Oleh : MATA KCS
Kali ini, penulis akan mendedahkan penglibatan kaum keluarga
terdekat datuk Rasli di dalam isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi. Kononnya, kaum
keluarganya (Datuk Rasli) berhasrat untuk memiliki Pulau Bumbun Besar, Langkawi
bagi tujuan membangunkan projek mega iaitu sebuah Pusat Peranginan dan Rekreasi
Antarabangsa yang terkemuka di Asia.
Projek mega tersebut dianggarkan bernilai RM 1.2 billion
dan melibatkan pengambilan tanah (syarat
pertanian) milik kerajaan negeri yang berkeluasan 160 ekar. Sekiranya, hasrat
mereka dituruti oleh kerajaan negeri, maka kaum kerabat Datuk Rasli akan
menjadi orang paling terkaya di Langkawi. Harta beliau yang sudah berlambak
akan lebih berlambak-lambak lagi hingga boleh di makan oleh 14 generasinya di
kemudian hari.
Hasil siasatan mendapati datuk Rasli secara langsung maupun
tidak langsung telah bertindak membantu menjayakan urusan ini khususnya melibatkan
di bahagian pentadbiran kerajaan, samada di peringakat daerah Langkawi maupun
agensi-agensi di peringkat negeri.
Beliau juga bertindak sebagai orang penting untuk mempengaruhi kerajaan negeri bagi
meluluskan permohonan tersebut. Bagi orang ramai yang mungkin kurang tahu,
Datuk Rasli adalah merupakan salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)
yang akan terlibat membuat keputusan di dalam projek ini. Kedudukannya sebagai
ahli mesyuarat kerajaan tersebut, tidak mustahil beliau boleh mempengaruhi mana-mana
exco menyokong permohonan kaum keluarganya tersebut.
Bagi memohon kelulusan tanah dan projek yang hendak
dibangunkan tersebut ia telah di buat oleh sebuah syarikat milik penuh
bumiputera yang berpengkalan di Kuala Lumpur.
Penulis juga difahamkan, jika permohonan tersebut
diluluskan, mereka (syarikat) bersetuju membuat sedikit bayaran kepada kerajaan
negeri. Pendapatan yang kerajaan negeri bakal perolehi umpan terlekat di celah
gigi kuning mereka sahaja, sebaliknya mereka pula akan menjadi maharaja di
pulau tersebut.
Dalam hal ini, adakah datuk Rasli mempunyai kepentingan
secara langsung maupun tidak langsung ke atas tanah dan projek tersebut ataupun
syarikat berkenaan adalah proksi kepadanya.
Pendedahan ini menuntut Datuk Rasli menjawab tentang kepentingan
dan kedudukannya di dalam permohonan tanah dan projek tersebut. Seluruh rakyat
di negeri Kedah ingin beliau tampil memberi penjelasan berhubung dengan
pendedahan ini.
Kegagalan Datuk Rasli menjawap atau menafikan penglibatan
dan kepentingannya di dalam permohonan tanah dan projek ini membolehkan orang
ramai mengesyaki beliau sebagai telah menyalahgunakan kuasa di atas
kedudukannya dan melakukan rasuah. Jika tidak ia membolehkan pihak SPRM
menyiasat tentang hal ini. Jika sabit kesalahan, beliau perlu di hokum setimpal
dengan perbuatannya yang mengkhianati amanah rakyat dan Al Sultan selaku Raja
Pemerintah di negeri Kedah.
Walau bagaimanapun, harapan mereka memiliki tanah di Pulau
Bumbun Besar, Langkawi tidak kesampaian kerana permohonan tersebut telah
ditolak oleh kerajaan negeri. Barangkali penolakan ini disebabkan pihak
kerajaan negeri telah dapat mengesan permainan silap mata mereka yang terlibat.
Juga diberitahu bahawa penolakan permohonan tersebut
menyebabkan pihak-pihak yang berkepentingan dalam projek ini tersangat-sangat
kecewa dan marah kepada kerajaan negeri, khususnya Menteri Besar negeri Kedah.
Bermula dari isu inilah datuk Rasli dan konco-konconya membuat onar di dalam
pentadbiran kerajaan negeri sebagai membalas dendam di atas ketegasan kerajaan
negeri membuat keputusan.
Menurut sumber dipercayai, asas penolakan permohonan ini
adalah kerana kerajaan negeri mendapati ada sesuatu yang tidak kena dengan
prosedur serta kaedah pemerosesan permohonan tersebut. Kecelaruan prosedur ini
bukan tidak disengajakan, malah seperti telah dirancang dengan teliti supaya
hasrat mereka tercapai.
Laporan Pejabat Tanah Langkawi, sebelum permohonan syarikat
yang berhasrat memiliki Pulau Bumbun Besar untuk dibangunkan Pusat Peranginan dan Reakreasi Antarabangsa
tersebut, sudah ada pihak-pihak lain yang berminat ke atas tanah di pulau
tersebut sejak tahun 1991 lagi. Pihak berkenaan turut membuat permohonan rasmi
untuk mendapat kelulusan Pejabat Tanah Langkawi seterusnya kerajaan negeri.
Tetapi permohonan pihak berkenaan tidak ke mana-mana ataupun diproses (dilayan)
kecuali telah diluluskan sebidang tanah
yang mempunyai geran individu berkeluasan antara 16-17 ekar di tengah-tengah
pulau tersebut.
Jadi, perkara ini menimbulkan persoalan. Bagaimana
permohonan dari pihak lain, Pejabat Tanah Langkawi boleh diketepikan (fail
ditutup) begitu saja, sebaliknya syarikat yang dikatakan ada hubungan
kekeluargaan yang rapat dengan datuk Rasli
seolah-olah diberi keistimewaan.
Apakah mungkin ada arahan yang kuat dari pihak pentadbiran
atasan kepada Pejabat Tanah Langkawi untuk memproses serta memberi keistimewaan
kepada syarikat berkenaan.
Penulis melihat berkemungkinan ia melibatkan sokongan orang
dalam, demi mengaut keuntungan peribadi mereka.
Tidak mustahil mereka yang terlibat telah dijanjikan bulan dan bintang
serta mendapat habuan berjuta-juta ringgit dari pihak yang berkenaan.
Bagi penulis, keputusan kerajaan negeri menolak permohonan
tersebut merupakan keputusan yang bijaksana serta kemenangan buat rakyat Kedah.
Ia juga mencerminkan kewibawaan dan akauntabiliti kerajaan negeri yang dipimpin
oleh Pakatan Rakyat menjaga hak serta kepentingan rakyat dan negeri Kedah. Ia
sekali gus, kerajaan negeri telah berjaya membenteras budaya kronisme yang
berleluasa di bawah pentadbiran
(kerajaan) Datuk Rasli.
Sesungguhya, ketegasan pihak kerajaan negeri perlu diberi
pujian oleh sekalian rakyat Kedah, di samping telah memberi pukulan ‘KO’
kepada Datuk Rasli dan kroni-kroninya.
Sikapnya untuk bermaharaja lela di atas
kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan telah dapat disekat oleh kerajaan
negeri. Pastinya, Datuk Rasli tersangat kecewa serta tercabar di atas tindakan
tegas kerajaan negeri, seolah-olah mereka (kerajaan) telah menconteng arang ke
mukanya.
Barangkali, kerana sebab itulah datuk Rasli kini telah
menzahirkan sikap buruk dan keegoannya lalu bertindak memboikot dan mensabotaj
pentadbiran kerajaan dengan apa cara sekalipun, sehinggakan keputusan exco
tidak dilaksanakan ataupun tindakannya dilambat-lambatkan.
Mudah-mudahan pendedahan ini akan membuka mata khususnya
buat kerajaan negeri dan rakyat Kedah, betapa datuk Rasli adalah manusia yang
tamak dan gila kuasa serta tidak layak di beri muka lagi. Segala tindak
tanduknya ibarat “harapkan pagar, pagar makan padi”.
Datuk Rasli adalah sejenis manusia yang apabila diberikan
madu kepadanya, ia balas dengan tuba. Rakyat Kedah desak kerajaan negeri
membuat tindakan drastik menamatkan perkhidmatan kontrak serta-merta, demi
menjaga kepentingan rakyat, kerajaan dan negeri Kedah.
Insya allah, selepas ini penulis akan mendedahkan siapakah
di pemilik dan syarikat yang dikatakan ada hubungan kekeluaragaan dengan datuk
Rasli serta tersangat istimewa sehingga bercita-cita memiliki Pulau Bumbun
Besar, Langkawi. Tunggu dan bersabar…