Monday, July 27, 2009

MUDAHKAN PENCIPTAAN KEKAYAAN RAKYAT?

Hari ini terdengar ucapan Najib yang menyeru perkhidmatan awam untuk permudahkan penciptaan kekayaan rakyat.

Maknanya - mudahkan bagi kontrak kepada kroninya.

Tugas utama negara dan perkhidmatan awam ialah mengagihkan rezki negara kepada rakyat terbanyak. Kekadang kena ada strategi menghadkan kekayaan negara kepada seseorang atau sekelompok orang sahaja. Itulah tugas utama kerajaan. Melahirkan 1,ooo rakyat yang berpendapatan RM 10,000 sebulan lebih baik dari satu orang yang berpendapatan sejuta sebulan.

Jika menteri dan pegawai kerajaan pun kaki rasuah, maka kos pembangunan akan meningkat berkali ganda. Tak dapat tidak rakyat juga menanggung kesan akhirnya.

3 comments:

orangkampung said...

salam tuan,

Kroni yang macam mana tu ya tuan.

Kalau semua yg dapat tu orang UMNo ....

Ikut keluarga ... pakcik, makcik sendiri ....

ZulBahau said...

Salam kepada tuan rumah, maaf mencelah sikit, penyakit kroni dan nepotisme kini sedang melanda jua PR terutama diSelangor. Pengalaman saya segala kontrak dan projek kerajaan PR hanya diberi kepada yang mempunyai kaitan juga.

Malah kalau hendak berdaftar denga SUK sebagai kontraktor panel, borang permohonan perludisahkan oleh ADUN PR.

Komen saudara?

ALI MAIDIN said...

Semua penyelewengan wajib dibongkar tanpa mengira siapa memerintah. Abu Dzar menentang Saidina Usman, Saidina Husin menentang Yazid.