Monday, July 13, 2009

IBU SEGALA KEJAHATAN

Buatlah apa pun pertubuhan. Ajaklah buat kebaikan.

Tetapi jangan sesekali bersimpati, menyokong, bersekongkol dengan sang penguasa yang zalim, menindas rakyat, berkronisme, berkolusi, melindungi sang perasuah dan menjadi alat sang kapitalis.

Tak ada makna kerja-kerja baik yang kita buat jika ibu segala kejahatan tak dibuang dari bumi ini. Ibu kejahatan di bumi ini ialah sang penguasa yang zalim.

Bila media Cina lebih bersedia mendedahkan penyelewengan sang penguasa - apakah nilai akidah umat islam yang sentiasa cool dengan sang zalim...

Bila geng syiah Malaysia meratap kezaliman Yazid berabad lalu - tapi ada yang selesa berparti dalam Parti semasa macam Yazid perangainya.

Bila geng Salafi/Wahabi mengajak kembali kepada quran wal hadis - tetapi bersekongkol dengan parti yang membuang alquran sebagai landasan perjuangannya.

Teringat keluhan kawan saya - tak faham, tak faham.

No comments: