Nak tulis sikit sahaja.
Jumpa kawan lama, Saudara Jamal, berasal dari Melaka, di Restoran Takwa, Sri Gombak pagi tadi. Beliau berkata:
Jika nak makan, di Kelantan
Jika nak tidor, di Pahang.
Jika nak mati, di Melaka.
Tanya saya, mengapa?
Jawab beliau:
Makan di Kelantan murah
Tidur di Pahang, sunyi, fasal rumah jauh jauh.
Mati di Melaka. Orang Melaka ziarah orang mati tanpa kira engkau parti apa dan asal mana.
Ha ha, saya orang Melaka pun tak perasan analisa Saudara Jamal tu.
Nampak gaya, saya kena kembali ke Melaka, jika Ku Li jadi PM. Woooo
Sunday, February 24, 2013
Friday, February 22, 2013
PAS: MUKMIN YANG HASAD
Apabila Pas mencadangkan Ku Li sebagai PM, sudah pasti Pas sedar bahwa PKR dan DAP tidak akan bersetuju. Tetapi mengapa Pas yakin dengan cadangan ini. Sudah tentu Pas yakin Umno akan menyokong agenda ini. Umno akan menyokong agenda ini kerana orang Umno sendiri akan tetap jadi PM. Najib atau Muhyiddin bersedia terlepas sebagai PM tetapi BN tetap memerintah, walau pun berkongsi dengan Pas. Umno hanya tak boleh bekerja sama dengan PKR dan DAP sahaja. Sebenarnya usaha mengajak Pas telah dibuat sejak selepas PRU 2008. Sebahagian pimpinan Pas telah bersedia tetapi terhalang tetapi kini ada hujah baru, iaitu tidak mahu Anwar sebagai PM!!!! Tak sangka Timbalan Presiden dan Naib-Naib Presiden Pas gagal menghalang idea UG ini pada pecutan terakhir menjelang PRU 13. Hebat sekali jampi Dr Harun Din, sehingga TG NIk Aziz pun terpesona dengan idea ini.
Manakala itu sudah pasti Ku Li akan melantik MP Umno dan Pas sebagai anggota kabinet. Takkan MP PKR dan DAP mahu join sama. DAP dan PKR bukan macam Pas yang sanggup berpeluk dengan Umno. Wooo. Tapi itulah realitinya nanti. Mengenal orang Pas, saya yakin pimpinan biasa Pas, termasuk Mohamad Sabu akan tunduk kepada ulama UG yang yang fasih dengan nas Al Quran dan Hadis untuk membolehkan Pas berpeluk dengan Umno yang kini ditentang siang dan malam
Manakala itu sudah pasti Ku Li akan melantik MP Umno dan Pas sebagai anggota kabinet. Takkan MP PKR dan DAP mahu join sama. DAP dan PKR bukan macam Pas yang sanggup berpeluk dengan Umno. Wooo. Tapi itulah realitinya nanti. Mengenal orang Pas, saya yakin pimpinan biasa Pas, termasuk Mohamad Sabu akan tunduk kepada ulama UG yang yang fasih dengan nas Al Quran dan Hadis untuk membolehkan Pas berpeluk dengan Umno yang kini ditentang siang dan malam
Mengapa ini terjadi?
Ada orang kata pimpinan Pas bangang berpolitik
Ada orang kata pimpinan Pas tamak dengan habuan politik
Tetapi saya lebih cenderung mengatakan pimpinan Pas "berhasad" dengan Anwar. Cerita lanjut kena minum teh bersama.
Rakan rakan saya di Taman Melewar terlalu kecewa kerana Pas sudah sanggup menikam Anwar secara berhadapan. Hakikatnya Pas sudah tidak bersama PKR dan DAP untuk menjatuhkan BN. Kini hanya BERLAKON SAHAJA.
Kecuali dalam sehari dua ini, pimpinan Pas menyatakan dengan tegas bahwa Anwar sebagai PM, maka saya tetap dengan kenyataan ini.
Kesian dengan ahli Pas, tidak percaya dengan kesediaan pemimpinnya akan berpeluk dengan Umno. Bagi mereka ini semua fitnah. Bila dah terjadi nanti, pakat menangislah. Kesian.....
Thursday, February 21, 2013
SANG KORPORAT DALANG UG
Politik mengatur kuasa dan wang. Ada kuasa boleh bikin wang. Ada wang boleh kekalkan kuasa. Semuanya berkait dan bergantung antara satu sama lain.
BN bekerja keras mempertahankan kuasa. Yang takut bukan sahaja orang politik yang bakal kehilangan kuasa tetapi sekali gus golongan korporat/kapitalis yang mendapat anugerah projek dari empunya kuasa.
Tidak hairanlah golongan korporat akan menaja apa sahaja kepada pihak berkuasa untuk mempertahankan kuasa. Jika golongan sekular atau jelasnya BN disokong oleh pihak korporat tidaklah hairan tetapi dalam masa yang sama puak korporat juga akan menaja dan membela golongan Islam yang berkuasa atau yang bakal dapat kuasa.
Jika kita mendengar cerita sang ulama atau lebih elok dikatakan sang ustaz dalam Pas mendapat tajaan dan belaan dari tauke korporat janganlah terperanjat dan terkejut. Sang ustaz menerima sumbangan/tajaan tanpa mengetahui niat sebenar puak korporat tetapi secara tidak sedar mereka akan akur dengan permintaan atau strategi sang korporat.
Jika dibelakang kumpulan UG dalam Pas adalah golongan korporat janganlah terasa pelik. Jika sang ustaz sanggup mempelawa Ku Li sebagai PM dan bukannya Anwar, mesti ada agenda sang korporat yang berpengaruh merosakkan sang ustaz tersebut. Perhatikan cara hidup sang ustaz yang ditaja itu. Perhatikanlah!!!!!
Wednesday, February 20, 2013
PAS - JANGAN JADI BANGANG
Geng UG terus hidup dalam Pas. Malah berkuasa dalam Majlis Syura Ulama. Idea tidak menerima Anwar sebagai PM dan sebaliknya mencadangkan Ku Li, bukan sahaja bodoh dan tersasar dari realiti politik tetapi sekaligus merupakan cadangan Umno.
Idea tidak bersetuju Anwar jadi PM dan mencadangkan Ku Li sebagai PM, hanya alasan sahaja. Sebenarnya cadangan ini merupakan perangkap Umno untuk Pas keluar atau dikeluarkan dari Pakatan Rakyat. Keputusan Pakatan Rakyat kena dibuat dan dipersetujui oleh semua anggota kompenan PR secara bersama. Ianya tidak boleh dipaksa oleh satu parti sahaja. Jika Pas sanggup bercerai dan berkahwin dengan parti lain, jika tidak menerima cadangan itu, itulah matlamat utama Umno. Dengan perpecahan PR sahaja, BN akan terus menang dalam PRU 13.
Walaupun Nasharudin Mat Isa tiada dalam barisan kepimpinan Pas, tetapi mesej Umno berjaya disampaikan melalui tali barut Umno. Dan amat malang sekali jika tudohan tersebut ditujukan kepada Timbalan Mursyidul Am Pas, Dr Harun Din.
Hujah Umno terhadap Anwar misalnya kes liwat dan agen Amerika/Yahudi sudah "termakan' dek pimpinan Pas.
Jika Anwar tak layak, mencadangkan nama Ku Li adalah satu yang bangang. Ku Li itu Umno, akan bertanding atas tiket Umno, dan tidak pernah bersama PR menentang BN, bagaimana boleh dicadangkan walaupun jadi PM sementara!!!!
Malang sekali jika pimpinan Pas tidak dapat merasakan kebangkitan rakyat menolak Umno/BN dengan hasrat Anwar sebagai PM. Jika Pas bersedia berjuang seorang diri, buatlah dari awal. Tetapi kini sudah digerbang Putrajaya, apakah Pas sanggup mengkhianat kebangkitan rakyat.
Hasan Ali dan Nasharudin dikatakan kerap berjumpa dengan Dr Harun Din. Nasharudin sentiasa berhubung dengan Najb dan Mahyuddin. Jangan hairan agenda Umno disampaikan oleh Nasharudin kepada Harun Din. Harun Din pula bercakap kepada Majlis Syura. Usul Dewan Ulama mencadangkan Hj Hadi sebagai PM ketika muktamar Pas yang lalu juga merupakan idea UG untuk merosakkan pandangan umum bahwa PR bersetuju denngan Anwar sebagai PM.
UG didokong oleh Majlis Syura Ulama dan geng Terengganu.
Pelik jika Mustafa Ali tak boleh baca agenda Umno dalam Pas!!!!! Kalau PR dapat kerajaan, saya cadangkan beliau diberi jawatan Menteri.
Pelik jika Hj Hadi ditipu oleh Harun Din. Terlalu "menghormati' seseorang, memang mudah ditipu.
Pas - janganlah dikau jadi perosak Pakatan Rakyat dan bangang politik di saat akhir menjelang PRU 13.
Pas - janganlah dikau ditudoh memanjangkan usia Umno/BN!!!!!
Mohamad Sabu: jangan setakat kuat lawan Umno di luar sahaja. Kena jahanamkan Umno dalam parti anda!!!!
Mohamad Sabu: jangan setakat kuat lawan Umno di luar sahaja. Kena jahanamkan Umno dalam parti anda!!!!
MALU PM MACAM INI
Jika BN kalah pada PRU 13, Najib bungkus sebagai PM.
Jika BN menang tetapi kerusi kurang dari era Pak Lah, Najib tetap kena berhenti juga.
Lantaran itu, Najib akan memerintah sehingga habis penggal tanpa berbaki walaupun sehari. Woooo.
Entah-entah Sabah didharuratkan atas alasan serangan puak Sulu. So, Sabah akan mengadakan pilihan raya berasingan dari pusat.
Tak pernah dalam sejarah Malaysia, kerajaan memerintah sehingga genap penggalnya kecuali zaman Najib.
Najib Boleh!!!!
Orang Umno sepatutnya malu dapat PM macam ini.....
Thursday, February 14, 2013
DEEPAK KEBAL
Macam-macam Deepak tudoh kepada PMku Najib.
Sebagai rakyat Malaysia yang patriotik, daku berasa sedih kerana PMku ditudoh macam-macam.
Sebagai orang Melayu, rasa malu bila membiarka Si India ini menmghina PMu yang berbangsa Melayu. He he.
Yang peliknya, PMku tidak jawab apa-apa. Jika tak betul, dakwalah Si Deepak tu.
Takkanlah PMku tak ada kuasa dan wang untuk upah peguam terbaik untuk mendakwa Si Deepak.
Oh PMku, janganlah kau biarkan orang PR bersekongkol dengan Deepak, mengata macam-macam kepada dikau.
Oh PMku, bangkitlah melawan!!!!
Jangan biarkan Deepak kebal!!!!
Wooooo.
Wednesday, February 13, 2013
INGAT RM 500 BUKAN RM 500 BILION
Nampak sangat Najib seorang sahaja yang berkempen untuk BN.
Ini kerana hanya Najib sahaja yang boleh umum pelbagai tawaran dan janji kepada rakyat.
Kita tak tau apakah polisi awam BN sebenarnya kerana ianya tertaklok apa yang akan diumumkan PMnya dari masa ke semasa.
Yang dihebohlan ialah BRIM, BRIM dan BRIM
Negara sudah jadi Badan Khairat Kematian. Ahli Badan Khairat Kematian nak tau berapa sumbangan yang bakal diterima jika berlaku kematian ahli atau ahli kelurganya. Lagi tinggi sumbangan Badan Khairat Kematian, lagi bagus.
BN tak ajar rakyat berfikir soal pengurusan dan ketelusan pengurusan wang negara. Yang diajar kamu akan dapat RM 500 setiap tahun. Soal negara negara bakal bankrap dek hutang sebanyak 500 bilion, lantak pi lah!!!!
Thursday, February 7, 2013
PR BUBARLAH DUN!!!!
PR sibuk cabar Najib bubar parlimen.
Walhal PR ada 4 kerajaan negeri untuk membubarkan DUNnya.
Jika PR bubar DUN, maka tidak dapat tidak, Najib juga kena ikut rentak PR untuk bubar parlimen.
Maka, dari dok menjerit-jerit mencabar Najib, pimpinan PR bubarlah DUN masing-masing. Barulah anak jantan!!!!!
Kekadang pimpinan PR hanya pandai mendesak BN sahaja. Porah!!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)