Pembaziran dan agihan yang tidak
adil adalah punca utama kemiskinan. Demikian kata Saidina Ali, 15 abad
yang lalu. Dalam bahasa sekarang, pembaziran dan ketidakadilan adalah
punca ketidak seimbangan ekonomi sebuah negara. Isu ekonomi bukan kerana
kekurangan sumber pendapatan negara sahaja tetapi faktor awalnya ialah
isu akhlak atau moral sang pengurus ekonomi.
Bayangkanlah
peruntukan BRIM sebanyak RM 4 bilion diagihkan kepada lebih 8 juta
orang tetapi subsdi kepada 3 syarikat IPP (Penjana Tenaga Bebas) yang
membekal tenaga kepada TNB adalah RM 19 bilion!!!. Walhal TNB sendiri
mampu mengeluarkan tenaga tanpa IPP tersebut. IPP tidak mampu
menghasilkan tenaga yang murah untuk dibekalkan kepada TNB sehingga
menyebabkan kerajaan memberi subsidi kpd IPP sebanyak RM 19 bilion.
Nampak sangat BN memberi wang dengan senang kepada kroninya. Bukan RM
500 oi. Tetapi RM 19 bilion.
RM
19 bilion itu boleh bagi pendidikan percuma pengajian tinggi kepada
rakyat Malaysia yang hanya diperlukan RM 4 bilion sahaja setahun!!!!
Bukan
tak ada wang, tetapi salah urus keutamaan kepada rakyat sebenarnya.
Itulah moral atau akhlak sang pemimpin negara...Tepat kata Saidina Ali. Saya hanya mengingatkan kembali kata-kata yang berharga itu.
Woooo.
SELAMAT MENUKAR KERAJAAN!!!!
No comments:
Post a Comment