Oleh: TT
Kuasa imperial Amerika syarikat sedang merancang untuk menyerang Iran atas alasan Iran sedang
berusha untuk membuat senjata bom nuklear. Ini agak senang difahami. Amerika
sedang menyerang Pakistan untuk menafikan Pakistan dari terus dimiliki bom nuklear. Ini mungkin agak susah
sadikit untuk difahami.
Kuasa imperial Anglo-Amerika ingin menyerang Syria kerana
projek New World Order. Ini lagi ramai yang tidak faham. Ini lagi susah untuk
difahami. Justeru, apa yang berlaku di
Syria pada ketika ini telah melahirkan banyak kejulingan. Kejulingan yang jelas
ialah kejulingan intelektual dikalangan masyrakat Melayu.
Kejulingan intelektual ini lahir dari kegagalan memahami asas
politik. Kejulingan ini lahir kerana sikap malas membaca. Sikap malas berfikir.
Sikap mengambil jalan pintas tanpa membuat selidikan sendiri.

Hasilnya, sikap malas membaca ini melahirkan ramai tukang
ikut dan ramai tukang sorak. Tukang sorak dan tukang ikut ini sebenarnya telah lama pencen dari menggunakan akaliah dan
fikrah mereka. Apabila telah pencen maka
apa yang tersimpan dibelakang dua telinga itu tidak lagi memiliki kudrat untuk menjadi gersang dan kritikal.
Kegersangan untuk berfikir ini telah
dilepaskan kepada bengolan-bengolan yang dikatakan bertauliah.
Biar saya jelaskan
disini bahawa apa yang berlaku di Syria
bukan tentang konflik agama. Bukan konflik mahzab Sunni dengan Shiah.
Bukan konflik mahzab Alawite dengan Sunnah wal Jamaah. Atau
konflik Islam dengan Kristian.
Memang saheh, wujudnya
konflik antara Shiah dan Sunni. Memang betul kerajaan yang dipimpin oleh Bashar
ini tidak demokratik. Memang betul ada
gerakan rakyat yang menuntut agar ruang demokrasi dibesarkan lagi. Elit politik
di Syria sama saperti elit politik di Malaysia atau elit politik dalam negara dunia. Mereka
zalim, ganas, rasuah dan rakus merembat
harta kekayaan negara. Kezaliman dan
penyempitan hak kebebasan warga ini adalah watak elit politik dunia
ketiga.

Untuk memahami lebih mendalam maka saya terpaksa membuka
minda pembaca untuk memahani teori kontradiksi. Kontradiksi adalah hukum alam
semula jadi. Ianya sama saperti oxygen
ertinya kontradiski wujud bersama kita.
Tanpa kontradiksi alam ini tidak mungkin wujud. Sama ada negara itu penuh dengan kafir atau
penuh dengan penganut Islam atau penuh
dengan warga yang tidak percaya kepada Tuhan – kontradiksi terus wujud.
Kontradiksi tidak beragama. Tidak berbahasa. Dalam sistem
ekonomi kapitalis atau ekonomi sosialis kontradiksi wujud. Alam bergerak kerana
kontradiksi. Dalam kontradiksi ada
pergeseran. Pergeseran dan percanggahan
inilah yang mengerakan alam kita ini.
Kontradiksi ini juga bertahap-tahap. Ada yang fudumental, ada yang tahap kedua dan ada yang kurang penting. Kontradiksi ini
berubah-ubah. Contoh terbaik ialah dalam
sejarah perjuangan orang yang terdahulu dari kita ketika perang dunia ke dua.
Ketika itu Tanah Melayu sedang dijajah
oleh British. Inilah kontradiksi utama. Kontradiksi - pertentangan antara warga
Tanah Melayu dengan penjajah.
Tetiba Jepun datang
menyerang. British yang menjadi musuh utama telah menjadi musuh ke
dua. Yang wajib dilawan ialah tentera Jepun. Malah
kontradsiksi dengan British menjadi luntur sehinggakan ada kerjasama
antara warga
Tanah Melayu dengan British untuk melawan kontradiksi yang fundumental :
penjajah Jepun.

Kontradiksi utama atau pegeseran utama pada ketika ini ialah diantara rakyat Syria dari semua mahzab
agama dengan kuasa imperialis
Anglo-Amerika. Silap memahami kontradiksi fundumental ini maka akan
silaplah semua analisa politik. Akan bertaburan segala hujah. Tidak akan dlihat
satu kesatuan fikrah yang tersusun dalam menganalisa situasi di Syria. Inilah
yang melahirkan kejulingan pandangan terhadap apa yang sedang berlaku di Syria.
Pasti para pembaca akan bertanya kenapa kuasa imperial
Anglo-Amerika melakukan semua ini? Apa sebenarnya yang diperlukan oleh kuasa
imperial Anglo-Amerika ini? Jawapannya ialah
kuasa imperial Anglo-Amerika ialah kuasa imperialis. Imperialisma ini ialah tahap yang paling tinggi yang boleh
dicapai oleh sistem kapitalis.
Sistem ekonomi kapitalis yang bertuhankan keuntungan maksima memerlukan
bahan mentah, buruh dan pasaran. Sistem ekonomi kapitalis selama 150 tahun ini
telah bergerak dengan jayanya dengan bantuan bahan bakar petrol. Tanpa bahan bakar ini sistem ekonomi kapitalis
akan runtuh berderai.

