudiannya.  Defisit yang terpaksa ditanggung hampir satu setengah dekad terus membengkak akibat projek mega yang tidak strategik mengikut keperluan politik Kerajaan BESAR NAFSU.  Seterusnya, rakyat yang terus terpinggir dari arus dasar pembangunan mempunyai daya kebergantungan yang tinggi terhadap Kerajaan BESAR NAFSU.

Institusi kerajaan yang terlibat dalam gejala kronisme yang berasaskan politik naungan (patronage politics) dan budaya rent-seeking di Malaysia berlaku sejak era pemerintahan Mahathir lagi.  Rosaknya sistem kehakiman, perundangan dan eksekutif akibat daripada perlanggaran hukum pengasingan kuasa ternyata membawa padah politik dan ekonomi negara.  Rakyat pula terus dicengkam dengan pelbagai tekanan dan intimidasi daripada kerajaan.  Keseluruhan jentera; polis, Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan sebagainya digunakan sepenuhnya untuk mencapai penguasaan secara total ke atas kehidupan rakyat jelata.
Daripada era Mahathirisme kepada Najibnomics, percubaan penguasaan hegemoni secara total dilakukan secara berterusan.  Jika hari ini disuapkan dengan janji manis pendapatan tinggi dan gaji minimum, keesokan hari disuapkan pula dengan penekanan kebebasan media.  Jika hari ini disuapkan dengan projek mega yang berangan-angan hendak menyentuh bulan yang membawa kegelapan, keesokan hari disuapkan pula dengan berita Wartawan Malaysiakini dihalau keluar dari Persidangan UMNO.

Tatkala rakyat dibuai dengan kehidupan negara berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020, kebebasan ala Mahathir dijadikan rujukan utama Najib untuk menekan pembangkang, media alternatif serta gerakan massa!  Najib secara terang-terangan menawarkan sejumlah wang kepada rakyat Sibu sewaktu pilihan raya kecil Sibu pada bulan Mei lalu.  Kartunis Zunar menjadi mangsa ketidakadilan gara-gara menulis kisah satira politik Najib dan isteri.
Sejauh manakah kebebasan yang dikatakan oleh Mahathir dan Najib menjadi praktis di Malaysia?  Bukankah Perlembagaan Persekutuan dan kehakiman sepatutnya menentukan semak dan imbang (check and balance) kuasa eksekutif daripada melanggar prinsip negara hukum?  Bagi Mahathir dan Najib, isu keadilan sosial dan demokrasi bukanlah keutamaan pemerintahannya.  Malahan, tiada pun "NKRA" untuk keadilan sosial dan tiada pun usaha untuk mengembalikan integriti sistem kehakiman negara.

Dalam kenyataan<4> yang lepas, KPRU pernah mencadangkan lima Bidang Politik Utama Negara (NKPA) sebagai langkah perintis mengangkat kembali keyakinan rakyat terhadap sistem pemerintahan negara.  Apakah tuntutan pembaharuan dimensi politik dipandang berat oleh Kerajaan BESAR NAFSU bertunjangkan Najibnomics?  Apakah pembaharuan dimensi ekonomi ala Najib dapat dilakukan tanpa pembaharuan dimensi politik?

Perubahan (KPRU) merupakan sebuah pusat kajian yang bebas dan kritikal. KPRU ditubuhkan pada era pasca 8 Mac dengan tujuan membawa idea perubahan kepada warga Malaysia melalui kajian dan sesi dialog.
KPRU memberikan fokus kepada kajian terhadap bidang ekonomi politik dan sektor strategik yang dapat membawa impak jangka masa panjang kepada masyarakat. Dengan penerapan idea baru dan interaksi dengan pelbagai pihak berkepentingan, kajian KPRU diyakini akan membawa pemikiran dan wacana segar untuk menghadapi cabaran negara dalam dekad yang akan datang. 


Monday, October 18, 2010

BAJET 2011: Kontrektor Yang Bina Istana Negara Milik Kroni Umno

Oleh: MSO

KETIKA Ibrahim Ali sedang bertarung dengan maut di Hospital Ampang Putri kerana melalui pembedahan jantung, Anwar Ibrahim berucap membahas ucapan belanja 2010 di Parlimen. Mungkin kalau Ibrahim ada di Dewan beliau dapat mendengar beberapa pendedahan menarik yang dibuat Anwar di mana memungkinkan beliau akan bersetuju dengan Anwar dalam beberapa perkara.

