Wednesday, February 5, 2014

ANAK MUDA PAS: JANGAN PERASAN...

Selalu sangat kita dengar Pas memperbaharui ikrarnya bersama PKR dalam PR.  Dulu, mengatakan tak jadi UG dengan Umno.  Ketika menjelang muktamar, nak kaji semula gabungan dalam PR.  Semalam, Pas berkata akan membantu PKR dalam PRK Kajang.   Nampak sangat Pas sentiasa ragu-ragu dalam PR. Asyik-asyik terpaksa "mengucap" semula - akan bersama dengan PR.

Kekadang Pas semacam perasan. Perasan kuat sangat. Macamlah boleh menang pilihan raya jika seorang diri.  Ingatlah, Pas menang semula di Kelantan pada 1990  kerana sumbangan KU LI dengan Semangat 46nya . Pas menang di Terengganu pada 1999 kerana faktor emosi Melayu lantaran kes liwat Anwar. Pas menang banyak di Perak, Selangor, Johor, Kedah pada 2008 dan 2013 adalah kerana undi China yang menyampah dengan BN dan yakin dengan gabungan parti-parti dalam PR.

Untuk anak muda Pas, jangan berlagak dan takbur bila membuat kenyataan politik. Jangan perasan. Tolonglah analisa real politik masa dulu dan masa kini. Pas parti yang boleh 'bertahan" tetapi tidak mungkin maju ke hadapan tanpa bersahabat dan berkongsi kuasa dengan pihak lain. Takkan nak berkongsi kuasa dengan Umno pula!!!!!!!!!!!


11 comments:

5sal said...

Kepada pemuda pas yang perasan tu jadilah macam penyapu lidi, sebatang lidi senang dipatahkan, kalau seikat lidi...!!!!

Anonymous said...

Well said bro,
Drp presiden sampai ke level ustaz2 kopiah putih tu adakah mrk ini tahu subjek 'HISAB/matematik" dan adakah mrk ni lulus subjek MATEMATIK?

Anonymous said...

PAS dah biasa berjuang berseorangan. Dah biasa dah menang dan kalah, itu semua adat pertandingan...Sebelum ada semangat 46 dan sebelum bergabung di bawah pakatan rakyat, PAS berjuang bersendirian.Dan PAS semakin hari didapati semakn kuat kerana istiqamah ahlinya. PKR ialah parti serpihan UMNO yang mana majoritinya masih lagi berjiwa UMNO, perangai UMNO pun masih ada lagi dalam jiwa ahli mereka.Ahli pas dah biasa dengan kesusahan, tetapi masih istiqamah atas perjuangan parti mereka, tetapi bagaimana pula dengan ahli PKR, tk boleh nk susah sikit...tk boleh survive lompat parti, berpaling tadah, keluar parti dsb nya...jangan nak sorok kelemahan sendiri dengan menunding kepada orang lain...perbaiki diri sendiri dahulu la beb...

Anonymous said...

Kalau sekadar nak alasan mcm2 alasan boleh dicipta.. faktor 46 lah anwar lah cina lah.. hakikatnyer pas x heran pun menang ke kalah.. yg pentingyer kerja perjuang islam berterusan yg lain2 kerja Allah jua...

Anonymous said...

Ketika PKR mendesak AG dlm hal pendakwaan SPRM berprofil tinggi..pemuda PAS masih leka bercakap soal kuasa..

Ketika Razifi bercakap soal penyelewengan dana rm690 juta...pemuda PAS masih leka dgn kuasa.

Ketika JAKIM gunakan khutbah menghina agama lain..pun dewan ulamak.PAS masih diam membisu..

Syok sendiri shj parti pas ni

Anonymous said...

banyak kerusi pkr di kelantan kalah sebab pas tak undi,Hanya nak harap undi pas tu pun terhegeh-hegeh kata bijak.mana ada kws pkr menang kalau ada pertandingan 3 penjuru.Cgu bad menang?yg bijak pun bercakap pun kalah.Anuar Ibrahim pun kalah kalau pas ikut bertanding di kajang,tak caya try tgk.Cuma Pas ini baik ,sebab dia boleh terima org dah insaf,berbaik sangka.org islam bkn melayu.Khabar angin adun pkr pula nak lompat parti,kemungkinan ni jadi,sapa tak kenal pkr.Dap lebih boleh dipercayai berbanding pkr

malaysiabaru said...

Salem

Ha ha ha .... bukan anak muda pas
Anak anak pusat asuhan sesat PAS

Anak muda setan Ni tak Pham pasai apa pas mampuih di teganu ... mampuih di Kedah ..

Esok pas jd Mb Selangor ... mampuih pas di Boolean

Suhaizan kayak panadol suhaizan koyak ... berhingus

Anonymous said...

Samada sendirian atau berpakat PAS insyAllah wujud. Kalau berpakat dapat tambah negeri. Kalau tak berpakat duduklah sorang2. Perjuangan tetap diteruskan.

Bagaimana pulak kalau PKR tinggal berseorangan atau sekadar bergabung dengan DAP. Terus terang aku kata dah lama PKR bungkus. Faham sikit.. parti akan bungkus.

Ideologi takada, falsafah kosong. Cuma main isu semasa. Kalau tak ada isu...serupa macam kangkung tak ada air.

Anonymous said...

Provok nmpak. Org UMNO ye

bat8 said...

Perjuangan Islam segelintir puak PAS dah tak ada beza dengan UMNO. Nampak sangat mereka ini tidak faham apakah UMNO.

Jika dah begitu tergila2 nak bersongkol dengan UMNO demi melayu dan Islam eloklah dengan rasmi buat begitu. Tengok le sejauh mana berjayanya perjuangan Islam PAS bersana UMNO.Tapi jangan lupa tanya UMNO bolehkah UMNO berjuang menegakkan Islam secara PAS dengan UMNO sendiri mempunyai ramai ahli bumiputra bukan Islam yang majoriti berugama Kristian di Sabah. PAS memang boleh sebab guna tahaluf siyasi tetapi UMNO nak guna apa?

Kalau hati dah nak bersama UMNO jangan berpura2 lagi kerana Islam melarang bersikap bermuka2 apatah lagi sebuah parti yg berjuang atas nama Islam. Jangan sekali2 bersifat munafik

jimi said...

harap pemuda pas sedar..