Friday, March 8, 2013

IMAN 1 BILION

Harga jatuhnya sebuah kerajaan bukanlah setakat kehilangan ganjaran bulanan sebagai PM, Menteri, MP, MB, Exco atau Adun sahaja.  Tetapi yang lebih mahal lagi ialah kehilangan nilai kontrak  berbilion-bilion ringgit   untuk anak beranak, adik beradik, kawan-kawan, anggota  kroni dan penyokong tegar sang parti pemerintah.

Oleh itu jangan hairanlah jika setiap usaha dilakukan untuk mempertahankan kuasa sebuah kerajaan, hatta dengan mengorbankan nyawa seseorang. Setakat menjatuhkan maruah seseorang seperti yang dibuat kepada Anwar, itu sudah menjadi terlalu kecil sahaja.

Ada usaha yang paling mudah dengan hanya membangkitkan sentimen sahaja misalnya:

 "akan hilanglah kuasa Melayu",
 "akan perlahanlah usaha melaksanakan Islam", 
"akan ditudoh mengkhianat bangsa dan agama",  
"alat barat",  
"tiada jaminan akhlak yang baik"

dan 101 sentimen moral, bangsa dan agama, tanpa  menggunakan modal wang pun. Tetapi itulah yang kekadang mempunyai kuasa mengubah pendirian sang pengundi dan sang pemimpin parti politik yang berteraskan "bangsa" dan "agama". Tambahan pula jika parti itu dikuasai oleh bekas pegawai kerajaan pencen yang selalu menerima dakyah BTN samada secara langsung atau tidak.

Jika sentimen bangsa dan agama gagal digunakan, maka kuasa wang akan digunakan. Ya, ada iman RM 100 ribu. Ada iman RM 1 juta. Ada iman RM 1 bilion.  Jika sebelum 2008, ramai pemimpin kecil telah dibeli, tetapi pada PRU 2008, MP dan Adun telah dibeli. Maka jangan hairan jika PRU 2013, sang ketua panglima perang pula  akan dibeli. Kita doakan semuanya ini tidak terjadi. Tetapi kita kena bersedia dengan kejutan ini!!!!!

No comments: