Analisa Ruhani Ahmad mengenai muzakarah amat menarik untuk dibaca dan difahami.
Thursday, July 31, 2008
MUZAKARAH: WAL HASIL BALIK ASAL
Analisa Ruhani Ahmad mengenai muzakarah amat menarik untuk dibaca dan difahami.
Tuesday, July 29, 2008
ISLAM UMAR ATAU ISLAM MUAWIYAH PILIHAN PAS
Kita bukan sahaja mau MB berwatak sederhana, tetapi sekaligus anggota exconya.
Monday, July 28, 2008
PR ATAU BN: MANA SATU PILIHAN HATI PAS
Bacaan tambahan klik di sini
MAHFUZ MINTA MAAF DAH
Friday, July 25, 2008
MAHFUZ LETAK JAWATAN KETUA PENERANGAN
Bacaan tambahan klik di sini.
Thursday, July 24, 2008
UMNO-PAS TERUSLAH BERGADUH
Biarkan Pas-Umno terus berlawan, bersengketa, berseteru dan bergaduh. Tetapi semuanya dalam kontek politik demokrasi sahaja. Janganlah bergaduh sampai melampaui batas demokrasi. Janganlah sampai guna polis sehingga bunuh orang Pas seperti di Memali dan di Kuala Terengganu. Itu perang gerila namanya. Ceramah lawan ceramah. Debat pun boleh. Forum pun ok. Kita mahu perang demokrasi sahaja.
Biarkan Umno Pas terus berlawan. Jika mereka berdamai, nanti orang bawah Pas tak akan berkorban lagi. Masa belum memerintah, orang Pas sanggup berkorban masa, tenaga, wang dan nyawa sekali pun. Takkan orang Pas hendak berkorban lagi apabila sudah memerintah. Pasti ke, Sekolah Rendah Islam ke, Sekolah Menengah ke, Sekolah Tahfiz ke, semuanya boleh minta duit kerajaan. La ni semua sanggup berkorban fasal kerajaan BN terus sabotaj projek Islam ni. Depa bukan mahu hidupkan institusi ini yang selama ini menjadi kubu kader Pas. Biarkan Umno Pas terus bergaduh. Bergaduh dalam politik demokrasi.
Biarkan Pas Umno terus berseteru dalam dunia demokrasi. Jika Umno Pas bedamai, maka RTM, TV3, BH, UM, NST dan The Star tak ada berita sensasi lagi. Maka TV dan akhbar tak laku pula. Kalau Umno Pas bersatu dan berdamai, politik Malayisa akan sejuk. Depa tak dapat cari makan. Akhbar Harakah pun tak laku. Kalau akhbar Harakah tak laku, bukan sahaja pekerja Harakah kena buang, Mustafa Ali pun kena buang sebagai Pengerusi Harakah juga. Tak syoklah macam tu. Biarkan Umno Pas terus bergasak.. Biarkan. Biarkan. Biarkan.
Wednesday, July 23, 2008
RUNDINGAN ATAU MUZAKARAH
- Apa yang telah berlaku sejak pasca PRU 12, dilaporkan 3 kali, bukanlah muzakarah isu Melayu Islam tetapi RUNDINGAN berkaitan kuasa untuk memerintah yang memerlukan kerjasama Umno-Pas dalam cara yang boleh diterima oleh kedua-dua pihak. Hal ini diakui oleh Khalid Samad dan Khir Toyo. Jika ini yang berlaku, Pas telah melakukan satu kesilapan politik, kerana sepatutnya strategi selepas PRU 12 ialah memperkemaskan kekuatan, penyatuan, dan persefahaman antara gabungan PR dalam pemerintahan 5 negeri. Malangnya usaha-usaha rundingan dalam gelap ini tidak diketahui dan dimaklumi secara rasmi dalam pimpinan Pas Pusat. Dalam keghairahan Pas hendak memerintah, TG Hj Hadi terpesona dengan pujukan Nasarudin dan Mustafa Al. Wajar sekali TG Hj Hadi mengakui bahawa langkah ini satu yang silap dalam keadaan Pas baru sahaja memulakan penubuhan PR.
