Saturday, February 28, 2009

CERAMAH AGUNG PPSMI 6 MAC

Tarikh: Jumaat 6 Mac 2008

Tempat: Markas Tarbiah PAS Tmn. Melewar

Waktu: 9.30 malam

Penceramah:

Dato' Seri Abdul Hadi Awang

Hj. Mohamad Sabu

Dato' Dr. Hassan Ahmad

SN Dato' A. Samad Said

Prof. Dr. Shaharil Mohd. Zain

Lain-lain tokoh yang akan hadir:

SN Prof. Dr. Muhammad Hj. Salleh

Dato' Prof. Emeritus Dr. Nik Safiah Karim

Prof. Dr. Awang Sariyan

Prof. Dr. Ir. Wan Abu Bakar Abas

Dato' Prof. Dr. Anuar Ridhwan

Dato' Baha Zain

Hj. Ahmad Subky Latif

Azizi Hj. Abdullah

Ustaz Hassan Shukri

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan

Dinsman

Hasni Abas

Pn. Ainon Mohd.

PAS LEMAS DENGAN USUL FIQH

Pelbagai istilah fiqh sering digunakan oleh gerakan Islam sebagai langkah kompromi dengan sang pemerintah yang zalim dan kejam. Itulah yang berlaku sehingga suatu revolusi dan reformasi secara total tidak dapat dilakukan dalam sepanjang sejarah ummat islam.

Dinasti Umayyah dan Abbasiyah penuh dengan kesah tragis dan memalukan pemerintahan atas nama Islam. Tetapi dinasti ini panjang hayatnya kerana lahirnya ulama dengan pelbagai istilah fiqh untuk berkompromi dengan toghut-toghut ini.

Pas mudah sahaja dilembutkan untuk terus berusaha menanam Umno sehingga mati. Cukuplah menyebut istilah "demi Islam dan Melayu", maka pemimpinnya akan meletakkan senjata dari terus berjuang membunuh Umno. Malah kini Pas dah pandai menggunakan alasan ekonomi pula untuk berbaik dengan Umno. Pusing 24 jam ini. Masuk Umno malu tetapi bergencatan senjata ok.

Perhatikanlah baik-baik.. Masakan tak ada apa-apa apabila Utusan memuji Salahudin Ayub, Nasarudin hidup mewah dan Hj Hadi menyokong Pak Lah terus kekal sebgai PM...

Friday, February 27, 2009

PAS OH PAS

PAS TAK SETUJU ISLAM HADHARI PAK LAH

PAS MENYAMPAH PAK LAH YANG TERUSKAN TAHANAN ISA

PAS BENCI KRONISM PAK LAH TERHADAP ANAK MENANTUNYA

PAS TAHU PAK LAH KAKI TIDUR

TETAPI PAS SECARA RASMI MENYOKONG PAK LAH JADI PM DI PARLIMEN

PAS SEPATUTNTA TAK MENYOKONG SESIAPA PUN JADI PM SAMADA PAK LAH ATAU PENGGANTINYA KERANA PAS MAHU ORANG PAS JADI PM.

PAS TAK PAYAH MENYATAKAN SIAPA YANG PAS RASA KURANG DHARURAT UNTUK JADI PM SECARA RASMI KERANA TUGAS UTAMA PAS IALAH CUBA MENGAMBIL PEMERINTAHAN SECARA DEMOKRASI SECARA BERTERUSAN.

APAKAH PAS AKAN JADI PENYELAMAT UMNO YANG NAK RUNTUH

APAKAH PAS NAK KEMBALI BERPAKAT DENGAN UMNO ATAS NAMA DEMI MELAYU DAN ISLAM WALAUPUN TAHU UMNO ITU PEROSAK MELAYU DAN ISLAM

PAS MUDAH DIMAKAN PUJUK

AKHIRNYA PAS KEPIMPINAN ULAMA SAMA DENGAN PAS ASRI JUGA - KESIAN KAT UMNO BILA UMNO TAK LAKU.

PAS KARTUN

Pada PRU 12, BN dipimpin oleh Pak Lah. Jika Pas kalahkan BN, maknanya Pak lah kena berhenti dari PM. Adakah Pas pada masa itu nak bagi Pak Lah sebagai PM. Tentu tidak kan.

Walaupun BN menang dan sekarang Pak Lah akan berundur dari PM, Pas menyokong Pak Lah untuk terus jadi PM. Mesti ada apa-apa ini...

Politik kartun!!!!

Tak konsisten

Najib: Terima padah jika buat laporan palsu kepada SPRM

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sesiapa yang membuat laporan palsu kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan didakwa.

Timbalan Perdana Menteri berkata tindakan serupa juga akan diambil terhadap mereka yang menyalah guna akuan berkanun.

"Mereka akan terima padahnya," katanya kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi merasmikan mesyuarat Menteri Kumpulan Lapan Negara Islam Membangun (D8) Mengenai Jaminan Makanan di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan dua Anggota Dewan Undangan Negeri di Perak daripada Parti Keadilan Rakyat yang membuat aduan kepada SPRM semalam mendakwa ditawarkan sejumlah wang dan jawatan sekiranya keluar parti.

ADUN Malim Nawar, Keshvinder Singh, dan ADUN Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamahri, membuat laporan secara berasingan terhadap beberapa pemimpin Barisan Nasional dan pusat di pejabat SPRM Perak.

Najib berkata kini terpulang kepada SPRM untuk menyiasat dakwaan yang dibuat oleh kedua-dua wakil rakyat itu.

"Saya tak tahu apa yang dia dakwa. Biarlah SPRM siasat," katanya.

Mengenai namanya yang turut disebut dalam laporan berkenaan, Najib berkata:

"Tak ada, saya tak ada tawar-menawar sesiapapun."

Mengenai dakwaan keduadua ADUN itu kononnya mereka memreka mempunyai bukti kukuh, beliau berkata:

"Sudah tentunya mereka kata begitu Tapi) biarlah suruhanjaya siasat. Seperti yang saya kata, jika mereka buat laporan palsu, mereka akan hadapi kesannya." BERNAMA


(Kah kah kah kah kah kah kah - buatlah rasuah bebanyak lagi oiiiiii)

APABILA UTUSAN MEMUJI SALAHUDIN

Beberapa minggu lalu Zulkefli Bakar memuji Salahudin Ayub dalam Utusan Malaysia

Mengapa ya?

Thursday, February 26, 2009

PIBG seluruh negara bantah PPSMI

Sumber: Mkini

Gerakan membantah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Matematik dan Sains Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) menerima lonjakan sokongan apabila Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) pula menyokongnya.

Gabungan nasional PIBG tidak rasmi kira-kira 8,000 sekolah rendah dan menengah di seluruh negara pertama kali hadir ke mesyuarat Gabungan Mansuhkan PPSMI (GMP) di pejabat Persatuan Penulis Nasional (Pena) di ibu negara, Isnin lalu.

Pengerusi PIBGN Datuk Mohamad Ali Hassan berkata, sokongan majlis tersebut terhadap GMP bagi mendesak pemansuhan PPSMI, termasuklah sedia terlibat dalam perhimpunan raksasa 100,000 orang di Istana Negara pada 7 Mac.

“Kita minta kerajaan membuat keputusan segera. Jangan sampai ibu bapa turun buat demonstrasi, termasuklah di jalanan secara haram.

“Sekarang ini trend penduduk tidak lagi khuatir (berdemonstrasi), seperti juga amalan bangsa-bangsa lain (di seluruh dunia).

“Kita mahukan keadaan aman, (kerajaan perlu) buat keputusan segera. Jangan tunggu selepas perhimpunan Umno (24 – 28 Mac ini) atau tahun depan baru hendak buat keputusan,” katanya.

GMP menganjurkan perhimpunan besar minggu depan bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi memohon campur tangan baginda berhubung dasar itu.

Mohamad Ali turut mengkritik persidangan meja bulat anjuran Kementerian Pelajaran bagi membincangkan pelaksanaan PPSMI yang didakwanya “tidak begitu bebas”.

“Kita perlukan kajian yang benar-benar bebas. Mungkin sudah tiba masanya kita menubuhkan suruhanjaya bebas bagi mengkaji pelaksanaan PPSMI. (Sidang) meja bulat ini kita lihat tidak begitu bebas. Tidak ada laluan yang luas,” kata Mohd Ali.

LAGI PANTUN MOHAMAD SABU

Ketika ceramah di Johor pada Isnin lalu bersama Sasterawan Negara, A.Samad Said, sekali lagi Mohamad berpantun:

Jangan diharap padi seberang,
Entah dapat dimakan entah tidak.
Jangan diharap bahasa orang.
Entah difaham entah tidak.


SAMAD SAID DIPERALAT

KOTA BHARU: Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menafikan dirinya telah diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang digunakan sekarang.

Beliau berkata kehadirannya dalam beberapa siri ceramah pembangkang itu tidak seharusnya disalah anggap oleh masyarakat kerana apa yang penting adalah memperjelas kepada umum dalam isu tersebut.

"Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai Bahasa Melayu yang saya perjuangkan tidak kira di pentas politik mana sekali pun.

"Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya Bahasa Melayu di muka bumi," katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Pagi Bersama Sasterawan Negara di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Baharu di sini, hari ini.

Kehadiran sasterawan negara itu dalam beberapa siri ceramah pembangkang dalam isu PPSMI sejak kebelakangan ini menjadi perhatian umum yang tidak senang Samad berceramah di pentas politik.

Malam ini Samad dijadual turut berceramah dalam satu majlis anjuran PAS di Padang Perdana di sini bersamasama Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mengulas isu itu, Samad berkata beliau bukannya telah "dibeli" oleh manamana parti politik dan akan turut memperjuang isu itu jika dianjurkan oleh Umno dan kerajaan.

"Kalau dituduh begitu (berceramah anjuran pembangkang), itu bukan maksud saya dan saya hadir di situ untuk memperjuangkan bahasa saya," katanya.

Sementara itu, Samad turut kecewa akhbar arus perdana seperti tidak lagi memberi ruang kepada karyawan baru untuk menyiarkan hasil penulisan mereka.

Ketika berucap, Samad menjelaskan selain hasil penulisannya, beliau juga sedang sibuk melukis yang kini hasil lukisannya telah terjual lebih 20 buah.

"Ramai orang tidak tahu saya juga boleh melukis dan saya gembira hasil karya saya yang disimpan sejak beberapa tahun akhirnya sudah mendapat tempat," katanya.

Beliau berkata karya lukisannya itu akan dipamerkan di satu galeri di Dubai tidak lama lagi dan ketika ini 20 lukisannya sedang dalam perbincangan untuk dijual oleh peminat lukisan rakyat Kanada.

Sumber: BERNAMA

Wednesday, February 25, 2009

KAYA KAYA KAYA

Apalah dia orang ini, tolak rezki betul.

Baca di sini.

GAPENA JATUHKAN HISHAMUDIN

Sumber: http://www.universitipts.com/

Kita mendengar bisik-bisik bahawa barisan kepimpinan tertinggi Gapena sudah sebulat suara bersetuju menjalankan kempen urat saraf supaya Menteri Pelajaran Hishamuddin Hussein Onn dijatuhkan.

Punca sikap permusuhan Gapena terhadap Hishamuddin itu adalah kerana pertubuhan penulis paling besar itu tidak dapat menerima pemimpin politik Melayu yang tidak memperjuangkan kepentingan bahasa, kebudayaan dan kesusateraan Melayu, malah mengkhianatinya.

Menurut sumber, Gapena akan menggerakkan semua ahli-ahlinya di seluruh negara supaya menjalankan kempen itu di peringkat tempatan masing-masing.

Ketua 1 Gapena adalah Tan Sri Ismail Hussein.

Baru-baru ini Gapena telah membuat laporan di Balai Polis Brickfeilds, Kuala Lumpur, berkenaan dasar PPSMI yang melanggar Perlembagaan Malaysia.

Tuesday, February 24, 2009

PAK LAH TAK MAU BUKA BLOG

Selepas berhenti PM, Pak Lah berjanji tak mahu ada blog sendiri. Kali ini saya nak tergelak macam TT.

Kah kah kah kah kah kah kah kah ah kah kah kah kah kah kah.

Tahu pasal apa Pak Lah tak mahu ada blog.

