Saturday, August 11, 2012

ANTARA LANGAT 2 DAN LEBUH RAYA KB-KK

Kerajaan Kelantan mengalu-alukan jika Kerajaan Pusat  melaksanakan lebuh raya KB-KK tetapi Kerajaan Pusat di bawah pentadbiran BN tidak menunjukkan minat untuk melaksanakannya.

Tetapi di Selangor, Kerajaan Pusat BN  beria-ia mahu melaknakan projek air Langat 2, walaupun Kerajaan Negeri PR di Selangor  menyatakan tidak ada keperluan  projek Langat 2 itu.

Mengapa?

Ya, pelaksanaan projek adalah salah satu cara memberi dana awam kepada parti. Apabila projek diberikan kepada  kroni, maka sebahagian untungnya akan diagihkan kepada parti. Maka tidak hairanlah kos projek meningkat 3 atau 4 kali ganda dari  kos yang  sepatutnya.

Bagi projek lebuh raya, bajet datang dari  pelaksana projek yang  mendapat pinjaman dari bank untuk melaksanakan projek. Pendapatan hanya akan diperolehi apabila kutipan tol dibuat. Maka ianya lambat mendapat faedah  kepada kroni yang melaksanakan projek tersebut.

Sebaliknya bagi projek  Langat 2, Kerajaan sudah siap  bajetnya untuk dibelanjakan. Yang syoknya, walaupun kerajaan negeri selaku pihak penerima projek tidak mahu, tetap dipaksa untuk menerima projek tersebut.   Nampak sangat BN nak manipulasi  wang dari pelaksanaan projek Langat 2 itu!!!!




Thursday, August 9, 2012

Olimpik: Tak Padan Dengan Gempar Gumpitanya

Sebelum atlet Malaysia berangkat ke pesta Olimpik 2012, gempar gumpita akhbar dan tv melaporkan cita-cita Malaysia mahu menggondol pingat.  Bukan saya tak ada semangat patriotik  tetapi  sepatutnya MSN tahu akan rangking atlet  kita di dalam Asia atau dunia.

Jika ranking dunia masih bawah 10, baik tak payahlah hantar atlet  ke olimpik. Menghabiskan duit rakyat sahaja. Jika nak pengalaman, cukuplah dulu di peringkat Asia sahaja. Jika peringkat Asia pun tak dapat pingat, inikan pula di peringkat olimpik!!!!!

Nasiblah pasukan bola Korea tewas dengan Brazil  untuk ke final. Kalau tidak mana nak letak muka Malaysia yang masih terhegeh-hegah nak kalahkan Kemboja!!!!




Monday, August 6, 2012

31 OGOS - MENILAI SEMULA SEJARAH

 Oleh TT

Setiap 15 Mei, warga Palestin akan menyambut Nakba. Tarikh ini bukan disambut dengan pesta-pestaan. Tarikh Nakba ini - 15 Mei 1948 - adalah tarikh entiti yang dipanggil Israel dipacakkan ke atas bumi Arab. Justeru, pada tarikh ini warga Palestin di seluruh dunia akan mengingati kembali hari musibah ini.

Semenjak 15 Mei 1948 warga Palestin berhadapan dengan segala macam kesengsaraan. Tanah mereka dirampas, rumah mereka diroboh. Mereka hilang harta benda, hak demokrasi dan kampung halaman. Rakyat Palestin diserang, dibunuh dan dihalau dari kampung halaman. Sesiapa yang berani melawan akan dipenjara.

Nakba 15 Mei adalah Malapetaka untuk warga Palestin. Nakba 31 Ogos adalah Malapetaka untuk Semenajung Tanah Melayu. Nakba ialah Malapetaka.

Saban tahun semenjak 31 Ogos 1957 Hari Malapetaka telah di rayakan di Tanah Melayu ini. Malapetaka yang menimpa warga Persekutuan Tanah Melayu ini tidak jauh bezanya dari yang sedang dialami oleh Nakba di Palestin.

Untuk memahami kembali sejarah kelahiran Malapetaka ini, biar saya bawa kembali para pembaca kepada pensejarahan kelahiran hari Malapetaka ini. Hendaknya dapatlah kita semua memahami makna Malapetaka ini, yang dieja dengan huruf M besar ini.

Awalnya, Perjanjian Anglo-Dutch 1824 telah memisahkan kepulauan Melayu kepada dua entiti - Semenanjung Tanah Melayu di bawah British dan Batavia di bawah Belanda. Pejanjian Anglo-Thai 1909 telah memisahkan pula lima wilayah Melayu - Pattani, Jala, Setul, Singgora dan Menara. Wilayah ini menjadi tanah jajahan Siam hinga ke hari ini. Pada tahun 1874, melalui Perjanjian Pangkor, kuasa kolonial Britsh telah memasukkan jarumnya untuk menjajah Semenanjung Tanah Melayu.

Perjanjian Pangkor ini akhirnya membolehkan British menguasai seluruh Semenanjung Melayu. Akhirnya Tanah Melayu menjadi tanah jajahan British bawah jagaan England dan bukan lagi East India Company.

Penjajah Barat datang untuk mencari harta kekayaan. Di Tanah Melayu British telah bertemu dengan bijih. British juga membuka ladang getah. Dua punca ekonomi ini menjadi begitu penting sekali untuk perkembangan ekonomi kolonial British.

Setiakawan melawan penjajah

Untuk terus melipat gandakan keuntungan, kaum penjajah British telah membuka bumi Melayu kepada pendatang baru dari Cina dan India. Mereka telah dibawa masuk sebagai tenaga buruh oleh kuasa kolonial British. Dengan kehadiran buruh Cina dan buruh India ini maka lanskap Tanah Melayu berubah untuk selama-lamanya.

Dunia ini bergerak dengan hukum hakam alam. Hukum alam bergerak dan tidak berubah-ubah. Hukum ini menetapkan, di mana ada penindasan, di sana pasti akan ada penentangan. Hukum alam ini mula menapai dan mengampuh di Tanah Melayu. Hasilnya, Kesatuan Melayu Muda (KMM) ditubuh pada tahun 1938. Ini adalah gerakan politik paling awal yang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu dari British.

Pada ketika ini Parti Komunis Malaya (PKM) telah wujud di Singapura. PKM pada ketika itu sedang menyusun kaum buruh Cina di kota-kota seperti Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.


Penentangan terhadap penjajah British dan kuasa modal penjajah ini telah melahirkan setiakawan diantara KMM dengan PKM. Ikatan setiakawan ini adalah kerjasama antara kaum tani Melayu dengan kaum buruh India dan Cina. Inilah bibit-bibit kelahiran negara bangsa.

Kesampaian Jepun pada tahun 8 Ogos 1941 telah meruntuhkan empayar British. Dalam masa yang sama ikatan setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu untuk menuntut kemerdekaan telah diperkukuhkan. Perjungan bersenjata Tentera Rakyat Malaya Menentang Jepun atau Malayan People Anti Japanese Army telah memperkukuhkan lagi setiakawan bangsa-bangsa di Tanah Melayu.

Apabila Jepun kalah perang pada bulan Ogos 1945 sekali lagi pentadbiran ketenteraan British masuk untuk mengambil alih pentabiran Tanah Melayu. Tetapi semuanya telah berubah. Tanah Melayu kini bukan lagi Tanah Melayu sebelum perang Jepun.

Kini gerakan nasionalisma telah mengampuh dan laungan kemerdekaan kedengaran di sana sini. Telah wujud Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf (API), Angkatan Wanita Sedar ( AWAS). Semua ini adalah gerakan nasionalis kiri yang bangun berjuang untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

British secara licik dan terancang telah mewujudkan apa yang dipanggil hingga ke hari ini United Malay National Organisation. Ini adalah organisasi yang ditelur, yang dieram dan dinetaskan oleh penjajah British. Tarikh munculnya gerombolan United Malaya National Organisation pada tahun 1946 agak lewat. Ia muncul sebagai reaksi terhadap gerakan nasionalis Melayu kiri yang mahu menghalau British. Dari segi sejarah, cukup jelas bahawa gerombolan ini diwujudkan untuk menjadi tali barut dan budak suruhan British.

Setiakawan antara bangsa-bangsa yang bangun menentang penjajah British telah melahir setiakawan yang baru. Perlembagaan Rakyat telah dilahirkan pada tahun 1947 oleh AMCJA-PUTERA. Ini adalah kerjasama setiakawan antara All Malayan Council Joint Action dengan organisasi massa Melayu bernama PUTERA.

Semua bangsa dipanggil Melayu

Perlembagaan Rakyat 1947 ini cukup penting dalam sejarah pembentukan negara bangsa. Dalam Perlembagaan Rakyat ini sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu akan dinobat sebagai Melayu. Ertinya anak semua bangsa yang lahir di Tanah Melayu adalah Melayu. Ini adalah garis politik kiri yang paling radikal. Garis politik ini dan setiakawan anak semua bangsa telah mengoncang kekuatan kuasa kolonial British.

Untuk menumpaskan agenda kelahiran negara Bangsa Melayu ini, secara licik British melalui gerombolan United Malay National Organisation telah melaungkan slogan "Hidup Melayu". Para pembaca yang budiman, perhatikan betul-betul slogan ini. Slogan ini bukan laungan untuk menghalau British tetapi untuk menunjukan bahawa orang Melayu kurang oksigen.

Gerombolan United Malay National Organisation dengan kerjasama British telah memulakan dan menanamkan garis politik Melayu-Melayu, China-China dan India-India. Maka lahirlah PERIKATAN. Politik perkauman ini amat baik untuk British. Ini adalah dasar pecah dan perintah. Dalam pertubuhan PERIKATAN masih lagi Melayu, Cina dan India. Berbanding dengan AMCAJA-PUTERA, badan ini adalah gabungan anak semua bangsa yang memanggil diri mereka Melayu.


Projek Perlembagaan Rakyat 1947 telah digagalkan British. Akhirnya, pada 20 Jun 1948 pecahlah perang kolonial menentang British. Perang kolonial kali ini telah disertai oleh API, AWAS, Hisbul Musliminin, Malayan Democratic Union, PKM, KMM, PKMM dan ratusan patriot dan nasionalis anak semua bangsa. Mereka mengangkat senjata untuk menghalau British dari Tanah Melayu.

Saya harap hingga ke tahap ini para pembaca telah dapat memahami pejalanan sejarah Tanah Melayu. Saya harap para pembaca telah dapat memahami dari mana munculnya gerombolan United Malay National Organisation, Malayan Chinese Association dan Malayan Indian Congress. Kesemua badan-badan ini adalah boneka British. Dari namanya kita telah tahu bahawa badan-badan ini dibentuk dan ditaja oleh penjajah British.

Mari kita lihat apakah yang telah dibuat oleh United Malaya National Organisation apabila rakyat Tanah Melayu pada thun 1948 bangun mengangkat senjata melawan British. Apa agaknya yang telah dilakukan oleh United Malay National Organisation? Sejarah membuktikan bahawa mereka bukan bangun menentang British tetapi bangun berjuang menentang orang yang menentang British.

Jjika tidak percaya apa yang saya tulis ini, sila bersabar. Pada bulan Ogos ini nanti, media milik United Malay National Organisation akan membuka kisah-kisah bodoh di mana puak-puak gerombolan tanpa segan dan malu akan membuktikan bahawa mereka dengan bangga telah menjadi suruhan British. Mereka akan mendabik dada mengatakan bagaimana mereka berjuang menentang komunis. Walhal, gerila parti komunis ketika itu sedang melawan British.

Ketika Shamsiah Fakeh, Abdullah Sidi, Rashid Maydin, Chin Peng bangun mengangkat senjata, apa yang dilakukan oleh United Malaya National Organisation?

Tidak berkesudahan

Sejarah jelas membuktikan gerombolan United Malay National Organisation telah bersubahat dengan British untuk menumpaskan gerakan bersenjata melawan British ini.

Ketika anak semua bangsa bangun melawan British untuk mencapai kemerdekaan, gerombolan United Malaya National Organisation bangun berjuang melawan orang yang berjuang untuk merdeka.

Justeru, sebagai balasan menjadi budak suruhan yang setia, pada 31 Ogos 1957 penjajah British telah mengagihkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Tarikh 31 Ogos inilah yang menjadi Hari Malapetaka untuk Tanah Melayu. Tarikh ini adalah Nakba untuk anak semua bangsa di Tanah Melayu. Semenjak dari tarikh ini kita telah melihat satu demi satu musibah telah menimpa Tanah Melayu.

Saya menobatkan 31 Ogos sebagai Hari Malapetaka untuk menilai kembali pensejarahan Tanah Melayu. Kita tidak perlu berselindung. Nakba di Palestin membolehkan tanah-tanah Palestin dirampas oleh kaum Zionis. Malapetaka di Tanah Melayu memperlihatkan ribuan hektar tanah rizab Melayu hilang dirampas oleh Zionis tempatan.

Pelentong, Chu Badak, Tasek Utara, Berembang, Kerpan hanyalah beberapa nama tanah asal Melayu yang dilupus. Paling akhir tanah Keretapi Api Tanah Melayu di Singapura lupus. Dan yang akan datang ialah tanah Kampung Baru dan Kampung Banda Dalam.

Malapetaka ini tidak berkesudahan. Lihat pula berapa ratus ribu anak semua bangsa menjadi mangsa ditahan tanpa bicara semenjak British mewujudkan akta ISA pada tahun 1948. Paling akhir kita melihat enam warga penyokong BERSIH ditahan tanpa bicara bawah Ordinan Darurat.

