Friday, March 27, 2009

NIZAR OH NIZAR

Sebelum Mac 2008, kita tak tahu siapa Mohd Nizar. Beliau hanya YDP kawasan sahaja. Namanya tak disebut-sebut sebagai pimpinan utama peringkat negeri. Walaupun berkelulusan profesional, beliau menjalankan kerja-kerja bawahan parti. Kawasan beliau bertanding bukanlah kawasan pilihan untuk menang. Kita pun tak tahu beliau mahir berbahasa China. Apabila PR menang, beliau menjadi calun pilihan sebagai MB.

Krisis di Perak menampakkan kegigihan beliau bekerja siang dan malam. Krisis memerlukan tindakan segera. Kekadang Pas Negeri dan Pas Pusat lambat membuat keputusan tetapi tindakan segera perlu diambil. Kini tindakan Nizar diperhatikan oleh semua orang, semua rakyat Perak khasnya. Kemenangan beliau bukan kemenangan Pas dan bukan kemenangan PR sahaja tetapi kemenangan rakyat. Kita hendak lihat keputusan rakyat yang menilai keikhlasan dan kegigihan beliau sebgai MB selama hampir setahun di Perak. Ianya menjadi isyarat politik pada 2012 nanti

Saya doakankan beliau menang PRK Bukit Gantang kerana dia adalah Nizar. Nizar yang memilih parti Islam dan Nizar yang tak mengharapkan wang gaji melalui jalan politik. Saya tak tahu betapa kuat jiwanya untuk menghadapi tekanan istana, pegawai kerajaan yang didalangi oleh SUK, kes mahkamah dan sedikit sebanyak desakan pimpinan parti sendiri.

4 comments:

Putra IJ80 said...

Kerana kekuatan,kekentalan dan keimanannya itu lah kita kenal Nizar yg.berbeza dgn orang lain yg sewaktu dgn nya.

Die telah di uji dalam berbagai bagi bentuk dan jika die kekal begitu maka die lah orang yg.menang.

Itu janji Allah" hanya orang yg.sabar dan bertaqwa yang berole kemenangan ".

Pak Brahim said...

Manusia contoh dan ikutan kita MUHAMMAD SAW. habibullah, kekasih Allah SWT.

Lihatlah bagaimana Allah tarbiah baginda SAW. dengan begitu dahsyat sekali.

Jika begitu urutan ujian Allah terhadap hamba-hambanya yang dikasihi dan beriman kepadaNya, sebagai insan yang kamil dan soleh hanya terima dengan redho, ALHAMDULILLAH.

Ambillah iktibar dari sunnah RASULLULLAH SAW. Jika kekasihnya diuji dengan begitu dahsyat sekali, apakan kita umat yang kemudian ini.

SEMOGA DS. NIZAR SENTIASA BERADA DIBAWAH PELIHARAAN ALLAH DAN DIKURNIAKAN KEKUATAN DAN KESELAMATAN SEISI KELUARGA.

kasutlama said...

SALAM BRO,

ITULAH PR,
APALAH YANG DILANTIK NIZAR TU JADI CALUN PBG?. KAN ADA CALUN LAIN SEPERTI USTAZ IDRIS AHMAD ANAK TEMPATAN YANG TAK KURANG BAGUSNYA.
BIARLAH NIZAR TU MENYELESAIKAN MASALAH BELIAU.

KETUA2 PUAK NI BERFIKIR YANG SEMACAM MANA?.

JANGANLAH JADI SEPERTI BN, YANG MELANTIK CALUN SECARA SEPERTI ITU. LAMA2 NANTI ORANG JADI MEYAMPAH PULAK DENGAN PR ATAU PAS NI JIKA CARA MELANTIK CALUN MENGIKUT OTAK TUK2 KETUA PUAK, DAN TAK MENGIKUT SELERA AKAR UMBI.

KALAU BN YANG BUAT, MACAM KATA2 YANG KITA HAMBURKAN, TETAPI BILA KETUA PUAK SENDIRI YANG MELAKUKAN KITA2 NI SENYAP JER KE?

KEMBALIKAN CARA PAS SEPERTI DULU.
TAKBIR!!!!!.
ALLAHUAKHBAR.

Anonymous said...

Kenapalah ada yang berfikir bahawa masalah yang dihadapi oleh Nizar adalah masalahnya, sedangkan dia mewakili Parti sudah tentulah parti boleh menentukannya.. Kita tidak boleh samakan tindakan yang diambil parti ketika ini sama seperti parti yang dah nak menjunam gaung tu,. Sebab cara pemikiran orang sekarang ada bezanya dengan situasi sebelum PRU.. Asasnya jangan dibiarkan kita pula yang nak mencari perpaduan dengan parti gaung tu sedangkan perpaduan datang dengan perlaksanaan Islam sebab Peruntukan Islam adalah Konsisten..

Sekiranya DS Nizar adalah wakil yang sewajarnya ia adalah datang dari parti dah tentulah kita akan mengembleng tenaga menyokongnya disamping sokongan daripada penduduk DUN tersebut.. jangan kita cakap saja.. turun dan berikan komitmen.....tuan-tuan.