MELAYU, CINA , ISLAM DAN KETUANAN MELAYU
Hegemoni Ketuanan Melayu yang di sebarkan olih United Malays National Organisation kelihatan telah dapat memerangkap dan menjaring fikrah sebahagian ahli Parti Keadilan.
Ketuanan Melayu ini juga telah juga ‘mencelarukan pandangan agama’ sebahagian dari anggota-anggota Parti Islam. Ketuanan Melayu ini juga telah memperlihatkan pandangan cetek dan cauvanis sebahagian ahli Parti Tindakan Demokratik.
Ini jelas dapat dilihat di dalam kes perlantikan baru dalam lembaga PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor. Perlantikan ini telah mencarikkan kulit ahli PKR, kulit ahli Pas dan kulit ahli DAP sehingga menampakkan kemelayuan, kecinaan dan keislaman mereka yang jumud lagi pencong.
Semua ini membuktikan bahawa falsafah Kertuanan Rakyat yang diajukan oleh Pakatan Rakyat ini masih belum difahami untuk di hayati secara mendalam.
Ketuanan Rakyat ialah falsafah dimana yang dinobatkan bukan Melayu, bukan Islam dan bukan Cina atau bukan India atau bukan Kadazan, Dayak atau Melanau. Ketuanan Rakyat tidak berpaksikan kepada bangsa atau agama. Ketuanan Rakyat melihat kepada keupayaan individu. Ketuanan Rakyat melihat kepada keperluan individu. Ketuanan Rakyat mengunggul dan menobatkan seseorang bukan kerana orang ini Melayu, Islam, Cina, India ,Kadazan atau apa sahaja.
Ketuanan Rakyat mengajukan dasar membela kepentingan dan keperluan satu-satu kumpulan baik Melayu, baik Islam, baik Cina atau India. Semua bangsa dan semua agama akan dibantu jika mereka memerlukan bantuan. Wajib dan perlu di bantu bukan berasakan Melayu, Islam, Cina, India, Kadazan – tetapi berasakan yang paling layak mendapat bantuan.
Ketuanan Rakyat menobatkan keupayaan, kejaguhan dan fikrah individu. Ketuanan Rakyat mengajukan dasar meritokrasi.
Kita telah melihat selama 50 tahun bagaimana dasar Ketuanan Melayu telah memporak perandakan lembaga-lembaga asas yang menjadi tiang pasak kewujudan negara kita ini. Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah memerosotkan lembaga-lembaga keilmuan – dari sekolah rendah hingga ke universiti – semuanya merosot.
Atas dasar hendak memperbanyak pelajar Melayu akhirnya sekolah rendah, sekolah menengah dan universiti kita lungkup. Tahun demi tahun tahap pembelajaran kita merosot. Semua ini kerana dasar hendakkan meramaikan orang Melayu ke pengajian tinggi. Hasilnya ramai Melayu tapi nilai ilmunya dibawah sifar.
Melantik Melayu untuk menjadi naib canselor tidak mencukupi. Cap Melayu tidak akan menjanjikan unggul keilmuan. Keilmuan seseorang itu bukan kerana dia memiliki cap Melayu atau kerana dia ada cap Islam atau kerana dia ada cap Cina. Keilmuan individu wujud kerana individu itu berilmu. Ketrampilan individu bukan kerana bangsa atau agamanya tetapi kerana keilmuan dan keupayaan fikrah individu itu.
Lihat bagaimana Ketuanan Melayu telah meruntuhkan lembaga kehakiman negara ini. Atas dasar hendak menaikkan dan meramaikan Melayu di lembaga perundangan hasilnya kita lihat bagaimana peguam dan hakim dalam mahkamah boleh dibeli dan di rasuah.
Ini kerana yang dinaikan bukan ilmu dan keadilan. Yang dijadikan pedoman bukan prinsip undang-undang tetapi Melayu. Ini bukan lagi satu rashia. Semua warga sedar bahawa lembaga kehakiman kita boleh dibeli. Ertinya keadilan dalam negara kita ini bukan lagi berasaskan siapa yang betul dan siapa yang benar. Apa yang sedang berlaku - lembaga kehakiman akan dilihat betul, benar dan menjadi adil jika ianya Melayu atau Islam.
Ini pandangan salah. Keadilan dilahirkan bukan kerana Melayu, Islam, Cina atau Kadazan. Keadilan wujud kerana yang adil itu adalah yang berhak. Yang hak itu berasaskan undang-undang yang adil yang telah diwujudkan secara adil. Undang- undang dan perlembagaan di wujudkan untuk menobatkan keadilan bukan untuk menobatkan Melayu, Islam, Cina, Kadazan atau India.
Dalam Ketuanan Rakyat keadilan adalah milik semua.
Melantik hakim kerana hakim itu seorang Melayu tidak akan menjamin keutuhan undang-undang dan keadilan. Melantik ketua PKNS kerana dia Islam, kerana dia Cina atau kerana dia Melayu tidak juga akan menjamin apa-apa. Ini telah terbukti selama 50 tahun ini gerombolan United Malays National Organisation telah mengagungkan slogan Hidup Melayu dan Ketuanan Melayu. Hasilnya elek.
