Tuesday, March 30, 2010

MENGAPA DI TERENGGANU SAHAJA

Banyak sangat bangunan milik kerajaan runtuh di Terengganu.

Kawan saya di Melaka mengatakan ini semuanya gara-gara wang Ihsan. Entahlah...tak berani saya nak tuduh. Hj Mohamad Sabu pernah berkata, jambatan buatan British, sampai sekarang kukuh bukan main. Ha ha. Kontraktor sekarang tak pandai ke walaupun lulusan bagus punya.

Engkau orang fikirlah sendiri.

Sunday, March 28, 2010

SIAPA MURSYIDUL AM PAS?

TG Nik Aziz dikatakan tidak mahu dilantik sebagai Mursyidul Am Pas. Kekadang hati bertanya, entah-entah ada orang yang memujuknya berbuat begitu. Jika kerana alasan kesihatan, maka jawatan MB yang lebih aula dilepaskan. Mengapa itu tidak terjadi.

Jawatan MA Pas sehingga kini diisi oleh tokoh dan bekas pimpinan Pas yang konsisten dengan dasar dan prinsip Pas. Bukan kaki ponteng perjuangan. Bukan kaki ponteng mesyuarat. Bukan pengecut bertanding dalam pilihan raya. Bukan kaki projek. Yang tegas dalam perjuangan. Yang jelas fikrahnya. Dan jangan sesekali rakan sejawat di Universiti pun tak percaya dengannya.

Siapakah tokoh yang setanding dengan bekas MA Pas yang lalu seperti Yusf Rawa dan TG NIk Aziz.

Friday, March 26, 2010

MENTERI RABA DI SIASAH

Satu masa lalu, Harakah membalun Menteri yang terlibat dengan kes raba.

Hari ini Siasah memberi publisiti kepada bekas menteri berkenaan.

Ada apa-apa ke.

Siasah hidup kerana fund dari Harakah. Entahlah....

Thursday, March 25, 2010

PEMBANGUNAN YANG HAMPEH

Program pembangunan tidak boleh dipisahkan dari membangun moral atau akhlak secara sepadu. Jika sebuah negara hanya menekankan aspek pembangunan wilayah, luar bandar, pembasmian kemiskinan, pembangunan usahawan dan melahirkan golongan profesional tetapi mengabaikan pembangunan insan, maka negara akan hancur, institusi keluarga akan musnah dan sistem kemasyarakatan juga akan musnah.

Indikiator kehancuran insan dapat dilihat dengan melihat kadar jenayah semakin meningkat, peminum arak tegar yang bersepah di premis eksklusif, penghisap dadah yang setia, kes buang bayi yang meningkat - lanjutan kes zina, dan kes perceraian di awal perkahwinan.

Kes buang bayi yang lebih 17,000 orang pada tahun lalu menggerunkan kita.

Kes judi yang semakin hebat menakutkan kita.

Pusat Serenti yang sentiasa penuh memeningkan kita.

Kes cerai menyedihkan kita.

Tidak ada erti pembangunan dan meningkatkannya bilangan jutawan Malaysia, jika kes diatas terus menghambat kita. Kita tak mahu pembangunan hampeh, bak kata orang Gemencheh.

Wednesday, March 24, 2010

HIDUP JUDI MALAYSIA

Umno dan judi tak boleh dipisahkan ibarat taik dengan kentut, kata Mohamad Sabu, satu masa dulu. Ketika itu Anwar dalam Umno dan dipuja oleh anggota dan pimpinan Umno demi mendapat habuan dari Anwar. Ha ha.

Judi dan kapitalis suatu yang tak boleh dipisahkan. Sang kapitalis paling mudah buat duit melalui judi. Lesen judi dan jenis judi makin bertambah, walaupun Anwar dalam kerajaan.

Semua orang tahu, syarikat judilah menjadi pembiaya terbesar kepada BN dalam kempen pilihan raya umum. Malah ada Raja Melayu takut sangat BN kalah di negerinya kerana takut premis judi ditutup.

Utusan Malaysia, Berita Harian dan Metro yang kononnya pembela Melayu pun hidup dengan pendapatan dari iklan judi.

Kedah pun tak berani tutup premis menjual 4 D. Nak kata kat Umno pun tarak guna juga!!!!

Maslahah sheikhhhh.... Walak sheikh, bak kata Ustaz Deris Ahmad. Pi jahanamlah kalau nak walak kepada pemimpin yang tak berani nak tutup premis judi. Fasal apa Umno tak hantam Pas dalam isu ini. Oh ya, Umno pun sama juga, tak berani haram judi. Sebenarnya Melayu, Cina dan India yang baik tak suka judi. Tetapi orang politik sentisa takut "kalau orang tak suka" kepadanya.

