Wednesday, March 11, 2009

PPSMI: APA ISUNYA?

Ternampak pro dan kontra akan isu PPSMI ini. Pro dan kontra ini wujud kerana hujah penyokong dan penentang PPSMI melihat isu pokok yang berlainan.

Penentang PPSMI melihat isu ini dari sudut mendaulatkan dan menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa pentadbiran dan bahasa perundangan dalam negara ini , sekaligus menjadikan bahasa Melayu setaraf dengan bahasa lain di dunia ini.

Penyokong PPSMI pula kerana nak jadikan orang Melayu bijak berbahasa Inggeris kerana dengan bahasa Inggerislah orang Melayu diyakini akan maju dan menguasai dunia. Maka ajarlah bahasa Inggeris melalui matematik dan sains sejak buaian lagi.

Saya pernah membawa seorang usahawan Kelantan ke Singapura 10 tahun lalu. Usahawan ini tak reti berbahasa Inggeris. Wangnya banyak bisnesnya menjadi. Apabila ke tandas awam Singapura, apek tua pencuci tandas merungut-rungut dalam dalam bahasa Inggeris. Saya beritahu kepada kawan saya tu; "Kau tak reti bahasa Inggeris tetapi jadi tauke besar di Kelantan. Sebaliknya apek tua ini bijak berbahasa Inggeris tetapi menjadi pencuci tandas di Singapura".

1 comment:

Anonymous said...

Saya juga ada kawan sebagaimana tuan sebut tu.

Katanya lagi nak berjaya dalam dunia, selain dari usaha gigih, amanah, otak bisnes mestilah bergeliga. Tak reti bahasa ingeris pun tak apa, kalau otak bergeliga. Boleh gaji orang yang pandai sebagai tukang transalate. Ramai orang yang tak berapa pandai menulis dan membaca atau mencakapkan apa-apa dalam bahsa Ingeris, tapai ramai yang berjaya. Taukeh Honda Bon sew.dan ramai lagi.

Sebab berjaya di atas dunia bukan setakat makan gaji atau menjadi pengawai besar sahaja. Tetapi berjaya menjadikan wang berjuta itu juga dah dikira berjaya.

Kawan saya tu sekolah setakat SRP aje. Semasa umornya 20 tahun, dia sudah berupaya memimpin orang yang lebih tua daripdanya. Sebab apa?? kerna otaknya bergeliga.

(Tepi Kubor)