Pasti akan ada pembaca yang bertanya Saudi juga ada minyak
kenapa tidak diserang. Qatar juga ada minyak kenapa Qatar tidak diserang?
Malaysia dan Berunai juga ada minyak kenapa tidak diserang? Jawabnya cukup
senang. Rejim Arab Saudi dan Qatar ini
adalah barua kepada Amerika. Malah tidak perlu diserang kerana terlaga minyak
di Saudi dan Qatar adalah milik Amerika.
Bagitu juga Malaysia dan Berunai. Dua negara Melayu ini adalah ‘budak setia’
kepada Amerika. Malah Malaysia telah menghantar
tentera ke Afghansitan. Malaysia juga sedang membantu Raja Saudi yang sedang
cuba memadamkan apa kebangkitan warga
Bahrain yang sedang berjuang untuk mendirikan Bahrain yang lebih demokratik.
Tetapi Syria tidak
memiliki bahan bakar petrolium? Ini betul. Tetapi dalam strateji kuasa imperial
Anglo-Amerika untuk mendirikan New World Order Syria ini dilihat sebagai musuh.
Syria menjadi musuh bukan kerana Syria ini Shiah tetapi kerana Syria menyokong perjuangan Hisbulah
dan Hamas yang sedang mengangkat senjata menentang kuasa zionis Israel.
Syria juga dijadikan musuh kerana Syria dari zaman Presiden
Hafeez al-Assad telah berkerjasama dengan Iran dalam banyak bidang. Malah dasar
luar Iran/Syria telah membantu memperkuatkan gerakan Hisbullah dan Hamas.

Mungkin ramai yang terlupa Isreal telah juga menawan dan sedang menjajah wilayah Bukit Tinggi Golan semenjak 1967
dahulu. Wilayah ini adalah milik Syria dan diakui oleh Bangsa Bangsa Bersatu.
Kerjasama antara Syria dengan Iran dan Russia ini adalah satu
pekara yang tidak dapat diterima oleh kuasa imperial Anglo-Amerika. Obama dan
Clinton melihat bahawa kerjaan Bashar ini berkemungkinan akan menggagalkan
strateji Amerika untuk menawan Iran. Syria perlu dipatahkan dahulu sebelum
serangan dapat dilakukan keatas Iran. Justeru kerajaan Bashar wajib dijatuhkan.
Disini ada tiga buah negara yang sedang menjadi barua
Amerika. Saudi, Qatar dan Turkey. Saudi dan Qatar menjadi taiko mengeluarkan
dana. Manakala Turkey menyedikan tempat di sempadan Turkey/Syria untuk melatih
kumpulan-kumpulan pengganas anti-Syria yang kini memanggil nama mereka Free
Syrian Army. Nama kumpulan ini amat menarik tetapi mereka ini dilatih oleh CIA.

Para pembaca wajib sedar bahawa dibelakang semua ini ialah
kuasa zionis Isreal. Dengan licik Israel telah berjaya menjadikan Saudi, Qatar
dan Turkey sebagai budak suruhan gerakan Zionist International.
Pada ketika ini kuasa dan pengaruh zionis Israel cukup kuat sehinggakan Obama terpaksa mengikut
telunjuk Benjamin Natanyahu. Kaum zionis Isreal telah memilih waktu yang tepat
– tahun pilihan raya - dimana tidak ada
bakal Presiden Amerika yang berani bercanggah
dengan Isreal.
Amerika , Saudi, Qatar dan Turkey semunya sedang menjadi budak suruhan zionis Isreal.
Kita wajib sedar dan berwaspada kerana
dibelakang zionis Isreal ini ialah tuan empunya bank dan gedung-gedung perniagaan antarabangsa. Mereka inilah yang
sedang merancang untuk mendirikan New World Order – Satu Dunia Baru – dimana semua harta kekayaan
dunia ini akan mereka miliki. Kuasa dan kekayaan ini akan dipertahan oleh
senjata-senjata buatan Amerika dan Nato.
Mungkin ada yang tidak percaya apa yang saya tulis ini.
Mungkin ada yang melihat ini ialah perjuangan Sunni terhadap ajaran sesat Shiah.
Mungkin ada yang akan mengatakan ini perjuangan adil rakyat Syria menuntut
kebebasan dan demokrasi. Mungkin ada
yang percaya bahawa kuasa imperial Amerika bersama Nato sedang berusha
menaburkan demokrasi saperti yang sedang mereka lakukan di Afghanistan, di Iraq
atau di Libya.
No comments:
Post a Comment