Jawablah sendiri. Tak tergamak saya hendak cakap.

PAS TOLAK PPSMI

Pas tolak PPSMI kerana ilmu perlu diajar dalam bahasa ibunda dalam sesuatu negara. Namun tidak pula dihalang jika nak belajar bahasa lain untuk menimba ilmu pengetahuan.

Klik di sini.

Monday, February 23, 2009

KHIR TOYO: SAMANLAH MEREKA

Banyak sungguh fitnah yang dibuat kepada Khir Toyo, bekas MB Selangor. SPRM tak kata apa pun kat Khir Toyo. Inilah peluang Khir Toyo dapat wang percuma dengan menyaman mereka yang menabur fitnah terhadapnya. Ini antara fitnah yang dibuat:

1. Meluluskan projek membina jalan merentasi bendang termahal di Sekinchan, Selangor sejauh 20.5 km bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hampir disenarai hitamkan iaitu Meram Holdings.

Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan iaitu Cabaran Wangsa, di miliki oleh Pua Kim An, 27 tahun, tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat iaitu Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang memberi keuntungan minimum RM20 juta.

2. Meluluskan tanah 400 ekar di Shah Alam pada 20hb. Disember, 2000 kepada empat syarikat berbeza (Layar Kekal/Tirai Gemilang/Samasys dan Usahasewa Sdn.Bhd.) dan setiap daripada syarikat tersebut salah seorang dari pengarahnya adalah Samsuri Rahmat. seolah-olah Khir meluluskan tanah berpontensi tinggi itu kepada seorang sahaja.

Nilai tanah di kawasan berkenaan boleh mencapai RM1 juta untuk satu ekar. Samsuri boleh untung minimum RM300 juta dari tanah tersebut.

3. Meluluskan tanah kepada kroninya secara berulang kali dalam tempoh masa yang singkat. Daripada hanya dua mesyuarat Exco Kerajaan Negeri yang diambil secara rawak, iaitu pada 20hb November, 2000 dan 4hb. Julai, 2001, sekurang-kurangnya empat nama bertindan yang mendapat 100 ekar setiap orang, Ahmad Tarmizi Tajjeury, A.Rahman Mokhtar, Suzilawani Mustaphin dan Ali Nordin. Semua mereka ada hubungan, sama ada dengan Khir ataupun Setpol, Dr Karim Mansor. Sebahagian tanah ini telah dijual, dan pemiliknya boleh mengaut keuntungan RM200,000 seekar tanpa mengeluarkan modal walaupun satu sen.

4. Meluluskan tanah seluas 50 ekar setiap seorang kepada empat pemohon yang hanya baru berusia 20 tahun (Ahmad Azmir, Noor Ashikin, Mardhiah, Azril Yusri). Salah seorang darinya adalah anak pegawai Daerah Kuala Langat, di mana lokasi tanah itu dikesan. Difahamkan sebahagian anak-anak muda ini tidak tahu pun yang mereka mendapat tanah berkenaan kerana mereka hanya penama bagi pihak yang rapat dengan Khir. Mereka ini hanya menjadi pengarah syarikat, tidak pun sampai 40 hari sebelum Exco meluluskan permohonan mereka. Beberapa syarikat terbabit dikenal pasti mempunyai pemegang syer yang sama, yang terdiri dari dua wanita yang ketika permohonan diluluskan baru berumur 24 tahun.

5. Bagaimana Khir, pada bulan Mac 2001, hanya selepas 5 bulan menjadi MB, boleh membayar semua baki pinjaman rumahnya sebanyak RM150,000 secara tunai kepada BBMB Kajang. Kalaupun beliau tidak membelanjakan langsung elaun Menteri Besarnya, beliau tidak mampu membayar semua pinjamannya itu. Rumah itu juga diubahsuai dengan kos yang besar, ini belum lagi dikira kos membina rumahnya sekarang di Simpang Lima, Tanjung karang, yang menelan belanja lebih RM300,000.

6. Menggunakan kuasa dan pengaruhnya sebagai Pengerusi PKNS untuk mendapatkan sebidang tapak banglo di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi dengan diskaun hebat, 50%. Khir berbohong di Dun Selangor pada 31hb. Oktober, 2001 apabila mendakwa beliau tidak membeli tanah itu, kononnya kerana tidak mampu dan dia juga menafikan pernah menerima dua tawaran dari PKNS dengan harga yang berbeza-beza. Salinan pembayarannya telah diperolehi.

7. Khir memberi sumbangan peribadi berbentuk telur ayam, ayam dan peralatan sekolah kepada pengundi di kawasannya, di Sungai Panjang pada 25hb. Disember, 2000. Nilainya hampir RM200 ribu. Apabila dipersoalkan dari mana sumber kewangannya, beliau, melalui akhbar Malay Mail pada 15hb. Januari, 2001 mendakwa sumbangan ayam diperolehi dari Lintang Bistari Sdn.Bhd. sebuah syarikat bumiputera yang menurut Khir adalah syarikat ternakan ayam terbesar di Sungai Panjang. tinjauan menunjukkan bukan sahaja ayam, malah reban pun tidak ada di kawasan berkenaan, malahan bulu dan tahi ayam pun tiada.

8. Pada 17hb. -18hb. April, 2001, meluluskan kawasan kayu balak Kompartment 78 Hutan Simpan Hulu Langat kepada Fungsi Mewah Sdn.Bhd. seluas lebih 1200 ekar. Fungsi Mewah dimiliki oleh Pua Kim Seng, adik Pua Kim An, yang mana rumahnya bersebelahan rumah sewa Khir di Sekinchan dahulu. Pua Kim An juga dikesan mendapat tanah 100 ekar di Shah Alam. Keluarga Pua ini menyumbangkan dana kewangan yang besar kepada Khir semasa kempen pilihan raya 1999 dahulu.

9. Projek membekal dan memasang paip air besi keluli MS1200mm dari Semenyih ke Banting sejauh 37.3 km bernilai RM82,385,182. Projek ini terlalu mahal dari taksiran awal, yang tidak boleh melebihi RM40 juta. Dan jika sumber air diambil dari Pekan Dengkil kemungkinan jaraknya dapat dipendekkan menjadi hanya 20 km dan ini lebih menguntungkan. Ahli keluarga terdekat Khir didakwa mendapat imbuhan berpuluh juta daripada kontraktor LBH Engineering.

10. Meluluskan konsesi membekalkan peralatan paip air untuk jabatan Bekalan Air Selangor kepada syarikat milik Naib Ketua Umno Tanjong Karang, JAKS Sdn.Bhd. Harga paip JAKS 50% lebih tinggi daripada harga kilang. Bayangkan, untuk 1 meter paip, harga JAKS adalah RM900 sedangkan harga kilang hanya RM600. Selangor mahu tukar 5,000 km paip, jadi berapakah keuntungan JAKS?

11. Meluluskan kawasan balak di Kompatmen 78, Hutan Simpan Hulu Langat, seluas lebih 1,200 ekar kepada Fungsi Mewah, milik Pua Kim Seng, iaitu abang kepada Pua Kim Seng, bekas tuan rumah yang pernah disewa Khir di Sekinchan. Keluarga Pua ini juga mendapat kontrak membina jalan termahal (RM4.6 juta untuk 1km) merentasi sawah padi daripada Meram Holdings, kontraktor yang hampir disenarai-hitamkan.

12. Khir membayar RM10,000 sebulan bagi tapak banglonya, di Lot 14, Jalan 2/1G, Seksyen 2 Tambahan, Bandar Baru Bangi, yang dibelinya daripada PKNS dengan harga diskaun 50%. Sumber pendapatannya dipertikai kerana sebelum ini beliau membayar tunai RM150,000 untuk menyelesaikan pinjaman rumahnya di Kajang, selepas lima bulan menjadi MB.

13. Beliau mengarahkan Pengarah JKR Selangor, melalui nota pensil (agar dapat dipadam jika timbul kontroversi kelak), agar menyerahkan projek yang membawa keuntungan lumayan kepada kontraktor kroni. Antara projek terbabit ialah pembinaan jalan di Sabak Bernam, masjid di Puchong Perdana, kem wataniah dan kuarters kakitangan SUK di Shah Alam.

14. Khir mempunyai hubungan rapat dengan kontraktor yang memohon projek kerajaan negeri, misalnya beliau bersama keluarga pernah bermalam di sebuah resort mewah di Janda Baik milik kroninya. Majulia Sdn.Bhd. Ini bercanggah dengan surat aku janji yang ditandatanganinya di depan Sultan Selangor.

15. Menswastakan kutipan tunggakan pembayaran ansuran bulanan rumah awam kos rendah seluruh Selangor kepada syarikat kroni, Noble Nexus Sdn Bhd melalui perjanjian konsesi pada 27hb. September, 2001. Untung lumayan dapat dipungut secara mudah kerana tugas Nobel Nexus hanya menghantar notis saman dan 30% kutipan menjadi miliknya.

16. Meluluskan pembelian kenderaan rasmi kepada Exco Kerajaan Negeri Selangor dan Menteri Besar (dirinya sendiri) melalui mesyuarat Exco ke 25 tahun 2001 pada 26hb. September, 2001, tanpa melalui prosedur yang lazim digunakan. Usia kereta rasmi MB belum sampai lima tahun (didaftarkan pada Jun 1997), dan tempoh Khir menjadi MB baru setahun iaitu tidak sampai lima tahun seperti sepatutnya. Beliau juga tidak merujuk kes ini kepada Perbendaharaan dan Ibu pejabat JKR di Kuala Lumpur. Meskipun menyentuh kepentingannya, di mana kereta rasminya Merc S320L, no. plat BGF7337 ditawar untuk dijual kepadanya, Khir masih mempengerusikan mesyuarat dan tidak mengisytihar kepentingannya.

17. Khir mengarahkan agar semua minit dan kertas mesyuarat exco dikutip semula selepas mesyuarat tamat, manakala segala bahan-bahan penting mesyuarat Exco yang dipengerusikannya sejak Ogos 2000 tidak dibenarkan disimpan oleh Exco lain. Selalunya kertas-kertas penting itu diedarkan kepada anggota Exco sehari sebelum mesyuarat, iaitu pada Selasa, tetapi selepas isu rasuahnya terbongkar, ia hanya diserahkan selepas setiap Exco duduk di kerusi masing-masing. Maknanya, "Exco Selangor masuk mesyuarat berlenggang, keluar pun berlenggang."

18. Meluluskan hampir 11 ekar tanah di Bandar Baru Bangi, yang diwartakan sebagai kawasan rekreasi kepada syarikat kroni, Bestarama Sdn.Bhd. Masyarakat setempat membuat bantahan kerana setakat ini banyak kawasan hijau dibangunkan demi mengejar keuntungan lumayan. Bestarama boleh untung segera lebih RM14 juta. Menariknya, pemegang syer Bestarama juga pemegang syer Noble Nexus. Kedua-dua wanita itu hanya penama bagi suku-sakat Khir.

19. Menggunakan ratusan ribu ringgit wang kerajaan negeri untuk membeli iklan dua muka penuh berwarna dalam Utusan Malaysia, sekurang-kurangnya pada 1hb. Feb, 16hb. Mac, 2002, bagi menjawab serangan Lutfi Othman yang mendakwa Khir mengagihkan tanah (yang luas dan mahal), pelbagai projek besar, balak, buat kroni dan suku-sakatnya.

20. Mengeksploit mesyuarat Majlis Tindakan ekonomi Selangor (MTES), untuk meluluskan segala tanah & projek kepada sesiapa yang disukainya tanpa kehadiran Exco lain. Mesyuarat Exco esoknya (pada setiap Rabu) hanya mengesahkan saja. MTES, menurut bekas penasihat undang-undang negeri, adalah tidak sah dari segi legal kerana ia merampas kuasa mesyuarat Exco.

Saturday, February 21, 2009

SPEAKER PERAK IKUT PERATURAN?

Oleh: http://idhamlim.blogspot.com/

Berikut adalah petikan dari Peraturan Tetap Dewan Undangan Negeri Perak untuk kita teliti bersama sebagai penerangan dan hujah kepada musuh kita yang setiap hari memutar belit isu ini sejak speaker Dun Perak, V. Sivakumar bersama jawatan Kuasa Hak dan Kebebasan mengenakan tindakan menggantung Zamry selama 18 bulan dan 6 ADUN lain selama 12 bulan.

Putar belit yang disebarkan dalam pelbagai media mesti dijawab dan disebarkan oleh semua penyokong PR yang mendapatkan maklumat ini.

72. (1) Hendaklah ada sebuah Jawatankuasa yang akan dinamakan Jawatankuasa Hak dan kebebasan, mengandungi Tuan Speaker sebagai pengerusi dan enam ahli yang dilantik oleh Dewan dengan seberapa segeranya yang boleh selepas dimulakan tiap-tiap penggal Kepada Jawatankuasa ini hendaklah diserahkan apa-apa perkara yang nampaknya menyentuh kuasa-kuasa , hak-hak dan kebebasan Dewan. Adalah menjadi kewajipan Jawatankuasa ini menimbangkan apa-apa perkara demikian itu yang diserahkan kepadanya dan mengeluarkan penyata di atas perkara-perkara itu kepada Dewan.

(2) Bila Dewan tidak bersidang, seseorang ahli boleh memberitahu Tuan Speaker jika ada dikatakan telah berlaku kesalahan melanggar peraturan hak-hak dan kebebasan Dwan. Tuan Speaker, jika berpuas hati bahawa pada zahirnya telah dilakukan kesalahan itu, bolehlah diserahkannya perkara itu kepada Jawatankuasa ini dan Jawatankuasa ini hendaklah melaporkan kepada Dewan berkenaan dengannya.

(3) Jawatankuasa ini berkuasa memanggil orang hadir di hadapannya dan meminta dikeluarkan surat-surat dan boleh mengeluarkan penyata kepada Dewan dari masa ke semasa.

78.(3) Sesuatu penyata atau penyata khas bersama dengan minit prosiding sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan minit apa-apa keterangan yang diambil di hadapan Jawatankuasa itu hendaklah dibawa ke Dewan oleh Pengerusi atau ahli8 lain yang diwakilkan oleh jawankuasa itu dan hendaklah diperintahkan dibentang di meja Dewan dan dicetak dengan tidak dikemukakan bagi diputuskan oleh mesyuarat.

89. Keputusan Tuan Speaker berkenaan dengan sebarang tafsiran dalam mana-mana Perintah-perintah Tetap itu atau berkenaan dengan sebarang amalan tertakluk kepada usul yang dibawa dengan maksud itu adalah muktamad dan Tuan Speaker dari semasa ke semasa boleh mengeluarkan keputusan berkenaan dengan perkara-perkara ini.

DARI PERDANA KE VOLVO - BISINGLAH TV 3

Sumber: harakahdaily

KUALA LUMPUR, 21 Feb (Hrkh) - "Tiada akhbar yang akan laporkan", begitulah yang diluahkan oleh seorang pemberi maklumat berhubung tindakan kerajaan BN Sabah menukar kenderaan rasmi Perdana kepada Volvo 2.5 cc.

Pemberi maklumat yang enggan namanya disiarkan berkata, Ketua Menteri Sabah Dato' Seri Musa Haji Aman dikatakan telah menukar dari Proton Perdana V6 ke Volvo 2.5 yang baru atas alasan kos senggeraan yang tinggi untuk Perdana.

"Masalahnya di Sabah tiada pengedar dan pusat khidmat Volvo yang disahkan. Kalaulah kerajaan Kelantan pakai Volvo agaknya jadi berita utama dan muka depan TV3, RTM, Utusan, Berita Harian dan yang sewaktu dengannya selama berbulan-bulan," katanya.

Namun ujar beliau, dalam kes kerajaan Sabah ini, tiada akhbar yang mahu melaporkan jauh sekali mensensasikan isu tersebut berbanding isu penukaran kereta kerajaan Selangor sebelum ini, ujarnya. - mns _

TAHNIAH SPRM

Gembira sungguh saya apabila melihat kecekapan SPRM akan mendakwa Khalid Ibrahim, MB Selangor yang belum memerintah satu tahun pun. Jika kes yang kecil ini mudah dibuktikan, tentu SPRM mampu mendakwa kes di zaman Khir Toyo, kes AP Rafidah, kes permit tenaga kerja asing, kes permit teksi, kes eurocopter dan lain-lain lagi kerana melambak buktinya.

Kita mahu kerajaan bersih. Jangan "cekap" sebelah.

Friday, February 20, 2009

RENUNG SEJENAK - malaysiaku



Klik untuk lebih jelas

SKIM CEPAT KAYA MAHATHIR

Oleh: Hishamudin Rais

Penswastaan ialah satu dasar ekonomi yang dianjur oleh kaum pemodal kapitalis pada tahun 1980-an dahulu. Ia adalah dasar ekonomi yang mula-mula dianjurkan oleh Ronald Reagan dan Margaret Thatcher. Ia merupakan dasar ekonomi kapitalis fahaman kanan yang ekstrem.

Sebelum dasar penswastaan diperkenalkan, banyak negara dalam dunia ini masih memiliki harta-harta dan syarikat-syarikat milik awam. Banyak syarikat yang berjaya ini dimiliki dan dikendalikan oleh kerajaan. Syarikat awam ertinya syarikat yang dimiliki oleh orang ramai.

Kaum pemodal meleleh air liur apabila melihat syarikat-syarikat air, elektrik, pos, telefon, penerbangan, sekolah, hospital dan seribu satu macam syarikat yang dimiliki oleh rakyat. Kaum pemodal tidak dapat menahan nafsu duitan mereka untuk merompak syarikat-syarikat ini.

Syarikat-syarikat milik kerajaan bermula dengan cita-cita untuk memberi khidmat kepada orang ramai. Syarikat-syarikat ini diusahakan bukan atas dasar mencari untung maksimum.

Dalam masa yang sama syarikat-syarikat ini juga berjalan dengan pengendalian yang baik dan profesional. Untung bukan slogan syarikat-syarikat ini. Rugi juga bukan moto syarikat ini.

Khidmat untuk orang ramai ialah syahadah untuk semua syarikat milik kerajaan. Syarikat-syarikat ini berimankan "khidmat terbaik untuk kesejahteraan ramai". Syarikat milik orang ramai didirikan untuk memberi khidmat kepada semua mereka.

Tiba-tiba Dr Mahathir Mohamad melancarkan skim cepat kaya pada tahun 1980-an. Syarikat-syarikat Tenaga Nasional, Telekom Malaysia, MAS, bekalan air, khidmat pos, hospital, Taman Negara dan jalan raya – semua ini contoh syarikat dan harta orang yang diagih-agihkan olehnya kepada kaum kerabat dan kroninya.

Inilah skim cepat kaya Mahathir yang dijadikan dasar gerombolan United Malays National Organisation. Pada tahun-tahun itu, ketika Mahathir masih di takhta, kita ada mendengar berita Mamat Basikal Buruk jadi taukeh gedung-gedung perniagaan.

Kita mendengar Mat Drebar Lori jadi pemilik empangan terbesar. Kita mendengar Mat Sekolah Tak Tamat menjadi tuan punya syarikat penerbangan. Kita mendengar cerita Mat Tak Pandai Cakap Inggeris menjadi pemilik loji air.

Semua harta dan syarikat yang dimiliki orang ramai telah diambil alih untuk dijadikan milik peribadi. Semuanya dirompak untuk diagihkan kepada kroni.

Cara rompakan ini cukup senang: Para kroni mengajukan cadangan-cadangan dengan kertas kerja kepada Unit Perancangan Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Bunyinya cukup lunak tetapi hakikatnya amat berlainan. Badan perancangan ini juga dirasuah untuk meluluskan rompakan ini. Para birokrat di badan perancangan ini juga mendapat habuan untuk meluluskan rompakan ini. Mereka bersubahat untuk sama-sama merompak.

Hasilnya di zaman Mahathir banyak lanun dan perompak menjadi kaya-raya.

Bayangkan puluhan puluh tahun syarikat dan harta ini cuba dibangunkan sedikit demi sedikit. Syarikat MAS - dari dua buah kapal terbang yang disewa akhirnya menjadi sistem penerbangan antarabangsa.

Bayangkan dari hanya beberapa buah peti pos akhirnya perkhidmatan pos berjaya memberikan khidmat ke seluruh negara.

Cuba fikirkan bagaimana hutan diteroka, jalan raya dan landasan keretapi dibuat.

Berapa bilion ringgit pelaburan telah dicurahkan oleh kerajaan? Berapa banyak masa, tenaga dan berapa banyak nyawa rakyat telah digunakan untuk mendirikan syarikat-syarikat ini?

Dalam sekelip mata sahaja semua harta ini dirompak oleh Mahathir. Harta-harta milik kita semua ini dengan begitu senang diagih-agihkan kepada kaum keluarga dan kroni.

Dasar rompak harta orang ramai inilah yang dipanggil dasar penswastaan. Dasar ini juga dikaitkan dengan apa yang dipanggil dasar globalisasi. Dasar ini membolehkan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa datang sama menjarah dan merompak harta negara kita.

Apakah kita lupa syarikat Air Kelantan pada satu masa dahulu sebahagian besarnya adalah milik Thames Water dari United Kingdom?

Tidakkah kita berasa takut apabila air yang kita minum ini tuan empunyanya ialah orang luar? Tidakkah kita berasa gerun apabila hospital kita adalah milik Singapura, Britain atau Amerika Syarikat?

Tidakkah kita terganggu apabila syarikat telefon kita kini dimiliki oleh Jepun, Korea Selatan dan Australia?

Dasar penswastaan telah berjalan lebih 20 tahun. Porak-peranda hasil pelaksanaan dasar ini sedang kita lihat. Sekolah dan universiti bukan lagi gudang ilmu untuk mendidik warga bangsa tetapi menjadi gedung "menipu" untuk membuat duit.

Hospital yang dulunya milik kita bersama kini apabila kita jatuh sakit kita pula kena bayar. Kita diberi ubat yang "tidak bermutu" tetapi jika hendakkan ubat yang bermutu – sila bayar.

Jika tidak ada duit, maka jawabnya kita dapat rawatan lekeh atau tidak ada rawatan langsung.

Lihat pula berapa banyak jalan raya sedang dihalang dengan tol. Air dan api dinaikan tarifnya saban tahun. Telefon terus melonjak sewanya. Untung, untung dan untung dijadikan akidah syarikat-syarikat swasta ini.

Dahulu - ketika semua syarikat ini dimiliki oleh orang ramai – jika dapat untung, keuntungan ini akan dimasukkan ke dalam dana negara. Apabila syarikat ini diswastakan, apabila ada untung, maka untung ini masuk ke dalam poket tuan pemilik saham syarikat ini.

Inilah bezanya antara syarikat milik kerajaan dengan syarikat yang diswastakan.

Minggu lalu Najib Razak telah cuba melakukan tindakan seumpamanya. Najib sedang membuka jaringan kroni-kroni baru. Sime Darby kroni pertama Najib. Jika diselidik dan dihalusi, maka pasti akan kita ketemui bahawa Najib dan kaum kerabatnya mungkin ada memiliki kepentingan.

Sime Darby ingin merompak Institut Jantung Negara melalui penswastaan. Ia telah dipersetujui oleh Najib. Dia sendiri membuat kenyataan - dia tidak akan menghalang niat Sime Darby.

Lihat dengan licik Najib telah "membocorkan" berita rancangan ini sesudah Parlimen ditutup untuk bercuti satu bulan. Najib tidak mahu projek penswastaan (baca: rompakan) IJN ini dibincangkan di Parlimen. Pasti perancangan ini telah lama berjalan secara senyap-senyap.

Pasti ada rundingan yang telah dibuat. Kenapa projek penswastaan ini tidak diberitahu secara telus kepada wakil rakyat di Parlimen? Kenapa dengan tiba-tiba Najib bersetuju? Mana dia dasar ketelusan yang selalu diuar-uarkan oleh gerombolan United Malays National Organisation?

Semua perjanjian penswastaan dibuat dalam gelap. Hingga ke hari ini kita – orang ramai – masih belum dapat membaca perjanjian antara kerajaan dengan syarikat pemegang konsesi lebuh raya. Perjanjian syarikat ini telah dibuat dengan kerajaan.

Ertinya perjanjian ini dibuat dengan kita semua. Kerajaan itu ialah orang ramai. Orang ramai ialah kita semua kerana kita yang melantik kerajaan. Kalau kita melantik kerajaan, kenapa kita tidak boleh mengetahui apa yang dijanjikan?

Justeru, dasar penswastaan ini wajib dihentikan. Dasar ini membawa mudarat kepada orang ramai. Tugas kerajaan bukan untuk mengayakan kroni dan kaum kerabat.

Tugas kerajaan yang berjiwa rakyat ialah mendahulukan kepentingan ramai daripada kepentingan kroni dan anak bini. Tugas utama kerajaan ialah untuk memastikan rakyat terbanyak hidup selesa dengan pembahagian dan agihan ekonomi yang adil.

Rakyat wajib berwaspada dengan dasar penswastaan. Orang ramai perlu membuka mata dan berjaga-jaga kerana perompak-perompak harta orang ramai ini masih berkeliaran.

Selagi mereka berkuasa, rompakan harta rakyat akan berterusan. Untuk ini kita tidak ada pilihan – hentikan dasar ini dan mereka ini kita nyahkan daripada tampuk kuasa.

Thursday, February 19, 2009

NASIB PENEROKA BANDAR MELAYU

Apabila orang Melayu meneroka tanah di bandar, UMNO/BN tidak ada dasar nak beri hak milik kepada peneroka bandar itu.

Maka kini jika tanah itu diambil oleh pihak berkuasa yang berkolusi dengan golongan korporat, mereka dengan mudah dinyahkan tanpa mendapat pampasan yang setimpal. Baik lagi nasib kaum Cina di pertempatan kampong baru.

Baca di sini.


Wednesday, February 18, 2009

PERAK; DRAMA BERMULA

Sumber: http://idhamlim.blogspot.com/

IPOH, 18 Feb.:- Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mengumumkan penggantung Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, selama 18 bulan dan enam enam Ahli Majlis Mesyuarat (Exco) kerajaan negeri selama 12 bulan daripada menghadiri sesi Dewan berkuatkuasa serta merta pada jam 7.00 tadi di sini.

Keputusan itu dibuat selepas Zambry dan Exco beliau tampil dihadapan Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN pada jam 2.30 petang tadi.

Mereka sebelum ini diberi notis oleh Setiausaha Dewan, Hj. Abdullah Antong supaya membela diri berikutan aduan Adun Canning (DAP), Wong Kah Woh bahawa majlis angkat sumpah mereka bertentangan dengan Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan menghina DUN kerana Menteri Besar Ke-10,YAB. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, belum meletak jawatan secara rasmi.

Selain Sivakumar, Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN dianggotai Husin Din (Pas-Selingsing), Chan Ming Kai (PKR-Simpang Pulai), Ong Boon Piow (DAP-Tebing Tinggi), Loke Chee Yan (DAP-Kepayang) dan Sum Chok Leng (DAP-Bercham), manakala wakil tunggal Barisan Nasional (BN) ialah Datuk Hasbullah Osman (Temenggor).

Soal moral wakil rakyat tidak boleh diletak ke tepi

Oleh: UM

SATU lagi berita mengejutkan negara apabila seorang ahli politik tempatan terpaksa melepaskan jawatan kerana masalah moral.

Ekoran kesediaan Elizabeth Wong meletak jawatan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Lanjan dan Exco Kerajaan Negeri Selangor semalam, bermakna satu lagi pilihan raya kecil bakal diadakan.

Dua pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri - Bukit Selambau, Kedah dan Bukit Lanjan, Selangor perlu diadakan kerana kedua-dua wakil rakyat PKR itu telah meletakkan jawatan akibat 'masalah peribadi' masing-masing.

Kejadian ini bukanlah sesuatu yang baru dalam politik negara. Beberapa pemimpin terdahulu termasuk dari Barisan Nasional juga pernah dikaitkan dengan skandal seks sehingga karier politik mereka terjejas.

Dalam suasana baru politik tanah air, penyebaran gambar bogel atau video di dalam Internet mengenai hubungan seks ahli politik dengan pasangannya boleh dianggap satu bentuk pencabulan maruah dan pelanggaran ruang peribadi.

Tetapi daripada sudut nilai moral, agama dan masyarakat timur, kita masih belum dapat menerimanya. Oleh itu adalah wajar ahli politik yang 'terpalit' dengan lumpur skandal moral begini harus melepaskan jawatan yang disandangnya. Mereka tidak layak memimpin rakyat jika nilai moral mereka dipertikaikan.

Seseorang pemimpin yang menjadi wakil rakyat perlu menunjukkan contoh terbaik kepada orang ramai.

Selain soal integriti, nilai moral yang tinggi juga adalah antara peranan yang perlu dimainkan oleh wakil rakyat.

Mereka harus sedar bahawa ahli politik tidak lagi mempunyai kehidupan peribadi sebaik-baik sahaja bergiat dalam bidang politik yang penuh dengan ranjau.

Sebab itu ahli politik perlu menjaga kehidupan peribadi dan tidak wajar ia menjadi tontonan masyarakat umum.

Kita memahami ahli politik juga adalah manusia biasa yang melakukan kesilapan. Jadi ada penyokong dan golongan yang bersimpati kepada ahli politik yang terpalit dengan insiden moral ini berpendapat kesilapan yang dilakukan itu boleh dimaafkan.

Bagi mereka, apa yang penting ialah keupayaan, kebolehan dan komitmennya untuk memimpin. Perkara-perkara peribadi yang dilakukan di luar tugasnya tolak ke tepi. Hak wakil rakyat sebagai individu jangan diganggu.

Tetapi, kita percaya dalam mana-mana agama selain Islam, perbuatan yang terlarang tetap salah tanpa mengira status individu. Ia tetap tidak boleh diterima.

Dalam politik, nama baik parti perlu dijaga. Begitu juga, parti tidak mahu sesuatu isu berkaitan dengan skandal seks dijadikan modal untuk memburukkan parti oleh pihak lawan ataupun seteru politik dalam parti mereka sendiri.

Paling utama, jangan hilangkan kepercayaan dan harapan rakyat yang mengharapkan integriti penuh daripada wakil rakyat yang mereka pilih dalam pilihan raya.

Masyarakat pengundi kita sudah celik dan pintar memilih wakil rakyat mereka. Mereka mampu membuat saringan yang lebih teliti, rapi dan ketat. Selain hubungan politik, sosial dan undang-undang, soal moral pun sudah menjadi satu isu yang tidak boleh ditolak ke tepi sekarang.

Moral menjadi satu bentuk tapisan baru dalam menentukan pemilihan wakil-wakil rakyat pasca peletakan jawatan Dr. Chua Soi Lek.

Selepas kes Soi Lek, keperibadian ahli-ahli politik dipantau oleh pucuk pimpinan parti dan orang ramai.

Ini bermakna, kualiti seperti kerja kuat, mempunyai hubungan baik dengan masyarakat dan setia kepada parti belum cukup dalam politik era sekarang.

KHAS UNTUK HJ HADI

Oleh: Penarik Beca

Saya juga masih ternanti-nanti sehingga kini bukti-bukti yang sahih, empirikal serta tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa berkerjasama dengan Umno lebih ringan mudaratya.

Saya juga tercari-cari sejauh manakah penerimaan kepada putar-belit bahawa Sultan terpaksa menjatuhkan Haji Mohammad Nizar Jamaluddin kerana kononnya dia dilembukan oleh DAP dan memberi tanah tapak rumah sebanyak 3,000 ekar kepada orang-orang Cina (tiga ribu ekar). Saya tahu Sultan marah dengan tindakan itu. Ada rakan dari Kelantan yang memberitahu bahawa perkara itu dinyatakan oleh Sultan dalam pertemuan dengan seorang kepala NGO yang dicipta selepas Umno dan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi dan peluang mentekedarah duit dalam pilihan raya 8 Mac tahun lalu.

Semua orang tahu Umno sedang berusaha keras untuk merampas kembali Selangor dan Perak terutamanya. Semua orang tahu bahawa Selangor adalah jelapang duit bagi Umno.

Perak juga jelapang duit Umno. Parti itu kerugian besar apabila kalah dalam pilihan raya 8 Mac lalu dan hilanglah peluang buat duit. Mestilah marah apabila terkubur peluang buat duit dengan menggadai tanah-tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial di tengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor serta dalam daerah Kinta dan Perak Tengah sedangkan perkara itu telah mereka janjikan kepada tauke-tauke untuk memuktamadkan penggadaian tersebut selepas pilihan raya 8 Mac tahun lalu.

Marah sangat sebab bagi 3,000 ekar tanah tapak rumah kepada Cina? Kalau marah sangat, kenapa tak sebak dan menangis apabila melayangnya entah berapa ribu ekar tanah kerajaan dan tanah rezab Melayu di Perak semasa zaman pemerintahan Umno Barisan Nasional sebelum 8 Mac 2008 lalu? Antaranya:

1. 22,000 ekar - Ya! dua puluh dua ribu ekar - tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung

2. 5,000 ekar di Beruas

3. 500 ekar kepada MCA di Bandar Baru, Kampar (UTAR)

4. 12,000 ekar kepada semua petani Cina di Coldstream, Bikam, Bidor

5. 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong - sekarang milik YTL kerana digadai oleh pemimpin Umno kepada YTL. Ini tanah rezab melayu di Padang Rengas!

6. Dan, banyak lagi jumlah keluasan yang kecil di sana-sini di seluruh Perak.

Ketika kerajaan pimpinan Umno Barisan Nasional membuat pesta melelong tanah kerajaan dan tanah rezab Melayu tersebut, di mana air mata? Di mana budak-budak yang diupah semurah RM50 seorang untuk menunjuk perasaan? Itu bukan "mencuri hak tanah kepunyaan Melayu". Adakah Cina yang mencuri atau Umno yang mencuri?

Marah sangat sebab bagi 3,000 ekar tanah tapak rumah kepada Cina? Sila baca petika berita Utusan Malaysia yang berikut:
(Setiausaha Perhubungan Umno Perak, Datuk) Ramly (Zahari) berkata, kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini telah berusaha memastikan penduduk di 134 kampung baru di Perak memiliki suratan hak milik secara sah.

Katanya, usaha ini dilakukan sehingga sanggup memberi diskaun premium beberapa kali bagi penyambungan tempoh hak milik.

"Semasa BN dahulu kita telah berjaya mengeluarkan sebanyak 48,183 hak milik mukim dan 4,672 hak milik berdaftar.

"Kita percaya tidak sampai 10 peratus daripada jumlah lot kampung baru yang belum memiliki suratan hak milik. 10 peratus ini pun sebenarnya hanya tinggal di peringkat untuk membuat pendaftaran sahaja," katanya.
Sekurang-kurangnya sudah 90 peratus suratan hak milik yang sah diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional Umno kepada penduduk kampung baru di Perak. Kenapa istana tak gunakan isu itu sebagai alasan untuk menghambat Menteri Besar Perak ketika itu?

Come on la! Bukan semua orang boleh diperbodohkan seperti mereka yang telah berjaya diperbodohkan. Kulaan suruh takut dan taat perintah yang mana? Kalau di zaman Revolusi Islam Iran dahulu, Imam Khomeini quddisa sirruh mengarahkan para pendukung Revolusi Islam mencampakkan serban ulama jahat ke dalam longkang! Babi lebih mulia dari depa, itu aku kata!!

(Nota: Saya tak suka sakitkan hati Sultan Perak. Dia lebih tua dari saya dan Islam menyuruh saya supaya hormat yang tua dan kasih yang muda. Saya juga sentiasa menyanjungi dan mengenang jasanya menandatangani pindaan Perlembagaan 1993. Tapi, ada masanya saya tak mampu duduk diam macam lembu kenyang. Saya memohon maaf kepadanya dan sentiasa menghormatinya sebagai seorang yang lebih tua dari saya. Saya juga akan sentiasa menyanjungi jasanya menandatangani pindaan Perlembagaan itu.)

Tuesday, February 17, 2009

UNTUK PERHATIAN YB SALAHUDIN

Sumber: Al Husseyn.

Dato' Seri Ir.. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin mengulas isu tanah :

Sebenarnya dalam mesyuarat exco kerajaan PR Perak ini ada di hadiri oleh 3 orang pegawai kanan yang cukup berpengalaman sebagai Ex-Officio. Ini dibuat bagi membimbing serta menasihati semua ahli MMK supaya tidak buat keputusan yang berlanggaran atau bercanggah dengan setiap perundangan dan ketetapan negara dan negeri.Oleh yg demikian setiap keputusan yang dibuat adalah melalui proses yang menyeluruh dan merujuk kepada mereka.

Kedua, semua ketua jabatan teknikal negeri memberi komen dan input tentang setiap permohonan terutama hal ehwal tanah, perlombongan, pelaburan dsbnya. Mereka juga akan menasihati jemaah exco dalam membuat keputusan.

Ketiga, setiap kali sebelum bermesyuarat exco, semua kertas baru untuk kelulusan atau penolakan akan dipersembahkan kepada kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak atau Raja Muda , Raja Dr Nazrin Shah. Lagipun, setiap keputusan yang dibuat pada mesyuarat exco sebelumnya juga akan dibentang minitnya kepada DYMM Sultan.

Tohmahan mengenai "gadai tanah" kepada Cina atau seumpamanya tidak berasas sama sekali dan hanya menunjukan kurang hemah serta bijak dalam membuat dakwaan tersebut. Sekali gus memperkecilkan kewibawaan semua institusi kerajaan yang terlibat.

Untuk pengetahuan semua, saya ingin menyatakan sedikit maklumat yang mana puluhan ribu ekar tanah kerajaan serta tanah rizab Melayu yang di gadai dan dijual kepada kaum lain oleh kerajaan terdahulu sebagaimana UMNO menggadaikan Singapura, Pulau Pinang, Batu Putih, Sebahagian Pulau di Langkawi atau Pulau Pangkor Baru. Sebahagian tanah kerajaan dan rizab melayu yang melayang ketangan Cina akibat kecerdikan kerajaan terdahulu ialah:

  • 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh Dua RIBU ekar) tanah kerajaan di gadai kepada gergasi KLK di Lekir, Manjung.
  • 5,000 ekar di Bruas 1500 ekar kepada MCA di Bandar Baru , Kampar (UTAR)
  • 12,000 ekar kepada semua petani cina di Coldstream , Bikam, Bidor Dan banyak lagi jumlah kecilan diseluruh negeri.
  • 200 ekar tapak kilang simin Perak Hanjoong (sekarang YTL kerana di gadai oleh pemimpin UMNO kepada YTL! ) Ini tanah rizab melayu di Padang Rengas, Kuala Kangsar dekat Hiway!
  • Kerajaan PR berjaya menghentikan penggadaian tanah kerajaan di beberapa lokasi komersial ditengah bandar Ipoh, Taiping, Bidor , Kinta, dan Perak Tengah pada pertengahan bulan Mac 2008, tarikh kerajaan PR ambil alih, oleh kerana tanah tersebut telah dijanjikan kepada towkay- towkay jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9 Mac 2008 (selepas PRU-12).
  • Sebenarnya penganugerahan hak milik selamanya kepada 102,000 lot kampong tersusun (kebanyakan melayu), 47,000 lot kampong baru (kebanyakan cina) dan sebilangan kecil kampong adat (orang asli), adalah janji PAS dalam manifesto PRU-12.Bukan janji DAP!.

DAP tiada manifesto ketika itu di Perak. Seandainya semua keluarga kampong baru (47,000) menerima anugerah hak milik selamanya, ianya hanya melibatkan sejumlah tanah tak lebih dari 3000 ekar . Ya! tak lebih tiga ribu ekar.

Oleh kerana tanah lot di kampong baru jauh lebih kecil saiznya. Kerajaan akan memperolehi tambahan revenue (oleh kerana kenaikan kadar premium tanah ) sejumlah RM330 juta.

Nilaian tanah akan menjadi RM1.6 billion dipasaran dan tanah tersebut boleh disandarkan ke bank komersial oleh tuan milik jika di tukar kepada hak milik selamanya. Mereka boleh buat pinjaman dan membina rumah yang kekal dan cantik kerana tiada kebimbangan tanah mereka akan dirampas dimasa akan datang. Ini cuma kampong baru, belum lagi kampong tersusun! Cuba bandingkan dengan jumlah keluasan tanah yang digadai oleh kerajaan dahulu!

Kerajaan Perak tiada dapat apa-apa bahkan kerugian berjuta-juta dan putih biji mata kita orang melayu sebagaimana melihat "kecerdikan " pimpinan UMNO gadai Singapura, Penang dll.

Saya amat berharap menghebahkan perkara sebenar kepada rakyat Perak khususnya kaum saya orang melayu, akan pengkhianatan pimpinan UMNO sewaktu mereka berkuasa dahulu. Namun hajat ini tidak kesampaian kerana TM Radio Perak FM tak bagi kerana di milik UMNO, (agaknya!).

(Ulasan saya: Jangan kerana sentimen Melayu, nak berpakat dengan Umno)

BELALAH ORANG TU

Menyampah sekali apabila 2 Khalid membela pompuan tu. Ini bukan kes bogel dalam tandas atau dalam bilik tidur. Tetapi bagaimana kau mengizinkan orang lain bebas keluar masuk dalam rumah dan bilik kau sehingga membolehkan mereka mengambil gambar kau tu.

Membela orang buat tak betul pun sejenis asobiyyah juga oi.

Semua orang tau ideologi dan cara hidup pompuan tu. Memang tak layak jadi Adun dan Exco. Dr Lo Lo pun nak membela juga. Haru haru. Kalau geng BN, cepat aja suruh berhenti.

Monday, February 16, 2009

KUAT BERJUANG TAPI TAK JAGA AKHLAK

Walaupun anda bukan muslim, fitrah manusia mahu orang yang menjaga moral umum. Walaupun di negara barat, juga tak menerima cara hdup bebas bagi pemimpinnya.

Maka eloklah letak jawatan jika sejarah lampau anda macam tu.

Walaupun kuat berjuang, berkorban, akhirnya orang awam akan melihat akhlak anda.

Satu lagi pilihanraya kecil lagi selepas 2 Bukit....

RAJA MAKIN BERKURANG

Raja atau Institusi Raja makin berkurang dalam dunia ini. Memang tak guna punya manusia yang membuang Raja dan Kedaulatan Raja-Raja. Malaysia juga yang bagus kerana mempertahankan Raja-Raja. Bukan satu Raja tetapi sembilan Raja. Mana ada rakyat dalam dunia ini macam tu kecuali di Malaysia. Raja itu bahasa hindu. Sultan bahasa arab. Maksud lebih kurang sama. Yang beza hanya elaun kot. Ha ha

Bila Umno nak buang kuasa Raja, Pas yang membantah. Bila Pas tak patuh raja, Umno yang membela raja. Bagus sekali rakyat Malaysia.

Ye le, kena sokonglah Raja. Kalau tak, tak merasa anugerah Dato dan Dato Seri. Jika tak percaya, tanya Salahudin Ayub. Dia sayang kat Raja!!!!

Hujah Dr M semasa pindaan perlembagaan menghadkan kuasa Raja, sila klik di sini. Geng Royalis dalam Pas tak menyokong usul ini tetapi Pak Yusof Rawa dan Mohamad Sabu menyokong usul ini. Ha ha. Saya, ikut semangat Revolusi Iran. Ha ha.

Saturday, February 14, 2009

SATU KRISIS LAGI DI PERAK

Wah sudah ada kes baru lagi di Perak. Hebat-hebat. Kali ini MB Perak yang baru pula akan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN Perak. Jika tak betul-betul MB ini akan digantung keahlian sebagai anggota DUN

Baca di sini.

APABILA KARPAL DIHARAMKAN MASUK PERAK

Apa punya naif mengharamkan Karpal Singh memasuki Perak, Kedah dan Selangor kerana menyaman Sultan Perak.

Dr Mahathir dulu, merobek semua gigi Raja-Raja Melayu melalui pindaan perlembagaan, tak kena apa pun. Malah semua menyokong habis-habisan kepada Dr M kecuali Semangat 46 dan Pas.

Allah pun biarkan hamba-hambanya di bumi ini walaupun menderhaka dengan syariatnya!!!!

Friday, February 13, 2009

ADUN PKR LOMPAT

PKR parti termuda sekali dalam politik di negara ini. Anggotanya dari pelbagai segmen masyarakat. Ada yang bekas Umno, bekas NGO, bekas pendokong reformasi 1998 dan ada yang fresh dari mana-mana aliran parti politik negara ini.

Oleh kerana parti ini masih muda, maka pemilihan pimpinannya belum lagi melalui tapisan yang lebih rapi, kemas dan menyeluruh dari segi integriti dan prinsip dalam perjuangan khususnya di peringkat bawahan dan bahagian. Antara mereka ada yang baru masuk parti 2 hari, sudah layak menjadi calun pilihanraya. Ada di kalangan mereka datangnya dari parti lain yang tak berpeluang menjadi calun pilihanraya dan menggunakan PKR sebagai wadahnya untuk jadi YB.

Maka terjadilah ada anggota Exco Negeri dan Adun yang mudah diresapi oleh budaya rasuah dan sex. Jika Pas dan DAP yang lama dalam arena politik negara pun belum terjamin memiliki kepimpinan yang tegar dengan prinsip, inikan pula PKR yang masih remaja lagi.

Alahai...

CIS !! JANGAN DERHAKA

Oleh: TT

Apabila Hang Jebat bangun melawan Sultan Melaka itu bukan menderhaka. Hang Jebat membetulkan apa yang salah. Bendahara Melaka tidak membunuh Hang Tuah, walau pun telah dititahkan oleh Baginda Sultan. Tindakan Bendahara ini juga bukan menderhaka. Bendahara membuat pekara yang betul. Sultan Melaka yang salah.

Derhaka adalah satu konsep yang wujud dalam pembudayaan Melayu. Kita selalu mendengar Anak Derhaka. Konsep derkaha berkait rapat dengan perintah. Anak dikatakan derhaka terhadap ibu bapa jika TIDAK menurut perintah emak dan ayah.

Derhaka disini di gunakan untuk mendidik anak-anak agar mendengar cakap orang yang lebih tua. Atau nasihat dari orang yang lebih berpengalaman. Ianya adalah pagar budaya agar mereka yang lebih muda dan kurang berpengalaman tidak akan terjerumus membuat kesilapan.

Konsep pembudayaan Melayu untuk mendidik anak-anak ini telah ‘dirampas’ dan ‘dirompak’ oleh gulungan feudal Melayu untuk menerap dan memperkukuhkan kuasa feudal mereka terhadap manusia Melayu.

Sistem ekonomi feudal didalam dunia ini memiliki ciri dan pola yang sama. Sistem feudal muncul di zaman peralihan tamadun manusia, di zaman manusia mula hidup berkelompok dan berpuak-puak. Secara tersendiri dalam kelompok-kelompok ini akan lahir pemimpin, gedebe atau kepala. Mungkin kerana badannya sasa dan berani bertempur. Mungkin kerana dia memiliki bakat pimpinan. Kalau dalam budaya Melayu susuk ini pandai ilmu silat dan keilmuan batin.

Akhirnya di Kampong Hulu ada pemimpi muncul. Di Kampong Hilir ada juga gedebe kampong. Pemimpin atau gedebe ini ini diperlukan untuk memberi arah tauladan ketika bekerjasama, berseraya atau bergotong royong ke hutan mencari makanan, mencari rotan, membuat rumah beramai-ramai atau ke sawah bersama-sama. Yang menjadi kepala atau yang gedebe ini akhirnya di anggap menjadi Tok Penghulu.

Budaya ini masih dipakai lagi di kalangan Orang Asal. Pemimpin mereka di panggil Tok Batin. Tok Batin ialah Tok Penghulu untuk Orang Asal. Kalau di Negeri Sembilan mereka ini menjadi Kepala Adat atau Datuk Undang.

Apabila masyarakat mula berkembang maka kumpulan-kumpulan ini menjadi besar. Kadang kala mereka bersatu. Ada yang bersatu kerana perkahwinan. Ada yang bersatu kerana keperluan ekonomi yang memerlukan lebih ramai tenaga untuk membuka sawah atau ladang yang lebih luas. Atau mereka bersatu kerana ada musuh dari luar datang merampas tanaman, sawah padi atau anak isteri mereka.

Dari sinilah munculnya mukim, daerah, wilayah dan akhirnya menjadi negeri. Kalau kita membaca buku Sejarah Negeri Sembilan, Sejarah Perak, Sejarah Kelantan – kita akan temui pergaduhan antara wilayah-wilayah ini. Kepala Tok Batin Negeri Sembilan bergaduh dengan Tok Batin Johor. Mereka berebut harta, tanah dan kekayaan. Akhirnya gedebe Negeri Sembilan ‘derhaka’ tidak lagi mahu menurut cakap dan ‘arahan’ gedebe Johor.

Harta dan kekayaan yang di rampas dan terkumpul menjadikan gedebe, Tok Batin atau Tok Penghuu ini berupaya untuk mengupah lebih ramai orang untuk bekerja di tanah hartanya. Jika ada pula tanah yang subur akan di teroka lagi oleh orang-orang upahan. Maka harta gedebe ini semakin banyak. Akhirya dengan harta yang banyak Tok Batin, Gedebe atau Tok Penghulu ini mendirikan bala tentera untuk menawan lebih banyak lagi tanah adan harta.

Dari sinilah timbulnya konsep Raja atau Sultan. Gedebe-gebebe ini kerana memiliki harta dan tentera lalu mengakui diri mereka sebagai Raja. Untuk terus menakut-nakutkan orang kampong di buat pelbagai cerita-cerita karut bahawa Raja ini keturunan dari Atas Angin, atau dari dunia kayangan atau seperti Raja Jepun mengakui mewakili Tuhan di atas dunia ini. Semua ini karut marut.

Dalam budaya feudal Melayu ditimbulkan pula konsep tulah – ertinya tidak boleh melawan kuasa Raja. Kalau melawan akan tulah. Bila tulah rakyat biasa akan sakit dan ubatnya kadangkala di cadangkan oleh bomoh ialah meminum air basuh kaki Raja. Lihatlah bertapa lebong dan kelentongnya gedebe-gedebe yang mengakui jadi raja ini. Ini berlaku di Tanah Melayu 600 atau 500 tahun dahulu. Justeru semua ini di terima pakai oleh manusia Melayu pada ketika itu.

Apabila penjajah British datang mereka melihat Raja-Raja ini boleh dijadikan orang perantaraan atau kadangkala jadi kuda tunggangan untuk diarah ke hulu ke hilir oleh British. British menggunakan Raja Raja Melayu sebagai orang tengah untuk melembutkan hati Melayu agar manusia Melayu tidak bangun memberontak melawan penjajah.

Marilah kita sama-sama ketawa kerana Raja-Raja yang dikatakan berdaulat ini tiba-tiba hilang daulatnya bila berhadapan dengan tentera British. Daulat Raja Melayu tidak boleh memakan Mat Salleh. Tulah Raja Melayu pun tidak ‘mengeras’ kepada Mat Salleh. Tidak ada soldadu British yang jatuh sakit kerana tulah Raja Melayu.

Mat Salleh sampai kiamat pun tidak akan meminum air basuh kaki Raja Untuk mereka ini kerja orang gila. Terbukti tidak ada daulat raja disini. Daulat sebenarnya ialah soldadu dan alat tentera British yang lebih canggih dari keris dan tombak Raja Melayu. Bom dan senapang British adalah daulat dan kuasa. Terbukti daulat dan tulah ini hanyalah cerita karut marut.

Justeru, penjajah British telah memecahkan tembelang daulat Raja, keramat Raja dan segala macam cerita-cerita karut tentang Raja-Raja Melayu. Akhirnya apa yang tinggal hanyalah slogan – Orang Melayu Pantang Derhaka Terhadap Raja.

Pantang Derhaka Terhadap Raja ini di jual kepada manusia Melayu kerana hendak membodek British. Ini kerana ada Gedebe-Gedebe Melayu dan penyokong-penyokongnya telah berani bangun mengangkat senjata melawan British. Ciss, pantang Melayu derhaka pada Rajanya adalah slogan karut yang digunakan agar manusia Melayu mengikut Raja yang kini telah menjadi pengikut dan pembodek British.

Ciss, Melayu Pantang Derhaka disini bermakna Melayu jangan melawan kuasa British.

Pada hari ini tahun 2009 konsep tidak boleh derhaka terhadap Raja terbukti konsep karut. Pembudayaan Melayu telah berubah jauh dari 500 tahun dahulu. Kita sebagai manusia – Melayu, Cina, India atau sesiapa sahaja - memang di larang untuk TIDAK MENDERHAKA tetapi bukan kepada Raja. Kita sebagai manusia tidak boleh menderhaka terhadap kebenaran dan keadilan. Kita sebagai manusia tidak boleh derhaka terhadap Yang Maha Esa.

Hang Jebat tidak derhaka. Jebat telah melakukan apa yang wajib dilakukan kerana Sultan Melaka telah menjadi zalim dan memerintah mengikut kata hati. Datok Bendahara tidak mengikut titah Sultan Melaka untuk membunuh Hang Tuah kerana Bendahara sedar Sultan berada dipihak yang salah.

Yang salah tetap salah. Yang benar tetap benar. Jika Ayah yang salah maka ayah wajib di tegur. Ibu yang salah maka ibu wajib di ingatkan. Jika Adik Kecil yang betul maka Adik Kecil wajib didengari. Salah dan benar bukan kerana derajat, umur atau kerana dia Datok, Tun, Hukam , Hakim, Batang Seri atau Sultan.

Kebenaran dan keadilan bukan di monopoli oleh Raja, Sultan, Czar, Emperor atau Maharaja. Kebenaran dan keadilan adalah milik semua. Kita tidak perlu takut untuk menderhaka kalau kita menderhaka demi kebenaran dan keadilan. Malah dalam hidup ini kita diwajibkan menderhaka dan digalakan menderhaka demi kebenaran. Menderhakalah beramai-ramai jika menderhaka ini untuk kebaikan ramai. (TT)

( Telah di siar dalam Harakah )

Thursday, February 12, 2009

ADUN OKU

Rupa-rupanya Adun DAP yang melompat itu dikategorikan OKU. Dikatakan juga beliau mengidam Toyota Camry.

Alahai, kalau kita tahu dia OKU, sepatutnya dia tak layak jadi Adun. Orang OKU lebih mudah merajuk, kecil hati dan memerlukan layanan yang lebih. Maka tak hairanlah jika dia menerima tawaran daripada pihak yang membuat tawaran yang lebih. Itulah yang pimpinan PR Perak terlepas pandang akan ADUN ini.

Apa boleh buat...

3 KELAINAN REVOLUSI ISLAM IRAN

Apakah kelainan utama Revolusi Islam Iran dengan revolusi lain pada abad moden ini?. Secara ringkasnya ialah ada tiga kelainan:

Pertama, pemimpin dan cara hidup pemimpin revolusi itu. Revolusi di Iran dipimpin dan digerakkan atas nama Islam lanjutan dari semangat syahidnya cucu Rasulullah saw, Saidina Husein di Kabala. Semangat "Karbala" sentiasa dihidupkan setiap tahun di bulan muharam sempena syahidnya Saidina Husin. Maka semangat revolusi sentiasa segar di dalam dada dan jiwa rakyat Iran. Sejak Imam Khomeini menjadi pemimpin tertinggi Iran sehingga kepada Ali Khamanei, kehidupan mereka tetap sederhana, walaupun ianya sebuah negara kaya sebagai pengeluar minyak terbesar dunia. Lambang zuhud, warak, tidak bermewah, tidak bermegah dengan gelaran dan harta benda merupakan manifestasi akhlak Rasullullah saw sebagai pemimpin dunia. Jika mereka mahu hidup mewah, dunia tidak akan kata apa-apa kerana memang itulah perangai dan cara hidup pemimpin dunia jika mereka memerintah.

Kedua, Iran secara jelas, tegas, dan yakin tidak tunduk dengan dasar dan arahan imperialis Amerika. Walaupun Libya dan Iraq juga dilihat pernah tidak tunduk kepada Amerika tetapi akhirnya secara senyap, terpaksa akur dengan arahan Amerika. Iran seolah-olah Vs dunia. Itulah objektif sebuah negara Islam, membebaskan dunia dari perhambaan sesama manusia kepada tunduk kepada Allah swt.

Ketiga, rakyat Iran berjaya ditanam semangat jihad bersedia menerima risiko berperang dengan mana-mana kuasa besar di dunia ini demi Islam. Semasa lawatan saya beberapa kali ke Iran dan saya bertanya sendiri kepada pemandu teksi dan bas; jawapannya mereka sanggup syahid jika itu arahan Imam Ali Khamanei.

Ya, Iran bukan sebuah negara terpencil memikirkan hal negerinya sendiri, tetapi ia sedang menyediakan pemikiran kepada semua pemimpin negara-negara umat Islam di dunia ini supaya membebaskan diri dari cengkaman pemikiran Amerika, pelindung zionis Israel!!!!

Wednesday, February 11, 2009

ULANG TAHUN REVOLUSI ISLAM IRAN

Oleh: Omar Abdul Aziz

11 Februari adalah ulang tahun Revolusi Islam di Iran. Revolusi itu telah mencorak kebangkitan dan gerakan Islam abad ke-20. Kini dunia berada pada awal abad ke-21.

Maka, dapatlah dibuat penilaian kejayaan dan kegagalan Revolusi Islam kepada dunia Islam. Tetapi pokoknya, ia telah memberikan pengaruh besar kepada pergerakan Islam sedunia. Walaupun Revolusi Islam itu diketuai oleh Ayatullah Ruhollah Khomeini, tetapi ia merupakan pergerakan yang telah diberi sumbangan oleh banyak tokoh, baik dalam bentuk pemikiran mahupun tindakan. Tentunya pemikiran Ali Shari’ati, umpamanya turut memberi sumbangan kepada Revolusi Islam itu.

Nilai utama revolusi itu, seperti mana revolusi-revolusi moden terdahulu ialah penolakan terhadap penindasan serta pembebasan rakyat. Dan revolusi ditakrifkan dalam pelbagai bentuk.

Tetapi untuk tujuan perbincangan di sini, revolusi yang dimaksudkan adalah revolusi politik yang kemudian membawa kesan kepada semua segi kehidupan masyarakat termasuk ekonomi, sosial, budaya dan lain-lain. Untuk memahami perspektif perbincangan, dalam dunia moden, terdapat tiga revolusi utama iaitu Revolusi Perancis pada kurun ke-18, Revolusi Russia pada tahun 1917 dan Revolusi Iran pada tahun 1979.

Revolusi Perancis yang menjunjung demokrasi mempengaruhi Revolusi Russia. Sementara Revolusi Russia yang menjunjung sosialisme turut mempengaruhi Revolusi Iran. Tetapi tentunya, paling istimewa bagi umat Islam ialah Revolusi Islam Iran. Persamaan revolusi-revolusi itu adalah perjuangan kesaksamaan untuk rakyat. Konsep membebaskan manusia daripada penindasan golongan elit merupakan tema kepada revolusi itu.

Namun begitu, Ali Shari’ati, seorang intelektual berjaya merangkumkan semangat kerakyatan moden dalam perjuangan Revolusi Islam dengan meletakkan konsep Shi’ah Merah, iaitu agama yang memperjuangkan kepentingan rakyat dalam menentang rejim Shah Iran.

Tetapi Ayatullah Khomeini sebagai seorang ulama menyempurnakan fahaman ini apabila gagasan Wilayatul Faqih meletakkan Revolusi Islam di Iran di tempat yang kukuh sebagai asas perjuangan rakyat dalam konteks politik gerakan islam sejagat dalam era moden.

Semangat perjuangan pembebasan rakyat inilah yang menjadi inti kepada gagasan Kepimpinan Ulama dalam PAS pada tahun 1982, yang kemudiannya merubah parti ini sebagai sebuah parti politik kepada gerakan Islam yang revolusioner. Revolusioner di sini bermaksud bukan mahu melancarkan revolusi berbentuk keras tetapi revolusi yang mengubah minda, budaya dan politik di negara ini.