- Selepas isu rundingan kuasa tidak dapat kata sepakat atau ditentang oleh sebahagian besar oleh anggota pimpinan yang lain termasuk TG Nik Aziz, maka usaha ini dipinda istilahnya sebagai muzakarah. Ramai orang menyangka muzakarah baru mahu dimulakan. Reaksinya pelbagai, positif dan negatif. Sebenarnya muzakarah merupakan salah satu agenda Pas. Pas boleh muzakarah dengan sesiapa pun. Muzakarah dalam kontek perjuangan Pas, bukanlah bermakana mencari persefahaman poltik dengan pihak lain untuk bergabung. Ia lebih menjurus kepada usaha Pas menjelaskan dasar, sikap dan pendirian Pas dalam sesuatu isu dalam negara. Tetapi memulakan usaha muzakarah dengan Umno sebaik sahaja tamat PRU 12 dalam keadaan BN akan kehilangan kuasa melalui undi tidak percaya, ianya bukanlah pada waktu yang tepat. Saya fikir pimpinan Pas tidak perlu dinasihatkan kerana mereka memang bijak berpolitik. Hanya sedikit alpa dek hasutan sang gila jawatan macam Nasarudin tu.
Bacaan tambahan klik disini.
Sunday, July 20, 2008
MUZAKARAH PAS-UMNO
Muzakarah Pas-Umno untuk bincang kepentingan Melayu-Islam. Sedap sekali bunyinya. Tuntutan NGO Melayu yang pro Umno dan Umno Johor dalam persidangan Umno berkaitan dengan memartabatkan Bahasa Melayu dalam pendidikan pun Umno tidak layan. Inikan pula muzakarah Umno-Pas.
Pas buatlah islam dalam PR, Umno wajib sokong, tanpa perlu muzakarah pun. Kalau DAP dan PKR tentang, masa hadapan mereka hendak perintah
Bila Umno dah hampir hilang kuasa, baru minat muzakarah. Itu tanda TIDAK IKHLAS. Takkan pemimpin Pas tak reti sangat hal ini kot.
Bila Pas minat muzakarah dengan Umno, takkan pemimpin Umno tak tahu bahwa pemimpin Pas pun nak sedikt habuan. Depa lagi faham hal-hal begini.
Entahlah. Orang politik jumpa orang politik, mesti kerana kepentingan kuasa. Atas nama bangsa dan agama, bagi sedap mulut aja.
HIDUPKAN BUDAYA ILMU
Friday, July 18, 2008
DEBAT MINYAK ANWAR - SHABERY
Tuesday, July 15, 2008
PAS ROYALIS DAN FEUDALIS
Monday, July 14, 2008
BELANJAWAN RAKYAT 2009
Sunday, July 13, 2008
JUTAWAN SAMAN ROSMAH
Apa nak dirisau Rosmah. Anda boleh jadi jutawan kerana anda akan menang kes ini. Sebenarnya Raja Petra telah ditipu dan terpercaya dengan pemberi maklumat berkaitan dengan tuduhan tersebut. Fasal nak jadi wira Malaysia, Raja Petra sanggup tuduh Rosmah secara rasmi.
Rosmah, saman jangan tak saman.
Saturday, July 12, 2008
PAKATAN RAKYAT TANPA KETUA
Memang benar semua orang ada hak berjumpa dan berbincang dengan sesiapa sahaja. Tetapi anggota PR bukan badan NGO atau badan dakwah. PR wadah politik. Perbincangan dan perjumpaan anggota PR akan memberi kesan dan persepsi kepada rakannya yang lain. PKR jumpa Umno, Pas dan DAP khuatir. Pas jumpa Umno, PKR dan DAP khuatir. DAP jumpa Gerakan dan MCA, Pas dan PKR khuatir. Bila mula ragu meragui antara satu sama lain, PR di ambang perpecahan. Mutaah politik PR tidak sampai sehingga 2012. Benarlah tuduhan BN, PR bukan gabungan yang stabil.
