PRK kali ini di Kajang. Bagaimana ianya terjadi semua telah maklom. Tetapi yang paling penting, menjelang PRK ini, ramai sekali telah menjadi Presiden Pas.
Tiba-tiba Ketua Pemuda Pas Selangor, Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat, Pengarah Pilihan Raya Pemuda Pas Malaysia dan bekas Ketua Pemuda Pas Pusat berlagak macam Presiden Pas mempertikaikan strategi yang diambil oleh PKR dalam isu politik di Selangor.
Pemimpin pertengahan Pas di atas berlagak macam Presiden Pas, mengecam PKR, rakan kongsi utama dalam PR. Depalah paling suci dan benar kononnya. Bertanya konon, tetapi cara bertanya, nampak akan keangkuhannya. Bikin malu Pas sahaja.
No comments:
Post a Comment