Sunday, July 20, 2008

MUZAKARAH PAS-UMNO

Muzakarah Pas-Umno untuk bincang kepentingan Melayu-Islam. Sedap sekali bunyinya. Tuntutan NGO Melayu yang pro Umno dan Umno Johor dalam persidangan Umno berkaitan dengan memartabatkan Bahasa Melayu dalam pendidikan pun Umno tidak layan. Inikan pula muzakarah Umno-Pas.

Yang kita risau ialah kedua-dua pimpinan Umno-Pas hendak bincang masa hadapan politik induvidu tertentu sahaja dalam kedua-dua parti. Yang Umno hendak terus berkuasa. Yang Pas pula hendak menumpang sedikit kuasa.

Umno buatlah yang baik untuk bangsa dan agama. Pas wajib sokong, tanpa perlu muzakarah pun. Tak ada orang Melayu yang akan menentangnya. Tak tahulah kalau Hishamudin Rais yang akan menentangnya.

Pas buatlah islam dalam PR, Umno wajib sokong, tanpa perlu muzakarah pun. Kalau DAP dan PKR tentang, masa hadapan mereka hendak perintah Malaysia, tidak akan tercapai. Baru ada sebab Pas dan Umno boleh berkawan pada pilihanraya akan datang.

Bila Umno dah hampir hilang kuasa, baru minat muzakarah. Itu tanda TIDAK IKHLAS. Takkan pemimpin Pas tak reti sangat hal ini kot.

Bila Pas minat muzakarah dengan Umno, takkan pemimpin Umno tak tahu bahwa pemimpin Pas pun nak sedikt habuan. Depa lagi faham hal-hal begini.

Entahlah. Orang politik jumpa orang politik, mesti kerana kepentingan kuasa. Atas nama bangsa dan agama, bagi sedap mulut aja.

1 comment:

Anonymous said...

Kalau kita buka sedikit ruang di dada kita.

Apa salahnya kita bermuzakarah dengan Syaitan jenis UMNO. Kerana Tok Guru Nik Aziz pernah menyebut dengan Syaitan pun kita berkawan, apa salahnya dengan DAP. 'Sebut Tok Guru pada suatu waktu dulu.

BERKAWAN berbeza dengan BERMUZAKARAH