Saturday, February 27, 2010

JUTAWAN PILIHAN HATI

Heboh media mencatat nama jutawan Malaysia. Terselit nama anak Dr Mahathir. Tak sia-sia Dr M menjadi PM selama 22 tahun. Sekurang-kurangnya anak beliau mendapat limpahan pemerintahnnya.

Ada dua jenis jutawan. Pertama kerana bikin bisnes sendiri dan tak berkait langsung dengan projek kerajaan. Kedua, menjadi jutawan kerana dapat projek dari kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.

Saya tak hairan langsung kalau jutawan kerana dapat projek dari kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan. Jutawan kategori ini selalu dikaitkan dengan ayat-ayat "kroni" dan "nepotism". Yang saya kagum ialah jutawan yang menghasilkan produk dan perkhidmatan untuk kegunaan awam. Itu baru betul-betul real memajukan bisnes.

Friday, February 26, 2010

ISLAM VERSI MUHAMMAD

Apabila ummat Muhammad s.a.w. di Malaysia menjadi johan dalam kes dadah, keruntuhan akhlak, merimpit, rasuah, pemeras rakyat, pembazir harta rakyat/negara, penyalahgunaan kuasa dan perosak sistem keadilan, maka Tuan Hj Mohammad Sabu sering melontarkan pertanyaan adakah kita menganut Islam berdasarkan ugama yang dibawa oleh Muhammad s.a.w?

Pertanyaan itu lebih relevan untuk dijawab dari dok berbincang samada bidaah ke tidak berarak di hari maulidul rasul ini.

SOLAWAT

Wednesday, February 24, 2010

PAS JADI DAP?

Jika seorang ketua, sama YDP, PJ atau Presiden melantik seorang Setiausaha, ia memberi makna Setiausaha akan menjalankan titah perintah ketuanya atau partinya. Apa sahaja tindak tanduk Setiausha akan dikatakan atas restu ketuanya.

Jika ahli parti atau orang ramai mula membalun Setiausaha sesuatu parti, seolah-olah ahli itu membalun ketuanya. Rosak imej parti macam ini.

Kalau parti aliran sosialis, memanglah Setiausaha itu sebagai ketua dalam parti. Tak tahulah kalau Pas dah jadi macam DAP....

Woooo

MENYAMPAHNYA

Pimpinan Pas tak percaya dengan media khususnya Utusan.

Tetapi, apabila menjelang muktamar pemilihan Pas, ramailah pemimpin Pas berebut diwawancara oleh Utusan. Malah ahli Pas turut terpengaruh dengan kempen menaikkan pimpanan Pas tertentu yang dilihat pro-Umno atau kurang mengecam Umno.

Menyampahnya....

Monday, February 22, 2010

ULAMAK SAMAN ULAMAK

Ahli politik saman ahli politik - banyak kali kita dengar

Artis saman artis - biasa kita dengar.

Pendakwah saman ahli kaunseling - ada sekali kita dengar

Kini - ulamak saman ulamak - baru syok kita dengar.

Barulah peguam boleh cari makan.

Friday, February 19, 2010

PENYAMBUNG NAFAS UMNO

Umno sudah mula menurun pengaruhnya pada era 80an akibat kebangkitan Islam. Ianya diselamatkan oleh Anwar dengan penyertaannya dalam Umno. Geng ugama dan para ustaz yang malu-malu nak menyokong Umno tiba-tiba bersemangat menyokong Umno selepas mendapat inspirasi dari tindakan Anwar itu.

Orang awam tak reti berhujjah nak menyokong Umno tetapi geng ugama dan para ustaz pandai mencari dalil untuk menyokong Umno. Geng ugama inilah yang memberi nafas kepada Umno. Namun peristiwa liwat Anwar pada 1999 telah menyebabkan golongan ugama menarik sokongan kepada Umno dan bersama Pas semula.

Kini dalam keadaan Umno sudah mula dibenci oleh bukan Melayu dan PR berpeluang mengalahkannya dalam pilihan raya, amatlah malang kalau ada usaha-usaha untuk menyambung nafas Umno. Dan lebih malang lagi kalau usha-usaha itu datangnya dari kelompok Pas.

Thursday, February 18, 2010

EZAM JUTAWAN?

Kayalah kau Ezam oi.

Kayalah kau Anuar Shaari oi.

Raja Petra dah buka daun terup kau...

Baca di sini.

LANTAK HANGLAH NAK BERARAK MANA PUN

Kekadang ummat Islam nak membuktikan betapa islamiknya mereka dengan sesuatu amalan yang dianggap khilaf.

Yang pasti wajib tak diperjuangkan secara mati-matian.

Yang pasti haram tak dilawan secara habis-habisan,

Yang disibukkan hanya kepada amalan bersifat sunat sahaja. Macam nak rak dibuatnya.

Kalau nak berarak, lantak hanglah siapa nak marah.

TERINGAT 1982

Teringat di zaman kampus pada 1982 dahulu. Kawan-kawan ABIM memetik kata dari mana pun tak tahu. Katanya Umno atau Dr Mahathir menunjukkan perubahan kepada Islam. Top-top Anwar joint Umno. Rupa-rupanya sebelum Anwar joint Umno, sudah ada hujah-hujah dilemparkan boleh joint Umno. Ada kawan saya dalam Abim dulu, menjustifikasi Anwar masuk Umno kerana Umno sebuah parti pragmatik yang boleh berubah kepada Islam. Kini beliau pula yang dapat tender di Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat.

Kini suara macam tu terdengar dalam Pas pula. Orang Pas memuji dan bersangka baik dengan Umno. Tak tahulah bila agaknya orang besar Pas nak masuk atau berpakat dengan Umno. Rasanya sebelum 2012. Pada 1982 dulu, kawan-kawan pun minta saya bersangka baik dengan pimpinan Abim tetapi sah mereka menjadi juak Anwar yang masuk Umno. Kini saya pun diminta bersangka baik juga ditambah dengan walak, siqah dan pelbagai istilah yang islamik nampaknya.

Sejarah sentiasa berulang.....

Wednesday, February 17, 2010

DAP TINDAS MELAYU

Saya pernah berbual dengan Tuan Peguam Pas, Hanipa Maidin. Katanya - lagi banyak Islam diserang oleh barat, lagi banyak hujah membela dibuat oleh umat Islam. Maka semakin terserlah kebenaran Islam.

Agaknya begitu juga di Pulau Pinang. Lagi banyak DAP diserang kononnya menindas Melayu, maka makin banyak kenyataan membela bahawa DAP tidaklah sebegitu.

Cerita DAP menindas Melayu inilah yang sering dikempen oleh UMNO/BN jika DAP memerintah. Akhirnya DAP berjaya melepasi tohmahan ini dan memerintah Pulau Pinang pada 2008. Hebat sekali DAP kerana dengan 2 tahun memerintah sahaja sudah berjaya memundurkan Melayu berbanding dengan BN yang memerintah hampir 50 tahun.

Fakta lawan fakta.

Sehari dua ni Dr M senyum saja - anaknya antara yang terkaya di Malaya. Ha ha ha.

Tuesday, February 16, 2010

BERHENTI KETIKA HARUM

Ada veteran parti yang sentiasa dikasehi dan dihormati. Tetapi kalau veteran itu dilihat sebagai pencatur dalam segala hal, anggota parti dan sebahagian orang ramai akan mula menyampah.

Bila orang sudah mula menyampah, mereka tak ingat dah peranan dan jasa sang veteran dalam parti itu dan memulakan makian demi makian.

Eloklah berhenti ketika nama harum. Lama sangat pegang jawatan pun orang tak suka juga. Takkan orang lain tak boleh menggantinya....

Sunday, February 14, 2010

SAYANG MEMBAWA PADAH

Jika lain parti, dengan mudah orang Pas melawan apa yang tak betul. Orang Pas kata jihad.

Tetapi jika hendak menegur pemimpinnya sendiri yang tak betul, rendah prestasi dan kurang cerdik - maka itu suatu yang sukar kerana akan dituduh bermacam-macam. Ha ha.

Malah ramai ahli bawahan Pas akan memberi pelbagai alasan untuk terus "sayang" dan mengekalkan kepimpinan parti yang akan merugikan parti pada jangka panjang. Sikap ahli Pas ini akan melahirkan "rakyat" yang "pekak" terhadap Pas jika Pas memerintah negara ini secara tidak betul. Ahli Pas lebih teruk dari ahli Umno kerana Ahli Umno tak ada dalil /nas untuk menyokong pemimpinnya yang tak betul tetapi mereka secara jujur menjawab "cari makan syeikh"

Thursday, February 4, 2010

RAHSIA PAS PALING BESAR

Apa dia rahsia dalam Pas? Apa yang Pas dah buat, sedang buat dan akan buat - semua orang akan tahu. Sebagai parti berdaftar, semua kegiatannya dilapurkan. Jika ada sesuatu yang rahsia, maknanya ada sesuatu yang tak betul dalam Pas.

Terus terang Pas nak gulingkan BN dan hendak memerintah negara ini. Ini bukan rahsia. Ada rahsia lebih besar dari itu lagi?

Terus terang Pas berpakat dengan DAP dan PKR untuk musnahkan Umno/BN

Terus terang Pas pungut duit derma dari anggotanya dan orang ramai untuk membiayai program Pas.

Jika ada sesuatu yang rahsia - memang Pas parti pelik. Ha ha.

Parti yang mengharapkan undi rakyat - mana ada rahsia.

Kalau ada duit atau harta yang tak dilaporkan memang pelik. Kalau ada orang tidur di hotel dan dibiayai secara halal oleh sesiapa dan dianggap rahsia parti - MEMANG PELIK.

Kalau hidup mewah dan berkereta besar tanpa bisnes besar dan dirahsiakan sumber pendapatannya - MEMANG PELIK BIB.

Ya, ada pemimpin Pas berbini 4 pun bukan rahsia jugaaaaa.

Tuesday, February 2, 2010

SIAPA SALAH LEBIH

Antara Hasan Ali dan Khalid Samad, siapa yang lebih besar kesalahannya.

Yang kita risaukan ialah yang terlebih besar kesalahannya, lebih ringan hukumannya.

Kok umum tak percaya dengan sistem keadilan yang Pas akan laksanakan apabila memerintah nanti....

Sang pengampu Pas memanglah malas nak berfikir, memadai berkata "biarlah pimpinang putuskan"....