Berapa ribu pula warga yang telah gugur dan mati dibunuh dalam tahanan? Pernah saya terdengar suara dari parlimen menyatakan lebih dari satu ribu orang telah gugur semenjak sepuluh tahun dahulu. Nama seperti Altantuya, Beng Hock, Kugan, Francis, Aminulrashid dan Sarbaini akan terus bertokok tambah. Malapetaka ini masih berterusan.

Bulan Ogos kelihatan amat ironi untuk Tanah Melayu kerana 500 tahun lalu, pada 10 Ogos 1511 Portugis telah mendarat di Melaka. Pendaratan Portugis 500 tahun dahulu hanya akan dilihat sebagai satu titik dakwat hitam dalam sejarah Tanah Melayu berbanding dengan Malapetaka 31 Ogos.

Untuk pembaca yang muda biar saya ditunjukan di sini bahawa Nakba di Palestin pada 14 Mei adalah hasil dari perancangan British. Manakala Malapetaka di Tanah Melayu pada 31 Ogos adalah juga hasil perancangan British. Nakba di Palestin berterusan hingga ke hari ini. Malapetaka di Tanah Melayu ini juga tidak akan reda-reda selagi gerombolan United Malay National Organisation tidak dihumbankan ke dalam tong sampah sejarah.(TT)

Thursday, August 2, 2012

UNTONG JADI PENJENAYAH DI MALAYSIA

Ramai yang terkejut apabila Rafizi didakwa semalam, akibat mendedahkan kes NFC. Sebenarnya Malaysia sudah lama berperangai macam itu. Yang mendedahkan penyeleweangan akan didakwa tetapi yang melakukan penyelewengan akan terlepas. Yang rompak besar-besar - hukumannya terlalu minima. Tetapi yang curi kecil-kecilan akan dihukum secara berat, tak setimpal dengan kesalahan.

Yang rompak saham MITI - terlepas. Yang kena dakwa pegawai MITI. 

Hero  lama anti rasuah-Ezam, pernah dipenjara.  Yang rasuah, tak seorang pun didakwa.

Yang terlibat kes BMF terlepas. Ketua Audit pula yang dicemuh oleh  Mahathir!!!

Bawa pasukan kriket Israel ke Malaysia  tak salah. Yang menentang kedatangan pasukan kriket Israel pula  yang dipenjara.

Untong jadi penjenayah di Malaysia!!!!!!

Monday, July 30, 2012

BARU JANTAN WEI

Salahudin Ayub mahu balik bertanding di Johor

Saifudin Nasution mahu balik bertanding di Kedah

Mustafa Ali mahu lari ke Titiwangsa?

Bila pula Mohamad Sabu mahu balik bertanding di Pulau Pinang?  Kalau terkorban, Lim Guan Eng boleh bagi macam-macam jawatan sama lu juga!!!

Wooooo.  Baru jantan wei!!!!!!

Saturday, July 28, 2012

APA KHABAR TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PUSAT

Entah le, tak dengar pun apa Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat lakukan dalam arena politik Malaysia kini.

Entah le, tak dengar pun apa Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat lakukan dalam arena politik Malaysia kini.

Entah le, tak dengar pun apa Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat lakukan dalam arena politik Malaysia kini.


Entah le, tak dengar pun apa Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat lakukan dalam arena politik Malaysia kini.


Entah le, tak dengar pun apa Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat lakukan dalam arena politik Malaysia kini.

Moga-moga beliau tidak dicalunkan bertanding apa-apa kerusi pun. Kok perabis duit rakyat, makan elaun percuma sahaja  nanti....

Nasarudin Tantawi pandai sekali mencari pasangannya dalam saf Pemuda Pas Pusat!!!!!!!!!

Friday, July 27, 2012

TAMRIN GHAFAR JOIN PAS

Desas desus mengatakan Tamrin Ghafar Baba  akan menyertai Pas secara rasmi pada bila-bila masa dari sekarang.

Ha ha, jika anak pejuang setia Umno itu   masuk Pas, apa lagi yang ditunggu kat Umno tu. Hasan Ali sahaja yang masih terhegeh-terhegeh  main mata dengan Umno. Sebenarnya mazhab Hasan Ali ialah "pulus". Sejak hari pertama dia join Pas, ternampak riak-riaknya yang lebih mementingkan pulus.Hanya jauhari mengenal manikam. Wooo.

Pas Melaka bagilah  laluan kat Tamrin untuk bertanding di negeri Hang Tuah tu. Kalau boleh lawan Ali Rustam!!!!!




Wednesday, July 25, 2012

CALON - APA KATA BOB LOKMAN


ROMPIN – Bekas pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman atau Mohd Hakim Lokman tidak menolak kemungkinan menjadi calon Pas pada pilihan raya umum (PRU) akan datang sekiranya diarahkan pucuk pimpinan tertinggi parti itu untuk berbuat demikian.   Bagaimanapun, Bob berkata, pemilihannya sebagai calon PRU itu bersyarat di mana beliau hanya akan bertanding jika Pas ketandusan calon di sesuatu kawasan hingga memaksanya memikul amanah tersebut.

Menurutnya, keputusan itu selaras dengan tuntutan fardu kifayah yang meminta perkara wajib dilakukan sebahagian masyarakat untuk menjaga kepentingan Umat Islam."Dalam hukum memang macam itu. Kalau sudah tiada orang, saya sanggup jadi calon kerana ia adalah satu kewajipan perlu dilaksanakan," katanya kepada Sinar Harian semasa Ceramah Umum di Markas Pas Kampung Mentara.

Bob berkata, beliau yakin kepimpinan Pas mempunyai lebih ramai calon layak berbanding dirinya yang terlalu kerdil dan belum layak menjadi calon parti itu."Saya dapati Pas mempunyai ramai pemimpin layak untuk diketengahkan menjadi calon PRU. Biarlah mereka dicalonkan kerana mereka lebih sesuai dan berkelayakan," katanya.

Ditanya pandangannya mengenai sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat (PR) sebelum menjelangnya PRU13, Bob yakin terdapat peningkatan ketara pengundi menyokong parti itu.Menurutnya, PR diramal berjaya menawan beberapa negeri lagi berdasarkan trend pengundi masa kini yang inginkan perubahan politik dalam negara."Kalau tidak menang semua pun, kami tak akan kalah semua.

Saya lihat politik hari ini jauh berbeza berbanding dahulu. Sejak saya tiba di Pahang,Johor dan tempat majoritinya Barisan Nasional (BN), sudah ada petanda betapa ramainya penyokong PR di negeri-negeri tersebut," katanya.

SH

Wednesday, July 11, 2012

KU LI SUDAH DIBELI?

Pak Lah dan Najib sama lemah. Kekadang Pak Lebih. Kekadang Najib yang lebih. Ha ha. Tetapi Mahathir lebih menibai Pak Lah   berbanding  dengan Najib.  Mengapa?

Ketika PRU 2004, BN di bawah Pak Lah menang besar mengalahkan rekod Mahathir, walhal Mahathir sudah berjasa lama, lebih 22 tahun sebagai PM.  Cemburulah Mahathir kepada Pak Lah. Kemudian Pak Lah bagi muka kepada menantunya Khari. Mahathir pun cemburu kerana  anaknya sendiri semacam tak ada tempat dalam politik Umno.  Lagilah Mahathir marah   kat Pak Lah apabila anak Pak Lah   dapat projek mega pula!!!!   

Najib pandai bodek Mahathir. Najib lantik anak Mahathir sebagai Timbalan Menteri. Malah, anak Mahathir yang lain dibagi projek. Walaupun Mahathir benci kat Rosmah, dia tetap tak komen apa pun. Takut BN hancur. Dan ...yang penting - sama sama cari makan. Woooo.

Dilaporkan juga Najib sudah berjaya memujuk Tengku Razaleigh supaya jangan hentam sangat Umno. Sekarang Ku Li senyap sahaja. Tak tahulah apa yang dijanjikan oleh Najib dengan Ku Li.  Yang masih percaya kepada Ku Li ialah  Pas Kelantan. Woooo.

Yang selamat sekarang ialah Najib kerana Mahathir dan Ku Li sudah tidak hentam Umno.  Setakat Tamrin Ghafar dan  Kadir Sheikh Fadhil - belum memberi kesan kepada anggota Umno untuk membelot dari Umno.  Rais yang kaki berkokok itu, sudah lama menjadi pengampu Najib. Woooo.


Saturday, July 7, 2012

ARTIS DI PENTAS PAKATAN RAKYAT

Wau, ramai artis di pentas pakatan Rakyat kini. Mengapa.

Dengan sangkaan baik, sememangnya mereka sudah sedar akan kebatilan BN dan memahami aspirasi Pakatan Rakyat.  

Atau adakah BN atau media BN gagal  memberi peluang berterusan untuk artis ini, secara kebetulan sudah mulai veteran, untuk berkarya. 

Dilaporkan media BN  gagal  membina pengkarya baru kerana melayan kroninya. Rezki  TIDAK dilebarkan kepada ramai pihak.  Contohnya drama Roda2 Kota Raya yang tidak berkualiti itu gagal digantikan dengan siri lain oleh pengkarya lain. Monopoli sudah lebih 10 tahun!!!!

Artis, walaupun telah masuk ke alam veteran menarik minat  peminat ceramah politik. Pihak penganjur dikatakan bersedia membayar antara RM 1,000 ke RM 2,000.00 untuk  menjemput seorang artis. Dikatakan kaum wanita   yang selama ini tidak berminat dengan ceramah Pakatan Rakyat  pun telah sanggup hadir!!   Ha ha  sesekali kena pasang "perangkap" baru juga.

Wau. Moga-moga  sang artis ini  jangan sekali round sahaja!!!!!

Wooooo.


Monday, July 2, 2012

TAMRIN GHAFAR KEBAL

Tamrin anak Tun Ghafar Baba, bekas TPM Malaysia adalah kebal dalam Umno.  

Walaupun kini Tamrin meronda satu Malaya menghentam Umno, namun belum ada sebarang tindakan kepada beliau oleh Umno.

Adakah kerana Tamrin amat kebal atau Umno tak sedar  apa  yang dibuat oleh Tamrin.

Atau Umno terlalu lemah sehingga takut kehilangan seorang lagi ahli Umno.

Ingatkan Pas yang lambat memecat Hasan Ali tetapi Umno lagilah lambat. Wooooo.




Thursday, June 28, 2012

PEMBANGKANG PANDAI BERCAKAP SAHAJA

Antara hujah politik bangang ialah mengatakan "pembangkang hanya pandai BERCAKAP  sahaja".

Sebelum itu, BN adalah pembangkang di Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang. Selain dari negeri ini, PR pula sebagai pembangkang. Di parlimen,  PR sebagai pembangkang. Kekadang BN pun tak sedar yang ia juga pembangkang di beberapa negeri. Wooo.

Mengkritik - maknanya memberi pandangan dari sudut lain akan sesuatu perkara atau subjek.  De Bono mencadangkang kaedah berfikir 6 Topi. Manakala Ungku Aziz menambahkan satu "topi" lagi menjadikan 7 Topi.  Ha ha. 

Apabila mengkritik, seseorang itu akan mengambil kira faktor risko, faktor negatif , faktor kerugian dan apa sahaja yang dianggap tidak baik. Dalam kaedah berfikir, seseorang itu dikatakan bijak jika dapat memberi pandangan  negatif akan sesuatu perkara, walaupun ada 6 lagi aspek (topi) yang perlu diambil kira  dalam memberi hujah kepada sesuatu perkara.

Yang saya nak katakan di sini ialah peranan pembangkang adalah bercakap. Pembangkang bukan kerajaan. Hanya  Kerajaan  sahaja diberi kuasa untuk  melaksanakan sesuatu perkara. Pembangkang tak ada kuasa itu. Jika ada kuasa, pelik benar tu.  Maka pembangkang hanya mampu memberi pandangan sahaja atau dengan kata lain BERCAKAP SAHAJA.  Banganglah jika ada kenyataan yang mengatakan pembangkang hanya pandai bercakap  sahaja.  Wooo. .

Ahli Parlimen atau Adun pembangkang dibayar gaji untuk melihat apa yang dibuat oleh kerajaan jika tidak betul.   Fasal itulah Ketua Pembangkan dibayar elaun khas. Ha ha. Maknanya peranan mereka diikitiraf oleh sistem demokrasi. 

Yang kita sedih ialah Umno tak bijak jadi pembangkang dalam Dewan Undangan Negeri di Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan. Woooo.  Memang BN tak pandai bercakap, satu kerja yang paling mudah dalam dunia. Ha ha ha.






Saturday, June 23, 2012

NILAI KEPIMPINAN ORANG MELAYU

Apakah nilai utama sesuatu kepimpinan negara?

TV,  radio, akhbar dan media internet sibuk melapurkan pemimpin yang  kononnya  "turun ke padang". Gambar Najib jumpa orang kampung. Gambar Anwar naik LRT. Gambar TG Nik Aziz potong jambul. Gambar Hj Hadi menjala ikan. Semua publisti itu sebenarnya  tidak "material" kepada sesuatu kepimpinan politik. Itu hanya nak bagi syok kepada pengikut dan orang ramai sahaja. Woooo.

Yang kita mahu  dari  seseorang pemimpin ialah mereka bertegas mengawal perbelanjaan negara atau perbelanjaan negeri  secara telus, berhemat, bijaksana, efektif dan efisyen. Kita mahu pemimpin mengawasi perilaku menteri atau exco di bawah kabinetnya supaya tidak rasuah dan melanggar etika pentadbiran. 

Kita  juga  mahu  sang pemimpin politik memantau anggota perkhidmatan awam supaya serius dan bertanggung jawab  dalam melaksanakan   tugasnya dan sekaligus  melahirkan pentadbiran yang bebas rasuah serta beramanah kepada rakyat.

Janganlah berbangga sangat jika melihat  pemimpin politik  singgah minum teh di kedai kopi, solat jamaah di masjid, menziarahi orang sakit/uzur   kerana  amalan itu  boleh dibuat oleh sesiapa sahaja di kalangan  orang awam.   Tugas "mengurus  negara atau negeri"  dengan sebaik baiknyanya itulah tugas utama mereka yang perlu kita  nilai sepanjang masa!!!!

Selamat tinggal kita ucapkan kepada "nilai" Melayu  yang syok dengan pemimpin yang rajin makan kenduri, yang berkompang-kompangan, yang bagi bantuan sekadar hamper beras, dan yang memotong riben perasmian!!!!! Wooooo.



 









Thursday, June 21, 2012

PENGURUS ZAKAT - LEBIH MESRA HENDAKNYA

Pendakwah kristian  bukan sahaja menyampaikan dakwahnya sahaja tetapi dilengkapi dana untuk membantu  golongan fakir miskin atau yang menghadapi  kesulitan kewangan untuk dibantu. Mereka dikatakan lebih "mesra alam" dengan manusia yang meminta, walaupun kemungkinan menghadapi  risko ditipu oleh pihak yang berpura-pura susah.  Sesiapa  yang mengadu susah, akan segera diberi bantuan makan dan dihantar terus ke rumah  tanpa soal selidik awal.  Untuk bantuan seterusnya, barulah  pihak tersebut membuat siasatan lanjut untuk membantu atau tidak.  Inilah pengalaman seorang kenalan saya yang berugama Islam   di Singapura.

Apabila saya berkawan dengan kumpulan OKU dan pesakit buah pinggang yang memohon bantuan kewangan dari Pejabat Zakat di salah sebuah negeri di negara ini, lain pula kesahnya.  Golongan ini terasa semacam tidak mahu dilayan atau semacam  dianggap satu 'bebanan" kepada pihak yang bertanggung jawab menguruskan wang zakat itu.  Malah mereka mengatakan, jika tidak kerana tidak ada wang, maka mereka tidak ingin berulang di pejabat zakat memohon bantuan.

Islam ugama "rahmat" dan "kasih sayang"  tetapi slogan ini lebih diamalkan oleh sang pendakwah kristian.  Moga sikap pihak pengurus di pejabat Zakat berubah ke arah lebih mesra dan bersifat simpatism!!!! 

Ya, orang miskin dan kurang upaya, lebih mudah berkecil hati.




Tuesday, June 19, 2012

ARTIS AISHAH DI FELDA BUKIT ROKAN GEMENCHEH 26 HB JUN

Seleberiti Aishah yang popular dengan lagu "Janji Manismu"  akan tampil dalam siri ceramah Pas di Pkt 6, Felda Bukit Rokan pada Selasa, 26hb Jun 2012, Jam 9 Malam.

Turut berceramah ialah Nasarudin Tantawi, Ketua Pemuda Pas Pusat.

Demikian dinyatakan oleh Manabob Mohamad, Ketua Pas Cawangan Felda Bukit Rokan, merangkap Timbalan Pengarah MTD Gemencheh.

Semua dijemput hadir.




Friday, June 15, 2012

SENATOR MUMTAZ DI BUKIT JALOR 22 JUN

CERAMAH UMUM


TARIKH: 22 JUN 2012, JUMAAT

TEMPAT: FELDA BUKIT JALOR, GEMENCHEH, N. SEMBILAN

JAM: 9 MALAM

PENCERAMAH:

YB SENATOR MUMTAZ NAWAWI  - Kelantan
YB TEO KOK SEONG - ADUN BAHAU
YB TAUFEK - ADUN PAROI.

Monday, June 11, 2012

BUKAN FGVH SAHAJA


Apabila sesuatu syarikat disenaraikan di Bursa Saham, maka sahamnya  bebas dijual beli  oleh seiapa pun. Rakyat Malaysia atau rakyat asing  bebas membelinya. Tak kira Islam atau bukan Islam. Tak kira Yahudi atau bukan Yahudi. Siapa ada wang boleh membelinya. Yang tak ada wang, duduk diam sudahlah. Ha ha.

Sebelum FGVH pun, banyak syarikat milik kerajaan yang telah disenaraikan di Bursa Saham.  TNB, Telekom, Pos Malaysia, Malaysia Airport, MAS, dan Bernas  adalah antara syarikat milik kerajaan yang telah disenaraikan.  Tujuan kerajaan menyenaraikan syarikat ini ialah untuk memeriahkan Bursa Saham Malaysia.  Nak tunjuk bahawa Bursa Saham Malaysia adalah amat  besar sekali  dan sama taraf dengan Bursa Saham negara lain.
Penyenaraian juga merupakan  salah satu strategi menarik pelabur asing masuk  ke negara ini. Dalam amalan sistem kapitalis, lagi banyak pelabur asing masuk negara ini, maka lagi majulah negara ini. Kemasukan pelabur asing akan menambah  edaran tunai di dalam negara.  Maka akan ternampaklah  hebatnya  kenaikan reserve di dalam Bank-Bank di Malaysia, seolah-olah wang yang ada dalam Bank itu milik rakyat Malaysia  sendiri.  Wooooo.

Menentang penyenaraian FGVH  kerana  ianya bakal dimiliki oleh orang atau syarikat asing  adalah tidak relevan sama sekali. Kalau tak dijemput mereka membeli saham FGVH  sekarang pun, mereka boleh membelinya   selepas disenaraikan nanti. Semua saham yang diperuntukkan kepada rakyat Malaysia melalui  "pink form" dan  "blue form", akan dijual sebaik sahaja  ia  disenaraikan   kerana mereka mahu untung segera!!! Woooo.  Jika kita menentang penyenaraian FGVH kerana ianya  bakal dimiliki oleh orang asing, maka kita juga kena menentang penyenaraian semua syarikat kerajaan  yang lain juga!!!!!

Malaysia menganut mazhab ekonomi kapitalis.  Malaysia bukan pengamal ekonomi sosialis yang mahu memilik negarakan syarikat asing. Sebaliknya, Malaysia bersedia menjual syarikat sendiri   di pasaran bebas. Kalau boleh negara Malaysia pun akan disenaraikan  juga  di Bursa Saham  Ha ha.  
Kini pemimpin dan rakyat Malaysia amat suka jika  harta (syarikat) dalam  negara ini diperdagangkan di Bursa Saham.  Semangat nasionalisme  dalam ekonomi sudah lama terhakis dalam  negara ini. Hanya geng PSM sahaja yang masih  menyebut soal memliknegarakan khazanah negara.  Malah Pakatan Rakyat pun amat berbangga jika berjaya menarik   pelabur asing masuk ke negara ini. Wooo.

Monday, May 28, 2012

Dr Aziz Bari di Tampin 9 Jun

Sabtu, 9 Jun, Jam 9 Malam, Dr Abd Aziz Bari akan menyampaikan ucapan  di dataran rumah Abu Sepian, Batu 1 1/4, Jalan Tampin, Repah, NS

Anjuran Pas Tampin/MTD Repah

Semua dijemput hadir.


Wednesday, May 23, 2012

JIKA BODEK KERAJAAN, BAIK JOIN UMNO

Kita alu-alukan sebarang penubuhan NGO baru. Lazimnya  NGO  itu ingin mengisi kekosongan sesuatu matlamat yang tidak diusahakan oleh pertubuhan   yang sedia ada samada parti politik atau oraganiasi lain  Baguslah tu.

Tetapi jika NGO yang baru nak hidup dan anggotanya sekerat dua sahaja, janganlah bercakap macam dialah yang bakal menentukan  arus perdana negara. Macam dialah jaguh penentu  masa depan negara.  Macam dialah  hero masyarakat.  Yang tak syoknya dia tudoh pertubuhan lain  sudah tak perjuangkan matlamat pertubuhan masing-masing. Apa ke jadahnya, engkau nak  campur tangan pertubuhan orang lain. Biarlah anggota pertubuhan itu  menjaga hala tuju pertubuhan mereka sendiri. Ha ha. Kau jaga  matlamat  pertubuhan kau sudahlah.  Jika orang ramai berkenan dengan pertubuhan kau, mereka akan join sama.  Tak payah gaduh-gaduh dengan pertubuhan orang lain. Seperti orang berniagalah, promote  produk masing-masing, ceritalah kelebihan produk anda sendiri dan janganlah mencaci produk syarikat lain. Woooo.

Jika orang NGO nak cakap politik  selalu,  lebih baik buat  parti politik dan  masuk   pilihan raya.

Jika  kerja NGO asyik  membodek kerajaan, lebih baik join Umno terus.  Woooo.





Saturday, May 19, 2012

DURIAN RUNTUH = INSENTIF PENYENARAIAN

Cek bayaran sebahagian daripada durian runtuh sebanyak RM 5,000 telah mulai diterima oleh peneroka. Wau.  Senyum meleleh semua peneroka.  Ambil jangan tak ambil.  Ha ha. Jika ada yang tak mahu mengambil wang ini  kerana takut   tanah terrgadai, tak betul tu. Ha ha.

Apabila saya melihat baucer bayaran durian runtuh ini ianya tercatat sebagai pembayaran insentif penyenaraian Felda Global Venture  Holding.  Baru hebat bib. Walaupun FGVH  belum disenaraikan di Bursa Malaysia lagi  dan mendapat imbuhannya, tetapi semua peneroka sudah pun mendapat insentifnya.   Maknanya FGVH sudah memberi wang pendahuluan insentif kepada semua peneroka sebelum mendapat wang keuntungan sebenar dari penyenaraiannya di Bursa Malaysia.  Alamak, kena tanya Majlis Fatwa ini - apakah keuntungan  (atas nama  insentif) boleh diagihkan walaupun keuntungan perniagaan sebenar belum diraih lagi?  Politik punya hal semua boleh bikin bib. Wooooo




Friday, May 18, 2012

Mengapa Perlu FGVH disenaraikan

Mengapa perlu sangat Felda Global Venture Holdings disenaraikan di Bursa Malaysia.

Jawapannya ialah untuk meraih keuntungan segera dan menutup kerugian pelbagai anak syarikatnya di luar negara.

Lihar carta di bawah ini:


Wednesday, May 16, 2012

UNTUNG JUAL POKOK GETAH LAGI BANYAK DARI DURAN RUNTUH FELDA VENTURE

Saya difahamkan seorang peneroka diperuntukkan saham Feda Venture sebanyak 800 unit sahaja. Maknanya tak sampai satu lot (1,000 unit). Ha ha.  Ceritanya macam nak rak. Heboh satu dunia. Pecah radio dan tv. Rupa-rupanya sekadar 800 unit sahaja. Jika saham naik RM 1.00, untonglah RM 800.00. Jika naik RM 2.00, untonglah RM 1,600.00. Mana boleh kaya macam ini. Setakat duit minum pagi sahaja tu. Woooo.

Takkan beli saham 800  unit pun sampai kena cagar tanah peneroka yang bernilai RM 200,000.00?  Tak masuk akal. Apakah kesah sebenar sehingga dikatakan tanah peneroka bakal tergadai jika harga saham jatuh?  Keliru semakin keliru dibuatnya.

Yang pasti peneroka bakal dapat RM 15,000.00. Semua wang ini diberi tunai kepada peneroka untuk peneroka berbuat apa sahaja. Maka jumlah wang lebih satu bilion yang diagih-agihkan kepada peneroka tidak dapat dimanafaatkan untuk meningkatkan ekuiti  Melayu dalam negara  ini. Tak tahulah siapakah yang untung dalam penyenaraian Felda Venture. Semua pelabur bumiputera samada yang dapat borang biru dan borang jingga, akan menjual sahamnya bila disenaraikan nanti. Semua mau untung segera. Hanya pelabur institusi sahaja yang lebih cenderung menyimpan saham ini untuk jangka masa yang lebih lama.  

Cerita peneroka atau Melayu bakal  kaya dengan penyenaraian Felda Venture adalah indah khabar sahaja. Yang pasti, hanya mereka yang ada modal besar sahaja mampu membeli dan menjual saham FV serta  meraih keuntungan segera. Wang jual pokok getah tua lebih banyak lagi dari keuntungan jualan saham FV.   Hanya tunggu 25 tahun, peneroka akan dapat jual pokok getah tua pada harga  RM 100,000.00 berbanding tunggu 50 tahun untuk dapat RM 15,000, duit saham FV. Ha ha.

Sebelum penyenaraian, ladang Felda milik rakyat semua. Selepas penyenaraian ianya menjadi milik pemegang saham yang diboloti oleh sang kapitalis besar sahaja. Woooo.







Friday, May 11, 2012

PENEROKA DAN SAHAM FV

Cerita saham Feda Ventrure masih kelabu walaupun Najib dah umum durian runtuh yang berfasa-fasa itu. Ha ha. Tak tahu berapa lot saham FV yang diperuntukkan kepada peneroka. Tak dinyatakan boleh dibeli dengan tunai atau dengan wang pinjaman Bank? Pakai sign borang pinjaman sahaja. Tak tahu berapa jumlah pinjaman yang diminta. 

Pegawai Felda gagal menerangkannya. Media pun tak ada info jelas untuk mewar-warkannya. Dok heboh secara umum sahaja - ada peruntukkan saham. Berapa saham tak tahu. Macamlah dapat saham free. 

Peneroka diarah membuka akaun bank. 2 akaun bank pulak tu. Ha ha. Akaun sedia ada tak boleh pakai. Keliru oh keliru.

Nampak sangat isu penyenaraian FV ini dibuat secara gopoh gapah dan tidak jelas cara tawarannya kepada peneroka. Yang jelas, peneroka dapat bonus tunai RM 15,000.00. Itu sahaja.  Bab tawaran saham FV tak jelas sungguh. Yang untung orang awam biasa, mohon ke MITI, sebagai pelabur bumiputera.  Ramai dah berangan untung jika saham naik. Ada kata RM 1.00. Ada kata RM 5.00. Jangan tak naik sudahlah. Siapakah yang kaya di sebalik tawaran saham FV ini. Yang pasti ialah orang yang ada modal besar. Jika duit secuit sahaja, lupakan bab saham ini. Baik jual  Tongkat Ali.  Tentu ada yang naik. Woooooo.



Wednesday, May 9, 2012

KONSULTAN LISTING FELDA VENTURE RM 30 JUTA

Semalam telah diumumkan durian runtuh kepada peneroka Felda. Rupa-rupanya gugur berfasa, bukan sekali gus. Yang gugur pun tak sebanyak mana pun. Dapat tunai RM 15,000 selepas 50 tahun Felda diwujudkan. Rebet untuk kos baja yang peneroka bayar pun tak balik modal!!!!. Malah wang faedah atas hutang peneroka pun tak seberapa jika dikira betul-betul.

Yang tentu untung ialah syarikat konsultan luar  negara yang mencadangkan cara penyenaraian Felda Venture. Dilapurkan dibayar sebanyak RM 30 juta!!!!!

Woooo,


Tuesday, May 8, 2012

JANGAN BERSEKONGKOL BIB

Regim Shah Iran dijatuhkan dengan satu demonstrasi rakyat secara besar-besaran. Haram kot?

Suharto digulingkan dengan demonstrasi rakyat.  Haram kot.

Mubarak Mesir  dijatuhkan dengan demonstrasi rakyat. Haram kot.

Regim Tunisia dinyahkan melalui demonstrasi rakyat. Haram kot.

Jika  tak mau demonstrasi rakyat, tadbirlah negara cara baik. Bila perut dah lapar, manusia boleh mengamuk sakan.  Moga negaraku  jangan sampai ketahap begitu. Tetapi jika selalu wang negara lesap dengan pelbagai skandal, akan sampai jua saat itu!!!!

Jika selalu keluar fatwa merapu, rakyat pun naik menyampah!!!!!  Nampak sangat ulama dan Islam dianggap sebagai  agen persekongkolan!!!!!

Woooo.


Monday, May 7, 2012

DURIAN RUNTUH PENEROKA ESOK

Pada minggu lalu, MITI sudah tawarkan saham Feda Venture kepada pelabur bumiputera. Dalam masa yang sama peneroka Felda juga ditawarkan saham FV juga tetapi tidak diketahui berapa jumlahnya. Jika pelabur bumiputera ditawarkan saham ini lebih banyak daripada peneroka Felda, maka tidak ada apa-apa keistimewaanlah kepada peneroka Felda  nampaknya. Wooo

Peneroka Felda pun gagal diberitahu secara jelas berapakah jumlah tawaran  saham ini. Boleh bayar tunai atau melalui pinjaman bank. Semuanya tak jelas. Pakai sign borang sahaja. Ha ha. 

Yang menawarkan saham FV tak jelas. Yang menentang tawaran saham FV pun tak fokus. 

 Esok akan diumumkan durian runtuh kepada peneroka. Baru tahu berapa saham free, berapa bonus tunai  dan  berapa saham yang dibiayai oleh bank - yang bakal diraih oleh peneroka.

Moga-moga durian masak  yang  akan runtuh esok. Ha ha. Jika durian muda yang runtuh, apa nak dibuat? Woooo.







Friday, May 4, 2012

POLIS KAFIR UK LEBIH BAIK DARI POLIS MELAYU MALAYSIA

Otak Melayu, apa sahaja yang dibuat oleh kerajaan baik sahaja. Pegawai kerajaan buat kerja tak ikut prosidur pun tak apa. Melayu Malaya tak reti  "tamadun", SOP, prosidur, etika dan apa-apa sahaja nilai sejagat. Wooo.

Maka jika polis melanyak sang penjenayah tanpa peraturan pun tak mengapa. Malah jika melanyak "orang yang belum disahkan sebagai penjenayah"  pun tak ada hal.  Dengan adanya media pengampu macam Utusan, maka  merdeka  lagilah  Sang Polis nak buat apa sahaja. Untung Malaysia  dapat rakyat bernama Melayu. Woo.

Bukan mudah nak berlaku adil kepada penjenayah. Walau pun seorang itu penjenayah, Polis tak ada kuasa mencederakannya. Polis hanya berhak menangkap dan mendakwanya dimahkamah sahaja. 

Apabila Polis membalun sang demonstrator Bersih 3, tanpa mengikut  SOP, jelaslah Polis Malaysia berada di tahap "tak ada kelas"!!!!!

Elok sangat Polis Malaysia yang berbangsa Melayu dan berugama Islam ini  belajar dari Polis UK yang kafir itu dalam menguruskan demonstrasi.  Polis kafir UK lebih bertamadun dari Polis Melayu Islam  Malaysia....

Wooooo.



Thursday, May 3, 2012

DAKWALAH DR AZIZ BARI

Antara yang ditangkap dan ditahan dalam Himpunan Bersih 2 ialah Dr Aziz Bari. 

Alangkah baiknya jika pihak  Polis mendakwa Dr Aziz Bari. Biar kita lihat Dr Aziz membela diri dengan memberi kuliyah undang-undang berkaitan dengan hak asasi manusia di mahkamah.

Tambah seronok jika Ambiga, bekas Pengerusi Majlis Peguam Malaysia pun  didakwa sama  kerana menganjurkan himpunan haram.

Baru menggegar dunia - MALAYSIA BOLEH!!!!

Jikalau asik asik Mohamad Sabu sahaja yang kena dakwa, dah jemu kita mendengarnya. Wooooo.

 


Monday, April 30, 2012

HIMPUNAN TERBESAR

Himpunan Bersih 3 pada 28April lalu adalah himpunan yang terbesar setakat hari ini.  Uniknya ia  terdiri dari pelbagai bangsa. Majoritinya  ialah   anak muda. 

Pihak Polis bukannya meleraikan himpunan dengan  sekadar menembak gas di tengah jalan raya, tetapi memburu para demonstrator di setiap lorong dan yang singgah di kedai makan.  Ada rasa "perkauman" dan "belas dendam" kepada mereka yang berbangsa bukan Melayu dalam siri pemburuan itu.

