Saturday, March 28, 2009

EZAM DAN SAIFUL

Bukan sahaja Dr M tak mai Perhimpunan Umno, tetapi Ezam pun tak nampak juga.

Agaknya beliau sibuk kumpul surat-surat lama Anwar nak dibawa ke Bukit Gantang dan Bukit Selambau kot.

Kalau Ezam tak nampak kat 2 Bukit tu, maknanya dah jadi selipar buruk le....

Opps ada seorang lagi. Saiful jangan tak datang ye.

Hangpa berdua kena mari. Kalau tak mari, tak syoklah kempen.

Friday, March 27, 2009

NIZAR OH NIZAR

Sebelum Mac 2008, kita tak tahu siapa Mohd Nizar. Beliau hanya YDP kawasan sahaja. Namanya tak disebut-sebut sebagai pimpinan utama peringkat negeri. Walaupun berkelulusan profesional, beliau menjalankan kerja-kerja bawahan parti. Kawasan beliau bertanding bukanlah kawasan pilihan untuk menang. Kita pun tak tahu beliau mahir berbahasa China. Apabila PR menang, beliau menjadi calun pilihan sebagai MB.

Krisis di Perak menampakkan kegigihan beliau bekerja siang dan malam. Krisis memerlukan tindakan segera. Kekadang Pas Negeri dan Pas Pusat lambat membuat keputusan tetapi tindakan segera perlu diambil. Kini tindakan Nizar diperhatikan oleh semua orang, semua rakyat Perak khasnya. Kemenangan beliau bukan kemenangan Pas dan bukan kemenangan PR sahaja tetapi kemenangan rakyat. Kita hendak lihat keputusan rakyat yang menilai keikhlasan dan kegigihan beliau sebgai MB selama hampir setahun di Perak. Ianya menjadi isyarat politik pada 2012 nanti

Saya doakankan beliau menang PRK Bukit Gantang kerana dia adalah Nizar. Nizar yang memilih parti Islam dan Nizar yang tak mengharapkan wang gaji melalui jalan politik. Saya tak tahu betapa kuat jiwanya untuk menghadapi tekanan istana, pegawai kerajaan yang didalangi oleh SUK, kes mahkamah dan sedikit sebanyak desakan pimpinan parti sendiri.

BAPAK RASUAH DAH JADI BOS

Syabas, ada perwakilan Umno nampak calun yang bertanding kaki rasuah.

Malangnya mereka tak nampak rasuah kapal selam dan eurocopter.

Bapak rasuah dah jadi bos!

Thursday, March 26, 2009

SEMINAR PEMIKIRAN FIZIK SEMASA

Seminar akademik percuma. Klik di sini

ELAUN EXCO NAIK?

Betulkah di zaman gawat ini ada kerajaan negeri Pakatan Rakyat naikkan elaun exco untuk melawat luar negara dan elaun duit poket untuk belanja semasa di luar negara.

Kalau Umno/BN, lama dah PAS/PKR hantam habis-habisan.

Wednesday, March 25, 2009

KERAJAAN PERPADUAN: OKSIGEN UNTUK UMNO

Awal 80an jangan sebut nama Hj Hadi dalam Umno. Air kolah masjid Ruslila pun dikatakan macam-macam. Hadi dilihat anti Melayu. Hj Hadi menerangkan konsep asobiyyah. Dia mengistiharkan akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika Pas memerintah. Huru hara pimpinan lain Pas menangkisnya. Imej Hj Hadi terlalu ekstrim dalam politik Malayisa. Hj Hadi dilihat sebagai kumpulan fundamental oleh Mahathir. Pas terus menggunakan pelbagai pendekatan politik untuk menukar wajah sebagai parti harapan untuk semua golongan dan bangsa. Imej hudud yang sentiasa dimomokkan cuba diatasi.

Akhirnya pada tahun 1999, melalui kes Anwar, Melayu merapati Pas. Pada 2008, Cina dan India pula meyakini Pas. Lobi Pas selama lebih 50 tahun akhirnya diyakini oleh semua kaum. Pas for all menjadi slogan yang diharapkan oleh semua bangsa pada 2008. Kebobrokan Umno terlalu parah sehingga orang jahat pun sudah tak yakin dengan Umno lagi.

Tiba-tiba Hj Hadi terfikir dengan gagasan kerajaan perpaduan tanpa mengira senario politik Umno dan suasana politik Malaysia keseluruhan. Umno yang terdesak, menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan Pas. Sudah ada riak-riak pengampu yang menyokong idea Hj Hadi ini.

Tuesday, March 24, 2009

KDN TAMBAHKAN GAWAT EKONOMI

Dah le pekerja kilang dan swasta diberhentikan gara-gara gawat ekonomi.

Kini KDN menambahkan gawat ekonomi lagi. Bila Harakah dan SK diharamkan, maka;

Wartawan dan staf penerbitan hilang pendapatan
Pencetak hilang kontrak cetak
Pengedar hilang pendapatan
Peruncit kurang pendapatan
Lori angkut akhbar hilang kontrak
Tauke kertas lama hilang sumber kertas proses
Sekuriti Pejabat Harakah hilang kerja
Penulis jemputan hilang upah menulis.

Jahat betul kau botak oi.

FIRAUN PASCA MAHATHIR

Bukan mudah regim lapuk menyerah kuasa.

Bukan mudah sang neo-kolonialism menerima kekalahan.

Bukan mudah sang firaun menerima kekalahan.

Bukan mudah sang qarun bersedia nak hilang harta bertimbun.

Maka sang Haman akan bersedia menjalankan tugas menindas rakyat jelata yang memberontak.

FRU, KDN, Pekida, Gangster, ISA, OSA, dan 1001 baruah BN akan bertindak segera atas arahan firaun pasca Mahathir. Dia dah berlatih dengan mengbom Altantunya. Dia akan lebih lebih mengganas lagi.

Kini tugas Unit Amal bukan sekadar menyelamatkan bangsa banjir lagi....

Apa Mohamad Sabu nak kata malam ini di Taman Melewar....

Monday, March 23, 2009

SELAMAT BERJAYA NIZAR

Besar maknanya menang atau kalah Mohammad Nizar sebagai calun di Bukit Gantang.

Ia menguji sejauh mana rakyat Bukit Gantang faham akan kemelut politik Perak.

Ia menguji sejauh mana rakyat mengiktiraf peribadi Nizar sebagai MB, prestasi PR sebagai parti pemerintah dan ketidakpuashatian rakyat kepada Umno/BN yang mengganggu pentadbiran PR.

Dan sejauh mana rakyat tak puas hati kepada istana...

SYED HAMID TUNJUK BELANG

Harakah dan Suara Keadilan digantung 3 bulan.

Pak Arab tu nak tunjuk hero kepada perwakilan Umno. Undilah beliau sebagai Naib Presiden!!!

Sunday, March 22, 2009

HADISM

Ada lagi pengampu-pengampu Presiden Pas dalam akhbar Siasah yang menyokong kerajaan perpaduan. Kononnya kerajaan perpaduan bukan kerajaan Umno-Pas tetapi gabungan semua parti politik negara ini.

Takkan depa tak tahu, yang akan lead kerajaan mestilah dari parti yang yang mendapat sokongan majoriti. Maka PMnya mestilah dari Umno. Najib yang akan jadi PMnya. Jika bukan Najib PMnya, maka Najib mesti tak setuju kerana dia yang bakal jadi Presiden Umno pada akhir minggu hadapan ini. Takkan ini pun tak tahu.

Takkan Pas nak terima Najib sebagai PM oi. Babi pun tak sanggup terima Najib sebagai PM tau.

Nak ampu pun biarlah berpadan wahai kawan oi..

Saturday, March 21, 2009

FOKUSKAN PERJUANGAN

Mulai saat ini, mari kita fokuskan perjuangan kita untuk:

1. Memansuhkan PPSMI dan daulatkan Bahasa Melayu di IPT seperti sebelum 2003.

2. Memansuhkan Akta zalim ISA yang menjadi senjata BN untuk menakutkan rakyat bagi menyatakan kebenaran, menentang kezaliman dan membongkar rasuah dan ketidakadilan pemerintah.

Mari kita gerakkan massa untuk HIMPUNAN ISA pada bulan Jun 2009 ini, disamping terus mengadakan program penerangan anti PPSMI.

Lupakan cerita kerajaan perpaduan entah apa-apa tu.

RESOLUSI KONGRES KEBUDAYAAN KSAAN MELAYU 11

1. MUKADDIMAH

Kongres Kebudayaan Melayu II (KKM II) yang bersidang pada 16-17 Mac 2009, di Wisma Sejarah, Kuala Lumpur adalah kesinambungan dari KKM I yang bersidang di Melaka pada tahun 1957 dan juga Kongres Kebudayaan Kebangsaan (KKK) yang bersidang di Universiti Malaya, Kuala Lumpur pada tahun 1970, dengan dihadiri oleh 250 orang peserta terdiri dari pelbagai pertubuhan kebudayaan Melayu dan para peserta perseorangan dari seluruh Malaysia merakamkan asas tindakan serta resolusi-resolusi seperti berikut:

2. ASAS TINDAKAN

Bahawa kami anggota pelbagai pertubuhan kebudayaan Melayu adalah merupakan hati nurani dan juru bicara masyarakat Malaysia yang amat prihatin terhadap keutuhan negara, perpaduan bangsa serta segala pembangunan kemajuannya, berlandaskan seluruh sistem perundangan negara, khususnya Perlembagaan Persekutuan. Kami juga yakin bahawa semua pemikiran dan tindakan berkaitan fenomena kebudayaan di Malaysia mestilah berlandaskan gagasan kesatuan kebudayaan di seluruh Alam Melayu sebagai asas alam yang luas, bersejarah panjang, berperadaban tinggi dan keimanan Islam yang suci dan mulia.

3. RESOLUSI-RESOLUSI:

1. KEBUDAYAAN NASIONAL

a. Kami menjunjung seting-tingginya pelbagai resolusi yang telah dimaktubkan dalam sidang-sidang KKMI dan KKK dan menegaskan kembali pelbagai resolusi itu sebagai wajar dan relevan bagi Malaysia kini. Kami juga, khususnya, menegakkan kembali gagasan ‘kebudayaan Melayu/Bumiputera adalah teras kebudayaan kebangsaan’ dengan erti gagasan ini menjadi landasan serta kerangka bagi semua perkembangan dan pembangunan kebudayaan kebangsaan Malaysia. Maka kami mendesak agar Kementerian dan pelbagai agensi kerajaan sentiasa memastikan pemantauan dan perlaksanaan gagasan ini di sepanjang masa;

b. Kami menegaskan kembali prinsip-prinsip Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK) seperti berikut:

i. kebudayaan kebangsaan mesti berasaskan kebudayaan pribumi di rantau Alam Melayu,
ii. unsur-unsur kebudayaan lain boleh disesuaikan dengan kebudayaan kebangsaan,
iii. Islam adalah unsur utama dalam kebudayaan kebangsaan;

c. Kebudayaan Melayu/Bumiputera adalah visi dan kerangka budaya yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan untuk menjadi landasan pembangunan dan kemajuan kebudayaan Malaysia, maka dengan itu, kami menolak segala gagasan dan tafsiran yang berkait dengan ‘multiculturalism’ sebagai kerangka pemikiran dan pembangunan kebudayaan kebangsaan Malaysia yang akan mengancam dan meruntuhkan seluruh sistem kebuyaaan bangsa;

d. Kami menganjurkan dan mendesak Kerajaan melaksanakan pembangunan kebudayaan berasaskan nilai-nilai luhur dan mulia kebudayaan Alam Melayu khususnya nilai ‘budi’, ‘adat’ dan ‘adab’ rumpun Melayu dan menubuhkan secara rasmi badan kajian adat bagi melaksanakannya sebaik-baiknya.

e. Kerajaan menubuhkan sebuah yayasan untuk memantau perlaksanaan kebudayaan kebangsaan dan pembangunan segala bentuk dan ciri kebudayaan Melayu/Bumiputera untuk menjadi landasan tamadun bangsa;

11. KENEGARAAN DAN PERLEMBAGAAN

a. Kami menegaskan bahawa Malaysia ialah negara persekutuan terdiri dari Negeri-Negeri Melayu/Bumiputera sebagai kelansungan utuh dari sejarah Negeri-Negeri Melayu/Bumiputera dan pada zaman tadbiran kolonial yang telah diserahkan kembali kepada Raja-Raja dan wakil-wakil rakyat Malaysia pada tarikh kemerdekaan dengan segala persetujuannya termaktub di dalam semua undang-undang perlembagaan negara;
b. Kami menegaskan bahawa pelbagai Perkara di dalam Perlembagaan Persekutuan adalah merujuk kepada keutuhan kenegaraan Melayu sebagai teras mulia dan sakral bagi perundangan itu. Maka dengan itu, kami mendesak dan menuntut semua rakyat menghormati semua peruntukan dalam semua undang-undang perlembagaan itu tanpa tafsiran terpilih-pilih dan serong terhadap setiap peruntukannya;
c. Kami menghormati prinsip ‘pemisahan kuasa’ dalam Perlembagaan negara dan yakin terhadap fungsi pemerintahan adil yang tersirat di dalam prinsip itu, maka dengan itu kami juga menuntut agar Perlembagaan tidak dipinda sewenang-wenangnya sehingga menyebabkan kemuliaan raja, kepentingan rakyat dan hak istimewa MeJayu/Bumiputera dan serta hak asasi semua rakyat menjadi lemah dan remeh;
d. Keseimbangan kuasa antara kedaulatan serta kemuliaan raja dan rakyat mestilah sentiasa terpelihara melalui adat-istiadat atau konvensi kenegaraan dan pemerintahan demokrasi yang adiJ dan penuh tanggung-jawab dan beradab; kedua-dua pihak ini adalah pengimbang wajar terhadap kemutlakan kuasa masing-masing demi kewujudan seJuruh bangsa;

111. SISTEM POLITIK

a. Kami mendukung sistem pemerintahan raja berperlembagaan dan demokrasi, dan kedua bahagian itu menjadi bahagian sempurna dan utuh bagi kerajaan Malaysia. Demikian juga, institusi Raja dan Majlis Raja-Raja adalah menjadi bahagian utuh dari sistem pemerintahan Malaysia, maka segala kemuliaan dan kuasa yang termaktub sebagai ‘pemerintah tertinggi’ mestilah dipelihara dan dijunjung tinggi oleh semua pihak;
b. Sistem demokrasi menuntut semua rakyat melaksanakan kuasa mereka dengan penuh tatasusila, obligasi dan tanggung-jawab terhadap seluruh peruntukan perundangan demi keamanan, kesejahteraan dan kebajikan bersama, maka kami menuntut segala bentuk peruntukan perundangan yang meremehkan dan menjatuhkan kemuliaan raja sebagai puncak pemerintah negara dan negeri-negeri mestilah dipinda dan ditarik balik;
c. Keluhuran Perlembagaan dan dasar-dasar utama Negara yakni dasar pendidikan, dasar kebudayaan, Rukunegara dan dasar bahasa kebangsaaan dikembalikan sebagai asas tindakan semasa terutama DEB untuk mencapai kesimbangan ekonomi antara kaum;
d. Kepimpinan Negara sejak Dato Onn Jaafar sehingga ke zaman kini sentiasa meneguhkan tiga prinsip teras Negara: agama, bangsa dan Negara. Maka kami mendesak supaya prinsip ini kekal menjadi teras perjuangan dan kepemimpinan Negara selamanya.

1V. SISTEM EKONOMI

Sistem ekonomi mestilah memancarkan pengagihan saksama terhadap kekayaan negara tanpa sebarang kaum atau kelompok mendominasi pemilikan kekayaan dan peluang guna tenaga dengan menyusun semula struktur dan asasi ekonomi kolonial yang berterusan di Malaysia demi kedaulatan Negara, maka kami menuntut peruntukan hak-hak istimewa Melayu/Bumiputera terutama berkaitan Perkara 153 dan tanah rezab Melayu sentiasa dilaksanakan sepenuhnya sambil menghargai hak sah semua kaum, maka kami mendesak supaya kajian hasil dan natijah DEB dilakukan untuk memenuhi keperluan keseimbangan ekonomi Bumiputera;

V. PENDIDIKAN

a. Sistem pendidikan mestilah berfungsi sebagai wahana membina keutuhan negara, perpaduan bangsa, jatidiri bangsa, keilmuan dalam semua lapisan masyarakat, minda dinamis serta progreasif, sikap dan nilai patriotik serta nasionalistik dan kemajuan negara di mata dunia;
b. Kerajaan mesti melaksanakan dan mencapai kesakasamaan pendidikan berkualiti melalui perantaraan bahasa kebangsaan tunggal, kemudahan menyeluruh di semua wilayah, meritokrasi yang terpilih dari semua golongan dan penyampaian khidmat yang penuh azam serta dedikasi oleh semua pihak;
c. Kami mendesak hanya satu bahasa kebangsaan tunggal dilaksanakan dalam seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah .hingga universioti demi perpaduan bangsa, keutuhan negara dan kemajuan seluruh lapisan masyarakat; perlaksanaan dasar pengajaran selain bahasa kebangsaan akan melemahkan maruah bangsa, menjatuhkan mertabat negara dan menanam perpecahan antara kaum dan lapisan masyarakat; segala tindakan berkaitan bahasa kebangsaan mestilah selaras peruntukan semua perundangan negara;
d. Pendidikan bahasa kebangsaan mesti diwajibkan kepada semua warganegara sehingga ke tahap fasih, sambil menggalakkan mereka memperolehi kemahiran bahasa kedua dan pelbagai bidang ilmu; semua anggota tadbiran kerajaan dan masyarakat awam terutama anggota dalam perkhidmatan dan pembuatan undang-undang mesti diwajibkan menggunakan bahasa kebangsaan yang baik dan fasih demi pencapaian keadilan dalam masyarakat;
e. Kerajaan mesti melaksanakan pendidikan seni serta nilai-nilai kebudayaan kebangsaan dan sejarah serta peradaban bangsa sebagai landasan untuk mencapai kekuatan pribadi, keutuhan jatidiri serta ketaat-setiaan terhadap negara dan bangsa;
f. Kerajaan mesti meneliti kembali kurikulum pelajaran kebangsaan untuk meneguhkan pendidikan semasa dan antarabangsa serta jatidiri melalui peneguhan pendidikan sastera, budaya dan bahasa.

V1. BAHASA, KESUSASTERAAN DAN KESENIAN

a. Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan yang mesti diperoleh dengan sebaiknya oleh semua lapisan masyarakat demi keutuhan dan dan kesatuan bangsa dan negara;
b. Bahasa Kebangsaan telah membuktikan keupayaannya untuk menjadi perantaraan pendidikan dan pencapaian segala bidang keilmuan serta kemahiran setingginya, bagi semua lapisan masyarakat;.
c. Permerolehan bahasa-bahasa lain adalah kemahiran tambahan yang wajar bagi meningkatkan keupayaan bangsa, mendalami sumber keilmuan dan meluaskan hubungan di serata dunia antarabangsa;
d. Dasar bahasa dalam pendidikan mestilah dikembalikan kepada dasar yang berkuat-kuasa sebelum 2003 sebagai bahasa pengantar di seluruh sistem pendidikan dari tahap rendah kepada tahap universiti;
e. Kesusasteraan adalah wahana kemanusiaan yang berbudi tinggi demi pembinaan bangsa yang beradab dan berhemah tinggi serta berjiwa besar oleh itu mata pelajaran Kesusasteraan Melayu mestilah dijadikan mata pelajaran teras dan wajib dalam semua lapisan pendidikan Negara.
f. Kesenian adalah pengucapan dan daya cipta mulia dan tinggi bagi setiap individu dan seluruh bangsa demi pemertabatan maruah dan hemah pada tahap antarabangsa, maka pembinaan dan kemajuan seni mestilah selaras dengan landasan kebudayaan kebangsaan serta dari kekayaan sumbernya di seluruh Alam Melayu dan warisan kemanusiaan global

V11. MEDIA

a. Semua bentuk dan pemilikan media mesti memainkan peranan utama sebagai wahana peneguhan teras nasional, kesadaran nasional, keutuhan bangsa dan negara serta kepentingan dan perpaduan nasional dan juga pemikiran bangsa;
b. Media mesti berperanan sebagai saluran dan wahana maklumat, pendidikan serta hiburan yang terkawal tanpa terlalu terlibat dengan budaya hedonisme, kekerasan dan takberakhlak. Media juga menjadi saluran paling berkesan antara kelompok-kelomppok masyarakat, seluruh negara, serantau dan antarabangsa maka ia menjadi wahana pengembling perpaduan serta kesatuan bangsa. Maka kami mendesak penyelarasan media mesti dilakukan untuk mencapai kesejahteraan dan perpaduan bangsa;
c. Filem adalah media amat berkesan dalam menyampaikan pelbagai gagasan dan tindakan terutama berkaitan kebudayaan, maka kami mendesak supaya filem digunakan sepenuh untuk meneguhkan jatidiri bangsa dan menyaring keselamatan bangsa dan Negara;

V111. ISLAM

a. Kami berpegang teguh kepada peruntukan Perlembagaan Persekutuan sebagai piagam yang telah termaktub tentang peranan dan kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan dan segala implikasinya mengatasi semua sistem agama dan kepercayaan yang lain dalam negara; maka peruntukan itu menuntut semua rakyat Malaysia menghormati kedudukannya, peranannya dan kemuliaanya, di samping menegaskan hak mengamalkan agama dan kepercayaan lain secara aman dan damai;
b. Islam adalah kekuatan kebudayaan Melayu yang menghadapi pelbagai cabaran dari dalam dan luar Negara. Maka kami mendesak supaya kerajaan mengawal segala bentuk pemikiran dan tindakan dengan lebih berkesan untuk memelihara keutuhan Islam dan bangsa Melayu/bumiputera sebagai bangsa ‘definitif dalam Negara;

1X. PERPADUAN BANGSA

Kami mendesak agar perpaduan dan keutuhan bangsa serta kesejahteraan masyarakat menjadi matlamat dan sasaran utama dalam segala bentuk penggubalan dasar, perancangan program dan perlaksanaan projek pembangunan berlandaskan perundangan negara dan Perlembagaan persekutuan sebagai landasan sahih bagi segala penggunaan peruntukan kewangan negara secara penuh integriti dan telus.

X. GLOBALISASI

Kami mendesak agar kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia memandang dan menangani proses globalisasi dengan penuh waspada dan pengertian demi keutuhan bangsa dan negara serta kelangsungan corak hidup bangsa yang wajar, berakhlak dan beradab.

KAMI, PARA PESERTA KONGRES KEBUDAYAAN MELAYU II YANG BERSIDANG D1 WISMA SEJARAH DENGAN SEGALA RELA HATI MENERIMA SEMUA PERUNTUKAN UTAMA DAN SEMUA PERINCIAN TERHADAP PERUNTUKAN UTAMA RESOLUSI-RESOLUSI INI. KAMI MENYERAHKANNYA KEPADA KERAJAAN SEBAGAI PIAGAM DAN PEGANGAN KAMI DEMI KEUTUHAN NEGARA DAN KESEJAHTERAAN BANGSA MALAYSIA KINI DAN MASA HADAPAN.

KAMI TURUNKAN TANDA TANGAN SEBAGAI PENGESAHAN TERHADAP CITA DAN HARAPAN KAMI SEPERTI TERMAKTUB D1 DALAM RESOLUSI INI:

YBhg Dato’ Narliza Rafli
Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara

YBhg Dato’ Termuzi Haji Abdul Aziz
Ketua Pengarah
Dewan Bahasa dan Pustaka

YBhg Dato’ Haji Omar Mohd Hashim
Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia

YBhg Tan Sri Prof Emeritus Dato’ Dr Ismail Hussein
Ketua Satu Gabungan Persatuan Penulis Nasianal Malaysia (GAPENA)

Termaktub di Wisma Sejarah Jalan Tun Abdul Razak Kuala Lumpur
Pada 17 Mac 2009
Bersamaan 20 Rabiulawal 1430H

(Kongres ditutup oleh Dato Seri Annuar Zaini, Pengerusi Bernama)

Friday, March 20, 2009

Belajar Demokrasi Dari Indonesia

Oleh Mohd Rashidi Hassan

SAYA diberi kesempatan mengikuti rombongan Naib Presiden PAS, Dato' Husam Musa ke Indonesia, khususnya ke Solo (Surakarta) dan Yogyakarta pada 12 Mac lepas.

Dalam lawatan tersebut, kami turut berkunjung seketika ke kota Jakarta. Sekarang ini musim pilihan raya (pemilihan umum - pemilu) di Indonesia.

Indonesia, sebuah negara umat Islam yang terbesar di dunia, mempunyai hampir 300 juta penduduk, bakal berhadapan dengan pilihan raya umum April ini.

Dalam sistem pilihan raya yang diamalkan, ada tiga peringkat pilihan raya umum memilih Presiden apabila tempoh Presiden Susilo Bambang Yudhono (SBY) dari Partai Demokrat berakhir tahun ini.

Peringkat pertama bulan April. Seterusnya pusingan ke dua bulan Jun dan peringkat akhir September depan. Difahamkan ada 44 buah parti politik yang bertanding.

Tetapi parti yang berkuasa dan dapat membentuk belum tentu akan dapat memastikan wakil mereka menjadi Presiden.

Banyak yang bertanding untuk menjadi Presiden, selain SBY, Naib Presiden sekarang Yusuf Kalla dari Golkar, Megawati Sukarnoputri (PDI-P) dan beberapa tokoh lain turut menawarkan diri menjadi calon.

Di mana-mana sahaja, setiap pelusuk terdapat poster dan kain pemidang calon-calon parti yang bertanding, dari sekecil-kecil hingga sebesar-besarnya. Mereka memaparkannya dengan begitu kreatif.

Kemeriahan suasana pilihan raya atau pemilu disemarakkan dengan keterbukaan pemerintah. Di dalam laporan media, misalkan media penyiaran seperti RCTI, Metro TV dan sebagainya, menyiarkan wawancara, iklan serta membuat liputan secara langsung bagi parti-parti politik yang bertanding.

Presiden dan menteri-menteri boleh dikritik secara terbuka dan menjawab kritikan secara terbuka dan telus. Tanpa perlu berselindung dalam suasana kempen yang terkawal.

Keterbukaan ini ada baiknya. Media massa tidak berat sebelah, tidak memburuk-burukkan parti-parti tertentu, tidak menghentam dan menghina calon-calon yang bertanding secara sebelah pihak.

Semua pihak, semua parti mempunyai hak kempen yang sama, mempunyai hak menjawab segala tuduhan yang sama.

Jentera kerajaan juga tidak dituduh menjadi barua atau dipergunakan untuk parti yang memerintah sahaja. Mereka bekerja untuk semua parti dan rakyat Indonesia. Kakitangan kerajaan juga tidak dipaksa cenderung kepada mana-mana parti.

Terserah kepada mereka hendak menyokong siapa. Semua orang boleh membincangkan dan menyokong mana-mana parti yang sukai tanpa perlu bimbang ditarik balik projek, dibuang kerja, diturunkan pangkat atau ditukarkan kerana tidak menyokong kerajaan.

Malah secara terbuka, pihak Tentera Nasional Indonesia (TNI) dan Polis Republik Indonesia (POLRI) membuat kain pemidang yang diletakkan di merata jalan memberitahu rakyat bahawa 'TNI dan POLRI berkecuali dalam Pemilu'.

Indonesia dituduh sebagai sebuah negara yang mengamalkan korupsi di tahap paling tinggi, tetapi tidak malu membicarakan Presiden, Naib Presiden, Menteri-menteri dan pegawai tinggi kerajaan secara terbuka jika terbabit dalam skandal atau rasuah.

Indonesia sering dilabel sebagai negara yang miskin, tetapi mempunyai rakyat yang kaya jiwa, terbuka dan matang. Kebanyakan mereka yang di luar bandar masih hidup dalam serba kekurangan, lantaran kemiskinan, tetapi mereka tidak pernah dijadikan alat untuk diperas undi mereka pada setiap kali pilihan raya.

Keadaan ini amat berlainan dengan Malaysia. Rakyat Malaysia sering ditipu hidup-hidup oleh kerajaan Barisan Nasional, kononnya Malaysia adalah pengamal sistem demokrasi yang terbaik di abad ini.

Saya terfikir alangkah baiknya kalau media massa kita adil, memberi ruang kepada pemimpin Pakatan Rakyat menyampaikan mesej kepada rakyat.

Saya mengimpikan alangkah baiknya jika pegawai-pegawai dan jentera kerajaan tidak diperalatkan oleh BN, tetapi bertugas secara adil dan saksama.

Alangkah baiknya jika Angkatan Tentera Malaysia dan Polis tidak dipaksakan dengan sistem undi pos, dan polis tidak dipergunakan untuk kepentingan BN semata-mata.

Namun, barangkali semua impian ini hanya sia-sia. BN tidak akan membuka demokrasi lebih luas dari apa yang ada sekarang. Sekarang ini pun, hanya beberapa peratus sahaja ruang demokrasi dibuka, mereka sudah hampir tumbang dan hampir kehilangan kuasa.

Jika demokrasi dibuka sedikit lagi, nescaya pilihan raya umum ke 13 nanti, BN akan tewas kepada Pakatan Rakyat.

Sumber: Klik di sini.

Thursday, March 19, 2009

SAYANG PAK LAH ATAU BENCI ANWAR?

Fokuskan perhatian kita ke PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau kini. Lupakan idea gatal "kerajaan perpaduan". Idea gatal itu nampaknya sudah mula dimainkan oleh media pengampu untuk melaga-lagakan pemimpin dan penyokong Pas. Umno yang bermasalah akan tepuk tangan apabila Pas berpecah kerana bergaduh "idea", walhal Umno bergaduh sesama sendiri kerana berebut daging dan tulang!

Pemimpin Pas pun gila nak jadi negarawan kononnya dengan mengemukakan gagasan yang tak ketahuan punca. Ini bukan era pra merdeka, yang masih teraba-raba mencipta dasar negara. Ini sudah lebih 50 tahun merdeka. Kita sudah kenal hati budi, perangai, darah daging semua pelaku politik. Malah rakyat pelbagai kaum sudah menerima Pas dan membenci Umno/BN. Mengapa kita perlu menggatal mencadang satu idea yang belum dibincang lumat. Siapa dalangnya. Nak selamatkan Pak Lah atau Najibkah. Atau benci sangat kat Anwar ke sehingga sanggup bersekongkol dengan Umno yang penuh dengan najis mughallazah tu.

Wednesday, March 18, 2009

SERUPA SAHAJA

Yang gantung orang rasuah pun terima rasuah juga. Serupa sahaja. Itulah cerita di lobi parlimen.

100 AP katanya. 1 AP boleh untung RM 40 ribu oi. Kaya segera tu.

Entahlah...

Mari kita talkinkan parti ini. Tapi ada orang teringin nak berkawan dengan parti ini lagi. Ada nas katanya. Ada maslahah, demi ummah Melayu dan Islam hujahnya. Nak jaga Melayu dan Islam dengan orang yang menjahanam Melayu dan Islam? Ada ramai ustaz yang akan mendokongnya pulak tu.

Ha ha ha. Mari kita ketawa beramai-ramai. Berbuih ceramah hal asobiyyah. Akhirnya berasobiyyah juga ya.

Tuesday, March 17, 2009

UMNO MEMBURU KEHANCURAN

YB Salahudin ajak minum teh sebentar tadi. Antara ayat power MP Umno kepadanya ialah; Umno tak boleh dipulihkan kerana Umno sedang memburu kehancuran.

Rupa-rupanya Umno bukan dikejar kehancuran tetapi Umno memburu kehancuran. Power punya ayat bib.

SAH ALI RUSTAM TAK LAYAK BERTANDING

Somber: MStar

[DIKEMAS KINI] KUALA LUMPUR: Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam hari ini dilucutkan kelayakan bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden Umno pada pemilihan parti minggu depan kerana didapati bersalah melanggar undang-undang parti.

Keputusan itu diumumkan Pengerusi Lembaga Disiplin, Tan Sri Tengku Ahmad Rithauddeen Tengku Ismail dalam satu sidang media khas di ibu pejabat Umno, Menara Dato Onn, di sini, sebentar tadi.

Sementara itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin juga didapati bersalah tetapi hanya diberikan amaran.

Selain itu, bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamad Khir Toyo pula didapati tidak bersalah.

Menurut Tengku Ahmad Rithauddeen, Mohd Ali didapati bersalah Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.

Beliau berkata, sebanyak 29 kes disiasat oleh Lembaga Disiplin dan 15 daripadanya didapati bersalah.

Katanya, ahli-ahli Umno lain yang didapati bersalah adalah Datuk Japlin Akim (Kota Belud), Salmah Pin (Bandar Tun Razak), Saadun Basirun dan Rosli Hasan (Bukit Katil).

Kesemua mereka digantung keahlian selama tiga tahun.

(Maka berkatalah Isa Samad, bukan aku seorang aja yang kena...)

PPSMI : DALANG ATAU DALIH

Bukan isu pokok PPSMI yang dibincang oleh media pengampu Umno sekarang. Yang dibincang ialah siapakah dalang demontrasi pada 7 Mac lalu.

Ini semua tektik pengampu. Dalang sebenanya sub isu. Isu pokok ialah mengapa perlu PPSMI dimansuhkan. Ini macam orang malas pi solat jumaat yang buat helah, dikaitkannya khutbah tak sedap, maka langsung tak mau pi solat jumaat.

ORANG MELAKA SOLAT HAJAT

Orang Melaka solat hajat memohon tolak bala, dilindungi oleh Allah akan pemimpin Melayunya yang ulung, yang berwawasan, yang sentiasa membela Melayu, yang sentiasa menjaga kepentingan rakyat, yang sentiasa memperjuangkan Islam, yang sentiasa memelihara hak demokrasi rakyat dan 1001 macamlah jasanya kat Melaka tu.

Jika ia didapati bersalah tanpa bukti, maka jadilah ia seperti Hang Tuah, akan terus setia dengan Umno. Entah siapa nak jadi Hang Jebat membela dia, tak tahulah.

Jika dia sanggp menderhaka siapakah akan mengikutnya.

Jika dia menderhaka, maka akan berpantunlah Aziz Tapa menasihatkannya.

JIka ia berdiam diri, tanda mengaku bersalah, macam Isa Samad, entah siapa nak ingat dia lagi selepas ini. Jika dia bising melawan, Pak Lah atau Najib akan hantar toyol SPRM pulak.

Semuanya serba salah.

Ada satu masjid disebuah pulau kecil tanpa penghuni, iaitu di Klebang, pinggir bandar Melaka, 500 meter dari pantai; tak ada siapa pun yang solat didalamnya, maka orang ini bolehlah jadi imam, bilal dan makmum seorang diri di situ. Ha ha.


