Monopoli adalah antara isu ekonomi
dalam sebuah negara. Lazimnya monopoli hanya dibenarkan kepada syarikat
milik penuh kerajaan sahaja dengan tujuan melindungi kepentingan rakyat
khususnya seperti kawalan harga. Perkhidmatan tenaga (LLN), lebuh raya
(Plus), telekomunikasi (Telekom), air (JBA), pos, bekalan beras
(Bernas) dan lain lain telah dikorporat dan diswastakan oleh Dr M
secara monopoli. Akhirnya syarikat ini bukan lagi milik kerajaan 100%.
Mereka tidak mementingkan kebajikan rakyat. Ianya sudah dijadikan
bahan dagangan di BSKL untuk kepentingan kaum pemodal dan pemain saham.
Hujah
utama pengkorporatan dan penswastaan syarikat kerajaan adalah untuk
tujuan kecekapan. Itu hanya alasan yang paling lemah kerana semua
pekerja ayarikat ini adalah dari jabatan kerajaan yang lama juga.
Sebenarnya isu biroraksi, latihan, skim gaji dan insentif yang
memangkinkan kecekapan pekerja. Semua isu ini boleh dibuat juga dalam
syarikat milik kerajaan 100% tanpa dijual kepada rakan kongsi baru -
yang akhirnya dianggap sebagai kronisme
Apabila
kadar letrik, air, tol lebuh raya, talipon dan pos naik secara mendadak, ianya
mengurangkan pendapatan benar rakyat. Di dalam sebuah negara, rakyat
sepatutnya mendapat subsidi bagi perkhidmatan ini. Jika
syarikat-syarikat ini memberi dividen beratus juta ringgit kepada
pemegang sahamnya, ianya memberi makna bahwa kos yang dikenakan bagi
perkhidmatan adalah berlebihan sehingga mampu memberi pulangan kepada
pemegang saham. Jika perkhidmatan ini tidak diswastakan, maka rakyat
akan mendapat harga perkhidmatan tersebut dengan lebih murah lagi!!!!
No comments:
Post a Comment