Thursday, March 5, 2009

MAHATHIR INDIA KE

Sesuatu bangsa "wujud" dan terus wujud kerana bahasanya. Bahasa "pengenalan" utama atas sesuatu bangsa. Mungkin sesorang itu sudak kahwin campur berkali-kali tetapi ia tetap dikenali dengan bangsa asalnya kerana ia masih menggunakan "bahasa" asalnya.

Jangan sebut Dr Mahathir tu India kerana dia sudah lama tak berbahasa India. Malah marah benar jika dikatakan dia tu India. Jangan ungkitkan "bangsa" Mukhriz walaupun asal usul datuknya dari India. Mahathir dan Mukhriz itu Melayu kerana beliau berbahasa Melayu dalam setiap kali persidangan Umno. Tak tahulah kita, jika satu hari nanti, demi meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris, persidangan Umno akan menggunakan bahasa Inggeris pula. Ketika itu kita boleh katakan Mukhriz itu India, kerana tak ada tanda lagi beliau itu orang Melayu. Jika Dr Mahathir dan Mukhriz nak mengaku berbangsa India pun, negara India tak mengiktirafnya kerana mereka tak reti berbahasa India. Setakat ada darah India tak memadai untuk mejadi India.

Syarat bahasa sesuatu bangsa kekal selama-lamanya ialah bahasa itu mesti menjadi bahasa ilmu dan bahasa pentadbiran sesuatu negara. Dengan ini bahasa akan mencipta suatu peradaban. Orang Melayu terus kekal dengan Islamnya kerana Melayu ada bahasanya, ada tulisannya( dulu jawi, kini rumi), ada kitab ugamanya yang berbahasa Melayu, ada pelbagai pantang larang dalam kehidupan yang sudah "diperibahasakan" dalam bahasa Melayu dan diterima sebagai satu cara hidup.

Beratus tahun, malah beribu tahun, Melayu negara ini hidup dan maju dengan bahasa Melayu. Jika mundur bukan fasal bahasa Melayu tetapi fasal lain. Pada tahun 70, pejuang kita membuktikan bahawa UKM boleh melahirkan para doktor melalui bahasa Melayu. Hampir semua universiti telah menggunakan Bahasa Melayu. Tak ada bangunan yang runtuh kerana arkiteknya belajar dalam Bahasa Melayu.

Jom, kita berarak ke Istana Negara pada 7 Mac ini jam 2 petang.



No comments: