Friday, July 18, 2014

Mewah Berbuka: Jurang Ekonomi Ummat Islam

Antara isu utama ekonomi ialah menghapuskan jurang  ekonomi  antara  rakyat.  Banyak indikator untuk melihat  jurang ekonomi itu.

Tetapi di dalam bulan Ramadhan ini, kita boleh melihat jurang ekonomi melalui adegan berbuka puasa.  Ada makan di hotel mewah dengan buffet  RM 80 seorang dengan layanan dendangan nasyid islami. 

Ada yang berbuka puasa di masijid dengan bubur lambuk dan nasi dengan kos tak sampai RM 10 seorang. 

Ada yang berbuka di rumah, tak tahu apa menuunya.

Yang pasti berdasarkan lawatan rakan-rakan kita yang membuat program ziarah  ke golongan yang bernasib malang, jurang dan nasib ummat Islam Malaysia masih tak tahu di mana silapnya....


1 comment:

Anonymous said...

Silapnya ada ditangan yang diberi mandat memerintah.Mereka sengaja tidak mahu mengubah serta membantu yang kurang mampu agar suara2 mereka masih didengar dan diperlukan oleh yang kurang mampu.Masakan 50 tahun memerintah masih belum dapat mengurangkan jurang yang mampu dan kurang mampu...Hanya allah yang tahu isihati yang memerintah