- Apakah anggota gabungan PR sekarang bersetuju dengan strategi Anwar menarik MP BN Sabah dan Sarawak menyertai PR sebagai anggota gabungan yang baru.
- Apakah anggota gabungan PR bersetuju menjatuhkan Pak Lah melalui usul undi tidak percaya di dalam parlimen Isnin ini.
Friday, July 11, 2008
UMNO-PAS: KERJA SAMA MACAM MANA
Bagi ahii Pas bawahan, perjumpaan merupakan langkah pertama kepada rundingan. Rundingan kena tolak ansur dan kerja sama. Kerjasama berkesan ialah bermuafakat dalam satu wadah politik. Mungkin namanya BN atau apa sahaja. Ahli Pas dah serik dengan BN. Rakyat dah tolak BN, mengapa kita hendak bersama BN kata Mahfuz Omar. Tetapi seriuskah kenyataan itu?
Thursday, July 10, 2008
SYARAT SOLAT DAPAT KERJA
Fikir-fikirkanlah.
Wednesday, July 9, 2008
BAKAK HAK JAGA PRINSIP PAS
ANWAR DI DUA MAHKAMAH?
TV 3 MAHKAMAH SAIFUL
Tuesday, July 8, 2008
HJ HADI TAK SETUJU PROTES
Sudah terlewat.
Dr Hatta masih membisu lagi.
AMIN ISKANDAR SOKONG ALAK?
Yang jelas PROTES gagal. Isu minyak tak dapat menghangatkan awam. Yang hangatnya persembahan tunjuk buntut. Yang pi program pun tak puas hati. Inikan yang tak datang. Sedikit sebanyak orang awam percaya Utusan Meloya.
Dr Hatta mintalah maaf. Tak dengar pun.
Monday, July 7, 2008
JANNA MOHD ZAKI TETAP SETIA
tetap setia dengan Saiful. Kalau sesuatu terjadi
kepada Janna, adakah Saiful akan tetap setia
dengan Janna, tanya kawan saya semasa minum teh
sebentar tadi.
SAIFUL BUKHARI JUMPA EZAM
berjumpa Ezam terlebih dahulu sebelum
berjumpa Khairi Jamaludin. Khairilah
yang mencadangkan Saiful Bukhari Azlan
berjumpa dengan Najib supaya Najib menjadikan
Saiful sebagai peluru menembak Anwar pula.
Semua perkhabaran ini sedang berpindah
dari mulut ke mulut.
Ezam kena jelaskan.
Khairi kena jelaskan.
SIAPA SAIFUL BUKHARI AZLAN
'Saiful' maknanya pedang. 'Bukhari' pula
tokoh hadis dalam dunia Islam. Memang besar
hajat ibu bapanya bila menamakan anaknya
Saiful Bukhari.
Malangnya 'pedang' ini tidak mampu melawan
hulubalang tua yang sakit belakang. Malangnya
'pedang' ini kena liwat beberapa kali oleh sang tua
60 tahun. Paling kurang pun 'Pedang' ini sepatutnya
memberi amaran keras kepada sang politikus yang
mashyur serata alam itu supaya jangan meliwatnya.
Liwat beberapa kali maknanya paling kurang pun
dua kali. 'Pedang' tumpul pun bisa melukakan lawannya.
Tapi 'pedang' ini sungguh lembik. Memang padan pun
kena tikaman pedang lain. Oh betapa lembiknya jantan
muda ini. Patutlah kena tikaman pedang lain.
Alahai Saiful. Dah luka parah ditikam, baru
engkau berjuang melawan. Itu pun selepas keluar
bilik dan mengadu kepada tokoh 'tikam' yang lain pula.
Betapa sedihnya ayah engkau menamakan Saiful.
'Saiful' pedang berkarat rupanya.