Salah satu didedahkan Anwar ialah mengenai misteri di sebalik pembinaan istana negara yang baru di mana banyak perkara-perkara diungkitkan Anwar menimbulkan tanda tanya dan keganjilan. Seolah ketelusan yang dijanjikan perdana menteri semuanya nihil kabne nihil belaka di sebalik projek raksasa berkenaan.

Misalnya dedah Anwar mulanya projek pembinaan istana negara itu berharga RM394.8 juta kemudian dinaikkan kepada RM649 juta. Manalala semasa kontrak itu diberikan pada Oktober 2008 ia dinaikkan kepada RM811 juta. Ini bermakna kenaikan kos projek itu sebanyak tiga kali.

Pembeian projek itu tanpa tander juga banyak melanggar syarat-syarat yang sepatutnya dipenuhi oleh kontrektor berkenaan. Tetapi kerana ianya milik kroni Umno semua syarat dan peraturan di langgar begitu saja.

Bukan itu saja yang mungkin memeningkan kepala rakyat berhubung dengan status syarikat yang memperolehi projek berkenaan iaitu Syarikat Mayamaju Sdn Bhd. Status syarikat ini meragukan. Menurut Anwar dari semakan dengan SSM syarikat berkenaan tidak pernah menjalankan perniagaan dan akaunnya domen. Ini menunjukkan syarikat berkenaan bukan syarikay berwibawa dan tidak layak menerima projek itu.

Syarikat itu juga tidak mempuyai sijik atau lesen daripada Pusat Khidmat Kontrekto (PKK) dan juga CIDB di mana lazimnya syarikat atau kontraktor seharusnya mempunyai lesen dari kedua agensi itu baru boleh ditawarkan projek apa lagi sebesar itu.

Paling pelik dan ganjil lagi projek berkenaan diberikan kontrak itu pada Oktober 2007 sedangkan ianya didaftarkan Ogos 2008?

Syarikat itu adalah milik bekas bendahari Umno Merbok, Haji Man bin Mat.

Anwar akan menyambung perbahasann disebelah petang nanti apabila Dewan bersambung. Insyaallah saya akan menyorotnya. [wm.kl. 1:05 t/hari 18/10/10]

BAJET 2011: FDI MEROSOT 81% - ANWAR

Sumber: Harakah Daily - Zulfikar Mansor
  
KUALA LUMPUR, 18 Okt: Kemampuan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memulihkan ekonomi negara melalui Program Tranformasi Ekonomi (ETP) terus dipersoal.

Menurut Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, era pentadbiran Najib menyaksikan kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) ke dalam negara merosot sebanyak 81 peratus dari RM23.47 bilion pada tahun 2008 kepada RM4.43 bilion pada tahun 2009.

"Ini merupakan kemasukan FDI paling rendah sejak 20 tahun lalu selain tahun 2001 di mana negara mencatat kemasukan FDI RM1.54 billion," ujarnya ketika membahaskan Bajet 2011 di Dewan Rakyat, petang ini.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, World Investment Report 2010 baru-baru ini turut melaporkan yang negara mengalami kemerosotan ketara dalam kemasukan FDI serta peningkatan dalam pengaliran keluar FDI yang menunjukkan ketidakyakinan pelabur dalam ekonomi negara.

"Di kalangan negara-negara Asean, hanya Malaysia mengalami negative inflow," ujarnya yang ditujukan kepada Najib selaku Menteri Kewangan I.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR berkata, Thailand walaupun bergelumang dengan pelbagai kacau bilau politik dan boikot sepanjang 2009 dan 2010 dijangka tumbuh pada kadar 6.5 hingga 7.5 peratus; iaitu setanding atau lebih baik dari sasaran Malaysia, 6 peratus.

Singapura pula katanya, dijangka berkembang pada kadar 13 peratus hingga 15 peratus, iaitu dua kali ganda lebih pantas dari kadar pertumbuhan ekonomi negara.   Pun begitu, Indonesia ujarnya tidak mengalami apa-apa penguncupan dan pertumbuhan ekonominya kekal 6 peratus.

Bagaimanapun katanya lagi, pertumbuhan 6 peratus ekonomi Indonesia adalah lebih baik.
Ini kerana katanya, 7 peratus yang dijangka capai oleh Malaysia adalah pertumbuhan ekonomi negarah selepas penguncupan.

Melihat pada senario ekonomi Asean, beliau berpendapat kadar pertumbuhan ekonomi negara adalah setara dengan Cambodia, Mynmar, Brunei, Laos dan Timor-Leste.

"Ini merupakan pertama kali dalam sejarah FDI Filipina mengatasi  Malaysia," ujarnya.

Walhal, katanya lagi, FDI negara-negara Asean yang lain seperti Indonesia, Filipina, Thailand dan Vietnam jauh meninggalkan Malaysia.

Tambahnya lagi, laporan terbaru Bank of America dan Merill Lynch turut tidak menyenaraikan Malaysia sebagai 10 destinasi kemasukan pelaburan asing berbanding China.

Tidak cukup dengan itu, dilaporkan Malaysia diketegorikan sebagai antara negara yang paling kurang diminati oleh pelabur luar.

BAJET 2011: Bonus Tetap Kepada Kakitangan Awam Jika Pakatan Rakyat Memerintah : Anwar Ibrahim

 Sumber: TV Selangor

KUALA LUMPUR 18 OKT: Pakatan Rakyat akan memberikan bonus tetap kepada kakitangan kerajaan sekiranya berjaya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum Ke 13 akan datang. 
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberikan jaminannya ketika membahas Bajet 2011 di Dewan Rakyat, pagi tadi.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet Jumaat lalu.

"Kerajaan membelanjakan wang yang sebegitu besar untuk menganjurkan pertunjukan fesyen bagi memperkenalkan fesyen Islam di Monaco.

 "Monaco merupakan pusat fesyen yang 'menarik' dari segi lain. Kalau hendak perkenal fesyen Islam bukannya di Monaca tapi di Kuala Lumpur dulu la, Jakarta, Jeddah atau Istanbul," tegas beliau.  

Kata beliau, tindakan Perdana Menteri menjustifikasikan pertunjukan fesyen di Monaco merupakan satu jawapan yang amat tidak munasabah. Bila tanya boleh tambah bonus, Najib kata tunggu dulu, kerajaan perlu berjimat," kata beliau lagi.  

Anwar menjelaskan alasan Perdana Menteri itu tidak dapat diterima kerana kerajaan sanggup membazirkan begitu banyak wang untuk pelbagai projek pembinaan dan aktiviti yang tidak memberi manfaat langsung kepada rakyat tetapi menafikan pemberian bonus kepada lebih 1.2 juta kakitangan kerajaan.

 Beliau menjelaskan tindakan pemberian bonus ini bukanlah langkah mengambil hati penjawat awam tetapi semasa beliau masih dalam kerajaan dahulu, dalam keadaan ekonomi yang sempit kerajaan masih berupaya memberikan sebahagian daripada bonus untuk kakitangan kerajaan.

"Sekarang ini belum masuk peringkat susah, kerajaan mengatakan tidak ada duit," sindir Anwar.

"Sebab apa? Pembaziran! Berapa subsidi kepada IPP? RM20 bilion. Berapa jumlah disebabkan rasuah, penyelewengan, ketirisan, stadium runtuh? RM20 bilion tetapi bila hendak beri bonus kepada kakitangan kerajaan kata tidak ada duit.

 "Tambahan pula boleh menderma lagi kepada Prince Albert. Bila ditanya boleh tidak tambah bonus Perdana Menteri kata 'kita belum bersedia'. Kalau Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah bonus akan tetap diberikan," tegas beliau.

SOKONG CIKGU BADRUL

Hebat  pemilihan PKR kali ini. Moga yang kalah janganlah merajuk sehingga menjual diri kepada musuh. Yang menang  pula  janganlah  menjadikan jawatan sebagi  ticket menyapu wang rakyat.

Bagi jawatan Ketua AMK, jom sokong Cikgu Badrul. Ketua Pemuda mesti dilihat merakyat dan bersifat    reformis. Baru "berdarah" muda. Woooo. Kalau dok lenggok macam Ketua Pemuda Pas, baik  minta jawatan mufti sahaja. Ha ha.

Moga zaman Anwar mencaturkan jawatan sudah berlalu. Cukuplah di zaman Abim dan Umno sahaja. Akhirnya semua kawan Anwar belot dan menentang Anwar. Sedarlah wahai Anwar. Hanya anak muda yang tak minta apa-apa dari mu. Yang minta projek dan jawatan, kini   hilang  entah kemana.

Saturday, October 16, 2010

JAHANAM WANG PNB

PNB kena buat menara  100 tingkat bernilai RM 5 bilion. Dari sumber   mana PNB nak dapat  peruntukkan buat bangunan ini:

  • Jika dari wang pelaburan para pelabur tentu tak boleh dibenarkan. 
  • Jika dari keuntungan terkumpul PNB, maka reserve untuk back-up sebarang kekurangan pendapatan PNB  pada masa hadapan  akan berkurangan. Bahaya kepada kepentingan para pelabur.
RM 5 billion boleh menghasilkan RM 500 juta setahun.


Para pelabur PNB kena bantah projek bangunan 100 tingkat ini. 

Friday, October 15, 2010

NAJIB BENTANG SHAHRIZAT TERSENGEH

Ada siaran langsung pembentangan Baget 2011 sebentar tadi. Najib yang membentangnya.

Tetapi yang tak tahan ialah tengok gelagat Shahrizat yang dok tersengeh-sengeh di belakang Najib. Ha ha. Sengeh bodek namanya. Wooo.

Kok Rosmah marah kau Shahrizat  oi.

KERAJAAN TAKUT DENGAN PEGAWAINYA

Perubahan dari BN ke PR tidak memberi sebarang makna, jika falsafah, dasar dan strategi pembangunan tidak berubah. Jika hanya mengikut lenggok  lama dan pegawai awam tidak diserap jiwa islamik dan jiwa rakyat, maka amalan pentadbirannya setakat status-quo sahaja. Malah tambah sedih lagi jika MB dan exco yang patuh kepada pegawai kerajaan. Kononnya tak mahu ganggu kerja pegawai kerajaan. Inilah satu doktrin yang salah. Kalau kita suruh pegawai kerajaan buat benda yang tak baik, barulah dikira salah.  Ini nak buat projek untuk kepentingan rakyat!!!

Kita mahu pegawai kerajaan bergerak pantas melaksanakan dasar dan   strategi kerajaan yang memeritah. Jangan kerana atas alasan "tak mahu campur tangan  pegawai awam", maka pegawai awam boleh mesabotaj rancangan kerajaan baru Pakatan Rakyat.  Jika pegawai lembab, mereka boleh ditukar dengan pegawai yang lebih cekap lagi.  Jangan nanti rakyat tengok PR perintah 5  tahun, tarak  apa perubahan pun!!!

Kalau nak memerintah tetapi tak mahu sentuh pihak lain, baik jangan memerintahlah!!!!

Thursday, October 14, 2010

OH DATUK SERI

Orang Melayu memang syok dengan gelaran Datuk. Ada yang baru jadi Menteri atau  MB 2 bulan pun dapat Datuk Seri. Entah apa pembaharuan yang dibuatnya pun  kita belum  tahu. Belum boleh dianalisa pencapaiannya tetapi sudah diiktiraf dan dihargai dengan Datu Seri.

Kekadang gelaran Datuk hanya sekadar memenuhi agenda protokol tahunan sahaja. Tak lebih dari itu.

Ada orang kata, kalau pi hotel, jeritlah "datuk!!!!'', maka ramai yang memandang ke arah kita. Betapa ramainya "Datuk" si situ. Wooooo.

Monday, October 4, 2010

JANGAN SOMBONG SAMPAI TAK BOLEH BELAJAR DARI ORANG LAIN

Negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tidak sama  "keutamaannya"  Selangor menekankan ketelusan dan kawalan kepada perbelanjaan negeri. Maka SELCAT ditubuh dan dilaksanakan. Kelantan dan Kedah tak nampak ada tanda-tanda nak memulakannya.  Ini satu tanda aras supaya sesiapa sahaja yang terkeluar dari landasan, akan dipantau sebaiknya.

Pulau Pinang mengamalkan open tender tetapi tak terdengar pula di negeri lain yang mengamalkannya. Seorang sahabat saya yang menjalankan bisnes printing di Kedah, gagal mendapat projek walaupun harganya jauh lebih murah dari pesaingnya. Rupa-rupanya orang dalam Jabatan berkenaan sudah dipelihara oleh pembekal lama. Yang rugi Kerajaan Negeri kerana kos bayaran kepada pembekalnya adalah lebih mahal jika dibanding  dengan secara tender atau sebut harga terbuka melalui internet seperti mana yang diamalkan oleh Pulau Pinang.

Apalah salahnya antara pimpinan Kerajaan Negeri dalam Pakatan Rakyat berjumpa dan bertukar fikiran mencari idea terbaik untuk meningkatkan perkhidmatan kerajaan negeri. Jangan dok sombong, "aku tahu nak buat apalah".

Saturday, October 2, 2010

SEMBANG LEPAS JUMAAT

Semalam, selepas solat Jumaat,  makan tengahari di gerai luar masjid. Seronok mendengar cerita dari golongan veteran yang masih ada darah Umno. Depa bukan kagum dengan Najib tetapi kagum dengan ayah Najib. Aku pun masuk sikit je - Najib ok tetapi yang memerintah la ni bini Najib.

Jadi le, acah-acah je. Takut banyak pula pertengkarannya nanti. Habis makan,  saya belanja mereka semua . Ha ha. Bukan nak bertanding di sini tapi saja nak eks kat orang Umno. Woooo.