Wednesday, August 25, 2010

SELAMAT TINGGAL UMNO

Ketika Nabi Adam a.s punya dua orang anak lelaki Qabil dan Habil pun,  manusia tidak boleh bersatu. Inikan pula umat Melayu yang sudah berjuta.

Selagi satu golongan mendokong kebenaran dan satu golongan lain mendokong kebatilan, maka tidak mungkin boleh bersatu. Bersatu atas nama bangsa dan ugama adalah satu utopia, selagi manusia menolak kebenaran.

Jika Umno masih mengamal  budaya rasuah, menindas Kelantan (kes wang rayalti), penggalak judi, mengamalkan pembaziran dan memanipulasi sistem kehakiman, janganlah berangan nak ajak Pas bersatu atas nama Islam atau Melayu. Boleh bolayanlah.

Masa Umno gagah, tak pernah pun nak ajak bersatu. Apabila nak mampus, baru terjerit-jerit "bersatulah Melayu".

1 comment:

GEBANG said...

sempena mengambil barokah di bulan Ramadhan yg mulia ini marilah kita berdoa semoga Allah menukarkan kerajaan dan kepimpinan yang zalim di malaysia ini ditukarkan dengan kerajaan dan kepimpinan yang lebih baik dan derlandaskan syariat Islam.. dan semoga Allah hancurkan golongan yg memfitnah, berpura-pura dan mencabar hukum Syariat.