Apabila Anuar Ibrahim menyertai Umno pada 1982 dahulu, Nakhaei Hj Ahmad menulis sebuah buku bertajuk lebih kurang " Anwar : Masuk Umno Tak Syaraei". Banyaklah hujah yang dilontarkan oleh Nakhaei tentang tidak bolehnya Anwar masuk Umno itu ibarat sebuah tesis MA. Ha ha. Tetapi entah macam mana selepas itu Nakahei pula yang masuk Umno. Woooo.
Antara hujah Nakahei yang masih saya ingat di dalam buku itu ialah beliau mengatakan Umno itu sebuah "sistem". Umno bukan sekadar satu parti politik biasa sahaja. Umno menganut satu ideologi pragmatis, satu fikrah materialism dan sentiasa akur dengan kuasa politik dunia yang anti Islam. Cukup hebat hujah ini. Saya boleh terima hujah tersebut. Maka tak hairanlah jika uztaz-ustaz biasa boleh masuk Umno kerana agak sukar memahami Umno ini sebagai satu sistem yang tidak selaras dengan islam. Geng sosialis sahaja yang cair dengan istilah neo-kolonialism, kapitalism, pertumbuhan ekonomi, pertentangan kelas, penswastaan, jurang pendapatan, monopoli dan pelbagai lagi istilah. Semua istilah tersebut membentuk i satu sistem yang yang membelenggu corak pemerintahan sebuah negara.
Untuk membolehkan "sistem" ini terus hidup, maka pelbagai strategi digunakan untuk rakyat mendokong sistem ini tanpa sedar termasuklah dari golongan ugama. Sistem ini akan menonjolkan kepada golongan ugama bahawa mereka adalah mesra agama. Mereka akan merderma dan menyumbang berjuta ringgit untuk program agama, selagi golongan agama tidak menghalang mereka memonopoli harta negara. Tulang belakang sistem ini ialah sang politikus dan sang korporat. Janganlah pelik jika sang kapitalis ini akan membiayai pusat tahfiz, pondok, pendakwah-pendakwah, dan ahli politik dari Pas
Puak korporat/kapitalis ini hanya hidup dalam politik Malaysia yang memberi naungan atas nama Melayu. Atas nama Melayu mereka membolot dan memonopoli projek dan permit dari sang pemerintah BN. Dan apabila BN mahu tumbang, maka janganlah hairan mereka akan bekerja siang dan bermalam tanpa kecewa, memujuk pihak Pas agar bersama dengan Umno, kononnya atas nama Islam dan Melayu. Kalau pimpinan Pas gagal memahami soal kelangsungan "sistem" ini, maka Pas akan bersekongkol dengan Umno untuk meneruskan hayat "sistem" yang bukan sahaja menjadi alat sang kapitalis Umno tetapi tunduk kepada aliran politik dunia yang tidak senang dengan Islam.
Terima kasih Nakhaei yang menguatkan keyakina saya untuk menentang sistem ini. Saya tak lihat Umno sebagai parti Melayu tetapi sebagai satu sistem yang bobrok. Berkatalah sifolan: Otak Nakhaei memang bergeliga tetapi bodoh bila masuk Umno. Ha ha. Apa pun Nakhaei masuk Umno seorang diri tanpa bawa sekapal dari Pas berpeluk dengan Umno. Wooooo. Apa khabar Idris Ahmad, tokoh walak Pas?
No comments:
Post a Comment