PAS saat itu yang dipimpin oleh Yusof Rawa dan Fadzil Noor menjadi wadah kepada semangat perjuangan barunya. Dengan semangat itulah, PAS menyertai pilihan raya tahun 1986. Inilah dia semangat 1986. Kini bolehlah dibuat penilaian tentang apa yang berlaku pada tahun 1986, mengenai kejayaan dan kegagalan semangat yang disalurkan oleh Revolusi Islam Iran ke dalam PAS.

Tetapi untuk memahami inti fahaman Revolusi Islam yang turut diterima oleh PAS, maka wajar pula membahaskan konsep Mustadhafiin dan Mustakbirin. Istilah-istilah ini digunakan oleh Ayatullah Khomeini.untuk menggambarkan golongan tertindas, dan golongan yang menindas.

Dari sudut antarabangsa, Mustakbirin adalah Amerika Syarikat (AS) dan Mustadhafiin adalah negara-negara yang ditindas termasuk Iran . Tetapi maksud Mustakbirin adalah golongan takbur sementara Mustadhafiin adalah golongan dhaif. Istilah-istilah ini adalah dalam Al-Quran dan kalau hendak memahami maksud dalam konteks, bolehlah merujuk kepada tafsir dan Asbabun Nuzul.

Dalam konteks antarabangsa, memang mudah untuk melihat siapa dia Mustakbirin. Istilah Inggeris iaitu hegemoni menggambarkan juga konsep Mustakbirin. Tetapi kalau hendak merujuk Mustadhafiin sebagai golongan proletar dalam istilah Marxis, ia kurang tepat. Dhaif, dhuafaa, mustadhafiin bukan saja miskin dari harta, tetapi dalam serba-serbi hingga mereka mudah ditindas, dipinggir dan diperalatkan.

Revolusi Islam mahu membebaskan golongan Mustadhafin. Untuk membicarakan sama ada Republik Islam Iran berjaya melakukan perkara ini atau tidak adalah soal lain.

Revolusi Islam adalah suatu konsep yang pernah diulas terperinci oleh Almarhum Dr Kalim Siddiqui dari Muslim Institute London. Ia dikaitkan dengan konsep Republik Islam. Gagasan Republik Islam itu juga berbeza dengan republik-republik yang ada di dunia. Tetapi sama ada Republik Islam Iran yang ada menepati gagasan asal boleh didebatkan. Maka Revolusi islam, Republik Islam dan Gerakan Islam dikaitkan sebagai satu paduan untuk membawa cita-cita perjuangan.

Khomeini menolak penubuhan Parti Islam, sementara Kalim Siddiqui mengalu-alukannya dengan menyebut kedudukan tinggi Gerakan Islam mengatasi Parti Islam. Tetapi di Malaysia setengah kalangan berpendapat bahawa Gerakan Islam ialah Parti Islam.

Maknanya wadah perjuangan bagi Gerakan Islam ialah Parti Islam, dan tidak ada yang lain. Sementara ada pihak pula menggambarkan Gerakan Islam sebagai gabungan mana-mana pertubuhan yang memperjuangan Islam termasuk Parti Islam dan juga NGO lain yang berkongsi perjuangan.

Tetapi apa yang boleh disebut sebagai perjuangan Islam membawa maksud luas, umum dan boleh jadi tidak berkesan. Untuk memudahkan fokus, dalam konteks semangat Revolusi Islam Iran , apabila diterjemahkan di Malaysia, ia tidaklah disebut sebagai Revolusi Islam.

Rangkaian Revolusi Islam, Republik Islam dan Gerakan Islam di Iran apabila diterjemahkan ke Malaysia menjadi Perjuangan Islam, Negara Islam dan Parti Islam. Tetapi akhirnya konsep Negara Islam didebatkan di Malaysia hingga membawa kepada jalan buntu. Sementara Perjuangan Islam menjadi cair hingga lupa apa konsep asalnya. Parti islam hanya menjadi salah sebuah parti politik bermain politik bagi mendapatkan kuasa dan menafikan kuasa daripada jatuh kepada pihak lain.

Kembali kepada gagasan Perjuangan Islam, iaitu yang merupakan tafsiran daripada Revolusi Islam. Intinya membela Mustadhafiin dan menolak Mustakbirin. Tetapi apa dia dalam konteks Malaysia dan PAS?

Program kebajikan hakikatnya adalah contoh perjuangan membela Mustadhafiin: iaitu membantu golongan dhaif. Tetapi ia hanya sebahagian. Dhaif di sini bermaksud ia terjadi demikian kerana ditindas oleh Mustakbirin. Maka, di sinilah perlunya kita menyemai kembali semangat Revolusi Islam!

CERAMAH KHAS BANTAH PPSMI

Jadual ceramah khas bantah PPSMI akan diadakan seperti berikut:

1. Tarikh: 14 Februari 2009, 9 Malam

Tempat: Sg. Gau, Temerloh

Penceramah : Hj Mohamad Sabu


2 Tarikh : 15 Februari 2009, 9 Malam

Tempat: Kg. Sg. Karang. Kawasan Indera Mohkota, Kuantan

Penceramah : Hj Mohamad Sabu


3. Tarikh : 26/2/09 Jam : 9.00 mlm

Tempat: Dataran Hamas, Jasin

Pencermah: Hj Mohamad Sabu


4. Tarikh : 27/2/09 Jam : 9.00 mlm

Tempat: Bukit Lada, Maran

Penceramah : Hj Mohamad Sabu.


KE ARAH HIMPUNAN 100,000 BANTAH PPSMI PADA 7 MAC 2009

JANGAN SALAH NILAI

Oleh: Tukar Tiub

Meninggalkan sesebuah parti politik dan memasuki parti politik yang lain bukan satu yang aneh. Ini adalah sebahagian dari amalan hak kebebasan untuk memilih. Menukar parti ini bukan hanya berlaku di Malaysia. Dimana-mana saja kita akan mendengar atau membaca ada orang politik, ada ahli parlimen atau menteri yang berubah parti.

Biasanya seseorang akan meninggalkan parti atau memasuki ke dalam parti politik yang lain kerana tidak bersetuju dengan dasar yang dibawa oleh partinya. Dia tidak ingin lagi menjadi ahli atau tidak mahu menjadi wakil rakyat parti itu.

Parlimen British adalah tuang dan acuan parlimen kita. Justeru untuk sesama mendewasakan politik kita maka saya akan memberi contoh dari Parlimen British. Negara Mat Saleh inilah yang telah mewujudkan kosep Parlimen, konsep Raja Berpelembagaan dan konsep lembaga Dewan Rakyat dan Dewan Negara yang kita ikuti semenjak tahun 1957 hingga ke hari ini.

Pada tahun 2003 George Galloway telah dibuang dari Parti Buruh Britain kerana tidak bersetuju dengan dasar Tony Blair yang bersekongkol dengan George Bush untuk melancarkan perang ke atas Iraq. Galloway menubuhkan parti baru untuk bertanding kembali dan dia menang. Pada Disember 2005 YB George Galloway pernah datang ke seminar untuk mengembangkan sikap Anti Zionis di Kuala Lumpur sebagai ahli parlimen Britain.

Ertinya susuk yang bernama George Galloway ini berperinsip. Dia mengambil sikap anti-perang,anti-Zionis dan menyokong perjuangan adil rakyat Arab. Dia meninggalkan parti politiknya kerana prinsip anti-perang. Susuk ini beralih parti bukan kerana duit, ringgit atau dinar. Dia meninggalkan parti politik kerana dasar yang tidak dipersetujui.

Ini amat jauh berbeza dari apa yang kita lihat sedang dan akan berlaku dalam negara kita.

Jangan salah faham dan jangan salah nilai. Meninggalkan Barisan Nasional dan masuk ke dalam Pakatan Rakyat TIDAK sama dengan keluar dari Pakatan Rakyat untuk memasuki atau mencampuri Barisan Nasional. Dua pekara yang dilihat serupa tetapi TIDAK sama. Ada perbezaan yang amat ketara seperti petai dengan kerayong.

Tidak boleh disamakan perjuangan Yasser Arafat mengangkat senjata dengan Monshe Dayan yang juga mengangkat senjata. Tidak boleh di samakan Che Geuvera yang meninggalkan Cuba dengan Thaksin yang meninggalkan Thailand. Tidak boleh di samakan Nelson Mandela yang di penjara dengan Razak Baginda yang juga di penjara.

Ada nilai salah dan ada nilai benar di sini. Yang salah tetap salah dan yang benar tetap benar. Kebenaran tetap benar bukan bersangkut paut dengan pandangan majoriti atau pandangan minoriti.

Pada satu ketika dahulu majoriti menganggap dunia ini leper. Pasa satu ketika dahulu majoriti menganggap matahari berpusing mengelilingi bumi. Garam di mana-mana pun di letakan tetap masin. Air tetap H2O – satu molikul hydrogen dan 2 molikul oxygen – walau pun ditemui di bintang Marikh. Kebenaran terus wujud sama ada ditenggelami oleh majoriti atau di tengelami oleh minoriti

Meninggalkan kejahatan dan kemungkaran adalah betul walau pun kejahatan dan kemungkaran itu masih di miliki dan di sanjung majoriti. Yang zalim tetap zalim walau pun di dondang sayangi oleh majoriti. Yang jahat tetapt jahat. Yang menipu tetap menipu walau pun mereka di baluti oleh kuasa.

Apabila Yaseer Arafat bangun melawan tentera Isreal, kita tidak boleh disamakan dengan Ehud Barack menyerang gerila Palestin. Satu berjuang untuk menghapuskan kezaliman dan menegakkan kebenaran. Dan yang satu lagi menyerang untuk meneruskan kemungkaran dan kezaliman.

Justeru jika ada ahli Gerombolan atau wakil rakyat United Malays National Organisation yang meninggalkan gerombolan mereka dan memasuki Pakatan Rakyat, kita anggap langkah ini adalah satu tindakan yang revolusiner. Mereka meninggalkan kejahatan dan menerima kebenaran. Ini satu tindakan yang di hormati.

Tindakan ahli atau wakil rakyat United Malays National Organistion ini sama seperti tindakan warga Isreal yang lari dari Tel Aviv datang ke Gaza untuk mempertahankan hak rakyat Palestin.

Justeru, kita semua wajib menggalakan dan membantu ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation dan para sekutu dari Barisan Nasional untuk meninggalkan gerombolan mereka dan datang memasuki Pakatan Rakyat. Ini samalah seperti Hamas, Fatah atau Hisbullah yang mengalakkan warga-warga Isreal meninggalkan fahaman Zionis mereka dan datang membantu perjuangan adil rakyat Palestin.

Adalah tidak salah jika kita lari dari kegelapan dan kejahilan untuk datang mencari cahaya keilmuan. Justeru, jika ada ahli-ahli gerombolan United Malays National Organisation yang berbuat demikian maka mereka dianggap berperinsip dalam perjuangan.

Lihat bagaimana sambutan dan sentimen rakyat apabila seorang wakil rakyat gerombolan United Malays National Organisation masuk ke dalam Pakatan Rakyat. Seluruh rakyat Malaysia mengalu-alukan. Lihat pula sepuluh hari kemudian apabila tiga orang wakil rakyat Pakatan Rakyat pergi mencampuri ( hanya mencampuri ) bukan menjadi ahli – mereka semua di kutuk dan di maki hamun.

Lihat betapa jauh bezanya sentimen orang ramai. Ini samalah seperti seorang warga Arab Palestin yang membelot membantu regim Zionis di Tel Aviv. Sumpah seranah tidak akan putus-putus.

Perhatikan pula, ketika wakil rakyat dari Gerombolan datang ke saf Pakatan Rakyat – susuk ini tidak di culik. Tidak di kurung. Tidak ditawarkan harta , dolar, ringgit dan dinar. Tidak ada apa-apa yang dijanjikan kecuali untuk menerima dasar Pakatan Rakyat. Dan menerima konsep Ketuanan Rakyat.

Lihat pula bagaimana tiga orang wakil-wakil rakyat Pakatan yang pergi mencampuri Gerombolan. Beberapa hari mereka hilang entah kemana. Apabila muncul kembali mereka mula bijak berdulak dalik. Sekejap kata ‘yes’ sekejap kata ‘no’. Cakap-cakap mereka, tindak tanduk mereka tidak jauh bezanya dari warga Palestin yang sedang belot dan bersubahat dengan Zionis Isreal.

Apabila pembelotan terbongkar dan dilakukan siasatan rapi akan terbukti semua yang belot dan bersubahat dengan regim Zionis ini dibayar dan di upah. Mereka memiliki masalah pribadi seperti mencari makan menjual dadah, menjalankan pelacuran atau menggelapkan harta Majlis Tempatan. Tidak ada seorang pun warga Palestin yang belot bekerja untuk Zionis Isreal seorang yang jujur, ikhlas dan berperinsip. Ini samalah seperti wakil-wakil rakyat Pakatan yang ‘mencampuri’ gerombolan Untited Malays National Organisation – mereka memiliki masaalah.

Perhatikan temu bual media dengan mereka yang belot – sama ada di Perak atau Palestin. Tidak ada sepatah pun ayat-ayat dari mulut mereka yang mengatakan mereka beralih pegangan kerana prinsip perjuangan. Betul, mereka ada menyebut-nyebut nama Tuhan Yang Maha Esa. Ini hanyalah sebagai kelongsong.

Mereka tidak akan lakukan tindakan berprinsip untuk meletakan jawatan seperti George Galloway yang tidak mengucapkan nama Yang Maha Esa atau memakai jubah agama. Mereka tidak akan berani menguji kekuatan mereka dengan undi rakyat.

Memang tidak salah bertukar parti. Bertukar dari kumpulan jahat ke kumpulan baik adalah satu tindakan berprinsip. Tetapi bertukar dari kumpulan baik masuk ke Gerombolan jahat ialah kerja orang gila yang akan di kutuk rakyat selama-lamanya.(TT)

Tuesday, February 10, 2009

SIAPA DERHAKA

Oleh: Mohamad Hanipa Maidin

Hampir setiap hari kini kita mendengar media massa yang dikongkong oleh Umno menuduh Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai penderhaka. Laporan polis juga telah dilaporkan dibuat ke atas Nizar .

Inilah politik kotor yang dimainkan oleh parti kotor seperti Umno. Baik dulu, kini dan selamanya Umno sering terjebak dalam politik kotor. Politik orang yang tidak bertamadun dan parti yang tidak bermaruah

Jika Umno tidak diserang penyakit ‘amnesia” ( penyakit mudah lupa ) sudah tentu parti tersebut patutnya merasa malu untuk bermain isu derhaka ini. Kerana apa ? Kerana jika satu jari Umno menuduh Nizar sebagai penderhaka maka empat jari Umno yang lain sebenarnya sedang menuding kepada Umno sendiri sebagai penderhaka "par excellence" ( penderhaka agung ).

Bagaimanakah pemimpin Umno seperti Muhammad Taib boleh dengan tidak malu tumpang sekaki menuduh Nizar sebagai penderhaka sedangkan semua orang tahu beliau adalah “kepala” penderhaka apabila dengan tanpa segan silu sanggup melarikan anak Raja.

Siapakah yang tergila-gila sanggup berarak untuk membawa Tengku Ibrahim dari Kuala Lumpur ke Kota Bahru bagi menggantikan Sultan Kelantan ? Siapa lagi kalau bukan penderhaka Umno. Umno ingat ganti sultan macam ganti jawatan JKK.

Siapakah yang telah mewujudkan krisis Perlembagaan pada tahun 1983 kalau bukan Umno. Kerakusan Umno mempertahankan kuasa telah mendorong Umno mencadangkan satu pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi meminda peruntukkan yang berkaitan dengan kuasa perkenan Yang DiPertuan Agung dan Raja-Raja serta kuasa Yang DiPertuan Agung untuk mengisytiharkan darurat . Pindaan yang dkemukakan pada pertengahan tahun 1983 diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara tetapi Yang DiPertuan Agung enggan menandatangani rang undang-undang Perlembagaan ( pindaan ) tersebut setelah baginda berbincang dengan raja-raja yang lain.

Pindaan Perlembagaan 1983 tersebut bukan sahaja mewujudkan krisis perlembagaan tetapi buat kali pertamanya selepas Merdeka raja-raja dan pemimpin Kerajaan yang dikuasai oleh Umno mengadakan rapat umum untuk menghentam raja-raja. Rapat umum yang dianjurkan oleh Umno telah meletakkan kedudukan raja di pandangan hina di kalangan masyarakat awam.

Tidak cukup menghina raja-raja pada tahun 1983 Umno sekali lagi dengan rakus bertembung dengan raja-raja pada tahun 1990. Pertembungan tersebut berlaku selepas Umno kalah teruk di Kelantan pada Pilihanraya Umum pada tahun 1990. Mana-mana orang yang tidak buta sejarah seperti pemimpin Umno tentu tidak dapat melupakan bagaimana Perhimpunan Agung Umno pada tahun 1991 menyaksikan kritikan-kritikan yang pedas, tajam , kurang ajar dan tidak beradab terhadap raja-raja melayu.

Pihak istana Kelantan dibidas dengan terbuka dan dituduh bertanggungjawab terhadap kekalahan calon-calon BN di tangan calon-calon Angkatan Perpaduan Ummah ( APU ). Bukan sahaja Sultan Kelantan dibidas dengan tajam dan pedas raja-raja lain turut menjadi bahan kritikan dengan pelbagai tuduhan seperti tuduhan menyalahgunakan kedudukan untuk mendapat kelebihan dan peluang perniagaan , mencampuri hal ehwal pentadbiran dan sebagainya ( lihat Far Eastern Economic Review 28/11/1991 m/s 13 ).

Semasa krisis tersebut juga media-media massa tajaan Umno membangkitkan kembali krisis beberapa orang Sultan dan Menteri Besar Umno seperti yang berlaku di Perak pada tahun 1997 ( Tan Sri Ghazali Jawi yang enggan meletak jawatan apabila diperintah oleh Sultan Perak pada masa itu yang mengakibatkan Sultan enggan bercukur jambang sehingga Menteri Besar tersebut meletakkan jawatan ) dan di Pahang pada tahun 1979 ( Datuk Rahim Abu Bakar ) .

Kalau tidak cukup bukti-bukti di atas yang secara jelas menunjukkan Umno sebagai juara menderhaka kepada raja saya ingin membawa para pembaca pula kepada pindaan Perlembagaan tahun 1993 . Pindaan Perlembagaan tahun 1993 melibatkan isu cubaan Umno untuk menghapuskan imuniti raja-raja. Keputusan Majlis Raja-Raja yang meminta masa untuk mengkaji cadangan pindaan tersebut tidak disenangi oleh Umno. Apa yang berlaku selepas itu seperti mana yang diketahui umum media-media massa yang dikawal oleh Umno, beberapa orang Menteri dan agensi Kerajaan dengan tidak bersopan dan beradab membuat kenyataan dan mendedahkan apa yang didakwa sebagai salah laku raja-raja dan anggota kerabat di raja tertentu. Sekali lagi Umno mengulangi taktik mengaibkan raja-raja sepertimana yang dilakukan semasa krisis Perlembagaan tahun 1983.

Bersandarkan bukti-bukti di atas kini sipenderhaka Umno yang sama dengan tanpa segan silu menuduh Nizar pula sebagai penderhaka. Ya, memang benar Nizar mengakui telah “menyembah sembah derhaka” semasa beliau diminta oleh Yang Mulia Tuanku Sultan untuk mengundur diri daripada jawatan Menteri Besar Perak. Apabila seseorang tidak bersetuju dengan titah sultan menjadi adat dan bahasa istana seseorang akan menyatakan “hamba memohon untuk menyembah sembah derhaka” . "Sembah derhaka" bermaksud tidak bersetuju dalam bahasa rakyat. Di dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Menteri-Menteri Besar saya difahamkan dipanggil "hamba tua" . Ini bahasa istana nak buat macam mana .

Malangnya Umno yang jahil dengan bahasa istana menganggap nizar sebagai derhaka apabila memohon "menyembah sembah derhaka” . Naif dan ceteknya pemikiran Umno.

Nizar memohon menyembah derhaka kepada Yang Mulia Tuanku Sultan kerana beliau berpandangan Sultan tidak mempunyai kuasa memecatnya . Ini kerana berdasarkan Perkara 16 ( 7 ) Perlembagaan Negeri Perak secara jelas memperuntukkan bahawa tidak sepertimana ahli-ahli Exco Kerajaan Negeri yang memegang jawatan dengan kerelaan sultan ( at his pleasure ) yang membolehkan para exco boleh dilantik dan di pecat oleh Sultan pada bila-bila masa, jawatan Menteri besar adalah berbeza dengan jawatan exco. Dengan lain perkataan jawatan Menteri Besar tidak dipegang di atas keredaan sultan.

Menteri Besar seperti Nizar hanya boleh diminta untuk meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar sekiranya beliau telah tidak lagi mendapat kepercayaan ( ceases command of confidence ) kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri Perak sepertimana yang diperuntukkan di dalam Perkara 16 ( 6 ) Perlembagaan Negeri Perak. Persoalannya bagaimanakah kaedah untuk menentukan seseorang Menteri Besar itu telah tidak lagi mendapat kepercayaan kebanyakan ahli-ahli Dewan Undangan Negeri menurut perpektif undang-undang ?

Apa yang berlaku pada kes Nizar ini samalah seperti yang berlaku kepada Ketua Menteri Sarawak pada tahun 1966 dahulu. Di dalam kes Stephen Kalong Ningkan lwn Tun Abang Haji Openg & Tawi Sli ( 1966 ) 2 MLJ 187 Mahkamah Tinggi Borneo telah memutuskan bahawa di bawah Perlembagaan Negeri Sarawak ( sama seperti Perlembagaan Negeri Perak ) “ lack of confidence may be demonstrated only by a vote in the Council Negeri “ ( kehilangan kepercayaan hanya boleh ditunjukkan melalui undi tidak percaya di dalam sidang Majlis Negeri ( sama seperti Dewan Undangan Negeri ) )

Oleh itu Nizar mempunyai sebab yang kukuh untuk enggan meletakkan jawatan. Di dalam kes di Perak kekuatan BN dan Pakatan Rakyat sama iaitu 28 kerusi masing-masing. Ketiga-tiga bekas ADUN Pakatan Rakyat hanya menjadi ADUN bebas dan bukannya ADUN BN. Maka isu sama ada ketiga-tiga ADUN berkenaan dikatakan menyokong BN mestilah dibuktikan melalui undi tidak percaya di dalam sidang DUN.

Terdapat keraguan sepertimana yang diakui oleh SPR sama ada ketiga-tiga ADUN ini masih boleh dianggap sebagai ADUN kerana terdapat bukti yang kukuh mereka telah meletakkan jawatan sebagai ADUN sepertimana surat mereka yang telah ditandatangani mereka dan dialamatkan kepada Tuan Speaker.

Berdasarkan Perkara 35 Perlembagaan Negeri Perak surat perletakkan jawatan ketiga-tiga ADUN tersebut adalah sah. Hatta jika terdapat keraguan sekalipun sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih boleh dikira ADUN atau tidak , badan yang boleh menentukan kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut hanyalah DUN Perak sepertimana yang diperuntukkan di bawah Perkara 33 ( 1 ) Perlembagaan Negeri Perak yang secara jelas menyatakan “ jikalau berbangkit sebarang masalah adakah seseorang ahli DUN itu tekah kehilangan syarat menjadi ahli, maka keputusan dewan itu hendaklah diambil dan hendaklah muktamad”.

Jelas DUN Negeri Perak dan bukannya SPR yang berhak menentukan sama ada ketiga-tiga ADUN tersebut masih layak sebagai ADUN atau tidak dan keputusan DUN tersebut adalah muktamad. Apa yang malang tatkala Y.M Sultan melantik Menteri Besar yang baru , DUN Perak masih belum lagi memutuskan tentang status kelayakan ketiga-tiga ADUN tersebut. Dalam keadaan tersebut terdapat keraguan yang munasabah sama ada Nizar telah dikatakan hilang keyakinan majoriti ahli-ahli DUN Perak.

Atas dasar itulah Nizar mempunyai asas yang kukuh di sisi undang-undang untuk memohon kepada Tuanku Y.M Sultan untuk “memohon menyembah sembah derhaka” untuk enggan meletakkan jawatan sebagai MB Perak. Malangnya "sembah derhaka" tersebut difahami oleh sipenderhaka UMNO sebagai derhaka.