Menurut peniaga di Jalan Masjid India, himpunan ini lebih ramai dari himpunan era reformasi 1998 dahulu.

Yang pasti restoran dan peniaga air membuat keuntungan  pada hari  himpunan ini. Yang penakut membuka kedai sahaja yang rugi. Para demonstrator ada wang mahu bayar  daa. Dia orang bukan macam ahli Umno yang mengharapkan wang sponsor!!!!

Kali ini yang tak pernah berdemo pun, sudah turut join. Ada peluang saya pencen berdemo, kerana sudah ada pengganti. Semua anak saudara saya sudah  bersedia mengundi PR. Selamat tinggal BN!!!!!!

Tuesday, April 24, 2012

KEKAL DI DATARAN MERDEKA

Himpunan Bersih 3 kekal di Dataran Merdeka jam 2 petang, Sabtu 28hb April 2012.

Datang jangan tak datang.

Dengar alunan puisi Pak Samad menggegar alam.


Monday, April 23, 2012

TAK TAHU ATAU BANGANG

Dua kali saya melihat kenyataan Khaled Nordin di tv yang meminta Unisel memberi pengajian percuma  sekarang sebagai respon kepada tawaran  Pakatan Rakyat dalam PRU 13  berkaitan dengan pendidikan percuma kepada rakyat.

Semua orang faham, tawaran PR adalah jika ia mengambil alih kerajaan persekutuan kerana kerajaan persekutuan  sahaja  yang  berkuasa   mengutip dan mengagih pendapatan negara.  PR bersedia memberi pendidikan percuma jika memerintah Malaysia.  Setakat perintah  negeri,  mana ada hasilnya.

Takkan Khalid tak tau perkara ini atau buat buat tak tahu atau sememangnya BANGANG!!!!

Yang peliknya ada rakyat tak mahu pendidikan percuma fasal selalu sangat kena bayar, maka tak percaya boleh mendapat pendidikan percuma. Ha ha. Bagi geran percuma kat laki Shahrizat sahaja yang boleh agaknya. Woooo.



Friday, April 20, 2012

ABU VS ABAI

ABU - Asal  Bukan Umno

ABAI - Asal Bukan Anwar Ibrahim

Penyokong Pakatan Rakyat berusaha agar selepas PRU 13,  Bukan Umno/BN yang memerintah Malaysia, tak kira siapa pun PMnya.

Tetapi penyokong Umno sedang berkempen agar jangan Anwar menjadi PM Malaysia  selepas PRU ke 13. Maka tak hairanlah peribadi Anwar  yang diserang setiap hari - dari isu liwat hingga ke isu pro Israel.

Bagi Umno, kurang  perit rasanya jika PR yang ambil alih pemerintahan negara ini.  Tetapi yang amat perit sekali  ialah apabila Anwar yang menjadi PMnya.   Maklomlah Anwar berasal dari Umno itu sendiri.  Tak sanggup Umno hendak menerima hakikat bekas orang Umno kalahkan  Umno di negara ini.  Yang paling tak boleh terima Anwar menjadi PM  ialah Dr M. Tak betul-betul, Dr M boleh mati terkejut jika Anwar menjadi PM Malaysia nanti. 

Woooo.

Thursday, April 19, 2012

MEMAHAMI BAHASA ISYARAT

Orang politik kena cerdik, kena peka, dan dan kena respon  kepada persekitaran.  Jangan buat "degil' sahaja kepada perubahan persekitaran. 

Mengikut prosidur, Pas Kawasan  akan mengangkat nama bakal calon ke Pas Negeri dan Pas Pusat. Jika di peringkat kawasan pun sudah ada lebih lima nama yang dicadangkan sebagai calon  bersama dengan nama calon lama, ianya membayangkan calon lama sudah tidak menjadi pilihan utama lagi  oleh majoriti ahli parti. Kena faham bahasa isyarat ini.

Jika jentera pilihan raya pun masih tidak ghairah bergerak sehingga  kini yang telah berada   diperingkat akhir pembubaran parlimen,  lantaran protes dengan pencalonan calon lama  sebagai calon pilihan raya, maka empunya tuboh wajar menarik diri dicalonkan sebagai calon. Kena faham bahasa isyarat.

Apabila akar umbi telah menunjuk bahasa protes  terhadap calon lama, tentunya  akar umbi sedar kepentingan calon alternatif yang lain pula. Malah jika ahli  akar  umbi sampai ke tahap tidak mahu memberi kerjasama kepada jentera pilihan raya, sang bakal calon kena "menarik diri" segera sebagai calon. Janganlah sampai menunggu keputusan Pas Pusat kerana keputusan Pas Pusat hanya akan dibuat menjelang hari penamaan calon dan ini dikira sudah terlalu lewat.

Anggota parti masih "beradab", tidak menyebut kekurangan dan kelemahan seseorang.   Mereka hanya mencadangkan nama lain sebagai alternatif. Itulah bahasa isyarat orang tak  mahu kita dah sebagai calon....Jika mereka menyebut satu persatu kelemahan dan kekurangan kita, payah kita dibuatnya. Ha ha.

Posisi kita sebagai pemimpin parti di kawasan tidak sama dengan posisi kita sebagai calon  pilihan raya. Pemimpin parti dipilih  oleh anggota parti sahaja. Tetapi calon pilihan raya dipilih orang ramai (pengundi).  Apabila pengundi memilih calon,  maka mereka menggunakan pelbagai ukuran  sebagai asas pemilihan.  Latarbelakang akademik, pengalaman kerjaya, karektor personaliti, hubungan dengan masyarakat dan lain-lain akan diambil kira.  Setakat menjadi pemimpin parti belum dianggap sebagai  pilihan  utama  para pengundi. Kini, para pengundi peka dengan taraf pendidikan orang yang mereka pilih sebagai calon. Walau pun taraf pendidikan  bukan menjamin  prestasi seseorang  ADUN atau MP, tetapi itulah asas pertama yang dinilai oleh para pengundi.  Namun tetap  ada pengundi  "fanatik" yang akan mengundi calon parti mereka  sendiri  walau siapa pun calon partinya.....

Tak payahlah saya mengatakan menjadi calon pilihan raya bukanlah sebagai matlamat kita berada di dalam parti  tetapi itulah kadang-kadangnya yang berlaku - seolah-olah menjadi calon sebagai hidup atau mati  kita dalam parti, sehingga kita gagal memahami bahasa isyarat  di sekeliling kita. Rupa-rupanya  payah nak jadi Hanipa Maidin, tak hairan nak jadi calon pun. Fasal itu dia "lanyak" semua orang. Penyakit "tak mahu berundur" walaupun sudah tidak popular memang penyakit orang politik. Kekadang penyakit akan diubat dengan memotong mana-mana satu organ dari tubuh kita. Janganlah sampai ke tahap itu. Woooo.

Fahamilah bahasa isyarat!!!!!