Wednesday, July 9, 2008

BAKAK HAK JAGA PRINSIP PAS

Bakak Hak atau Sang Kutu, bekas petugas harakah awalan, membuang diri dari Pas kerana tak mau dituduh menganut mazhab asing di Malaysia, yang kini menjadi penulis blog secara sepenuh masa lebih menjaga Pas supaya teguh dengan prinsip asal Pas berbanding dengan ahli Pas lain.

Apabila beliau membuat telahan awal bahawa pimpinan Pas dah mula berjinak-jinak dengan Umno, ramai ahli Pas tak percaya kerana ahli Pas SENTIASA BAIK SANGKA DENGAN PIMPINANNYA.

Bakak Hak perangainya suka minta maaf sebelum bercakap, boleh bantai sesiapa sahaja, kerana mulutnya terlalu ringan minta maaf. Bukan senang orang lain nak minta maaf oi. Dia berkoyan-koyan sudah minta maaf. Bukan senang cari orang macam ini. Tulislah puas-puas Bakak oi. Kalau silap. boleh minta maaf, bukan keluar duit pun. Kalau Nasa nak saman engkau pun, bukan boleh dapat duit pun. Kalau hendak berjaya sebagai penulis, tulis sehingga kena saman. Baru dikira WIRA. Kalau silap, minta maaf ya!!!!!

SELAMAT BAKAK, DEMI MENJAGA KEMURNIAN PAS. KALAU TAK BETUL PUN, SEKURANG-KURANGNYA HJ HADI SUDAH ISTIHAR TIADA RUNDINGAN DENGAN UMNO.

2 comments:

Redhuan D. Oon said...

Bagi kita yang kenal Bakak Haq ni kita memang memahami prinsipnya itu sebagai amat telus dan bersemangat dan dalam banyak perkara tingkah lakunya yang kadangkala agak over adalah perlu demi memperkasakan lagi perjuangan jemaah Islam.

Tak Nak Lah! said...

Kenapa hang buboh warna putih kat orang jahat dan kaki fitnah?