PAKATAN RAKYAT TANPA ANWAR
liwat. Apakah ianya boleh dijamin?. Jika ada
konspirasi politik, beliau tidak boleh dijamin. Maka
beliau akan terkurung. PR kehilangan beliau sebagai
faktor penyatu atau moderator untuk mengambil alih kerajaan.
Lantas, apakah PR boleh bergerak lancar jika Anwar di dalam
tahanan. Perbicaraan di mahkamah akan mengambil masa
yang lama. Jika Anwar disabitkan kesalahan, apakah PR
bersedia meneruskan agendanya.
Apakah tiga parti utama dalam PR boleh duduk berunding
meneruskan perjuangan dalam politik Malaysia.
Fikir-fikirkanlah!!!!!
Sunday, July 6, 2008
TABUNG SERAMBI MEKAH
mengambil alih kerajaan pada 1990, ialah menubuhkan
Tabung Serambi Mekah (TSM). Apakah kini ianya rancak
digerakkan oleh kerajaan Kelantan tidaklah diketahui kerana
kini seolah-olah kurang diberi publisiti.
Apapun, TSM merupakan medan penderma korporat dan
induvidu kepada kerajaan negeri untuk membangunkan negeri.
Mereka berminat menderma kepada TSM kerana mereka tidak
diminta wang kopi atau rasuah apabila berurusan dengan kerajaan
negeri.
Konsep TSM perlu ditiru oleh kerajaan PR di negeri lain.
Yang penting satu dana khas yang besar perlu dikumpul
untuk membantu golongan fakir miskin, OKU, warga emas,
ibu tunggal dan anak yatim tanpa mengenal bangsa dan agama.
Kalau tidak lupakan sahaja slogan "Negara Berkebajikan"
seperti yang diwar-warkan dalam manafesto pilihan raya yang lalu
Saturday, July 5, 2008
POLITIK LIWAT MALAYSIA
Syok dan pening kepala memikirkan isu liwat di
Kes Liwat Anwar 1998, memberi faedah kepada Pas, akhbar
alternative dan penulis politik bebas.
Dalam Umno pula, kekalutan menggarapi kes liwat ini menyebabkab Dr M akhirnya terpaksa meletakkan jawatan pada tahun 2003 yang ditangguhkan sehingga 2004. Bertuahnya Pak Lah.
Kes Anwar memberi keuntungan politik kepada ramai orang. Yang deritanya ialah beliau, isteri dan anak-anaknya.
Kini, kes liwat muncul lagi. Entahkan ya entahkan tidak. Dalam Islam kes liwat dan zina tidak pernah dibuktikan melalui dakwaan dan perbicaraan (setahu saya le setakat ini). Bukan mudah dibuktikan. Hanya kes pengakuan sahaja yang berlaku. Yang hairannya ulama Pas lambat mengemukakan pandangan Islam. Hujjah pada 1998, orang ramai dah lupa. Harakah daily syok menghentam Najib mendukung usaha Anwar. Tunggu le perbicaraan sebenar. Sekarang ni, kita mahukan penyiasatan bebas dan adil. Jika kelentong, akan terserlah dalam mahkamah nanti.
Kita ragu kepada kedua-dua pihak, Anwar dan Najib. Mungkin salah seorang pembohong atau kedua-duanya pembohong. Entah-entah mereka berdua diperangkap oleh pihak ketiga. Opp bukan Pak Lah yang memerangkapnya. Tetapi mungkin tangan ghaib di Bukit Aman yang memerangkap. Manalah tahu. Geng Bukit Aman mahu pertahankan kerajaan secular dengan pelbagai skandal mafianya.. Merka tak mahu PM atau bakal PM yang terlalu bersih dan terlalu kotor. PM bersih menyusahkan mereka. PM kotor pun menyusahkan mereka juga.
Kita tunggu drama seterusnya……
Thursday, July 3, 2008
MB MANA YANG TERBAIK
Oleh itu ingatlah wahai pemimpin PR!!!!