Tuesday, July 28, 2009

SANUSI JUNID SOKONG ISA

Sanusi Junid menyokong Akta ISA dalam hujahnya di program Hujah di TV9, beberapa minggu lalu kerana ISA akan mencegah rusuhan dan menjaga keamanan.

Setakat ini perhimpunan anjuran rakyat Malaysia tak menjadi rusuhan. Yang jadi kecoh ialah apabila perhimpunan disuraikan atas tembakan air gas. Yang merosakkan harta benda awam ialah Polis FRU itu sendiri.

Kalau seseorang ditahan bertahun-tahun - maknanya kerajaan tak mampu membuktikan dia ada kes. Jika pembunuh pun, jika pendakwa gagal membuktikan kes pun akan dibebaskan.

Orang bebas - duduk rumah seharian pun dah pening kepala. Inikan pula tahanan ISA yang dah bertahun-tahun. Zalim zalim zalim. Takkan 10 orang tahanan ISA yang disyaki oleh kerajaan tak boleh dipantau oleh SB jika dibebaskan.

Dulu, Sanusi dipulaukan akhbar Utusan pun dia marah. Tetapi orang kena tahan bertahun-tahun tak apa pula. Tak patut sungguh. Patutlah dia tanam padi kat bumbung.

No comments: