Tak kiralah samada BN atau PR yang memerintah. Harta awam mesti diurus untuk kepentingan awam. Apabila PR berjaya mengambil alih Kedah, PP dan Selangor, nampak benar betapa BN gagal mengurus kepentingan isu air untuk rakyat negeri masing. Yang derita dengan harga air yang terus naik ialah rakyat. Yang kaya dan terus kaya ialah syarikat air yang diswastakan oleh kerajaan negeri yang lalu.
Jika CEO Syarikat Air pun gajinya setengah juta, nampak benar betapa lumayannya untung syarikat air tersebut.
Maka tak salah rasanya, Khalid Ibrahim nak ambil semula syarikat air ini ke negeri Selangor semula.
Bagaimana hal tanah dan balak pula? Nampaknya perangai BN dan PR lebih kurang sama saja. Hanya induvidu tertentu sahaja yang membolot konsesi balak. Kita tau apa yang PR dan BN buat di negeri-negeri. Ada kolusi dan kroni. Hujah Umno dan Pas lebih kurang sama aja dalam kolusi dan kroni ini. Wooo. Nak tau mari minum teh dengan saya. Kalau dapat tanah balak dan untungnya boleh tanam sawit, tanpa perlu modal, maka kerajaan negeri tak perlu menganugerah tanah balak kepada mana-mana korporat pun membuatnya. Memadailah mana-mana anak syarikat negeri yang melaksanakannya. Untung anak syarikat kerajaan negeri akan kembali ke negeri dan boleh dibelanjakan untuk kepentingan rakyat terbanyak. Kalau syarikat korporat yang dapat, hanya akan dibalun oleh seorang dua sahaja. Malah lebih teruk jika dijadikan sebagai fund politik sesorang. Kira-kira rasuahlah tu oi.
Wooo.
No comments:
Post a Comment