Wednesday, March 25, 2009

KERAJAAN PERPADUAN: OKSIGEN UNTUK UMNO

Awal 80an jangan sebut nama Hj Hadi dalam Umno. Air kolah masjid Ruslila pun dikatakan macam-macam. Hadi dilihat anti Melayu. Hj Hadi menerangkan konsep asobiyyah. Dia mengistiharkan akan menghapuskan hak istimewa orang Melayu jika Pas memerintah. Huru hara pimpinan lain Pas menangkisnya. Imej Hj Hadi terlalu ekstrim dalam politik Malayisa. Hj Hadi dilihat sebagai kumpulan fundamental oleh Mahathir. Pas terus menggunakan pelbagai pendekatan politik untuk menukar wajah sebagai parti harapan untuk semua golongan dan bangsa. Imej hudud yang sentiasa dimomokkan cuba diatasi.

Akhirnya pada tahun 1999, melalui kes Anwar, Melayu merapati Pas. Pada 2008, Cina dan India pula meyakini Pas. Lobi Pas selama lebih 50 tahun akhirnya diyakini oleh semua kaum. Pas for all menjadi slogan yang diharapkan oleh semua bangsa pada 2008. Kebobrokan Umno terlalu parah sehingga orang jahat pun sudah tak yakin dengan Umno lagi.

Tiba-tiba Hj Hadi terfikir dengan gagasan kerajaan perpaduan tanpa mengira senario politik Umno dan suasana politik Malaysia keseluruhan. Umno yang terdesak, menggunakan isu ini untuk memecahbelahkan Pas. Sudah ada riak-riak pengampu yang menyokong idea Hj Hadi ini.

4 comments:

Anonymous said...

Cadangan membentuk sebuah Kerajaan Perpaduan adalah tidak sama dengan Kerajaan Campuran.

Kerajaan Perpaduan lebih nyata daripada Kerajaan Khayalan 16 Sept.

Kerajaan Perpaduan, UMNO, BN, PAS< PKR, DAP, lain-lain parti di Sabah Sarawak yang dapat kerusi Parlimen akan diberi Jawatan Menteri. Timbalan Menteri dan sebagainya .

Lihat saja di Indonesia. Presiden SBY dari Demokratik, Jusof Kalla GOLKAR, Speaker lain parti..

Soalnya sampai bila kita sesama rakyat ingin bergaduh sesama sendiri???

Tok Guru Nik Aziz pun dah bersetuju dengan cadangan Kerajaan Perpaduan setelah perjumpaan 8 mata di Kota Bharu.

Kg. Melaka

Anonymous said...

Kerajaan Perpaduan.. betul ke .. harapan untuk rakyat... orang bercerita disekitar kg, desa dan bandar.. melayu, cina, india DLL kaum.. sejak PRU yang lepas.. memperlihatkan kemaraan Islam yang dibawa oleh PAS dan semangat mengegakkan keadilan dan ketelusan pakatan rakyat.. sokongan padu mendapatkan 5 negeri. akhirnya jangan ditumbangkan dek harapan perpaduan parti.. bukannya harapan Islamisasi..adakah esok kita akan dikatakan bahawa.. harapkan pagar, pagar bawa lari.. Jangan Pisang Berbuah 2 kali...dan janganlah kita dikali-kalikan oleh rakyat(2X5).

orangkampung said...

salam,

Air pasang dan surut.

Bila air bah, pasir berubah.

Keras sikit, ada peluang ambik le.

Mungkin senario politik dah berubah.

Mungkin UMNO nak berubah.

Mungkin Pas pun nak berubah juga.

Kan perubahan yang kita hendak.

Semoga perubahan ini membawa kepada kejayaan.

Kalau sebalik nya.... sampai di sini sahaja lah.

Yang sedih nya ... orang Pas beriya-iya nak perpaduan.

Kawan sebelah sana haram kan Harakah.

Cam mana ya.

Anonymous said...

adeh..
kurg phm la..