Monday, March 16, 2009

ALI RUSTAM HANYUT

Baru terima berita dari rumah Ali Rustam. Ali Rustam dan Khir Toyo hanyut malam ini. SPRM atau Lembaga Displin Umno akan mengamuk. Amuk Tuk Nading oi.

Berkepuk wang dalam beg oi. Puloh-puloh juta katanya.

Esok jam 4 petang, Ali akan letak jawatan KM Melaka.

Siapa punya kerja?

Rasuah dalam Umno tak menjadi kesalahan dalam undang-undang negara. Isa Samad tak kena apa-apa pun dulu. Masih kekal MP lagi ketika itu. Apa punya politik Malaysia.

UMNO PUN TAK TERINGIN

Pimpinan Pas aja berangan-angan dengan Kerajaan Perpaduan.

Pimpinan Umno tak teringin pun.

Masakan pimpinan Umno mahu berkongsi saki baki daging yang tinggal sedikit ini dengan pihak Pas pula. Bila dah habis daging ni dilapah, barulah boleh ajak berkongsi. Berkongsi habuk!!!

SIAPA CALUN BUKIT GANTANG

Siapa mewakili Pas di dalam PRK Bukit Gantang akan datang? Kali ini tak ramai yang berminat meramalkannya. Adakah selepas terkejut dengan nama calun PRK Kuala Terengganu yang diumumkan oleh Presiden Pas lalu, maka peramal politik malas dah nak ramal siapa calun di Bukit Gantang pula.

Kawasan ini bukan kubu Pas tetapi pada PRU 12, Pas menang kerana lonjakan pengundi India dan China. Apakah asas perkiraan pimpinan Pas kali ini. Jika rakyat dah membuak marah, letak siapa pun akan menang. Tapi pada PRK, kriteria calun amat penting kerana pada masa PRK, imej calun dilihat sebagai imej parti.

Ada yang memberi pandangan sinis, jangan dok cadang siapa calun Pas kerana kita perlu menunggu alamat istikharah Presiden Pas dalam menentukan calunnya seperti yang dibuat dalam PRK Kuala Terngganu lalu.

Pada PRK Kuala Terngganu, Pas mengharapakn lonjakan undi Cina, tetapi ianya tidak terjadi.

Bagaimana dengan calun Pas di Bukit Gantang. Jika Dr Lo'Lo belum lagi jadi MP Titiwangsa, sudah tentu pelobi Endorgan dalam Pas akan bekerja keras untuk Dr Lo'Lo menjadi calunnya. Ha ha. Kali ini geng Endorgan tak perlu berbuat begitu kerana Dr Lo'Lo telah pun menjadi MP di Titiwangsa.

Nama Mohamad Sabu dan Idris Ahamad, disebut-sebut sebagai calun. Siapakah yang lebih mengaum dalam parlimen?. Zaman sekarang bukan zaman menolak-nolak menjadi calun. Ha ha.

Sunday, March 15, 2009

PPSMI: TAK YAKIN ATAU WANG

Pada peringkat awal kemerdekaan, pemimpin politik amat ragu dengan kemampuan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama dalam sistem pendidkan negara. Hanya dengan desakan pejuang Bahasa, Bahasa Melayu didaulatkan dalam sistem pendidikan negara. Dengan sokongan majoriti umat Melayu, pemimpin Umno terpaksa akur kepada kehendak pejuang bahasa.

Kini, PPSMI dilaksanakan bukan kerana ketidakmampuan Bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara. Hampir 100% IPTA pada tahun 2003, medium pengajaran ialah dalam Bahasa Melayu.

Isu sebenarnya kini ialah kerana wang. Banyak sangat tender kepada kroni Hishamudin dalam projek PPSMI. Kerana wang hancur aspirasi bangsa! Perjuangan asas Umno kerana bangsa dan bahasa pun Umno sudah tak sanggup lagi nak perjuangkan. Apa yang ada pada Umno lagi?

Saturday, March 14, 2009

KEMANA RM 60 B

Pakej ransangan RM 60 bilion hebat didengar. Isu utama bajet ialah siapakah akan menerima manfaat bajet itu. Teori Pareto sentiasa mengingatkan kita:

  • Hanya 20% daripada bajet itu disalurkan kepada 80% rakyat
  • 80% daripada bajet akan memberi faedah kepada 20% rakyat
Isu kemarataan agihan sentiasa menjadi persoalan dalam sesuatu ekonomi negara

Perancangan bajet yang dibuat oleh kakitangan kerajaan memanglah indah tetapi dalam pelaksanaannya hancur belaka kerana gangguan oleh sang polotikus rakus. Sang politikus menyebabkan 80% daripada bajet akan memberi faedah kepada 20% rakyat sahaja!

Dan yang paling utama Najib akan pastikan 80% projek dari peruntukkan RM 60 bilion ini akan diagihkan kepada 20% geng kroninya sahaja.

Perhatikan baik-baik. Sekali lagi Teori Pareto itu tetap akan berlaku.

Friday, March 13, 2009

NAJIB LAGI PARAH DARI MAHATHIR

Apa yang terjadi kepada kes tuduhan liwat Anwar kali kedua, krisis perlembagaan di Perak dan usaha menggantung Gobind Sing selama setahun di Parlimen menampakkan ciri-ciri keganasan Najib apabila menjadi PM nanti...

Malah ia akan lebih ganas dan diktator dari Dr Mahathir.

Tunggulah dengan sabar...

SYABAS SELANGOR

Beberapa hari terakhir ini, PR Selangor membongkar apa yang disyaki sebagai penyelewengan oleh kerajaan lama Selangor. Jika kerajaan PR Selangor sanggup mendedahkan perilaku pimpinan lama Selangor, maknamya mereka kena berhati-hati supaya jangan buat macam itu juga pada masa kini dan akan datang. Itulah aspirasi yang kita hendak.

Bagaimana pula dengan kerajaan PR di Kedah dan Pulau Pinang? Bersih sangatkah kerajaan lama tu. Jika bersih buat apa susah-susah lawan kerajaan lama pada tahun lalu. Kita mahu semua penyelewerngan kerajaan lama didedah.

Kita jemu jelak dengan kerajaan Pas Terengganu pada 1999 yang mengatakan depa ada selori kes penyelewengan BN yang mahu didedahkan. Sampai habis penggal habuk pun tarak!!!!

Thursday, March 12, 2009

PPSMI: BUKAN ISU POLITIK?

Heboh di media dan kenyataan cucu On Jaafar bahawa PPSMI bukan isu politik.

Apa-apa sahaja keputusan pimpinan politik melibatkan kepentingan dan kesannya kepada rakyat.

Jika rakyat memberi maklom balas atas sesuatu dasar kerajaan dan pimpinan politik tidak mahu merubahnya, maka rakyat akan buat keputusan politik di peti undi.

Hanya rakyat bangang sahaja akan terus merayu, merayu dan merayu seperti pungguk merindukan bulan mengharapkan kerajaan akan akur dengan kehendak rakyat. Jangan jadi seperti warga setinggan berdarah Umno; walaupun rumahnya diruntuhkan tetapi masih berharap dengan Umno lagi!!!!

Keputusan rakyat adalah keputusan politik. Sesiapa yang tak hendak gunakan cara politik, ibarat membuang otak dalam kepala kita. Bangang!

Wednesday, March 11, 2009

PPSMI: APA ISUNYA?

Ternampak pro dan kontra akan isu PPSMI ini. Pro dan kontra ini wujud kerana hujah penyokong dan penentang PPSMI melihat isu pokok yang berlainan.

Penentang PPSMI melihat isu ini dari sudut mendaulatkan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa pentadbiran dan bahasa perundangan dalam negara ini , sekaligus menjadikan bahasa Melayu setaraf dengan bahasa lain di dunia ini.

Penyokong PPSMI pula kerana nak jadikan orang Melayu bijak berbahasa Inggeris kerana dengan bahasa Inggerislah orang Melayu diyakini akan maju dan menguasai dunia. Maka ajarlah bahasa Inggeris melalui matematik dan sains sejak buaian lagi.

Saya pernah membawa seorang usahawan Kelantan ke Singapura 10 tahun lalu. Usahawan ini tak reti berbahasa Inggeris. Wangnya banyak bisnesnya menjadi. Apabila ke tandas awam Singapura, apek tua pencuci tandas merungut-rungut dalam dalam bahasa Inggeris. Saya beritahu kepada kawan saya tu; "Kau tak reti bahasa Inggeris tetapi jadi tauke besar di Kelantan. Sebaliknya apek tua ini bijak berbahasa Inggeris tetapi menjadi pencuci tandas di Singapura".

Saturday, March 7, 2009

PPSMI: MELAYU BALIK ENGLANDLAH

Kalau ada lagi orang Melayu nak mengundi Umno/BN juga lagi, tak ada bahasa apa lagi nak digunakan untuk mereka ini. Umno ni, berkumpul dan mengiringan pejuang Bahasa pun dihalangnya, malah disembur gas.

