Sunday, September 28, 2014

CIKGU BAD DAN AZMIN BERDAMAILAH

Akhirnya Azmin Ali jadi MB.  Selain dikhuatiri beliau akan berperangai macam pimpinan Umno, Azmin layak sebagai MB. Ha ha.

Sebagai penggerak awal reformasi dan pendokong utama Anwar, Azmin adalah calon yang paling sesuai.  Jika Cikgu Badrol tak ngam dengan Azmin, cubalah belajar bekerjasama.dengan  Azmin. Ha ha. Cikgu Badrol pun pejuang politik yang baik. Kita  mahu kedua dua tokoh ini terus berperanan dengan hebat untuk terus melawan Umno/BN.  Rakyat juga akan rugi jika mereka sabotaj mensabotaj satu sama lain.  Cukuplah geng Ustaz muda  buat kat Mat Sabu dalam Pas. Woooo.

Azmin mepuunyai cukup masa sebelum PRU akan datang untuk berbuat sesuatu yang baik di dalam kerajaan negeri Selangor.

Selamat bekerja Azmin!!!

1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikom, kamu berdua bergaduhlaa sampai mati. Manusia apa yang memutuskan silaturrahim. Mereka yang memutuskan Silaturrahim tidak akan dimasukkan kedalam Syurga. faham tak....