Monday, March 22, 2010

PERKASA OH PERKASA

Kalau kita menyingkap sejarah pra kemerdekaan, Paslah parti yang banyak sekali memberi cadangan balas kepada cadangan perlembagaan oleh Suruhanjaya Reid. Umnolah yang paling banyak mengalah dalam hal-hal menjaga kepentingan Melayu. Pas dilihat parti yang menjaga kepentingan Melayu dan Islam. Memang wajar sekali pada era awal kemerdekaan, Pas menjaga kepentingan penduduk asal negara ini. Pas tak mahu kaum Melayu tertipu dengan pembentukan sebuah negara yang tak menjaga maslahah rakyat asal. Umno boleh dikatakan banyak bertolak ansur dalam menjaga kepentingan kaum Melayu. Bacalah sejarah perjuangan Dr Burhanudin Al Hemi secara lengkap, maka dapatlah kita melihar pandangannya yang begitu jauh menjaga kepentingan Melayu dan Islam.

Apabila selepas merdeka, khususnya selepas DEB dilancarkan, segelintir golongan oportunis Umnolah yang banyak mendapat manafaat atas nama "hak istimewa Orang Melayu", walaupun hakikat sebenar mereka menjadi "Ali Baba" sahaja dalam setiap kontrak, permit atau lesen yang diberi oleh kerajaan.

Pihak kerajaan terpaksa mark-up berganda harga tender sesuatu projek hanya kerana nak memberi keuntungan mudah yang berganda kepada puak-puak Umno dalam sesuatu projek. Kos pembangunan yang sepatutnya boleh memajukan negara dalam tempoh 5 tahun terpaksa dipanjangkan ke 15 tahun kerana kos projek yang terlalu mahal. Ini tak termasuk kos rasuah lagi.

Berapa banyak wang atas nama "geran" yang diberi kepada golongan haprak ini, yang langsung tak membuat projek dan kerajaan rugi begitu sahaja.

Kumpulan bernama PERKASA dan sejenis dengannya, yang bising-bising mutakhir ini, adalah kerana risau tak mendapat projek dengan mudah dengan harga yang mahal. Itu sahaja sebenarnya. Bukan kerana Melayu tetapi kerana poket segelintir dari geng mereka sahaja. Jika berjuang untuk Melayu - perjuangkan martabat Bahasa Melayu di IPT, adakan semula biasiswa dan tambahkan baget biasiswa untuk pelajar Melayu, mudahkan kuota AP, lesen dan permit kepada semua peniaga Melayu yang genuine, kecilkan nilai tender sesuatu projek dan agihkan kepada semua pengusaha Melayu dan hadkan penguasaan golongan Istana yang menjadi alat kepada peniaga bukan Melayu.


Friday, March 19, 2010

MOHAMAD SABU TEGUR KERAJAAN PAS

Harakah : Apa pandangan saudara berhubung prestasi kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat setelah dua tahun memerintah?

Mohamad Sabu : Dari segi umumnya lebih baik daripada kerajaan-kerajaan BN, terutama sekali perubahan-perubahan yang dibuat di Selangor dan Pulau Pinang, untuk wujudkan kerajaan yang berintergriti. Wakil rakyat yang berintergriti nampak di kedua-dua negeri ini melakukan perubahan yang begitu menakjubkan. Adapun negeri-negeri lain perubahan berlaku tetapi perkara fundamental tidak diusik, misalnya peranan RTM, BTN. Kedah dan Kelantan tidak usik fundamental itu, sedangkan inilah punca kekuatan kepada Umno/BN, penyalahgunaan dua aggensi yang gunakan wang rakyat.

Keberanian Pulau Pinang dan Selangor saya amat kagumi dengan perubahan dua negeri ini, saya berharap negeri-negeri lain juga membuat perubahan terutama dari sudut struktur, penyalahgunaan kuasa yang dilalui atau digunakan Umno/BN selama ini. Perubahan-perubahan itu perlu untuk kita kemukakan satu pemerintahan yang baru. Kalau kita tidak melakukan perubahan ini bermakna kita hanya mengambil alih pemerintahan daripada Umno/BN, sedangkan segala bentuk strukturnya sama.

Harakah: Apakah elemen-elemen yang baik yang ada pada pemerintahan negeri-negeri terbabit, mungkin ada contoh dari saudara?

Mohamad Sabu : Setakat ini Perak tidak dapat kita nilai sebab hanya 10 bulan walaupun ada perubahan yang mereka buat. Pulau Pinang dari sudut menyekat pembaziran, exco dan Ketua Menteri digalakkan berbelanja secara sederhana menggunakan wang kerajaan walaupun mereka berhak menggunakan wang kerajaan atas kerja rasmi, tetapi diminta gunakan secara minimum, dan ternyata mereka boleh selamatkan wang rakyat lebih 36 juta.

Begitu juga segala bentuk perbelanjaan wakil rakyat Selangor dihadapkan kepada jawatankuasa Selcat untuk memberi penerangan. Walaubagaimana pun perubahan-perubahan itu kita alu-alukan, tetapi kita belum lagi rasa berpuashati, kita tak mahu kita hanya mengambil alih sahaja pemerintahan BN, iaitu jika dahulu Menteri Besar A dengan Exconya, dan kini Menteri besar B dengan Exconya, tetapi perkara fundamental yang sebabkan penyelewengan tidak berubah. Ini kita harapkan perubahan.

Di samping Kedah menunjukkan prestasi baik dalam memungut hasil balak, tetapi perkara pentadbiran perlu kita berani buat perubahan. Letakkan perubahan ke arah melahirkan kerajaan yang benar-benar berintegriti.

Soal kalah menang dalam pilihan raya umum akan datang itu perkara yang kedua, tidak guna jika kita terus menang pilihan raya tetapi kita mengambil alih perangai dan struktur BN yang akhirnya menjurus kepada negara kepada kekurangan kewangan hasil penyelewengan yang diwarisi bertahun-tahun.

Harakah : Adakah berlaku perubahan dalam sikap dan imej pimpinan, atau kerajaan negeri?

Mohamad Sabu: Adapun pemerintahan Perikatan pada peringkat awal pun penyalahgunaan kuasa dalam pembinaan kekayaan orang politik tidak ketara, hanya selepas Mahathir memerintah dan kemudiannya Tun Abdullah Badawi dan Dato' Seri Najib Tun Razak, baru kita nampak pemimpin politik kaya mendadak. Kita tidak mahu benda seperti itu berlaku dalam pemerintahan kita, walaupun bibit-bibit awal itu mahu berlaku, kita perlu menentangnya. Macam kita kata di Kelantan, secara peribadi Tok Guru (Menteri Besar, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat) hidup dalam keadaan yang cukup sederhana, tidak menggunakan wang rakyat.

Namun kita mengharapkan beliau mendoktrinkan amalan itu kepada bawahan, sebab jika tidak diturunkan jadi satu pentadbiran, bila dia (Tok Guru) pergi nanti, samada beliau berhenti atau meninggal dunia, maka cara pentadbirannya akan kembali kepada asal yang dibuat oleh BN. Ini kita tidak mahu kerana kita mahu perubahan secara struktur. Individu itu perlu baik tetapi struktur itu lebih penting daripada perubahan dalam hanya bentuk individu sahaja.

Kita lihat jika berlaku perubahan individu akhirnya struktur yang serupa akan makan balik. Apa yang berlaku di Kelantan kebelakangan ini ada terdengar suara-suara yang walaupun tidak dibuktikan, tetapi kita dengarlah ada suara, hanya orang tertentu sahaja dapat konsesi balak secara berulang dan kaya mendadak.

Perginya orang-orang yang berintegriti seperti Tok Guru Nik Aziz, kita bimbang pulangan ala pentadbiran Umno/BN itu kembali. Ini yang kita mahukan perubahan itu dari sudut menyeluruh dan berintergriti kerajaan itu disamping perubahan individu. Memang perubahan itu bermula dengan individu, tetapi ia mesti dimulakan turun ke bawah untuk wujudkan pentadbiran yang penuh intergriti.

Harakah :Rakyat sebelum PR memerintah mereka mahukan kerajaan intergriti adakah pada Saudara sudah menepati atau sebagainya?

Mohamad Sabu: Belum menepati, tetapi peringkat awal tadi saya kata persembahan baik.Sebabamacam kita kata bahawa kerajaan Umar Abdul Aziz cuba nak memperbetulkan pengagihan kekayaan negara tetapi beliau hanya memerintah dua tahun empat bulan tetapi sistem yang beliau tinggalkan itu menjadi rujukan dan kajian seluruh universiti hingga kini.Pada saya jika kita buat perubahan belum tentu kita menang dalam PRU13.Kita kena asingkan antara mengwujudkan kerajaan yang menang dalam pilihan raya umum atau mengwujudkan sebuah kerajaan yang berintergriti. Kadang kala kita takut nak buat perubahan hingga kita takut nak buat apa-apa, ini nanti kita bimbang konsep amar maaruf nahi mungkar itu tak berjalan, kita tengok amar maaruf itu berjalan tetapi nahi mungkar itu kita tidak berani.Nahi mungkar itu dalam bentuk rasuah, nepotisme, memberi kontrak kepada orang yang sama berulang-ulang, atau dalam nahi mungkar dalam bentuk arak judi dan kelab malam dan sebagainya.Akhirnya kita tidak berani buat apa-apa dalam nahi mungkar sebaba kita takut hilang kuasa, bila takut hilang kuasa maka kita kekalkan sistem yang ada maka ia berulang apa yang dibuat oleh kerajaan Umno/BN walaupun kerajaannya bertukar yang ini tidak capai matlamatlah.Bagi saya kita baru dua tahun dan kita boleh baiki keadaanlah, saya nampak fundamental kerajaan lama hanya digoyang oleh Pulau Pinang dan Selangor sahaja, tetapi kalau tanya pilihan raya akan datang merka menang atau tidak itu 'wallahuaklam' tetapi mereka telah ubah, wujudkan Selcat, CAT, tender terbuka di Pulau Pinang, jika kita menguasai kerajaan pusat dan membuat tender terbuka seperti ini mungkin kita akan lihat suatu hari nanti Ketua Umno Bahagian terpaksa jual mee goreng untuk cari makan dan bukan boleh lagi harapkan kit bag money ataupun syarikat dua ringgit untuk projek kerajaan, dan sebagainya.Maka kita akan lahirkan usahawa tulen pada masa akan datang yang menyebabkan rakyat dan masyarakat, negara lebih mewah.

Harakah : Kerajaan negeri yang disebutkan cukup teruk diserang Umno mutakhir ini, apakah sebabnya?

Mohamad Sabu: Ya...Umno rasa terancam terutamanya di Pulau Pinang, jika mereka nak cari makan dengan cara amalan dahulu dah tidak boleh kerana mereka mesti ada syarikat, kena masuk tender dan tidak boleh lagi menelefon orang tertentu untuk masuk projek, mungkinlah ada satu dua yang bocor tetapi secara umumnya payahlah.Mereka dapat bayangkan kalaulah kerajaan pusat begini pemerintahannya akan datang jadi orang-orang politik ini yang nak cari makan kerana kedudukan dalamn politik habis, sekarang ini kita dengar cerita-cerita dalam politik wang sudah menjadi perkara umum, dalam Umno jika nak menang dalam Ketua Bahagian, mereka perlu habiskan dua tiga juta ringgit, kerana mereka tahu selepas jadi ketua bahagian mereka boleh dapat lebih dari itu dalam masa dua tiga tahun, jadi menjadi pemimpin politik adalah pelaburan, jadi benda itulah yang kita di Pakatan Rakyat kena hentikan, orang yang nak kaya dia mesti kerja ikut profesionalisme mereka bukan melalui kedudukan politik.Ini yang saya kagum dengan apa yang dibuat di Selangor dan Pulau Pinang, banyak kelemahan tetapi mereka telah memulakan satu era baharu.Tidak dilakukan di negeri-neger\i bawah PAS.

Harakah: Adakah perlu pembaharuan di negeri yang diperintah PAS?

Mohamad Sabu: Ya mesti membuat perubahan dan pembaharuan berani buat walaupun kita akan kalah dalam pilihan raya akan datang.

Harakah: Pernahkah dicadangkan di negeri-negeri PAS supaya wujudkan jawatankuasa pemantau untuk memantau perjalanan pentadbiran, hal ehwal wakil rakyat dan intergriti mereka termasuk di Kelantan?

Mohamad Sabu : Ada tetapi tidak berapa berjalanpun, kita tengok di Kelantan kita nampak tuduhan dan dapat dilihat satu tuduhan itu dan dapat dilihat, orang yang terlibat dalam balak orang itu memang akan kaya mendadak, kaya mendadak berlaku perubahan yang mendadak, kaya bertambah kaya pada orang yang sama.Ini siaran ulangan apa yang dibuat oleh BN, dengan intergriti Tok Guru Nik Aziz, Menteri Besarnya itu kita tak nafikan.Kita jangan lupa rakyat mengundi dan mempertahankan kerajaan PAS di Kelantan itu kerana intergriti Menteri Besarnya, tetapi persoalannya jika menteri besarnya itu 'pergi' sistemnya tidak berubah kita bimbang apa yang akan berlaku pada masa akan datang oleh itu kita mahu perubahan berlaku pada sistem dan struktur pentadbiran itu sendiri.Sebab kita lihat negara kita yang kaya ini misalnya sekarang ini tahun lalu sahaja di kerajaan pusat, perbelanjaan yang bocor 28 billion, kalau kita ambil alih kerajaan pusat mungkin jumlah bocor itu sama jika sistemnya tidak berubah.Tetapi jika dibuat seperti Selcar dan CAT ini jika tidak dapat 'zerokan' tetapi dapat dikurangkan begitu banyak.Akhirnya wang dapat dikembalikan kepada khazanah negara dan rakyat akan dapat sedikit kelegaan kebajikan pada masa akan datang.Di sini PAS kena berani buat perubahan itu, jika tidak kita buat perubahan di peringkat awal tambah pula dua tiga penggal berakar umbi kita hanya akan ulang sistem BN, cuma dulu kroni BN sekarang kroni kita.Ini yang saya cuba menulis hal ini kebelakangan ini.Saya telah 30 tahun lebih lihat perubahan pemerintahan di luar negara saya lihat perubahan yang dibuat bersungguh di Singapura, China, Jepun dan negeri yang kalah perang dengan British dan miskin muncul sebagai antara gergasi ekonomi dunia kini, mereka ini memerangi rasuah, walaupun masih ada sedikit tetapi ketara perubahan itu berlaku.Jadi bagi saya berita-berita yang mutakhir ini yang kita dengar berlaku di Kelantan itu tidak menyenangkan kita walaupun kita sebut soal sejengkal dilaporkan sebagai satu hasta, tetapi satu jengkalpun berlaku, itu yang kita tidak mahu kerana sejengkal boleh jadi satu hasta.