Umno, Islam dahlah tak sokong. Kerana bahasa pun tak boleh juga. Lebih baik jangan mengaku Melayu. Balik Englandlah!

CELAKALAH KALIAN, CELAKA

Sumber: http://universitipts.com/

Sajak anti PPSMI dari Dubai seperti berikut:

Ini bukan sekadar lidah
Untuk bertutur teknikal
Tetapi roh warisan
Yang membina ketuanan
Bahasa jiwa bangsa

Ini bukan sekadar protes
Dari jalan ke istana
Tetapi suara keramat
Yang meruntuh keangkuhan
Bodoh sombong kepimpinan

Ini bukan sekadar rintihan
Menangisi bencana korupsi
Tetapi jeritan kemanusiaan
Yang dibunuh kebutaan
Songsang satu perjuangan

Ini bukan sekadar Melayu
Bergerak menggempur PPSMI
Tetapi anak-anak Malaysia
Yang bersatu membina
Generasi hebat masa depan

Celakalah kalian, celaka lah!
Gerombolan rasis yang ignoran
Menjadi benteng kemaraan
Angkuh mempergadai pusaka
Demi berjudi dengan keegoaan!

Fudzail
Dubai, UAE
6 Mac 2009

Friday, March 6, 2009

PPSMI: UTUSAN DULU DAN KINI

Utusan zaman Kajai ialah media Melayu yang memperjuangkan Bahasa Melayu.

Umno di tahun 46 ialah parti politik Melayu yang memperjuangkan Bahasa Melayu.

Guru-guru dulu memperjuangkan Bahasa Melayu

Kesatuan Guru Melayu dulu bersatu berjuang untuk Bahasa Melayu

Sekarang Utusan senyap membisu

Sekrang Umno pemusnah Bahasa Melayu.

Sekarang guru-guru dilihat lesu

Sekarang Kesatuan Guru Melayu kelu

Jom ke Masjid Negara esok jam 2 petang.

ESOK JAM 2 PETANG DI MASJID NEGARA

MARI BERAMAI-RAMAI KE HIMPUNAN MENDAULATKAN BAHASA IBUNDA DI MASJID NEGARA JAM 2 PETANG, 7 MAC 2009, SABTU. KITA BERARAK KE MASJID NEGARA. DATANG KERANA ALLAH.

  • KITA TENTANG PPSMI - SATU DASAR YANG MENGHINA AKTA 152 PERLEMBAGAAN MALAYSIA

  • KITA TENTANG PPSMI - SATU DASAR YANG MENYELEWENG DARI ASPIRASI PERJUANGAN ORANG MELAYU DALAM MENUNTUT KEMERDEKAAN.

  • KITA TENTANG PPSMI - SATU KAEDAH PEMBELAJARAN YANG TIDAK SELARAS DENGAN SISTEM PEMBELAJARAN YANG DIAKUI OLEH UNESCO YANG MEWAJIBKAN MENGGUNAKAN BAHASA IBUNDA.

  • KITA TENTANG PPSMI - KERANA INI TEKTIK MENGKAYAKAN GENG KRONI UMNO/BN DALAM MEMBEKALKAN SELURUH PERALATAN PENGAJARAN DALAM PPSMI.

  • KITA TENTANG PPSMI - KERANA MAJORITI PAKAR PENDIDIKAN TIDAK BERSETUJU.

  • KITA TENTANG PPSMI - KERANA SELURUH PEJUANG BAHASA DAN SASTERAWAN TIDAK BERSETUJU.


JIKA PPSMI TIDAK DIHALANG, MAKA TUNGGULAH NATIJAHNYA:

  • BAHASA MELAYU BUKAN LAGI BAHASA ILMU

  • BAHASA MELAYU TIDAK DIUTAMAKAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN

  • BAHASA MELAYU BUKAN LAGI BAHASA KOMUNIKASI NEGARA

  • MEDIA MASSA TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU

  • PROGRAM RASMI KERAJAAN TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU LAGI

  • BAHASA MELAYU DIANGGAP BAHASA KELAS KETIGA

  • BAHASA MELAYU DIANGGAP SEPERTI MILIK BANGSA ORANG MISKIN

  • BANGSA MELAYU TIDAK ADA IDENTITINYA LAGI

  • ANAK MELAYU TAK BERBANGGA DENGAN BAHASANYA SENDIRI

  • BUKAN MELAYU PUN TAK BERMINAT HENDAK BERCAKAP MELAYU

  • NEGARA INI MACAM BUKAN MILIK MELAYU LAGI

  • BAHASA MELAYU AKAN PUPUS DALAM TEMPOH 100 TAHUN AKAN DATANG

Thursday, March 5, 2009

NAJIB JUMPA ALTANTUNYA

Sumber: Mkini

Sebuah akhbar Perancis mendakwa timbalan perdana menteri pernah bertemu mangsa bunuh Altantuya Shaariibuu di sebuah kelab di Paris pada 2005 bersama Abdul Razak Abdullah Baginda.

Dalam laporan Liberation hari ini, Datuk Seri Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Timbalan perdana menteri menafikan pernah mengenali atau bertemu wanita Mongolia itu yang mati dibunuh di sebuah belukar di Shah Alam.

Beliau juga pernah bersumpah mengenali wanita itu sewaktu diserang hebat oleh pembangkang pada pilihanraya kecil Permatang Pauh, Ogos tahun lepas.

Keputusan kes bunuh tersebut yang melibatkan dua anggota pasukan elit Unit Tindakan Khas (UTK) akan diketahui awal bulan depan.

Abdul Razak, yang sebelum ini dituduh bersekongkol dengan anggota polis itu, dibebaskan daripada pertuduhan tersebut.

Selain cerita sensasi ini, wartawan Liberation turut mendedahkan saat-saat akhir kematian Altantuya berdasarkan dokumen yang didakwa diperolehi daripada polis Malaysia.

Arnaud Dubus melaporkan, Altantuya ditembak di sebelah pipi kiri dan kemudian pakaian mangsa ditanggalkan dan kemudian mayatnya dibungkus dalam beg plastik hitam.

Altantuya ditembak sekali lagi apabila tangannya dilihat masih bergerak.

Dubus, wartawan Perancis yang berpangkalan di Bangkok, juga berhasrat mendedahkan pembunuhan wanita itu - berhubung komisyen pembelian kapal selam untuk Kementerian Pertahanan - dalam projek bukunya akan datang.

MAHATHIR INDIA KE

Sesuatu bangsa "wujud" dan terus wujud kerana bahasanya. Bahasa "pengenalan" utama atas sesuatu bangsa. Mungkin sesorang itu sudak kahwin campur berkali-kali tetapi ia tetap dikenali dengan bangsa asalnya kerana ia masih menggunakan "bahasa" asalnya.

Jangan sebut Dr Mahathir tu India kerana dia sudah lama tak berbahasa India. Malah marah benar jika dikatakan dia tu India. Jangan ungkitkan "bangsa" Mukhriz walaupun asal usul datuknya dari India. Mahathir dan Mukhriz itu Melayu kerana beliau berbahasa Melayu dalam setiap kali persidangan Umno. Tak tahulah kita, jika satu hari nanti, demi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, persidangan Umno akan menggunakan bahasa Inggeris pula. Ketika itu kita boleh katakan Mukhriz itu India, kerana tak ada tanda lagi beliau itu orang Melayu. Jika Dr Mahathir dan Mukhriz nak mengaku berbangsa India pun, negara India tak mengiktirafnya kerana mereka tak reti berbahasa India. Setakat ada darah India tak memadai untuk mejadi India.

Syarat bahasa sesuatu bangsa kekal selama-lamanya ialah bahasa itu mesti menjadi bahasa ilmu dan bahasa pentadbiran sesuatu negara. Dengan ini bahasa akan mencipta suatu peradaban. Orang Melayu terus kekal dengan Islamnya kerana Melayu ada bahasanya, ada tulisannya( dulu jawi, kini rumi), ada kitab ugamanya yang berbahasa Melayu, ada pelbagai pantang larang dalam kehidupan yang sudah "diperibahasakan" dalam bahasa Melayu dan diterima sebagai satu cara hidup.

Beratus tahun, malah beribu tahun, Melayu negara ini hidup dan maju dengan bahasa Melayu. Jika mundur bukan fasal bahasa Melayu tetapi fasal lain. Pada tahun 70, pejuang kita membuktikan bahawa UKM boleh melahirkan para doktor melalui bahasa Melayu. Hampir semua universiti telah menggunakan Bahasa Melayu. Tak ada bangunan yang runtuh kerana arkiteknya belajar dalam Bahasa Melayu.

Jom, kita berarak ke Istana Negara pada 7 Mac ini jam 2 petang.



Wednesday, March 4, 2009

500,000 pelajar akan tercicir jika PPSMI diteruskan!

Sumber: Harakahdaily

MELAKA, 4 Mac (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS Melaka, Sofi Wahab, menyeru seluruh rakyat Melaka supaya turun beramai-ramai menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI pada 7 Mac ini bagi mengembalikan Bahasa Melayu yang semakin terpinggir.

Kepada yang mengaku mereka adalah ahli dan penyokong PAS haruslah memastikan kehadiran mereka sebagai komitmen terhadap perjuangan mengembalikan serta memartabatkan Bahasa Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar PPSMI.

Usaha saya menyokong himpunan 100,000 yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) iaitu mengadakan 'road show' seluruh negara sebagai penerangan jelas kepada rakyat bawah dasar itu tidak boleh diteruskan.

"Saya ingin mengingat tuan-puan supaya jangan takut untuk hadir kerana perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan mereka yang datang tidak akan buat kacau melainkan ada pihak yang sengaja melakukan provokasi. Malah lambang parti-parti politik juga tidak dibenarkan," ujarnya.

Beliau turut menyeru seluruh rakyat negeri Melaka untuk turun beramai-ramai mengiringi pimpinan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di Kuala Lumpur pada 7 Mac ini bagi bersama-sama menyerahkan memo kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong.

Menurut Sofi, perjuangan memansuhkan PPSMI adalah perjuangan semua bangsa bukan hanya orang Melayu tetapi semua kerana sekiranya PPSMI ini diteruskan, Bahasa CIna dan Bahasa Tamil juga akan turut terjejas.

Ini kerana mereka terpaksa menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar di sekolah mereka, katanya.

"Saya sangat dukacita atas sikap kerajaan yang tidak konsisten dan tegas dalam isu tersebut iaitu sama ada ingin meneruskan atau terus menghentikannya," kata Sofi.

Ia seolah-olah menunjukkan bahawa mereka ini sebagai orang melayu tetapi tidak mencintai bahasa sendiri malah tidak patriotik kerana Bahasa Melayu merupakan bahasa negara yang termaktub dalam perlembagaan tetapi mereka tidak begitu senang untuk melaksanakan perkara ini, katanya.

"Yang kedua, mereka tidak berperikemanusiaan. Pendapat daripda tokoh-tokoh pendidik yang telah membuat kajian dalam tahun 2006 menyatakan bahawa 500,000 pelajar akan tercicir akibat daripada pelaksanaan PPSMI. Begitu juga dengan satu kajian yang dibuat oleh UPSI menyatakan bahawa 60 hingga 70 peratus mereka yang terlibat dengan PPSMI ini tidak memahami konsep sains dan matematik," katanya.

Selanjutnya, beliau membuat kesimpulan bahawa tanpa ilmu pada hari ini samalah juga seperti kita sedang melakukan pembunuhan, dan ini kita tidak sedar, sangat mendukacitakan.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato' Dr Hassan Ahmad yang dianggotai kumpulan NGO, sayap-sayap Pemuda PAS dan KeADILan akan menyerahkan memorandum bantahan PPSMI kepada Agong. - azm_

PPSMI: Jangan sampai Melayu hilang Islamnya

Oleh: Ibnu Zahra aledrus

Sehingga ke hari ini, pihak yang bertanggungjawab 'menderhaka' kepada bangsa Melayu dan umat Malaysia dengan menggantikan bahasa Malaysia kepada bahasa Inggeris sebagai dasar baru Pengajaran & Pembelajaran Sains Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) masih lagi belum memberi maklum balas yang melegakan semua pejuang bahasa di seluruh negara.

Mereka terus berterusan dengan kajian ketadikaan yang tiada berpenghabisan itu. Mereka dengan pelaksanaan dasar kurang cerdik itu telah secara tidak langsung meletakkan bahasa ibunda jajahan Melayu sebagai pengalas kaki. Ya, bahasa ibunda kita telah pun dijajah oleh orang kita sendiri yang berkiblatkan 'Kaabah' Barat.

Di mana warasnya dasar PPSMI itu diteruskan? Apakah logikalnya dasar itu masih dipertahankan? Kenapa apabila diajak untuk perbahasan, 'orang' PPSMI itu tidak menyambutnya. Jika dasar PPSMI itu adalah satu keperluan dan menguntungkan para pelajar, sepatutnya pihak bertanggungjawab harus dengan berani menyahut cabaran untuk memperbahaskan isu ini. 'Berani kerana benar, takut kerana salah', adakah kamu sudah melupai pepatah Melayu ini? Oh ya, lupa. Sekarang kamu tidak lagi 'beriman' dengan bahasa Melayu.

Siapakah antara kita yang masih mengingati akan nasib tulisan jawi? Ke manakah ia sekarang? Hidup lagikah? Atau sudah matikah? Kalau sudah mati, di mana nisannya? Cuba bertanya kepada anak-anak di sekolah rendah, "Tulisan jawi itu apa?".

Mungkin masih ada yang dapat menjawabnya (itu anak pejuang bahasa, pasti). Tetapi, cuba pula diberikan kepada si anak sekolah rendah itu akhbar Utusan Melayu (Melayu?) yang bertulisan jawi dan minta si anak tadi membacanya. Aku yakin, jika dapat membacanya pun, tentu sekali dengan merangkak-rangkak.

Kesan penguburan tulisan jawi ini pula apa? Siapa yang mengetahuinya? Percayalah, ini adalah propaganda halus jajahan moden kepada umat Melayu Islam. Kesannya, cuba diberikan naskhah Al-Quran kepada budak-budak lepasan UPSR yang bakal menduduki pembelajaran di kelas menengah. Tebuk mana-mana ayat dan minta dia membacanya. Pasti tidak ramai yang mampu membacanya dengan baik.

Sedangkan kalau kita imbas kembali, di zaman 80an atau 90an, mereka yang bersekolah menengah sudah mampu membaca Al-Quran dengan baik. Sedarkah kita, apabila baca Quran pun terangkak-rangkak, bagaimana mungkin untuk mereka memahami seterusnya mengamalkan perintah amar makruf nahi mungkar dan segala hukum hakam yang terkandung di dalam kita suci itu?

Kita kembali kepada isu PPSMI. Apakah hubungannya dengan isu tulisan jawi? Memang kedua-duanya itu mempunyai hubungan akrab yang sangat rapat. Kerana kedua-duanya itu adalah jambatan untuk masyarakat Melayu mengenal dan mempelajari agama Islam. Sekarang, dengan penurunan kelas tulisan jawi, telah berjaya membuat anak-anak muda kita buta Al-Quran dan secara tidak langsung jauh dengan kefahaman Islam.

Kini bahasa Melayu pula yang diganggu-gugat. Jika dasar 'celaka' ini tetap diteruskan, tunggulah suatu hari nanti apabila para ibu bapa sudah teramat sibuk menghantar anak-anak mereka ke pusat-pusat tuisyen siang dan malam (terutama bagi subjek Sains & Matematik yang sudah diinggeriskan) sehingga tiada lagi masa yang diluangkan untuk agama.

Tika itu andai ditanya ke manakah anak-anak, apa kata mereka? Mungkin begini...

"Anak makcik sekarang ni dah takde masa nak buat benda lain. Siang malam kena pergi tuisyen. Maklumlah, tahun ni kan budak-budak tu nak periksa. Jadi, nak pastikanlah supaya semua subjek dapat A."

Ingat, subjek agama bukanlah subjek wajib untuk dikejarkan 'A'. Jadi, ke manakah nanti tempat jatuhnya penghayatan Islam dalam masyarakat?

Fikir-fikirkanlah. Bukan hanya buat hari ini, tetapi juga untuk hari esok. - azm _

Sumber: Harakahdaily.


DEMOKRASI SUDAH MATI

Apabila Speaker dan Adun dihalang bersidang, maknanya demokrasi sudah mati.

Apabila pegawai kerajaan menjadi penghalangnya, maka mereka sudah melanggar aku janji, etika kerja, tugas dan tanggung jawab selaku anggota perkhidmtan awam yang mendokong sistem demokrasi dan raja berperlembagaan. Sultan tak kata apa pun, apa fasal mereka bertindak mensabotaj DUN.

Hanya tentera yang BELUM ambil alih pemerintahan di Perak sahaja.

Lunyai dah politik Perak. Memalukan.

Monday, March 2, 2009

DUN PERAK LUNYAI

DUN PERAK LUNYAI DAH

BAIK TUANKU SULTAN PERAK BUBAR DUN SAHAJA.

TAK PAYAH SAMAN-SAMAN. ENTAH BILA NAK SELESAI.

JIKA PILIHAN RAYA - SELESAI DALAM 60 HARI SAHAJA PALING LAMA PUN.

TUANKU BEKAS YANG AMAT ARIF

Sunday, March 1, 2009

RAJA DAN AGAMAWAN FEUDAL

Oleh: Tukar Tiub

Epilog : Satu malam di kota Rom, Faroq sedang berpoya-poya bermain daun trup. Faroq di kelililingi oleh gundek-gundek Kavita dan Kaur. Mereka sedang bersantai minum-minum champagne. Kavita dan Kaur gundek Faroq telah bertanya apakah dia akan pulang ke Mesir untuk menjadi raja kembali.

Ini jawapan Al- Malik Fārūq al-Awwal …' akhirnya dalam dunia ini akan tinggal 4 ekor raja sahaja….Raja Diamond, Raja Spade, Raja Kelawar dan Raja Lekuk…. ' (Minggu lalu).


Zaman Gelap – adalah zaman dimana gulungan agamawan telah bersekongkol rapat dengan tuan-tuan tanah dan kaum feudal. Rompakan dan kejahatan kaum feudal telah di 'halalkan' oleh gulungan agamawan. Fatwa dan fatwi telah di keluarkan oleh para agamawan untuk memastikan tuan tanah dan kaum feudal sentiasa menang. Hasilnya dua kumpulan ini berkenduri kendara dalam kemewahan hidup.

Tanah, hasil pertanian, ternakan malah anak isteri kaum tani yang di rampok oleh kaum feudal semua di 'halal 'kan oleh gulungan agamawan. Dalam masa yang sama tenaga kerja kaum tani selalu di perah secara percuma untuk menambahkan lagi kekayaan kaum feudal dan kaum agamawan.

Sampai ke satu ketika kejelekan kaum agamawan telah menjadi lawak bodoh - jika kita lihat dalam konteks hari ini. Fatwa telah dikeluarkan - sesiapa yang melakukan kesalahan mereka pasti akan menerima balasan dan di masukkan ke neraka. Janji neraka ini amat-amat menakutkan kaum tani pada ketika itu.

Janji neraka ini ada tapinya. Yang bersalah tidak semestinya akan di hantar ke ke neraka jika yang di tuduh sanggup membayar harga dosa mereka. Dosa-dosa ini boleh ditimbang tara dengan berat dinar emas dan perak. Jika sanggup membayar emas dan perak maka dosa ini akan di ampunkan dengan serta merta oleh kaum agamawan. Amat jelas disini pengeluaran fatwa dan fatwi pergi ke neraka ini telah menjadi satu industri dimana kaum agamawan telah berjaya mengumpul harta kekayaan.

Tipu helah dan silap mata kaum agamawan, tuan tanah dan kaum feudal ini mula di hambat oleh kaum tani apabila kaum tani mula menerima masuk idea-idea rasional. Idea dan pandangan rasional inilah yang memajukan Eropah sehingga kita melihat Eropah yang wujud pada hari ini.

Harus di sedari bahawa pemecah ruyung membuka jalan pencerahan adalah gulungan agamawan juga. Jangan tersilap, sejarah Zaman Pencerahan di Eropah bukan bermula di Florence atau Venice tetapi berpunca di Kota Baghdad dengan wujudnya Baitul Hikhmah – Gedung Ilmu. Gedung Ilmu ini di dirikan oleh Khalifah Haron Al-Rashid (763 – 809) untuk melakukan kajian ilmu dan menterjemhkan buku dan kitab-kitab kuno Yunani yang telah di tinggalkan oleh warga Eropah yang masih dibaluti oleh Zaman Gelap.

Dari pengaruh Gedung Ilmu ini maka munculah diantaranya Al-Farabi , Ibnu Sinna dan Ibnu Rushd - ahli falsafah, ilmuan dan pemikir Arab, Afghan dan Parsi yang membawa idea rasional untuk pencerahan dunia. Mereka inilah diantara puluhuhan pemikir falsafah agamawan Islam yang membawa idea pencerahan.

Al-Farabi membuka kembali pandangan dan pemikiran Aristotle. Pandangan Socrates, Plato dan Aristotle inilah yang menjadi induk dan asas falsafah keilmuan di Baitul Hikmah Baghdad. Para falsafah ini menggunakan akal dan fikiran mereka yang rasional untuk memahami ayat-ayat Quran.

Bagitu juga di Tanah Melayu gulungan agamawan telah memainkan peranan yang penting dalam melahirkan pencerahan dan kesedaran jati diri. Dari awal lagi kaum agamawan melalui ajaran agama telah sama-sama bangun menentang penjajah – Belanda, Portugis, Inggeris dan Jepun.

Tetapi, sejarah tamadun manusia bukan satu jalan yang lurus. Kadang kala ianya berulang-ulang. Bagitu juga terjadi di tanah air kita. Pencerahan yang baru bermula tiba-tiba tergendala dengan kemasukan kuasa British pada tahun 1874 melalui Perjanjian Pangkor.

Di zaman British rakyat di Tanah Melayu, tarafnya sama dengan taraf warga di negara-negara Asia, Afrika dan Amerika Latin. Zaman Penjajah tidak jauh bezannya dari Zaman Gelap. Warga yang di jajah samalah seperti kaum tani yang harta kekayan mereka di rompak oleh kaum feudal – kini yang merompak ialah kaum penjajah.

Tujuan menjajah ialah untuk mengumpul dan merampas harta kekayaan negara yang di jajah. Justeru British telah mula bersekongkol dan menjalankan kerjasama dengan kaum feudal dan kaum agamawan. Persekongkolan mereka ini dilakukan agar cita-cita penjajah untuk mengambil hasil tanah jajahan tidak di ganggu gugat.

Justeru dimunculkan Raja di Saudi Arabia, Jordan dan Iraq – walhal Raja-Raja ini tidak pernah wujud di zaman Nabi Muhamad. Dalam ajaran Islam tidak wujud konsep raja. Dalam Islam semua manusia sama disisi Yang Maha Esa. Islam pada awalnya dianggap radikal dan revolusiner kerana menentang feudalisma dan penindasan. Malah konsep kesamaan derajat di kaca mata Tuhan inilah yang menjadi daya tarikan untuk membuka Zaman Pencerahan dan meruntuhkan kuku besi kaum feudal dan kaum agamawan di Eropah.

Di Tanah Melayu penjajah Britsish telah memupuk dan membaja kaum feudal agar mereka boleh menjadi orang perantaran di antara rakyat dengan kuasa British. Kaum agamawan juga telah di rekrut sama. Justeru terjadi persekongkolan tiga kumpulan seperti di Zaman Gelap – penjajah, kaum feudal dan kaum agamawan. Kaum agamawan sama seperti kaum agamawan di Eropah di Zaman Gelap akan mengeluarkan fakwa dan fatwi untuk ' menghalal'kan tindakan penjajah dan kaum feudal.

Tetapi idea Pencerahan tidak dapat lagi di padam-padamkan. Satu demi satu kaum feudal di Timur Tengah di hapuskan. Kaum feudal di Timur Tengah yang wujud pada hari ini sedar bahawa mereka diwujudkan kerana mereka menjaga kepentingan ekonomi kaum imperial Anglo-Amerika.

Yakinlah, apabila kepentingan kuasa imperial ini habis i.e telaga minyak telah kering - maka mereka juga akan terbungkus sama. Ini adalah hukum sejarah yang telah di teroka oleh Pencerahan.

Apa yang berlaku di Perak pada bulan Januari 2009 tidak banyak perbezaan seperti mana ianya pernah berlaku di Eropah di Zaman Gelap. Kaum feudal telah cuba melawan arus Pencerahan. Dari segi sejarah, kaum feudal di tanah Melayu yang di bajai oleh penjajah British ini telah menerima satu pukulan pada tahun 1993. Ini bila dipinda Perlembagaan yang membolehkan kaum feudal di sman. Sebenarnya ini hanyalah langkah kompromi diantara kelas kaum peniaga dengan kaum feudal.

Dalam krisis Perak ini kita juga membaca dan mendengar bagaimana ada gulungan agamawan yang mengeluarkan fatwa untuk 'menghalalkan' tindak tanduk gulungan feudal. Ini tidak menghairankan. Ini telah pernah berlaku di Eropah ketika Zaman Gelap.

Sayugia di ingati idea Pencerahan Al-Farabi, Ibnu Sinna, Ibnu Rushd telah mempengaruhi William Harvey, René Descartes, Spinoza dan mempengaruhi Karl Marx, Bakunin, Lenin yang terus pula menpengaruhi Jean Paul Sartre yang kemudian mempengarhui Ali Shariati. Idea Pencerahan Ali Shariati telah menumpaskan Raja Segala Raja Ahmad Reza Pahlavi pada tahun 1979.

Sejarah berulang-ulang. Kadangkala ke hadapan. Kandangkala mengundur. Tetapi idea dan falsafah Pencerahan akan terus bersinar. Justeru ketika ini kita juga melihat ada kumpulan dan gulungan agamawan Islam telah muncul secara positif ke hadapan untuk mendirikan benteng menghalang kaum feudal membawa Zaman Gelap datang sekali lagi ke dalam budaya negara kita.

Pencerahan telah menobatkan idea rasional dimana manusia ini adalah sama derajatnya di mata Yang Maha Esa masih lagi relevan dan satu idea yang revolusineer pada ketika ini terutama di Perak.(TT)