Selama 50 tahun gerombolan United Malays National Organisation telah juga melaung-laungankan keIslaman gerombolan mereka. Hasilnya elek
Lantikan pegawai PKNS yang dilakukan oleh kerajaan Selangor kerana susuk itu yang paling layak. Yang paling bepengalaman. Bangsa, agama dan gender individu ini tidak diambil kira. Fikrah dan pengalaman susuk ini yang dipentingkan.
Ada pandangan dari satu jalur kabilah parti DAP yang pencong. Tidak dapat tidak masih terdapat sebahagian dari anggota DAP ini masih memiliki faham keCinaan yang tebal. Pandangan keCinaan ini sebenarnya tidak ada bezanya dari keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. Carik kulit DAPnya maka yang muncul ialah keCinaan.
Pandangan keCinaan ini juga wajib dilawan dan di tentang. Sama seperti kita menentang dan melawan sikap keMelayuan gerombolan United Malays National Organisation. KeMelayuan dan keCinaan ini adalah buah kelapa dari tandan yang sama. KeCinaan dan KeMelayuan jenis ini adalah salah dan bertentangan dengan falsafah Ketuanan Rakyat.
Agama Islam adalah agama yang tidak memandang kepada warna kulit dan bangsa. Agama ini mengajukan falsafah kesamaan derajat sesama manusia. Justeru apabila ada satu jalur kabilah ahli-ahli Pas yang menentang perlantikan pegawai PKNS kerana pegawai ini bukan Islam atau kerana gender maka amat jelas menunjukkan bahawa kefahamam ahli-ahli Pas jenis Islam ini terhadap agama Islam masih cetek dan amat-amat di sangsikan.
Kumpulan Islam jenis ini selalu bertempik dan berkhutubah mengatakan bahawa Islam itu lengap dan Islam itu sejagat dan Islam itu tidak pandang agama atau bangsa. Cakar punya cakar maka kelihatan kulit keMelayuan jenis gerombolan United Malays National Organisation wujud dalam Islam bentuk ini.
Justeru terbukti bahawa kumpulan Islam jenis ini bukan sahaja tidak menghayati kesejagatan Islam tetapi mereka juga tidak memahami falsafah dan konsep Ketuanan Rakyat yang berpedomankan meritokarsi. Meritokrasi bukan sahaja selari dengan pandangan agama Islam malah meritokrasi di agung-agungkan oleh semua agama yang mengajukan kesempurnaan penganutnya.
Tidak ada agama yang meminta penganutnya memilih-milih kaum atau gender. Tidak ada agama yang mendiskriminasi individu kerana anutan agama atau kepercayaan atau kerana bangsa individu itu. Jika ada agama yang mendiskriminasi kerana alasan agama, kerpercayaan, bangsa atau gender maka pandangan agama ini adalah salah dan wajib dilawan.
Agama muncul bukan untuk menekan manusia. Agama muncul bukan untuk menyusahkan manusia. Agama muncul untuk membawa kesejahteraan kepada umat manusia.
Kejulingan dan kepencongan pandangan dari satu jalur kabilah PKR, DAP dan Pas ini dapat kita fahami. Kita tahu kenapa kabilah PKR ini muncul kulit Melayunya. Kenapa kabilah Pas ini muncul kulit tidak Islamnya. Dan kenapa kabilah DAP muncul kulit keCinaannya.
Semua ini lahir kerana hegemoni budaya berfikir gerombolan United Malays National Organisation. Budaya hegemoni ini luas dan telah menakloki kesemua jalur dan lembaga-lembaga budaya tanah air kita. Kepencongan pandangan yang kita dengar dari PKR , PAS dan DAP lahir kerana kumpulan ini sedang berfikir dan menghuraikan masaalah dengan menggunakan kepala gerombolan United Malays National Organisation.
Dalam kepala mereka adalah fikrah gerombolan United Malays National Organisation. Yang berbeza hanya mereka cuba memakai jubah, baju , seluar, songkok, ketayap, topi dan beret Pakatan Rakyat. Kulit mereka mungkin lain tetapi isinya masih didominasi oleh hegemoni gerombolan United Malays National Organisation.
Kumpulan dan kabilah yang memiliki jalur pemikiran saperti ini harus ditarbiah. Jika tidak ditarbiah mereka akan memberatkan saku perjuagan Pakatan Rakyat. Mereka akan menjadi tunggul dan ranjau yang terus menggangu kaki Pakatan Rakyat yang sedang bergerak untuk mendirikan Malaysia Baru.
Dalam Malaysia Baru Ketuanan Rakyat akan dinobatkan. Dalam Malaysia Baru anak semua bangsa adalah sederajat dan serata. Anak semua bangasa memilki hak yang sama.
Jika ada kabilah yang tidak bersetuju dengan Ketuanan Rakyat dan masih bermimpi-mimpi dengan Ketuanan Melayu dengan memakai topeng baru - mereka wajib dikenal pasti untuk dibungkus oleh ombak sejarah Ketuanan Rakyat.(TT)

No comments:
Post a Comment