Begitu juga kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dalam interbiu Selcat mereka, ada Adun yang berbelanja makan durian hingga berbelas ribu tetapi dengan kaedah itu mereka telah diinterbiu dan mereka kena jawab dan jelaskan kepada jawatankuasa kenapa berbelanja begitu, ertinya ada akautabiliti peruntukan itu lebih telus pada masa akan datang, ini yang kita harapkan berlaku.Jika kita tidak berani buat perubahan fundamental ini pada awalnya bolehlah kita tunjukkan kita dapat naikkan pendapatan sana-sini, tetapi dalam masa yang sama saya melihat kroni baharu sudah muncul, jika kroni baru muncul masuk dua penggal kita akan jadi macam Umno. Kita kena ingat Perikatan sendiri memerintah awal dulu baik, menteri-menterinya hanya ada harta mengikut gaji mereka, cuma kebelakangan ini dari zaman Tun Mahathir jadi begitu, tetapi di peringkat kita jika dari awal lagi kita tunjukkan yang tidak baik, belakang lagi kita bimbang lebih buruk kita dilihat rasuah dan seleweng nepotisme atas nama Islam, berbanding atas nama sekular.Inilah yang saya bimbang.


Harakah: Ada pandangan yang menyatakan PAS seolah-olah gadai prinsip dengan sikap demikian?

Mohamadt Sabu : Tidak menggadai..saya tengok dalam PAS sendiri dari segi menentang rasuah dan penyelewengan, dari sudut ceramah dan penerangannya memang berlainan dari parti lain.Dan dalam sudut buat masa singkat ini dalam memerangi rasuah, saya nampak boleh kepada DAP dengan kehidupan wakil rakyatnya yang hanya bergantung kepada elaun-elaun wakil rakyat yang tidak seberapa, mereka lebih zuhud jauh dari wakil rakyat kita, sedangkan kita daripada parti Islam mesti atasi DAP.melainkankan ada mereka yang orang meniaga dan dah kaya kemudian masuk politik, ini cerita lainlah.Kita nampak intergriti hidup bertawadhuk dan bergantung kehidupan hanya dengan elaun bukan meniaga, kita nampak hanya wakil rakyat DAP lebih bertahan berebanding kita.


Harakah: Dengan prestasi yang ada, adakah kerajaan Pakatan Rakyat ini akan bertahan?

Mohamad Sabu: Dalam pilihan raya akan datang ini kita nampak peluang Pakatan Rakyat cerah sebab orang dah meluat dengan Umno, dan orang Umno pun dah meluat dengan Umno, bukan kerana persembahan kita terlalu baik tetapi kerana Umno terlalu lama, dan borokrasi mereka terdedah sekarang.Misalnya bila Tan Sri Abdul Khaldi Ibrahim (MB Selangor) melarang pegawai kerajaan negeri mengikuti program BTN dan kemudiannya sepatutnya diikuti dengan Pulau Pinang, diikuti Kedah dan Kelantan sebab itulah senjata yang digunakan oleh Umbo/BN kenapa kita tidak berani.Ada yang kata kita takut hilang keajaan, biarlah kerana selama ini kita sudah biasa jadi pembangkang, tetapi kita kena tunjukkan berani buat perubahan.

Harakah: Sikap Umno/BN gunakan polis dan pihak berkuasa lain beri tekanan kepada Pakatan Rakyat. apa komen Saudara?

Mohamad Sabu : Itu tidak perkara baru sebaba gunakan polis ini lama dah kerana ia digiatkan oleh pemerintahan Mahathir sampailah sekarang.Jadi tidak ada perubahan ke arah kebaikan bahkan bertambah buruk adalah.Kita ada media bloggers yang perlu diselaraskan, ini boleh memberi maklumat lain kepada rakyat.Maklumlah kita ini duduk dalam dunia ketiga yang mana kerajaan masih mengamalkan pemerintahan 'JAKUN' ini bukan pengertian Jakun di Sarawak tetapi yang bermaksud 'peerak'(bahasa kedah).

Kita jangka dekat pilihan raya nanti mereka (Umno) akan lebih agresif, tetapi saya nak kata bahawa rakyat juga akan lebih agresif.Kita nampak yang paling lemah komponen BN iaitu MIC, Gerakan dan MCA juga Pemuda Umno yang sudah mati kutu, dan hilang taring jika banding dengan tahun 70-an, mereka ada dalam keadaan lemah, mereka ada wang tetapi tidak ada kader-kader yang berani, bahkan di tempat-tempat awam pun orang Melayu kini agak susah nak mengaku mereka sokong Umno.

Thursday, March 18, 2010

UTUSAN MERUDUM

Jualan Utusan Malaysia merudum dari hari ke hari. Begitulah bisikan yang saya dengar.

Nampak gaya akhbar pejuang asobiyah Melayu ini kena diselamatkan oleh produk lain dalam Kumpulan Utusan.

Kalau selalu menipu, orang pun mula tak percaya...

Friday, March 12, 2010

LAGU LAMA DINYANYIKAN

Seingat dan setahu saya, aktivis Pas era 50an, Taha Kalu seorang bekas polis menyertai Pas sepenuh masa kerana sikap Umno yang membisu dalam kes Natrah. Beliau memilih Pas bukannya Umno kerana Pas lebih serius untuk memperjuangkan Islam dari Umno.

Tiba-tiba Mahyuddin mengatakan orang Melayu bersatu dalam kes Natrah dulu. Pelik juga. Lagi pelik ada pimpinan Pas semacam percaya dengan kenyataan itu.

Bila Umno kalah banyak pada PRU 1969, lagu perpaduan Melayu itu juga dinyanyikan. Asri terjebak dengan joint BN.

Bila Umno kalah banyak pada PRU 1999, sekali lagi lagu perpaduan Melayu diwar-warkan. Ustaz Fadzil tolak mentah-mentah.

Dan bila Umno kalah banyak lagi pada 2008, lagu yang sama dinyanyikan. Hampir-hampir pimpinan Pas termakan.

Wednesday, March 10, 2010

PEMIMPIN PAS YANG BANGANG

Puak Muawiyah bila nak kalah ketika Perang Siffin, maka mereka pun mengangkat al quran untuk memberhentikan serangan dari kumpulan Khalifah ketika itu, Saidina Ali karamallah wajhah. Selepas itu puak Muawiyah menyerang habis-habisan sehingga kalah kumpulan Saidina Ali karamallah wajhah.

Kini Umno dah nampak nak kalah pada PRU 13. Maka mereka pun menyanyikan lagu perpaduan Melayu dan Islam. Yang bangang pun ikut rentak yang sama. Apalah malang Pas dapat pemimpin macam ini..

Kalau pada muktamar pemilihan akan datang, para perwakilan Pas masih menyimpan pemimpin ini, tanda Pas nak jahanamlah nampaknya.

Tuesday, March 9, 2010

SEMUA KENA BERTANDING KE

Beberapa orang pimpinan Pas mencabar Harunsani masuk bertanding pilihan raya atas isu cadangannya Pas bergabung dengan Umno di Perak.

Apapun pendapat Harunsani, jika tak bersetuju, lawanlah dengan hujjah - bukannya cabar masuk politik.

Dulu, Bakar Chik cabar Dr Hasbullah Mohamad masuk politik kerana mengatakan Hadi atau Pas tak popular lagi.

Kalau macam ini perangai pimpinan Pas, orang awam atau orang bukan poliik tak boleh memberi pendapat hal-hal berkaitan politik. Apa, politik hak eksklusif orang politik sahaja ke?

Nampak gaya orang ekonomi sahaja boleh komen hal ekonomi, orang sukan sahaja boleh komen hal sukan dan orang artis sahaja boleh komen hal seni.

Kekadang cara hujah pimpinan Pas macam orang tak matang dan tak demokratik.

Monday, March 8, 2010

ZUL TIGA SUKU: PAS DAH TOLAK 2004 DULU

Pas parti politik yang berdakwah bukan badan dakwah.

Tuan Ibrahim Tuan Man nak gunakan pendekatan dakwah dengan mengalu-alukan Zul Tiga Suku menyertai Pas.

Memang geng ustaz dalam Pas selalu husnul zon. Apakah Pas nak terima orang yang ditolak untuk jadi calun PAS pada PRU 2004 lalu? Tentu ada sebab besar. Takkan itu pun Tuan Ibrahim tak ada info. Kacau, jika pimpinan utama Pas tak ada info...

Tak sampai hati nak kata....

Friday, March 5, 2010

JUTAWAN LOMPAT

Katanya broker untuk MP PKR keluar parti dapat berjuta. Dah tukar dan miliki 2 kereta baru. Yang keluar lagi dapat banyak kot.

Wee Chee Keong pun pernah kata " baik fikir diri sendiri la ni". Baru kita faham apa maksudnya apabila beliau mengadap Najib beberapa hari lalu.

Nampaknya perancang DEB dulu tidak tahu bahwa ada satu strategi lagi untuk menjadikan rakyat Malaysia jutawan. YA, jutawan lompat. Wooo.

Thursday, March 4, 2010

ULANG TAHUN PERARAKAN PPSMI 7 MAC

Oleh HAMAS YASSIN

SEJARAH membuktikan Umno dari dahulu sampai sekarang memang tidak mempedulikan kedudukan bahasa Melayu. Hal ini jelas sejak zaman Umno era Dato' Onn Jaafar sehingga Umno (Baru) Dr Mahathir Mohamad.

Walaupun Umno memperuntukkan Fasal 152 tentang kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan, kedudukan bahasa Inggeris yang hampir sama rasminya dengan bahasa Melayu masih ditentukan Parlimen setelah 10 tahun merdeka.



Setelah merdeka, Umno masih tidak memperlihatkan pentingnya pendidikan dalam bahasa Melayu. Perjuangan memartabatkan bahasa Melayu dilakukan Kesatuan Persekutuan Guru-guru MelayuSemenanjung (KPGMS) pada Dis 1957 apabila dalam mesyuarat agungnya KPGMS menggesakan ahli-ahlinya keluar Umno sekiranya sekolah menengah Melayu tidak segera dilaksanakan.

Oleh sebab Umno bersikap dingin dengan tuntutan itu, KPGMS mengadakan mesyuarat agung luar biasanya pada 31 Januari 1958 dan memberi tempoh 15 hari kepada ahli-ahlinya keluar Umno beramai-ramai. Disebabkan keangkuhan Umno yang tidak menghiraukan tuntutan KPGMS maka seramai10,000 ahli KPGMS yang menjadi ahli Umno keluar parti. Peristiwa ini menjadi tamparan kepadaUmno dan akibatnya parti itu kehilangan Kelantan dan Terengganu ke tangan PAS pada pilihanraya 1959.

Pada 1967 tercetus perjuangan bahasa yang besar akibat peruntukan Fasal 152 tentang kedudukan bahasa Inggeris selepas 10 tahun merdeka yang masih memberikan kuasa pada Parlimen menentukan taraf kerasmian bahasa Inggeris.

Rang Undang-undang Bahasa Kebangsaan 1967 yang dikemukakan pada 23 Feb 1967 tidak memihak kepada kedudukan rasmi bahasa Melayu. Maka ketika rang undang-undang tersebut hendak diluluskan pada 3 Mac 1967, berhimpun kira-kira 1500 orang mewakili 120 pertubuhan Melayu di Balai Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kemuncak perhimpunan tersebut, mereka berarak ke kediaman Tunku Abdul Rahman dengan mengusung keranda yang tertulis 152.

Sikap tidak mengambil peduli Umno dalam memartabatkan bahasa Melayu terserlah apabila kerajaan hanya menubuhkan sebuah universiti yang bahasa pengantarnya bahasa Melayu selepas lebih 13 tahun merdeka ekoran tragedi 13 Mei 1969 dengan menubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1970.

Sikap Umno memandang rendah terhadap bahasa Melayu berlaku lagi pada 19 Julai 2002 apabila Perdana Menteri ketika itu, Dr Mahathir Mohamad mengumumkan bahawa mulai Januari 2003, pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik diajarkan dalam bahasa Inggeris (PPSMI).

Walaupun keputusan tersebut menerima bantahan daripada para ilmuan dan cerdik pandai termasuk 68 orang profesor dalam bidang sains dan matematik, Dr Mahathir dengan angkuhnya terus melaksanakan PPSMI pada 2003.

Setelah bantahan demi bantahn tidak dihiraukan Umno, maka satu gerakan yang dinamakan Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) dilancarkan pada 31 Januari 2009 di kompleks Sogo. GMP dianggotai 140 pertubuhan bukan kerajaan termasuk dari parti-parti politik Pakatan Rakyat.

GMP berarak pada 7 Mac 2009, disertai kira-kira 100,000 orang, yang memenuhi jalan raya darikompleks Sogo ke Istana Negara. Perarakan itu dihujani gas pemedih mata dan air asid oleh anggota Unit Pasukan Simpanan (FRU).

Walaupun dilaporkan akhbar pencacai Umno bahawa ia hanya disertai 5,000 atau 10,000 orang, tetapi mengikut para pemerhati, ia merupakan perarakan paling bersejarah dari segi jumlah pesertanya.

Telah berlaku perkara yang agak melucukan sebelum perarakan GMP itu apabila Gapena mengadakan majlis ratap dan ratip mengenang nasib malang bahasa Melayu pada 15 Februari 2009. Kononnya bagi mengambil semangat Fasal 152 Perlembagaan Persekutuan. Sedangkan semasa PPSMI dilaksanakan, Gapena khabarnya turut menyokongnya.


Kemuncak kepada acara ratap dan ratip tersebut, Gapena membuat laporan polis terhadap kerajaan atau Umno kerana tidak menghormati Fasal 152 tersebut. Perbuatan Gapena membuat laporan polis terhadap terasingnya bahasa Melayu seolah-olah sama seperti orang yang kehilangan lembu melaporkan kepada polis tentang kehilangan lembu mereka. Dari segi ini, amatlah rendah taraf bahasa Melayu kepada Gapena.

Apabila GMP membuat perarakan pada 7 Mac 2009, 'panglima-panglima' yang membuat laporan polis dalam Gapena mengolok-olokkan GMP dengan berkata bahawa perarakan tersebut tidak akan mendapat sambutan dan hanya akan disertai setakat dua tiga bas sahaja. Mereka jug mendakwa golongan intelektual tidak akan berarak sama.

Gapena mungkin tidak sanggup mencemarkan darjat mereka bersama rakyat seperti dilakukan GMP atau tidak cukup berani untuk bersama rakyat kerana takut kehilangan laba dan untung daripada Umno.

Walaupun Gapena dan juak-juaknya tidak berani turun ke jalan raya dan menganggap GMP tidak bersikap intelektual, namun apabila Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Muhyiddin Yassin mengumumkan pemansuhan PPSMI pada 8 Julai 2009, tetapi "panglima-panglima" Gapena inilah yang paling dahulu memaparkan wajah-wajah 'tidak tahu malu' mereka di hadapan televisyen dan wartawan.

Pada keesokan harinya, mereka mendakwa bahawa perjuangan Gapenalah yang memansuhkan PPSMI. Turut membuat dakwaan itu ialah Ketua Pengarah DBP.

Hal yang sangat melucukan berlaku lagi pada 15 Februari apabila Gapena dan awak-awaknya mengadakan satu seminar dengan nama Hari Pejuang Bahasa. Alahai, senangnya mereka mengaku sebagai pejuang bahasa. Ia umpama sikap Umno yang tidak pernah masuk penjara atau bilik tahanan, tetapi mendabik dada sebagai pejuang kemerdekaan.

Bilakah Ismail Hussein dan Zainal Keling ditembak dengan gas pemedih mata dan air asid semasa berjuang menghapuskan PPSMI? Mungkin orang Melayu dan rakyat Malaysia boleh menjawabnya. Oleh kerana telah ada orang yang mengakui diri mereka sebagai pejuang yang memansuhkan PPSMI, maka kita yang disembur air asid dan gas pemedih mata pada hari kejadian patut mengingati tarikh keramat ini.

Dan sebagai ingatan pada tarikh berkenaan, maka pada 7 Mac 2010 ini marilah kita beramai-ramai merayakannya di Auditorium Muzium Selangor, Shah Alam dari jam 8.30 hingga 12.00 tengah hari.

BN KEARAH 2/3 MAJORITI

Tak hairan kalau BN akan dapat 2/3 majoriti di parlimen semula.

Wee Chee Keong memang tak ngam dengan DAP khususnya Lim Kit Siang. Tentu beliau tak senang melihat keintiman Kit Siang dengan Anwar dalam PR. Jika PR memerintah, tentu Kit Siang akan berbisik dengan Anwar, jangan lantik Wee sebagai menteri.

Wee mungkin melihat peluang bersama BN. Maka tak hairan kalau Wee akan bersekutu dengan BN.

Hal Zulkefli Nordin tak payah cerita le. Memang beliau terlalu bersemangat Melayu. Maka Umnolah tempat terbaik untuknya.

Tinggal 3 orang lagi. Entah-entah dari Pas. Ha ha. Walaupun sukar dipercayai tetapi tidak mustahil. Semangat UG masih menebal lagi. Tak percaya, tanya Penarik Beca.

Wednesday, March 3, 2010

MANA SATU PILIHAN HATI

Kononnya MP yang keluar dari PKR kerana dibeli oleh Umno/BN walaupun setakat ini mereka mengistiharkan sebagai MP Bebas.

Kononnya juga BN perlukan dua pertiga majoriti di parlimen untuk pindaan pensempadanan semula kawasan pilihan raya.

Bila BN kalah banyak pada 1999, BN pinda kawasan supaya banyakkan kawasan yang seimbang antara kaum dan tidak menambah kerusi di Kelantan, Kedah dan Terengganu yang majoritinya Melayu. BN menganggap pengundi Melayu akan mengundi Pas dan bukan Melayu akan mengundi BN.

Pada PRU 2008, BN kalah banyak di kerusi yang pengundinya seimbang. Maka kali ini BN nak banyakkan semula kawasan Melayu. Adakah Pas akan meyokong usul BN ini kerana pada pindaan 1999, Pas marahkan BN kerana BN menghilangkan banyak kawasan pilihan raya yang bermajoriti Melayu.

Pada 2008, trend menunjukkan bukan Melayu lebih mengundi PR. Apakah Pas mahu kawasan seimbang kaum atau majoriti Melayu?

Apakah pilihan Pas kali ini?

Monday, March 1, 2010

KES BERSIH DITANGGUH

Pagi tadi kes bicara Bersih di mahkamah Jalan Duta. Hanya 7 orang hadir dari 37 orang yang didakwa.

Kes ditangguh pada bulan Julai.

Tuan Hj Mohamad Sabu, antara yang didakwa dalam kes ini.